Wednesday, March 23, 2016

VENICE KOTA CINTA?

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Dari Greece kami terbang ke Itali untuk menikmati percutian 3 hari dua malam di “Kota Cinta” yang dikatakan menerima lebih dari 20 juta  pelancong setiap tahun.

Apa yang menakjubkan tentang Venice? Yup bandar yang dibina sepenuhnya atas air dilatari dengan senibina bangunan yang menakjubkan. Venice mempunyai 117 pulau-pulau kecil yang dipisahkan oleh terusan dan dihubungkan dengan jambatan2 kecil yang unik berbentuk ‘curve’.

Untuk penginapan, kami memilih hotel yang berhampiran dengan restoran/kiosk yang menyediakan makanan halal. Caranya google je ye, tak susah mendapatkan makanan halal di Venice yang diusahakan oleh muslim keturunan Arab, Pakistan,India dll.

Ini lorong ke hotel kami. Ke hadapan sedikit ada cafe yang dimiliki oleh pasangan muslim, suaminya keturunan Arab manakala isterinya orang tempatan. Olala..pasti pizzanya sedap bangat.

DSC_0462_Fotor

 

Ini bilik hotel penginapan kami, selesa dan cantik dengan struktur binaan kayu pada silingnya.

DSC_0457

 

Kami memilih untuk menyewa hotel di Venice berbanding mainland agar kami betul-betul dapat menikmati suasana di Venice dari mula terbit hinggalah terbenamnya matahari. Walaupun sewanya agak mahal sedikit, tetapi sangat berbaloi.

DSC_0475_Fotor 

Menyelusuri setiap bahagian pulau dengan berjalan kaki sambil melihat bot lalu lalang diterusan yang diapit oleh bangunan dengan senibina yang unik sangat mendamaikan hati.

DSC_0518_Fotor

 

Sekali-sekala kami menggunakan water boat untuk bergerak dari pulau ke pulau.

DSC_0480_Fotor

DSC_0569_Fotor

 

Kami banyak berjalan kaki untuk mengunjungi tempat-tempat yang menjadi tarikan pelancong. Cuaca sejuk dan nyaman, sehingga tidak terasa penat walaupun jauh kami mengatur langkah.

 DSC_0613_Fotor 

 

Basillica di San Marco. DSC_0611 

 

Topeng-topeng ni memang sinonim dengan Venice

DSC_0664 

 

Grand Canal merupakan “major traffic corridors’ di Venice.Laluan pengangkutan air paling sibuk, dengan ‘water buses’, ‘water taxi’ dan Gondola beroperasi tidak putus-putus. Biarlah gambar bercerita ye…

 DSC_0597_Fotor

DSC_0668_Fotor

 DSC_0672_Fotor 

DSC_0669_Fotor

 

DSC_0575_Fotor

 

Hey Mr Gondola!….Segak-segak Mr Gondola ni, abang sado..hehe..

DSC_0646_Fotor

DSC_0609_Fotor

 

Kos nak naik gondola ni sangatlah mahal, rasa macam tak berbaloi nak naik. Tapi kalau dah datang jauh-jauh dan anda ada bajet lebih, naik je le.

DSC_0529_Fotor

 

Begitu ketara, ramai pelancong dari China, pakejnya dah masuk naik gondola sekali kot, riuh rendah. Warga China mewah-mewah sekarang.

DSC_0638_Fotor 

DSC_0648_Fotor

 

Dah penat ronda-ronda, masa untuk menjamu selera. Elok pulak jumpa kedai muslim yang jual makanan halal.DSC_0676

 

Siap dipamerkan sijil pengesahan halal lagi…DSC_0685

 

Mmmm yummeh!, hati riang-ria dapat makan pizza Itali yang ‘halalan toyyiban’, hehe..sedap!!!
DSC_0679

 

Aiskrim pulak… untuk menyejukkan tekak..sedia duit je lah ye bang.DSC_0681

DSC_0684

Panjang lagi cerita ni, nanti sambung lagi ye. Lagi seronok nanti, ikuti kembara kami ke Murano Island yang terkenal dengan perusahaan kaca dan Burano Island yang terkenal dengan perusahaan lace dan sulam.

3 comments:

Kamsiah Yusoff said...

amboii..lama tak update blog...pergi honeymoon kali keberapa kali ya..jeles saya yg tgk pic yg cantik2 tu Ummi..

Zaitun said...

Salam ummi...cantiknya view terpegun kak Zai melihatnya. Ramai org ckp gondola sgt mahal.

ummiross said...

@Kamsiah Yusoff; Ye Kam, lama betul menyepi, sedang mencari waktu untuk menulis balik :)

@Zaitun; Wassalam Kak Zai, alhamdulillah, nanti dari Turki boleh je ke sana Kak Zai, Ye betul, mahal sangat Kak Zai, rasa tak berbaloi, hot air balloon kat Cappadocia,Turki pun mahal, tapi sangat berbaloi-baloi.