Friday, July 26, 2013

REMPAH MASAK HITAM

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang,
Salam Nuzul Quran..

Hari ni cerita pasal rempah pula. Rempah masak hitam yang paling sedap. Ummiross beli rempah ni dari rakan blogger izan mamamia, Mia DuniaKu. Harganya RM2.50 je sebungkus, ummiross beli  4bungkus  dan izan bagi ummiross sebungkus percuma. Dah beberapa minggu ummiross beli tapi tak sempat masak lagi sebelum ni.

IMG_7942

Semalam baru sempat masak menggunakan rempah masak hitam dari  izan ni..masak apalagi…daging masak hitamlah. Olala..walla..walla..!!!, memang sedap amat!!!. Serius ummi cakap sedap betul rempah yang izan jual ni, anak-anak yang tak berapa suka daging pun, bukan main berselera lagi berbuka semalam. Kat bungkusan rempah tu ada siap dengan resipi sekali, cuma tang kicap tu, ummi campurkan kicap manis dan kicap pekat, jadi taklah banyak ummi gunakan kicap, kicap pekat tu bubuh sikit je, dah cukup untuk menghitam kan daging masak hitam, heheh..hitam2 pun sodap!!!.

IMG_7940

Terima kasih izan sebab perkenalkan ummi dengan rempah yang sedap ni. Terima kasih juga dapat percuma satu tu ye. Sesiapa yang berminat bolehlah hubungi izan mama mia ye.

ps: Cepatnya masa berlalu, puasa dah lebih separuh bulan dah kan. Sama2 kita manafaatkan Ramadhan yang masih berbaki, selamat beramal ibadah.

Wednesday, July 24, 2013

KURMA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Dalam banyak2 kurma, kurma maaaana anda paling suka?. Hehe..bunyi macam soalan nujum Pak Belalang pun ye kan.

Ummiross paling suka kurma Ajwa aka kurma Nabi. Dan yang nombor dua, peberet ummiross jatuh kepada… kurma muda yang mula nak meranum ni. Rasanya kelat2 manis. Lagi sedap kalau simpan dalam peti sejuk, bila makan memang terasa lagi rangup, sejuk pula tekak.

IMG_7878

 

Masa kat Madinah tahun lepas kami beli sekotak ni. Bawa ke Mekah, pack dalam tupperware kecik2, simpan dalam peti sejuk. Balik terawih, makan buah kurma ni pun dah ok, krup..krap..krup.. krap, rangup!. Makin lama buah ni makin masak dan mula bertukar gelap, dah tak kelat lagi, manis dan lembut. Bila bawa balik Malaysia semuanya dah masak, lembut lembap dan fresh..

DSC_0207

Alang-alang cerita pasal kurma, jom kita singgah pasar kurma dan ladang kurma. Gambar-gambar dari album ummiross semasa kat Madinah tahun lepas ye, dah setahun berlalu, tapi bila rindu, suka tengok2 gambar ni.

Pasar Kurma Madinah.

DSC_0216DSC_0209 DSC_0211 DSC_0204

 

Ladang Kurma, Madinah.

DSC_0202 DSC_0195  DSC_0197  DSC_0200   

Jom berselawat kepada Rasulullah SAW, tanda sayang dan rindu kita kepada baginda.

 للَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

ps:
Perkongsian maklumat : Kepada warga Putrajaya, insyaAllah pada 25hb.Julai ni, ada tazkirah sempena Nuzul Quran di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi, penceramah jemputan ialah Dr. Zulkifli Mohamad Al Bakri, bermula jam 9.30 malam-10.30 malam, iaitu selepas solat terawih 8 rakaat(hari2 lain 20 rakaat). Jom ramai-ramai meriahkan majlis ilmu.

25hb.Julai, 2013 di MTMZA, Putrajaya.

IMG_7884

Friday, July 19, 2013

RAMADHAN DI TIGA TANAH SUCI

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ummiross memang suka menonton rancangan Jejak Rasul dari dulu lagi. Terbaru, Jejak Rasul 19 (2013),  dengan tema “Ramadhan di Tiga Tanah Suci” telah mula bersiaran setiap hari jam 6.00 petang mulai 9hb.Julai, 2013.

Pada ummiross, Jejak Rasul kali ni paling dekat dihati, paling menyentuh hati. Bila menonton Fedtri Yahya bersama Ustaz Amin, berbuka puasa, berterawih dan menunaikan umrah di bulan puasa di Mekah, ianya sangat-sangat mengimbau kenangan, kenangan  kami suami isteri menunaikan umrah dan menyambut awal Ramadhan disana. Rindunya suasana berbuka dan berterawih bersama ribuan manusia dari seluruh pelusuk dunia di sana. Rindunya saat bermunajat kepadaNya dihening malam dengan Kaabah didepan mata, airmata begitu murah dibumi penuh barakah ini.  Menunaikan umrah meskipun dalam cuaca yang panas, tetap  istimewa dihati kami. Ya Allah, moga dijemput menjadi tetamu Mu lagi.

 IMG_3262
Suasana di Masjidil Haram selepas solat Terawih.

Rakaman Jejak rasul 19 ni pun dirakam pada tahun lepas juga, Ramadhan 1433 Hijrah. Teringat ketika kami bertemu dengan rakan blogger Kehidupan Makkah 2, Tuan Haji Arshad selepas asar di depan Masjidil Haram, beliau ada mempelawa kami berbuka puasa di Felda de Saji, katanya krew TV3 pun ada. Sayangnya kami tak berkesempatan untuk join sekali. RupanyaTuan Haji Arshad pun tampil dalam racangan Jejak Rasul kali ni, Alhamdulillah..moga-moga usaha dan kerja-kerja kebajikan yang tuan haji lakukan dipermudahkan oleh Allah SWT, moga ramai yang mendapat manafaatnya, moga diberkati dan diberi ganjaran berganda. Kepada yang tak berkesempatan menonton di TV3, boleh je lihat di Tonton.com atau di youtube.

Perantara Jejak Rasul Mat Nasir Yusof pula bersiaran dari Jordan untuk beberapa episod awal ni sebelum memasuki Palestin.  Kebetulan tahun lepas kami ke Jordan terlebih dulu sebelum ke Madinah dan Mekah.Jadi bila bila melihat ada antara tempat2 yang dipaparkan pernah juga kami kunjungi, membuatkan kami sangat teruja. Antaranya adalah masjid sahabat Rasulullah SAW, Abu Ubaidah di Jordan.

Masjid Abu Ubaidah di Jordan, banyak pokok kurma di sekitar masjid ni. Semalam baru ummiross tahu bila menonton Jejak Rasul, yang pokok kurma ni kepunyaan pihak masjid dan bila buahnya masak akan dibuat acara lelongan. Duit yang didapati hasil lelongan tersebut akan didermakan kepada fakir miskin dan golongan yang memerlukan.

DSC_0040DSC_0030 DSC_0042DSC_0021 

Boleh baca pengalaman kami menziarahi Masjid Abu Ubaidah dan  makam sahabat Rasulullah SAW di SINI.

Ummiross kongsikan juga link bagi Episod 5 dan Episod 7 dibawah ni :

Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 7 (Umrah): http://youtu.be/jdnLiReeSjw via @youtube.

Jejak Rasul 19 (2013) Ramadan Di Tiga Tanah Suci Episod 5 (Umrah): http://t.co/ioj31FAVpK via @youtube

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT DATANG RAMADHAN-USAH PERGI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

Alhamdulillah, esok umat Islam di Malaysia akan mula berpuasa. Saat yang ditunggu-tunggu telah tiba, selamat datang Ramadhan mubarak. Ummiross ucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua. Ummiross doakan semoga kita semua diberi kesihatan yang baik sepanjang menjalani ibadat puasa. Selamat berpesta amal ibadat. Semoga terus istiqomah untuk beribadat pada bulan-bulan seterusnya. salam kemaafan juga dari ummiross jika ada salah dan silap.

Juga sama-sama kita titipkan doa buat saudara seagama kita terutama di Syria, Mesir, Palestin dan Myanmar, moga mereka tidak terus teraniaya, moga semuanya kembali aman dan mereka dapat menjalani ibadat di bulan Ramadhan ini dengan tenang.

Sambil tu, best juga melayan lagu Ramadhan oleh Maher Zain versi Melayu ni, baru perasan lagu ni bila di share oleh rakan di fb, syahdunya, tersentuh dengan bait-bait liriknya yang indah.

Ku menantimu
Saban waktu
Bangkit jiwaku
Kau suluh hatiku
Dengan sinar
Kudus kasihmu
Ku harap kan terus
Bersamamu selamanya
Ramadan, Ramadan
Ramadan di hati
Ramadan, Ramadan
Ku mohon usah pergi
……………………..

ps: video tak boleh nak share pula, cari kat youtube lah ye, kalau nak dengar suara Maher Zain yang best mendayu-dayu tu.

Hari ni ummiross publish 2 entry sekaligus. Boleh baca catatan perjalanan kami dari Amsterdam ke Brugge, Belgium di SINI. Rasanya di bulan Ramadhan, masa agak terhad untuk mengadap lappy.

AMSTERDAM DAN BRUGGE BELGIUM

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

31.5.2013

Hari kedua di Amsterdam. Holland memang negara yang cantik dan unik. Namun terfikir juga kenapa negara ini begitu ‘terbuka’. Di sini pengambilan soft drugs bukanlah satu kesalahan, industri seks pula adalah legal dan berlesen. Ungkapan “Good girls go to heaven, bad girls go to Amsterdam”, cukup sinonim untuk menggambarkan toleransi negara ini terhadap industri pelancongan seks. Namun pilihan di tangan kita, betulkan niat, moga aktiviti melancong juga menjadi ibadah. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Pagi ni aktiviti bebas sebelum bertolak ke Brugge, Belgium. Kami mengambil peluang untuk ronda-ronda sekitar bandar Amsterdam. Destinasi pertama, Madamme Tussaud Wax Museum yang terletak di pusat bandar.

Morning walk, jalan-jalan menikmati suasana pagi, kalau boleh nak juga berbasikal macam tu, Berbasikal adalah pemandangan biasa di sini.

DSC_0885a

 

Looking good on their bikes…”cycling with style”

DSC_0886

                      DSC_0979a

 

Macam-macam rupa basikal ada..

DSC_0974

 

Beberapa kali juga bertanya, sebelum sampai ke train station yang dicari.

Saturday, July 6, 2013

JUARA TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE 55

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 55, 2013. Keputusan pun sudah diumumkan. Alhamdulillah, lumayan juga hadiah yang di terima oleh pemenang pada tahun ini terutama bagi Johan Qari dan Johan Qariah. Tahniah kepada semua pemenang.

Johan Qari :  Mr Dasrizal Bin Marah Nainin, dari Indonesia.
Markah : 93.26%
Hadiah : Wang tunai RM40 000, Jongkong emas bernilai RM70 000, cenderamata dan sijil penyertaan.

 IMG_7855

Naib Juara Qari : Mr. Mohammad Mashmoul, dari Iran.
Markah : 92.35%
Hadiah: Wang tunai RM25 000, cenderahati dan sijil penyertaan.

IMG_7853

Tempat Ketiga Qari : Mr.Anuar Bin Hasin
Markah : 89.55%
Hadiah : Wang tunai RM20 000, cenderamata dan sijil penyertaan.

IMG_7850

Friday, July 5, 2013

PEMANDANGAN DI AMSTERDAM MEMANG AWESOME

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

(Sekadar perkongsian: Jika ada yang berminat untuk menyumbang atau menaja majlis berbuka puasa di perkampungan Kemboja yang sangat-sangat memerlukan, sila baca atau klik di SINI ye).

---------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

30.5.2013
Windmill at Zaanse Schanse And Fishing Village at Volendam, Amtersdam.

Seawal jam 8 pagi, selepas briefing dan bacaan doa, kami  semua bertolak ke Amsterdams, Netherlands. Memang teruja sangat nak melihat negara yang unik ini, yang kebanyakan tanahnya berada di bawah permukaan laut. Dikatakan 20 peratus wilayah dan 21 peratus penduduknya hidup di bawah permukaan air laut. Lima puluh peratus tanah di negara ini terletak hanya 1 meter di atas permukaan laut.

Destinasi pertama kami adalah  Zaanse Schans, melihat keindahan sepanjang Zaan River dan kincir-kincir angin aka windmill yang memang sinonim dengan Netherlands. Juga terdapat Zaans Museum di kawasan yang sama.

DSC_0423 

 

Zaanse Schans ni merupakan ‘open air conservation area’. Dari jauh dah nampak rumah-rumah kayu berwarna hijau, mewakili rumah tradisional Belanda pada kurun ke 17 dan 18 (green wooden houses).  Cantik dan bersih.

DSC_0472ABC

 

Cuaca awal musim panas yang nyaman dan sejuk membuatkan kami rasa seronok menjelajah di sekitar ‘perkampungan’ ini, tidak terasa penat. Ada juga yang memilih untuk berbasikal.

DSC_0629aDSC_0601 DSC_0633aDSC_0473DSC_0651a DSC_0639a

 

Sangat kreatif. Dalam setiap rumah ni dijadikan ruang pameran untuk hasil kraf dan juga dijual sebagai souvenir. Jika bernasib baik, kita berkesempatan melihat sendiri proses pembuatannya, seperti penghasilan terompah kayu yang memang terkenal sebagai identiti Netherlands.

DSC_0451DSC_0662DSC_0657DSC_0658

 

Pemandangan di sepanjang Zaan River, indah bagai lukisan…

TAJAAN PROGRAM BERBUKA PUASA KEMBOJA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

Mahu rasanya  menghabiskan catatan Trip Eropah 7 buah negara ini secepat mungkin. Ada beberapa siri lagi untuk diabadikan sebagai catatan kenangan. Sebenarnya semangat Ramadhan sudah mula membara. Sebut pasal Ramadhan, ummiross ingin berkongsi sedikit maklumat, moga ada manafaat bersama. Saudara Zikri Fuad yang menerajui TRIP KEKAWAN termasuk Trip Eropah 7 Negara yang kami sertai baru-baru ini, turut terlibat dengan kerja2 kebajikan di Kemboja yang dikenali sebagai Dana Madrasah Kemboja (DMK) Cambodia.

Sempena Ramadhan yang bakal tiba team DMK ada menganjurkan program tajaan  berbuka puasa untuk penduduk  kampung di Kemboja.  Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan, dari serendah RM10 sahaja. Dengan kos RM200-RM300 sudah dapat menaja majlis berbuka puasa satu kampung untuk satu hari. Sedikit dari kita, sangat besar nilainya bagi mereka. Semoga sesuap makanan yang mereka nikmati ketika berbuka nanti, menjadi asbab redha Ilahi bila kita ‘kembali menemuiNya nanti’. Jika ada yang sudi, bolehlah bank in ke akaun MAYBANK (DMK RAUDHAH, 5624 0560 4423) atau untuk maklumat lanjut sila ke :

http://infaqkemboja.blogspot.com/ atau ke https://www.facebook.com/DanaMadrasahKemboja

Usaha murni team DMK di Kemboja pernah  mendapat liputan dan disiarkan dalam rancangan Majalah 3 di TV3  Boleh tonton di SINI.

Ummiross share juga video DMK ni, Trip Ramadahn 2012.

Wednesday, July 3, 2013

FROM GERMAN TO LUXEMBOURG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

28.5.2013

Selamat tinggal Switzerland, selamat tinggal Pergunungan Alps yang tenang dan nyaman. Gambaran indah akan tetap kekal dalam ingatan. 

“Auf Wiedersehen” Switzerland, Hallo..German!!

Kami menuruni jalan berliku Swiss Alps menuju ke  Metzingen, German. Masih sempat menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.

DSC_0239 - CopyA

 

Perjalanan sejauh lebih kurang 350 km tidaklah memakan masa terlalu lama. Kami tiba di Outletcity Metzingen agak awal. Ia merupakan antara factory outlet yang terbesar di Eropah.

DSC_0280abc

 

Seperti biasa ummiross lebih banyak ‘membelah’ dari membeli. Sekadar memenuhi pesanan anak-anak untuk mencari kasut Adidas di German.

IMG_7556IMG_7557

DSC_0303DSC_0282

 

Keluar masuk kedai, cuci mata..Selebihnya kami lebih suka menikmati suasana yang bersih, cantik dan nyaman, jalan-jalan sambil posing2. Oleh kerana gambar2 view ni lagi cantik dari gambar tuan punya blog, maka gambar2 tuan punya blog hanya disimpan dalam arkib sahaja, hehe..

DSC_0297 

DSC_0294

DSC_0300 

 

Tidak lama kami di Metzingen. Dah puas shopping pusing sana-sini, kami bertolak  ke Stuttgart- The City of Mercedes Benz and Porsche. Stuttgart sebuah bandar yang cantik di mana budaya, tradisi dan teknologi berjalan seiring.

Hasrat untuk mencari souvenir membawa kami ke sini, Schlossplatz@Palace Square– the central square of Stuttgart yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong. Alhamdulillah ada parking berdekatan dengan kawasan ni, kena berjalan kaki sikit sahaja.

The New Palace/Castle aka "das Neue Schloss"  merupakan bangunan istana yang dibangunkan semula setelah dibom ketika Perang Dunia Kedua. Suatu ketika dulu, istana ini menjadi tempat kediaman raja-raja Württemberg tetapi sekarang tidak lagi.

DSC_0315

 

Taman yang cantik yang meriah dengan pengunjung di Palace Square…