Dua tiga hari ni ummiross agak sibuk mengambil gambar2 kain Batik Sarong Sarawak stok terbaru kod BS. Dah cuba buat N3 beberapa hari ni, tapi gambar-gambarnya masih belum lengkap dan ada yang tak berapa cantik. Nampak gayanya kenalah ambil semula mana2 gambar yang tak cantik tu. Mungkin dalam sehari dua ni, insyaAllah dapat jugaklah ummiross berkongsi kain2 baru yang tersangat cun melecun tu,bolehlah nanti mencuci mata di sini.
Nampaknya batik sarong yang ummiross publish minggu lepas mendapat sambutan yang menggalakkan, Alhamdulillah. Order kali ni dari Perak dan Negeri Sembilan, telah di pos pada hari Isnin, semoga selamat sampai, semoga semuanya dimurahkan rezeki. Oklah ummiross cau cincau dulu, ada lagi order yang perlu diuruskan dan akan di pos esok, insyaAllah. Till we meet again..
To Roslaila;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…
Antara order dari Grik, Perak.
Semakan order
Kod : BS53,BS54,BS55,BS56,BS57,BS58,BS60,BS62
Pos : 19hb Dis,2011
Treking no. : CD106126758MY
To Noraitul faezah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…
Antara order dari Gemas, Negeri Sembilan
Semakan order
Kod : BM15,BM32,BM37,BM19,BM27,BM21,BS63,BS21,BS35,BS26
Pos : 19hb Dis,2011
Treking no. : CD106126695MY
Yang ni pulak hadiah untuk follower ke1000, Rabiatul Adawiyah, warna purple pilihannya. Terima kasih qaseh..
14 comments:
Selamat malam Ummi,
banyak dah koleksi kain Ummi ye... seronok ikut perkembangan bisnes Ummi.
wah Ummi..dekat2 hujung thn ni makin ligat nampak
Assalam ummi.. Alhamdulillah, seronok dengar perkembangan baik ttg perniagaan ummi.. semoga ianya terus maju dan maju lagi..
@khairul;
hehe bolehlah skit2 khairul..Alhamdulillah
@Amie;
Selamat petang Amie..
Alhamdulillah, berkat doa rakan2 jugak
@Hanis Azla;
Wassalam Hanis...
Alhamdulillah, berkat doa kawan2 jugak Hanis,Amiin!
Assalamualaikum Ummiross
moga semuanya berjalan lancar
Wassalam
ye la ummiross...mumme dok tunggu2 entri terbaru ummi...
sibuk ye ummie , cantik kain2 semua ni cotton ada lagi kan ? bee nak beli nanti tu ..hehe
@Atuk;
Waalaikumussalam..
Terima kasih Atuk,harap begitulah, insyaAllah.
Wassalam
@puanbee;
InsyaAllah ada lagi bee, kalau stok ummi habis pun, ummi masih boleh order dari supplier kecuali design tu dah tak dikeluarkan lagi.
@MumMe;
Hehe sekali-sekala sibuk, tapi ummi tetap tak lupa jenguk MumMe dan rakan2 lain..
salam ummi..qaseh dah dapat batik yang ummi pos kan..cantik sangat..terima kasih ummi
@Adeqda;
Wassalam qaseh..
Alhamdulillah selamat sampai, ummi pun suka warna purple tu qaseh. Sama2 kasih..
Post a Comment