بسم الله الرحمن الرحيم
Semasa MrHubby membeli kereta baru, kami memutuskan untuk tidak menjual kereta ini, memikirkan mungkin ia boleh digunakan oleh anak2 bila diperlukan. Bila anak bongsu ummiross menjalani internship di Kuching, kereta inilah yang digunakan.
Dua minggu lepas, anak sulong ummiross yang baru menamatkan pengajiannya dalam bidang software engineering, berjaya terpilih sebagai apprentice salah sebuah syarikat komputer terkemuka ( a computer hardware manufacturer and distributor), dan sedang menjalani training di Selangor. Alhamdulillah syukur dengan rezeki yang Allah kurniakan, moga terus berjaya dalam kerjayanya.
Lalu kereta ini akan bertukar tangan lagi. Semalam kereta ni dihantar melaui MAS Cargo ke Kuala Lumpur. Katanya hari ini akan sampai. Kos penghantarannya, aduhai…RM3000. Begitulah ketetapan rezeki, pada orang lain mungkin ada rezeki kita, pada kita, ada rezeki orang. Ianya sering bertukar tangan, Maha Suci Allah yang mengagihkan rezeki dengan begitu sempurna.
16 comments:
uiiii...mahal ek kos penghantaran??huhuhu
jemput baca entry ni..
http://qasehraihan.blogspot.com/2011/12/posing-dengan-anak-sedara-perempun.html
Salam Ummiross,
Tahniah la buat anak ummi....semoga beryaya dalam hidup...Betoi tu ummi,allah ni maha adil....
kalau dari Sarawak sudah rm3,000 dari Sabah berapalah pulak ye Ummi...jauh juga berpusingnya tu..agaknya sampai Pelabuhan Kelanglah tu.
@qasehraihan;
Adess!, nak buat macamana, takde pilihan, hik!
@Ros;
Wassalam Ros
Terima kasih Ros, Amin!. Hmm rezeki selalu bertukar tangan kan.
@Amie;
Tu lah Amie, dah puas negotiate tu baru dapat harga tu. Kalau kapal laut murah sikit, RM2000, tapi makan masa sikit.
Tahniah utk anaknda ummi.Semoga terus cemerlang dlm kerjayanya amin.......Anak ummi yg baru habis blajar hari tu ek?????
Mahalnya ummi ttp demi anak xkisahkan..kasih ibu/ayah pd anak sanggup brhabis........
@NzA;
Thank you NzA.. Amin!. Yup,abih belajar ari tu, katanya nak rehat 1-2 bulan rumah neneknya, balik Kuching baru start apply keje, Alhamdulillah dapat.
Betul tu NzA, risau berhujan berpanas, untuk anak apa nak berkira sangat kan!
mahal gak kan kos shipping tu..x pa kan Umi..anak punya pasal
mahalnya .. untung anak ummie ... kereta pun ummie nya hantar ..
@khairul;
Hmm memang mahal, nak buat macamana kan, takde pilihan samada terbang atau berenang,hik!. Kalau berenang (hee kapal laut lah tu) murah sikit, dalam RM2000 tapi lambat pulak sampainya.
@puanbee;
Hehe nak buat macamana bee, sayangkan anak pos2kan hik!
tahniah ummiross...berjaya anak2 ummi...
@MumMe;
Hehe umpama orang bercucuk tanam, baru mula nak dapat hasilnya, insyaAllah MumMe pun satu hari nanti akan merasa hasilnya...
tahniah buat anak sulung ummiross... moga terus berjaya pada masa depan.
syukur... rezki semua dah ditetapkan oleh Allah kan ummi...
@Izan Ishak;
Terima kasih Izan, Amin.
Ye lah Izan, syukur, rezeki datang dan pergi dengan ketentuan Allah.
Post a Comment