Tuesday, December 17, 2013

DOORGIFT

 بسم الله الرحمن الرحيم  
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Cuti sekolah, musim kenduri-kendara, musim orang menyulam bahagia, musim kita menjamu selera.

Selain menjamu selera, ada pula buah tangan untuk dibawa pulang.Macam-macam gaya, macam-macam cita rasa,  semuanya cantik-cantik belaka.

Yang ni doorgift dari Kak ina kl rakan blogger yang mengadakan kenduri kahwin anaknya pada hari Sabtu baru-baru ni (14.12.2013). Best sungguh hidangan lauk-pauk kenduri rumah kak ina ni, memang terbaik. Doorgiftnya…pinggan dari IKEA gitu,  olala..cantik!.

DSC_0002 

 

Pada hari yang sama, berkejar pula ke Dewan Gemilang, UKM, Bangi..memenuhi jemputan kawan yang sama-sama menyertai umrah ziarah Jordan 2012 dahulu. Suaminya professor kat UKM, jadi dewan di UKM lah menjadi pilihan, lebih memudahkan urusan. Doorgift warna purple dan grey, soft colour yang menawan, ada pelbagai jenis gula-gula didalamnya.

DSC_0525 

 

Shocking pink, doorgift semasa kenduri kahwin anak rakan sepejabat Mrhubby. Alas gelas atau cawan yang dibeli dari Indonesia. Rakan Mrhubby ni pernah bertugas di Indonesia selama beberapa tahun.

DSC_0014

 

Doorgift kenduri kahwin rakan sepejabat anak ummiross. Macam-macam ada..

DSC_0530 

 

Telur pindang..masih tersimpan dalam peti, belum sempat merasa lagi.

DSC_0542

 

Biskut, kek dan coklat…semuanya sedap-sedap belaka.

DSC_0537

 

Homemade chocolate…pun masih belum sempat merasa.

DSC_0531

 

Yang ni pula doorgift rakan sepejabat anak ummiross juga. Cantik juga bekas kaca ni!.Apa yang terisi didalamnya telah selamat dihabiskan :)

DSC_0007

 

Selamat pengantin baru kepada semua pasangan pengantin, moga diberkati Allah sentiasa. Semoga berkasih sayang hingga ke syurga

20 comments:

Acik Erna said...

Cantik2 yang ummi dapat.kalau ditempat acik masih ada lagi telur

lizz said...

sekarang ni door gift semuanyer cecantik...
paling suka yang kaler pink tu cute sangat...

Mizz Aiza (Dunia Kecil) said...

rezeki majlis kahwin.. semuanya comel.. :D

NM03 said...

dapat pinggan ikea???? bestnyer!!!... kalu saya pegi kenduri tu, saya salam berkali2 ngan mak pengantin. hahahaha

Kasih Salina said...

assalamualaikum ummi..cantik2 semua doorgift tu..jeles tengok, siap dapat pinggan ikea lg yer..

Cik Cammy Lia said...

wah siap pinggan lagi..byk bajet tu..hehe..apepn seme doorgift cntk2 la..

Khai♥Rin : anies said...

dpt inggan IKEA? perrghhh so far plg mahal yg penah sy terima adalah mug ;-)...skrg door gift dah mcm2 kan ummi...

❤Kamsiah❤ said...

ummi,serius..semuanya cantik sangat...kalau saya,dalam kabinet la jawabnya..sayang nak guna hehe

Kakzakie said...

Cantik-cantik doorgift sekarang. Janji ada duitlah semua boleh dibuat. Baru ini kakak dapat vase bunga comel. Macam-macam ieda sekarang kan.

Kakak baru mengemas macam-macam doorgift masuk dlm kotak ummiross sebab macam dah sesak pulak bila display dlm almari.

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

saya sampai kat rumah kak ina kl dlm pukul 1.30...tak jumpa dgn ummi

saya ingatkan door gift kak ina tu...pizza...he he

JunAina said...

Sekarang ni bermacam2 jenis door gifnya kan Ummi Ros...semua cantik2 ja.

inazamri said...

cantik2 betul doorgift yg diberi.Mmg trend org skrg.Tinggi kosnya tu.

Knor said...

tak adalh susah mana org malaysia ni..rata2 mewah..tak hairanlah kut kalau brg semua naik..air hujan dgn air terjun aje yg turun..

semua cantik2 tu..kreatif idea masing2..yg penting ada RM

Kesuma Angsana said...

macam2 jenis doorgift ada skang ni kan.. cantik2 belaka yg penting ada budget nyer semua boleh dipilih !

MulutPayau said...

Macam2 door gift skrng ni ya ummi..Cantik2 pulak tu.

nhhas said...

Assalamualaikum wbt,

Ummi...
dahsatnya.... doorgift bagi pinggan ikea... hehehe...
p/s: kak ina, bile nak kenduri lagi, jemput saya juga... hehehehe....

okay, nanti ummi buat kenduri anak bujang ummi, apa plan nak bagi? hehehe...

comel2 dan kreatif betul orang sekarang... hehehehe...

kak ina kl said...

Salam Ummi
Terima kasih sudi datang memeriahkan majlis walimah kat umah akak. Amboi atuk..bagi pizza..sabar ajerlah kamu ni

BUNDA a.k.a KN said...

memang cantik2 sangat...sekarang ni jarang orang bagi telur dah...

ros_reeza said...

cantik-cantik doorgift sekarang ni kan..

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Ummiross..

berharga sungguh doorgiftnya..
cantik dan unik :)