Monday, December 30, 2013

WARUNG POK NONG DAN SOTONG CELUP TEPUNG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Balik kampung baru ni tak dapat jalan-jalan sangat. MrHubby jadi panel interview selama 2 hari, jadi kereta dia yang guna, kami tiga beranak lepak-lepak je kat rumah. Cumanya hari Jumaat di Terengganu hari cuti, jadi dapatlah meriah-meriah sekeluarga, jalan-jalan cari makan.

Dah plan nak makan ikan celup tepung, sotong celup tepung dan udang celup tepung paling ‘malatops’ kat Terengganu. Warong Pok Nong ni memang jadi sebutan, terletak di Mengabang Telipot, menghadap pantai yang cantik. Kami sampai dalam pukul 3.30 petang, beratur punyalah panjang, rasanya dalam 30-40 minit juga beratur, maklumlah cuti sekolah agaknya. Bukan selalu kan, jadi kenalah kuatkan semangat.

IMG_9515

 

Sotong celup tepung ni paling best, sangatlah fresh dan rangup tepungnya. Dapat makan sedap macam ni, hilang penat beratur tadi.

IMG_9514

Wednesday, December 25, 2013

BATIK SARAWAK PUA KUMBU TERKINI

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Hari ni kita cuci matalah pula ye, tengok kain Batik Sarong Sarawak aka Batik Borneo corak pua kumbu terbaru dari Salamborneo. Ada 4 corak semuanya, setiap corak mempunyai 5 warna. Semuanya tersangatlah cantik!!!. Kainnya lembut beralun, corak etnik pua kumbu yang unik dan padanan warna-warnanya pula sangat menawan.

Bagi semua regular customer Salamborneo dan juga bakal pelanggan baru, jika ada yang berkenan, cepat-cepatlah order ye, email kami atau sms sahaja. Boleh juga pm kami di fb Batik Sarawak Shop. Tapi kalau nak cepat tak dapatlah ye, sebab ummiross pun nak bercuti juga.

Kepada rakan-rakan blogger semua, selamat bercuti dan menghabiskan masa yang berharga bersama keluarga tercinta. Hari ni ummiross pun nak balik kampung, insyaAllah panjang umur, minggu depan kita lagi jumpa lagi ye.

 DSC_0124DSC_0064DSC_0114DSC_0095

Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960
Jenis : Batik Sarong Sarawak/Batik Borneo
Material :Cotton spun (lembut)
Ukuran : 2m (belum berjahit)
Harga runcit : RM28
Harga borong : Sila hubungi ummiross.
Saranan : -Sesuai dipadankan dengan baju kurung atau blouse dll. Boleh juga dibuat baju atau pants dan dipadankan dengan kain polos
Tips: Sebagus mana pun kain cotton, tentu akan mengalami sedikit pengecutan, sila besarkan sedikit ukuran (sedikit sahaja) bila nak buat baju dan lain-lain..

 

Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS077B

  DSC_0129DSC_0128  DSC_0042 

10c1ab608f09d9448fbe2aa6ded912d7 (1)

(BS077A-Kelabu) (BS077B-Coklat) (BS077C-Turqois)  (BS077D-Purple) (BS077E-Maroon)

92916ca92f8299f6033a12b09ff16b62320175b220c4564b85e2895d9385857810c1ab608f09d9448fbe2aa6ded912d73bae810f39a5911be262aaa6946cbb89 87d95b2ffa9445e9a16ddea132dedf1d    

 

Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS078A.

DSC_0134 DSC_0136  DSC_0068 b997f69691a08b460843b6e612cb5bb1        

(BS078A-hijau turqois) (BS078B-pink tua) (BS078C-purple) (BS078D-merah) (BS078E-biru)DSC_0071b997f69691a08b460843b6e612cb5bb1b997f69691a08b460843b6e612cb5bb1b997f69691a08b460843b6e612cb5bb1b997f69691a08b460843b6e612cb5bb1 

 

 

Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS076B

DSC_0099 DSC_0108  DSC_00357c88bbf1f8aef79392b5a981dcd6924f

(BS076A-Oren coklat) (BS076B-Purple) (BS076C-Merah) (BS076D-Turqois) (BS076E-Coklat)

    f8a44c350cd9c4d1d67ec709a4695f3aDSC_011666b62caf2ec503b620cab828bf5eb3520cf0178ca3e03869a47217978befd92493a2e374eef450fd7dbf8473c6428d95 (1)

 

 

Contoh pandangan penuh kain sarong kod BS073E.

 DSC_0079  DSC_0082 DSC_0090  54bf932aa867a021f5a9a8c87dbe6e2f

(BS073A-turqois) (BS073B-merah) (BS073C-Coklat) (BS073D-purple) (073E-Hijau lumut)

 07467c5ced0b3adffc817f7594e23274c591e06ea1e4f3d5f8f2a296e98857b3207c9c19c2c989898960490f53855410fca6a33dc2b9d20989f7981a596dd9017dc883bc62606c111439711d2898ae8f

 

WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN ATAU SKRIN GAJET MASING-MASING.

KAIN-KAIN AKAN DI POS 2-3 HARI SELEPAS DUIT DI BANK IN (BERGANTUNG KEPADA HARI PENGHANTARAN). SILA ORDER MENGGUNAKAN KOD SEPERTI DI ATAS UNTUK MEMUDAHKAN URUSAN DAN MENGELAKKAN KESILAPAN.

KAMI AKAN BERTANGGUNGJAWAB JIKA ADA KESILAPAN DAN KECUAIAN DARI PIHAK KAMI. KAMI DAHULUKAN DENGAN SALAM KEMAAFAN DAN KAMI AKAN CUBA SELESAIKAN SEBAIK MUNGKIN. NAMUN JIKA ADA KESULITAN DAN KELEWATAN DALAM PENGHANTARAN OLEH PIHAK POS, ITU ADALAH DILUAR KAWALAN KAMI. SILA GUNAKAN NOMBOR TRACKING DAN HUBUNGI SENDIRI PEJABAT POS TERDEKAT. TERIMA KASIH ATAS KERJASAMA.

Wednesday, December 18, 2013

RIADAH KAMI

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Sabtu dan Ahad ada rutin untuk riadah kami sekeluarga. Selesai solat subuh berjemaah di masjid atau surau kami balik dan bersiap untuk jogging..hehe lebih tepatnya strolling kot. Ada beberapa tempat yang menjadi pilihan kami. Kali ni ummiross kongsi tempat riadah di sekitar tasik, berdekatan Masjid Putrajaya. Dekat je tasik ni dengan rumah kami, boleh jalan kaki je.

Paling best sambil beriadah dapat juga melihat matahari terbit, melihat indahnya saat-saat malam berganti siang, saat matahari menggantikan bulan. Subhanallah..indahnya aturan Allah SWT.

“Sesungguhnya pada pertukaran malam dan siang silih berganti dan pada segala yang dijadikan oleh Allah di langit dan di bumi, ada tanda-tanda (yang menunjukkan undang-undang dan peraturan Allah) kepada kaum yang mahu bertakwa.”
(سورة يونس , Yunus, ayat 6)

Selalunya pagi-pagi ramai kaki fotografi bersiap sedia untuk mengabadikan momen indah ini. Siap standby dengan tripod lagi. Mesti cantik-cantik gambar mereka. Jadi kami pun sekali-sekala bawa juga kamera. Rakam dengan cara kami, tak professional pun, janji sedap mata memandang, merakam kenangan.

 DSC_0480

DSC_0479

DSC_0472 

 

Empat gambar dibawah ni anak bujang ummiross menggunakan kamera iphone  pula, plus filter. Menarik juga hasilnya kan. Ummiross ni kalau guna handphone, setakat untuk call dan message je le. Yang lain-lain tu rasa macam complicated.

IMG_9306

IMG_9302

IMG_9309

IMG_9311

 

Kadang-kadang kalau tak sempat sebelah pagi, kami pergi sebelah petang. Gambar-gambar ni rasanya dah bercampur aduk, tak tau mana pagi, mana petang,  Seronok juga sebenarnya dapat beriadah begini, selain sebagai ikhtiar menjaga kesihatan, ianya juga menambah kemesraan sekeluarga. Abadikan saat indah bersama…

DSC_0404-tile

Setakat ni masih bertahan, takut juga hangat-hangat ..tuuuut!!!, hehe..oklah nanti cerita lagi ye.

Wassalam.