Tuesday, May 29, 2012

KAIN PASANG CORAK ORANG ULU KOD KPB

Ini koleksi terbaru batik Sarawak. Kain pasang Sarawak ni mempunyai corak Orang Ulu tetapi ditampilkan dalam bentuk yang lebih abstrak dan moden. Stok sangat terhad, jadi kalau berkenan cepat-cepatlah order.

KPB1
 

KPB2
 
 
KPB3
 

KPB4
 


KPB5
 

KPB6


Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
 
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960
Jenis : Batik Sarawak
Ukuran Lebar : 4m(2m corak penuh,2m corak berkaki)
Harga runcit : RM89 Sepasang
Harga borong : Sila hubungi ummiross.


JELAJAH PANTAI TIMUR

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ummiross bercuti bermula 28hb.Mei 2012 – 1hb.Jun, 2012.Mr Hubby ada lawatan kerja di Pantai Timur bermula dari  Pahang, Terangganu dan Kelantan. Ummiross pun ambik peluang nak balik kampung sekali, menjenguk yang tersayang. Tak sabar juga nak ke Kelantan selepas tu, rindu nasi kerabu lah wei!!. InsyaAllah balik nanti, ummiross buat lawatan kerja ke blog kawan-kawan pulak ye,hikhik!

Kepada yang berminat untuk membuat order kain batik Sarawak, sila email atau sms sahaja, bisnes online akan berjalan seperti biasa, InsyaAllah akan ada yang menguruskannnya nanti.

IMG_2577IMG_2578

IMG_2587IMG_2596
Makan malam di Tanjung Lumpur, Kuantan. Makan bersila di Ana Ikan Bakar Petai…Walla!!!

Monday, May 28, 2012

SUTERA SARAWAK ETNIK TERKINI

STICKY POST. SILA SCROLL KE BAWAH UNTUK ENRTY TERKINI.

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

IMG_2143
Olala!!, memang kacak-kacak, terpesona, terpana dan terkesima!!!, bila pertama kali melihat design terbaru Batik Sutera Sarawak bercorak etnik orang ulu yang exotik lagi eksklusif. Kain dari polyester silk(bukan sutera asli) yang lembut, tidak mudah berkedut dan tahan lasak.Ada 18 warna-warna menawan, kebanyakannya warna-warna pastel yang sejuk mata memandang, kain bercorak penuh dipadankan dengan corak berkaki, sesuai untuk baju kurung, blouse dan juga kemeja lelaki. Kalau dijadikan uniform sekolah,pejabat dll, pun cantik. Tampil menawan,segak dan unik dengan gaya etnik. Sape cepat dia dapat!!

IMG_2097IMG_2098
Corak penuh dipadankan dengan corak berkaki.

PS: Mulai minggu ini, penghantaran akan dibuat seminggu sekali..

WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN.

Sila klik Read More untuk melihat kesemuanya.

IMG_2226IMG_2234IMG_2220
                                                                   KPR1

 

IMG_2264IMG_2259IMG_2244
                                                                    KPR2

 

IMG_2339IMG_2330IMG_2332
                                                                  KPR3

 

IMG_2305IMG_2313IMG_2303
                                                     KPR4

 

IMG_2292IMG_2300IMG_2296
                                                                    KPR5

 

IMG_2354IMG_2349IMG_2355
                                                                    KPR6

Saturday, May 26, 2012

BAHAGIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Cepatnya seminggu berlalu. Harapnya kesibukan urusan dunia tidak akan melalaikan kita. Cuti sekolahpun telah bermula. Tentu ramai yang mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung atau membawa anak-anak jalan-jalan makan angin. Bercuti ke mana? Tak kisahlah ke mana kan, asalkan bahagia bersama keluarga tercinta. Tapi jangan sampai bahagia mengundang derita. Memandulah secara berhemah, semoga selamat pergi dan selamat kembali.

Kepada pelanggan-pelangan Batik Sarong Sarawak, Batik Ratna Dewi, kain pasang atau batik etnik Sarawak dari Salamborneo, yang kebanyakannya guru-guru, selamat bercuti cikgu-cikgu, semoga berbahagia selalu..

To Sally;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_7897IMG_7859IMG_7908
Order dari Johor..
Semakan order
Kod : RD-3pcs
Pos : 25hb.Mei,2012
Treking :EM039089661MY

To Yusnita;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…
IMG_1895
Order dari Johor
Semakan order
Kod : KPH21
Pos : 25hb.Mei,2012
Treking :EM126479476MY

To Norzanriah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_2300IMG_2356IMG_2304IMG_2333
Antara order dari Johor
Semakan order
Kod : KPR3,4,5,6 & 13:5pasang
Pos : 23hb.Mei,2012
Treking :EM211456542MY

To Lizawati;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_7911
Order dari Putrajaya
Semakan order
Kod : RD-1pc.
Pos : 24hb.Mei,2012
Treking :EM211459946MY

To Yusnita;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1732IMG_1831
Antara order dari Johor.
Semakan order
Kod : KPH16:1psg, KPH18:7 pasang,
KPH18 : 2.5m-1pc, KPH18: 2m-1pc.
Pos : 22hb.Mei,2012
Treking :EM211458455MY

To Yuzira;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1917IMG_1825IMG_1723
Order dari KL.
Semakan order
Kod :KPH15, KPH16, KPH18:3pasang 
Pos : 21hb.Mei,2012
Treking :EM211458469MY

To Nur Amalina;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1918
Order dari Terengganu
Semakan order
Kod : KPH15.
Pos : 21hb.Mei,2012
Treking :EM211458472MY

To Yushailie;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1914IMG_1837IMG_1911
Antara order dari Selangor
Semakan order
Kod : KPH15,18,22-3pasang.
Pos : 21hb.Mei,2012
Treking :EM211458486MY

Thursday, May 24, 2012

GRAND BLUE WAVE DAN DANGA BEACH JB

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Alhamdulillah perjalanan ke Johor Bahru beberapa hari lepas berjalan lancar. Mulanya nak menginap di Puteri Pan Pacific, tapi bilik semua dah full. Jadi akhirnya Mr Hubby booking Hotel Grand Blue Wave.

DSC_1010DSC_1011
Cantik dan selesa juga bilik hotel ni. Ada dapur sekali.  Kalau bercuti takdenya sempat nak memasak. Tapi kalau pergi ramai-ramai best juga memasak ni.


IMG_2389
Sarapan pagi di Hotel Grand Blue Wave, pasta dan salad, memang favourite ummiross.

 

IMG_2390
Sedapnya..lembut n creamy. Ada banyak makanan berat-berat, nasi lemak, mee, lauk-lauk pun nampak sedap, tapi pagi-pagi sangat tak rasa nak makan nasi lagi.

IMG_2391
Fruit cocktail dan yogurt,akhirnya kekenyangan juga.

DSC_1017
Petang, ambil angin kat Danga Beach..

DSC_1030
Banyak kapal-kapal berlabuh kat sini, rasanya milik persendirian, ramai ‘mat saleh’.

IMG_2380
Singgah kat Bawang Merah Cafe, cafe muslim, yang lain-lain kebanyakannya milik bukan muslim. Makan-makan sambil melayan pemandangan yang cantik dan diulit angin sepoi-sepoi bahasa. Sempoi lah macam ni!!


IMG_2385
Sila terliur..sebab memang sedap tauhu bakar ni! 5 hengget sepinggan..

 

IMG_2388
Katanya specialty makanan kat sini sebab sambalnya yang sedap. Ummiross cuba ikan pari bakar ni. Pergh!! makan sampai jilat-jilat jari.

IMG_2381
Sotong pulak!, pari lagi best rasanya. Ada order sayur juga tapi lupa ambil gambar. Memang puas hati jugaklah makan kat sini.

 

IMG_2424
Dah kenyang, ke kedai bebas cukai pulak, cari coklat, untuk rakan dan anak-anak. Singgah juga ke KLS shopping complex, tak beli apa-apa pun , sekadar cuci-cuci mata je. Tak dapat jalan jauh-jauh, tidur satu malam je, keesokannya dah nak balik. Sekadar ikut suami, ada majlis di JB. InsyaAllah lain kali datang lagi, mungkin boleh bawa anak-anak ke Singapura sekali.