Thursday, May 23, 2013

KEMBARA EROPAH 7 BUAH NEGARA

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

InsyaAllah malam nanti ummiross dan Mr hubby akan terbang ke Paris. Kami ronda-ronda kat Paris dulu 2 hari sebelum menyertai rakan-rakan lain dalam kembara bumi Eropah, bermula dari FRANCE, SWISS, GERMANY, LUXEMBOURG, NEDERLAND, BELGIUM dan UK. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik dan semoga Allah mempermudahkan segala urusan. Ummiross pasti merindui rakan-rakan blogger semua, insyaAllah hingga kita berjumpa lagi, jaga diri, ceria-ceria selalu.

PS: Urusniaga bulan Mei ni terpaksa ditutup lebih awal. InsyaAllah, bisnes online di Salamborneo akan dibuka semula pada awal Jun nanti,  Jika ada sebarang pertanyaan dan order, email sahaja ye, dan ummiross akan semak email tu sebaik pulang dari bercuti 2 minggu lagi.

Kepada semua customer ummiross;
Terima kasih daun Keladi
Lain kali order lagi…

Imran
Kod : KPH
Pos :  23hb.5.2013
Treking : EM807623333MY

Athirah
Kod : BS
Pos : 23hb.5.2013
Treking : EM807623316MY

Farhana
Kod : BS
Pos : 19HB.5.2013
Treking : EM397052616MY

Nor
Kod : KPH
Pos : 11HB.5.2013
Treking : EM397052616MY

Ainie
Kod : BS
Pos : 6HB.5.2013
Treking : EM425177557MY

Rozita
Kod : BS
Pos : 6HB.5.2013
Treking : EM425177543MY

Is
Kod : KPH
Pos : 6HB.5.2013
Treking : EM434789359MY

Tuesday, May 21, 2013

CHAKRI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Entri tertangguh. Pasal makan-makan lagi. Ummiross tayang makanan bukan sebab sakit jiwa, tapi ummiross kehabisan idea, hik!.

Dah dua kali kami makan kat Chakri, Alamanda. Makanan ala Thai gitu. Kali pertama anak-anak belanja, adik dan abang berkongsi belanja ummi dan ayahnya. Adik sempena dapat gaji pertama. Abang sempena dapat bronze award, dapat bonus kategori pekerja cemerlang , Alhamdulillah,walaupun baru setahun bekerja dah dapat penghargaan. Moga anak-anak dapat melaksanakan tanggungjwab sebaik mungkin, kerja adalah amanah, kerja kerana Allah SWT, itu selalu pesan ummiross kepada mereka berdua.

Kali kedua anak-anak dan Mr Hubby pulak belanja. Ummiross terima seadanya,..makan-makan ni kalau orang nak belanja, kecik mulut dengan perut kita tadahkan,hehe..

Hiasan dalaman Chakri, Alamanda. Rancangan Jalan-jalan Cari Makan’ pernah ke sini.

IMG_6575

 

Tomyam yang memang best. Udangnya udang galah, patutlah mahal harganya. Ada dua jenis tomyam, kuah merah dan putih. Yang kuah merah ni lagi best!.

IMG_6590 IMG_7320

 

Udang goreng butter ni memang sedap sangat. Tapi masa kali pertama makan rasanya lebih sedap, kali kedua tu masih sedap tapi ada kureng sikit, hehe…

IMG_6589

 

Asparagus, masak apa ye, dah lupalah pulak.  rangup dan sedap.

IMG_6585 

 

Tauhu Jepun, udang dengan petai dan ayam goreng pandan. Nama menu tu semua ummiross dah lupa, tapi memang sedap2 semua. Cuma petai tu besar2 sangat, kuat sikit rasanya, sudahnya makan udang jelah.

IMG_6583   IMG_7322IMG_6586

Kesimpulannya, makanan kat Chakri ni memang sedaplah tapi tak boleh selalu2 juga makan kat sini, Sekali-sekala bolehlah, masa poket tengah tebal.

Selamat menjamu selera mata..!

Thursday, May 16, 2013

GURU SEPANJANG ZAMAN

.بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang….

Semasa mengeluarkan barang-barang dari kotak ketika berpindah baru-baru ni, ummiross terjumpa frame ni masih berbalut kemas. Entah berapa lama ianya tersimpan dalam kotak sebab semasa di Sarawak pun ummiross tak pernah buka kotak tu.

IMG_7337IMG_7342

Bila buka, nostalgia betul rasanya. Rupanya ini adalah sijil penghargaan yang ummiross terima ketika sambutan hari guru di peringkat daerah satu ketika dulu. Penganugerahan ‘Guru Sepanjang Zaman’ oleh PPD. Sijil penghargaan untuk guru bersara, hehe..cukuplah sebagai kenang-kenangan. Ketika usia awal 40-an ummiross memilih untuk bersara awal dan menceburkan diri dalam bidang perniagaan. Bukan tidak sayang profesyen perguruan tapi kadang-kadang hidup kena juga membuat pilihan..perlu ada titik berhenti untuk bermula dengan yang baru. Alhamdulillah dengan kurniaan rezeki dari Allah SWT. Namun hingga kini, bila tiba sambutan Hari Guru, ummiross masih merindui saat-saat itu.

SELAMAT HARI GURU BUAT SEMUA GURU-GURU..KHUSUS BUAT SEMUA GURU YANG PERNAH MENGAJAR  UMMIROSS DAN SEMUA GURU DARI KALANGAN RAKAN-RAKAN LAMA, RAKAN-RAKAN BLOGGER DAN PELANGGAN SALAM BORNEO. MOGA ALLAH SWT MEMBERKATI KALIAN SEMUA DAN MEMBALAS DENGAN GANJARAN YANG TERBAIK ATAS JASA DAN PENGORBANAN ANDA.

PS; 1.Untuk makluman kepada semua pelanggan, order akan ditutup mulai 20hb Mei hingga awal Jun kerana ummiross akan bercuti.Tempahan terakhir akan di pos selewat2nya pada 22hb.Mei 2013. Terima kasih.

2.Cikgu Nur Anitah, thank you awal2 pagi dah wish selamat Hari Guru. Selamat Hari Guru buat Cikgu Nur juga.

Wednesday, May 15, 2013

BATIK SARONG COTTON BANGKOK PALING CUN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Mr Lappy kesayangan ummiross rosak, tak taulah ‘sakit’ apa, yang pasti ‘sakit juga poket nanti. Hari ni pinjam laptop anak, guna pulak Windows 8, terkial-kial ummiross sebab tak berapa mahir lagi. Mungkin sedikit sahaja berbeza, tapi disebabkan tak biasa, susah juga jadinya. Orang lama suka yang simple2 je.

Oklah sembang2 juga, jom masuk kedai..tengok batik baru cun-melecun, batik sarong cotton aka Batik Cotton Bangkok berkualiti, 100% persen cotton dan tidak luntur, tak lekang dek panas tak lapuk dek hujan, tak jemu mata memandang, hehe..

Kain ni sangat2 cantik jika dibuat sepasang, kalau nak matching dengan kain polos/plain pun boleh juga, tepuk dada tanya selera. Harga sangat berpatutan untuk cotton bermutu tinggi, RM30 sehelai, maklumlah jauh datangnya,… kenalah ambik kira semua kosnya. Apalah ada pada harga, jika kainnya berkualiti dan berkenan pula dihati, cepat-cepatlah ‘meminang’ ye. Kalau beli sepasang ( 2 helai) ada less gitu, jadi RM58 sahaja. Stok terhad.

Jenis                : Batik Sarong Cotton Berkaki aka Batik Cotton Bangkok
Material            : 100 % Cotton
Ukuran             : +-(2m-belum berjahit)
Harga runcit     : RM30 sehelai.
Saranan     : Sesuai bukan sahaja untuk sarung, tapi boleh juga dibuat baju atau kain yang dipadankan dengan baju kurung atau blouse polos dan lain2.

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA SECARA KECIL-KECILAN.

Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.

 

                                                                    BCB1

DSC_1376DSC_1389a

 IMG_7386 IMG_7402IMG_7399

 

                                                                    BCB2

  DSC_1437DSC_1410a

IMG_7362  IMG_7379 IMG_7381

   

                                                                             BCB3

   DSC_1434 DSC_1415a

IMG_7422 IMG_7430 IMG_7426

 

                                                                           BCB4

  DSC_1431 DSC_1418a

IMG_7440 IMG_7439 IMG_7434

 

                                                                              BCB5

   DSC_1428 DSC_1423aIMG_7442 IMG_7450 IMG_7444

 

                                                                        BCB6

  IMG_6543a DSC_1444aIMG_7451 IMG_7408 IMG_7410

 

DSC_1361a IMG_6547 DSC_1356a DSC_1358a

 

Contoh kain setelah dibuat baju.

582431_288529557908325_2029057619_n (1)

KU NANTIMU DI PINTU SYURGA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Hujung minggu baru ni dapatlah santai-santai kat rumah setelah 2-3 minggu asyik bermusafir..bermula dari Johor, Melaka dan Terengganu. Berjalan memang seronok, tapi kadang-kadang duduk santai-santai dirumah pun best juga. Rutinnya lebih tenang

Alhamdulillah kebetulan ada Forum Keluarga di  Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin aka Masjid Besi pada malam Sabtu baru ni, selepas solat maghrib. Penceramahnya Ustaz Zul Ramli Bin Mohd Razali dan  Ustazah Zawiyyah Bt Hassan, manakala moderatornya Ustaz Iszam Bin Hj Padi. Ummiross fikir ramai yang kenal ustaz dan ustazah ni, sebab mereka selalu juga muncul di kaca TV. Ustaz Zul Ramli ni ada blog juga rupanya, nanti bolehlah singgah di SINI untuk membaca perkongsian ilmu dari Ustaz Zul.

Tajuk ceramah malam tu, Ku Nantimu di Pintu Syurga. Nak cerita pun panjang juga ni. Cuma cukuplah sekadar kita renungkan, jika di dunia pun kita tak sanggup berpisah dengan ahli keluarga tersayang, apatah lagi untuk kehidupan kekal abadi ‘di sana’ nanti. Jika benar sayang, perlengkaplah diri, bimbinglah ahli keluarga sekali agar taat kepada perintah Allah dan RasulNya. Dan berdoalah sentiasa agar  kita semua akan bertemu di syurga firdaus, kehidupan penuh nikmat dan berkasih sayang selamanya.

20130511_205631

Saturday, May 11, 2013

MELAKA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Nak buat entry asyik tertangguh je. Kisah pergi Melaka hari tu. Suami berkursus di  Hotel Best Western Wana Riverside Melaka. Ummiross pun tumpanglah dua kaki.

Hotel Wana Riverside ni terletak di tepi Sungai Melaka. Cantik viewnya. Ummiross kira Melaka memang cantik, dah ala-ala Venice gitu.

Blue hour..gambar-gambar yang sempat ummiross rakam tika senja menjelang. Cantik sungguh view di waktu senja ni, nampak tenang dan damai.

DSC_1690    DSC_1692