Thursday, March 24, 2016

Tips Membeli Baby Clothes

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Apa khabar semua? Apa khabar ibu-ibu, apa khabar bapa-bapa? Apa khabar anak-anak comel?Jom..jom..hari ni ummiross nak berkongsi beberapa tips untuk membeli ‘Baby Clothes’.. 

image

New parents atau pasangan yang baru menimang cahaya mata yang pertama biasanya akan lebih excited dalam membuat persiapan dengan membeli keperluan seperti baju bayi, botol susu, stroller, car seat, stok pampers dan macam-macam lagi.

Namun, apabila sudah masuk anak yang kedua atau ketiga, biasanya ibu bapa yang telah mempunyai pengalaman ini biasanya tidak akan membeli barangan bayi dengan terlalu banyak terutama sekali baju bayi atau baby clothes. Ini kerana, saiz bayi yang cepat membesar ini menyebabkan kebanyakkan baju bayi hanya boleh dipakai dalam tempoh yang sekejap sahaja

.  Oleh itu, berikut merupakan beberapa tips yang berguna untuk bakal new parents ketika ingin membeli pakaian bayi;

1. Sentiasa membeli saiz yang lebih besar daripada saiz sebenar bayi anda. Kebanyakkan bayi yang berumur 6 bulan boleh memakai pakaian bayi yang bersaiz 9-12 bulan dan 1 tahun ke atas.

2. Apabila anda membeli-belah ketika jualan murah atau sale, pastikan anda membeli saiz baju bayi untuk bulan-bulan yang berikutnya. Misalnya, jika bayi anda akan berumur 1 tahun pada 2 bulan akan datang, mulakan membeli baju bayi yang bersaiz 2 tahun.

3. Jangan beli tanpa membuat pilihan yang teliti. Be selective ketika ingin membeli baby clothes online anda untuk mengelakkan daripada membeli baju yang tidak boleh dipakai.

4. Buat pertimbangan yang sewajarnya jika anda ingin membeli pakaian bayi berjenama yang mahal. Ini kerana, pakaian tersebut hanya boleh dipakai dalam jangka masa yang singkat sahaja.

5. Dan jika anda saudara mara atau rakan-rakan anda mempunyai baju bayi yang sudah tidak digunakan lagi, anda juga boleh membeli baju tersebut daripada mereka dengan harga yang lebih murah.

image

Selamat membeli-belah baby clothes dengan bijak  
 image

6 comments:

Kamsiah yusoff said...

baju2 kanak2 perempuan boleh rambang mata dibuatnya...

Kakzakie Purvit said...

Salam rindu di angin lalu dear:)
Lamanya menghilang - busy as businesswomen kan
Kakak dan lama tak membeli baju baby
kalau beli pun yg set dalam kotak beli yg newborn bila nak bagi hadiah yg baru bersalin:)

Zaitun said...

Sekarang kak Zai jarang beli baju baby klau beli pun untuk dijadikan hadiah.

ummiross said...

@Kamsiah Yusoff; betul tu Kam, mmg suka rambang mata,cute sangat nampak.

@Kakzakie Purvit: Salam rindu juga Kakzakie cayang :)
Ye kak, busy skit je, hehe..
betul tu kakzakie, bagi hadiah pun cantik

@Zaitun;
Yelah Kak Zai, biasa juga beli untuk hadiah.

Amie said...

Assalamualaikum,
Rindu kat Ummie.... harap Ummie sentiasa sihat.

ummiross said...

Waalaikumussalam Amie

Rindu Amie jugak..Alhamdulillah ummi sihat. Moga Amie sihat jugak. Tq sudi singgah.