Wednesday, March 28, 2012

FROM PETRAJAYA TO PUTRAJAYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam ceria-ceria selalu..

Kalau baca tajuk tu, rasanya dah taulah jawapan kepada teka-teki ummiross baru-baru ni kan. Hihi sampai hati ummiross tak bagi apa-apa clue kan, takpe lain kali kita berteka-teki lagi ye, ummiross akan bagi clue dan glue sekali, agar jawapan tu betul-betul melekat, takde sipi-sipi lagi, hik!.

Alhamdulillah, akhirnya Mr Hubby dapat balik ke Semenanjung dan ditempatkan di Putrajaya. Tapi buat masa sekarang kami menyewa di Bangi. Apakhabar orang Bangi? Ummiross tau ramai rakan blogger yang rapat di alam maya tinggal di Bangi. InsyaAllah, nanti kita roger2 ye. Nanti ummiross dah tenang sikit bolehlah kita bertemu muka. Nak bagi detail address kat sini tak dapatlah ye.Tak sangka rupanya ummiross akan menjadi sebahagian dari penghuni di sini. Salam kenal warga Bangi…

Nampaknya rakan blogger Hanis Azla yang tak pernah jemu-jemu singgah di Salamborneo ni sejak dari dulu lagi, memberi jawapan yang paling cepat dan tepat. Nanti bagi address ye Hanis, ummi cuba pos batik sarong Sarawak tu dalam masa terdekat.

Ada seorang lagi yang meneka dengan tepat tapi agak terlewat. Kalau  ikutkan hadiah ada satu je,tapi ummiross ada juga souvenir untuk untuk Kimmie, fridge magnet dari bumi kenyalang.

Kalau boleh ummiross nak bagi souvenir kepada semua yang memberi komen, samada meneka atau tidak. Bukannya apa, sekadar berkongsi kegembiraan. Tapi hanya ada 5 FM dari bumi kenyalang yang tinggal, souvenir pun tak seberapa, tapi cukuplah sebagi tanda ingatan. So ummiross terpaksalah gulung-gulung kertas dan cabut undi. Setelah dikocak-kocak dengan rata dan sekata, maka nama-nama ni yang muncul;

1. KhaiRin:Anies
2. DeruOmbak
3. Kak ina kl
4. CikErynnBloom
5. Kazman / Sue

Harap kepada semua nama-nama diatas, emailkan address kepada ummiross atau tinggalkan kat ruangan komen pun tidak mengapa.

Kepada yang lain-lain, terima kasih banyak-banyak kerana sudi beramah mesra di sini. Salam sayang untuk semua, mmmuahh!!!

ps: Petang ni ummiross mengikut suami berkursus, so santai-santai kat hotel 2-3 hari, kalau ada internet free,insyaAllah ummi online.

Monday, March 26, 2012

PERMOHONAN PROGRAM BIASISWA PENDIDIKAN PETRONAS SECARA "ONLINE" UNTUK LEPASAN SPM 2011

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam ceria-ceria selalu.

Olehkerana tak ada TV, ummiross terlepas melihat kemeriahan pelajar-pelajar SPM 2011 menerima keputusan mereka. Kepada yang berjaya dengan cemerlang tentu sedang sibuk membuat pertimbangan untuk memilih institusi pengajian tinggi bagi melanjutkan pelajaran.

Bagi calon-calon SPM 2011 yang berminat untuk memohon biasiswa pendidikan peringkat universiti di dalam bidang-bidang khusus berkaitan industri minyak dan gas, bolehlah membuat permohonan program biasiswa pendidikan Petronas secara online di SINI.

Anak ummiross pun adalah salah seorang yang terpilih dalam program ni beberapa tahun lalu, dan sekarang sedang berada di tahun akhir di UTP, Seri Iskandar,Perak. Bezanya, dia terpilih berdasarkan keputusan “Trial Exam’ lagi dan masuk universiti awal satu semester daripada biasa.

Ummiross ingin berkongsi pengalaman sedikit, mungkin boleh menjadi panduan kepada yang berminat. Setelah permohonan dibuat, pelajar yang layak akan disenarai pendek dan kemudian akan dipanggil untuk menghadiri "PETRONAS EduQuest Camp". Pemilihan terakhir akan dibuat selepas educamp ini.

Pelajar-pelajar yang disenarai-pendek, result mereka semuanya excellent. Tapi ada sisi lain yang dinilai semasa EduQuest Camp diadakan. Cemerlang dalam pelajaran belum tentu akan cemerlang dalam pekerjaan. Mungkin semasa educamp ini banyak ciri-ciri lain yang dinilai melalui aktiviti yang diadakan.  Semasa anak ummiross dulu, selain beberapa aktiviti  yang dijalani, ada dua lagi interview semasa educamp, satu secara individu dan satu lagi secara berkumpulan.

Kalau dapat biasiswa PETRONAS ni, memang ringan tanggungan ibubapa. Pelajar menerima RM500 setiap bulan. Setiap awal semester ada elaun buku lagi. Bagi pelajar Sabah dan Sarawak, ada tiket penerbangan setahun sekali. Anak ummiross sempatlah merasa tiket percuma ni semasa ummiross bermastautin di Sarawak dulu.

Jadi kepada yang berminat cepat-cepatlah memohon. Masih ada satu hari lagi. Bukannya susahpun, isi borang secara online sahaja. Tarikh tutup 28hb.Mac,2012. Selamat maju jaya..

PS: Pemenang teka-teki suka suki  sebelum ni dah ada, kalau berkesempatan nanti ummiross umumkan. Terima kasih kepada semua yang sudi meneka.

Thursday, March 22, 2012

NAK BATIK SARONG SARAWAK?JOM TEKA…

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera,salam ceria-ceria selalu...

Alhamdulillah dah hampir seminggu ummiross di sini. Banyak pula kekangan untuk menulis. Pertamanya line internet masih belum ada. Kalau menggunakan telefon, loadingnya sangat perlahan mengalahkan siput. Kadang-kadang untuk membuka blog pun kena mencuba 2-3 kali baru dapat. Tapi dik kerana rindu-rinduan nak membaca entri rakan-rakan, terjah jugak sekali-sekala walaupun terpaksa menunggu lama.

Keduanya kerana kekangan waktu. Maklumlah ditempat baru, banyak perkara yang perlu diselesaikan. Rumah baru,situasi baru. Rumah kosong tanpa kelengkapan. Ummiross tidur beralaskan lengan,  hehe bantal baru sebenarnya,saja-saja buat sedih. Sampai je petang Sabtu lepas(17hb,Mac), kami terus mencari kelengkapan sekadar yang perlu. Barang-barang akan sampai dalam tempoh 2-3 minggu lagi. Terasa sedikit kekurangan dan keperitan, dah biasa semua ada, tiba-tiba seperti tiada apa-apa.

Memikirkan barang yang akan sampai pun boleh lemah lutut dibuatnya. Tentu memerlukan masa untuk menyusun atur hingga sedap mata memandang. Apapun,setiap malam ummiross mampu tidur dengan senyuman. Jarak dan waktu bukan lagi pemisah dengan orang-orang tersayang. Kalau terpisahpun tidaklah sehingga merentas lautan..

Ramai yang bertanya ke mana Mr Hubby berpindah. Sengaja ummiross rahsiakan kerana ingin berkongsi sedikit rezeki. Hmm jom pakat-pakat teka ke mana  Mr Hubby ummi bertukar, kat mana office barunya.? Sapa-sapa yang dapat jawab paling cepat dan tepat, ada hadiah menunggu, sehelai Batik Sarung Sarawak yang cun melecun. Selamat memerah otak, itupun kalau perlu,hikhik!!!

ps:bila sebut teka-teki ni tiba-tiba je teringat kat MOH KEMBARA dan Atuk PHD yang sedang ‘gumbira’ kerana menang teka-teki dari Turki…hehe, ummiross menang sagujantung je hik!, thank you Kak Halima..

Friday, March 16, 2012

MAJLIS FAREWELL

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam ceria-ceria selalu

Petang semalam ummiross memenuhi jemputan seorang teman yang membuat majlis High Tea. Rupanya ia jugak jamuan selamat tinggal yang dibuat untuk ummiross. Majlis sembang-sembang, makan-makan sambil mengimbas kenangan.

IMG_0910
Carrot n walnut cupcakes yang sedap amat! Hmm hari tu sahabat blogger ummiross tulis nama atas salji nun jauh di bumi Turki, hari ni sahabat ummiross di Bumi Kenyalang tulis nama atas kek pulak. Kedua-duanya yong Perak. Kak Ton..terima kasih buat majlis ni ye, I terharu tau! hehe..

 

IMG_0913
Menu utama - laksam, air tangan orang Kelantan,memang dah agak lama tak makan. Sekali-sekala jumpa, memang berselera.. 

 

IMG_0920
Semuanya memenuhi selera ummiross, beef quiche yang nyaman!

 

IMG_0921
Puding ni kak Ton masak sendiri, nak kata apa lagi, makan sampai pejam2 mata, sah2 tak cukup satu.
 

IMG_0918
Semanis kenangan, cantik, enak, dan penuh warna-warni.

 

IMG_0945
Demi kawan-kawan, ummiross abadikan juga gambar di sini. Ia bukan selalu, tentu kerana ia sangat-sangat melekat di hati. Bukan setakat jamuan, ada hadiah lagi. Terima kasih Kak Ton(berbaju biru) kerana majlis ini, ummiross amat-amat hargai. Terima kasih juga buat Wa, Kak Adi, Kak Sal, Kak Ani, dan Kak Ton kerana hadiah tu. Ummiross tak dapat buka lagi, esok terus masuk luggage,kotak tu dah elok di bungkus, ada tanda  ‘Fragile’ lagi. Sehingga bertemu lagi, sayang kalian ketat-ketat!!!.

IMG_0946 
Hadiah lagi..ini hadiah personal dari Kak Ton, kain pasang untuk ummiross dan kain pelikat untuk Mr Hubby. Terima kasih Kak ton, terima kasih Abang Bob(orang kuat UNIMAS ni),dah 20 tahun mereka bermastautin di sini..

IMG_0809
Ini cerita lain pulak, tapi masih berkenaan rakan kenalan. Kekerapan berhubung dengan supplier untuk mendapatkan bekalan kain, menjadikan ummiross amat rapat dengan pekerja-pekerjanya, adik-adik manis yang sentiasa ringan tulang untuk membantu. Dua hari lepas mereka menelefon mau berjumpa sebelum ummiross pulang.Inilah buah tangan mereka, buat sendiri khas untuk ummiross. Sedap dan rangup!. Terima kasih ‘adik-adik’ ,I, R, A dan yang lain-lain juga. sayang kamuuu..!

ps: Ummiross menulis dalam keadaan tergesa-gesa ni. Nak keluar makan laksa Tinot, laksa Sarawak yang nyaman tu dengan Kak Ton. Tengahari ni line telefon akan kami hentikan perkhidmatannya, makanya line internet akan terhenti sama.

Thursday, March 15, 2012

KUCING PUN NAK BAWA BALIK

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera dan salam ceria-ceria selalu..

Pagi semalam ummiross ada appointment dengan pejabat veterinar untuk pemeriksaan kucing kesayangan kami. Alhamdulillah semuanya ok dan insyaAllah boleh dibawa terbang bersama kami ke Semenanjung nanti. Syukur jugak kerana semua order batik sarong Sarawak dan batik Ratna Dewi pada minggu ini dapat dihantar pada waktunya. Sekiranya masih ada yang ingin membeli batik sarung atau kain pasang corak etnik dan moden, sila emailkan pesanan anda. Walaupun ummiross tidak dapat menguruskan penghantaran buat seketika,tapi bila semuanya sudah selesai, ummiross akan menguruskannya seberapa cepat yang mungkin.

 
To Asiah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0805IMG_0766IMG_0734IMG_0744
IMG_9052IMG_9031IMG_9030
Semakan order
Kod : RD154-9pcs,RD155-1pc,RD159-6pcs.
            BS(73,79,81,82)-2pcs each.
Pos : 14hb.Mac,2012
Treking : EM211215325MY

To Mazni;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0507IMG_0773
Order dari Pahang
Semakan order
Kod : RD153,BS29.
Pos : 14hb.Mac,2012
Treking : RD034191233MY

To Asiah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0749IMG_0746IMG_0765
IMG_0753IMG_0763
Sebahagian order dari Terengganu.
Semakan order
Kod : RD(120,121,122,155,156,159)-2pcs each.
Pos : 12hb.Mac,2012
Treking : EM211210663MY

To Nur;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

bsm dipatungIMG_0690
Order dari Selangor
Semakan order
Kod : BSM14
Pos : 12hb.Mac,2012
Treking : RD970592225MY

To Nur Anitah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0956bIMG_9064
Antara order dari Selangor
Semakan order
Kod        : BS19,BS100,Chiffon-2m
Pos         : 10hb.Mac,2012
Treking : RD03927683MY

Friday, March 9, 2012

SELAMAT TINGGAL BUMI KENYALANG.

بسم الله الرحمن الرحيم

Entri ini adalah catatan kenangan di Bumi Kenyalang. Ia jugak appresiasi kepada semua yang mewarnai sebahagian dari kehidupan ummiross di sini.

Ura-uranya sudah lama. Lebihkurang satu bulan yang lalu. Mr Hubby dimaklumkan akan bertukar, balik ke Semenanjung. Perancangan awalnya pada awal bulan Mac, maknanya pada penghujung bulan Februari, kami harus mula bergerak. Namun surat hitam putihnya tak kunjung tiba…penantian satu penyeksaan.

Hari Rabu baru ni, akhirnya surat yang ditunggu-tunggu dah tiba. MrHubby pulang dengan senyum ceria dengan sekeping surat pertukaran rasmi. Tarikh lapor diri pada 15hb.Mac,2012 ni. Ini bermakna bermulanya saat kelam kabut kami. Ada lebih kurang seminggu untuk menguruskan segalanya. Hatta kucing kesayangan pun memerlukan permit untuk dibawa pulang.

Tidak mengapa, kerana dalam hati berbunga ceria. Anak-anak terutamanya tak sabar menanti. Sudah menjadi rutin, walaupun berjauhan, mereka akan menelefon setiap malam. Jadinya sejak sebulan lalu, setiap kali menelefon, pertanyaan yang diajukan,,”dah dapat surat tukar ke belum ummi?”.

Tempat jatuh lagi dikenang inikan pula tempat berbisnes bermain. Kuching tempat yang tenang untuk didiami. Ummiross memang seronok tinggal di sini. Orang Sarawak ramah dan friendly. Semasa baru-baru dulu ummiross join kelas mengaji di sini, ada orang Malaya, ada orang Sarawak,memang meriah, lepas mengaji kami keluar jalan-jalan cari makan, ramai-ramai bersarapan, hehe grup orang pencen. Terima kasih kawan-kawan kerana menjadi sebahagian kenangan indah hari-hari ummiross di Kuching. Kini walaupun jarang berjumpa, kalian masih tetap di hati. Semoga dalam rahmat Allah sentiasa.

Kadang-kadang prioriti kita berubah. Perubahan sering jugak mengundang banyak tanggapan. Memandang ke depan tidak bermakna kita melupakan orang dibelakang. Menoleh kebelakang tidak pulak bermakna kita mula jelak dengan orang di hadapan. Ianya sebuah pencarian. Jalan kita mungkin berbeza, tapi akhirnya matlamat kita sama, mencari redhaNya.

Ummiross beralih arah dan menyertai banyak kelas dan ceramah keagamaan di Islamic Information Centre,Kuching. Menghadiri kelas bahasa Arab dengan guru yang sering bertukar, guru dari Negeri China yang sangat sedap didengar bila beliau berbicara dalam bahasa Arab dan guru dari Jordan yang mahir pulak berbahasa Sarawak. Kelas Science of The Quran pulak sangat mengesankan, walaupun sering ditangguh disebabkan kesibukan lecturernya. Olehkerana hampir setiap minggu ummiross ke IIC, ummiross menemui kelompok kenalan baru di sini. Kadang-kadang dalam pelbagai kelas yang berlainan, ummiross masih bertemu dengan beberapa orang yang sama. Mereka ini orang-orang yang sangat passionate dan komited mencari ilmu. Ummiross suka begitu, terima kasih sahabat baru. Semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kalian untuk terus mencari ilmu.

Alhamdulillah apa yang dipelajari banyak membantu proses hafazan. Syukur sangat-sangat kerana sepanjang ‘berdiam diri’ ummiross sudah dapat menghafaz kesemua surah-surah dalam juz 30 dan sekarang sedang membuat hafazan surah Al Baqarah. Semoga Allah permudahkan. Kali ini  appresiasi untuk MrHubby yang tak jemu-jemu membimbing dan memberi sokongan. Dia sahabat terbaik yang sentiasa disisi. Dia sahabat diperantauan, berkongsi susah dan senang. Dia yang sangat-sangat memahami. Terima kasih suamiku, ku cium tanganmu sekali lagi, malah berkali-kali lagi. Semoga Allah terus menyuburkan kasih sayang dihati kita di bawah langit ‘baru’..

Ketika mula berpindah, anak-anak amat risau memikirkan ummiross akan kebosanan dirumah bila MrHubby keluar bekerja. Maklumlah selepas bersara awal, ummiross memang mempunyai bisnes sendiri. Lalu anak bongsu ummiross mewujudkan blog ini, ia diperkemas pulak oleh si abang bila sesekali pulang bercuti.Terima kasih adik, terima kasih abang. Akhirnya rezeki ini untuk mereka berdua jugak. Semoga Allah memberi kejayaan dunia akhirat.

Tidak sangka Batik sarong Sarawak, menjadi punca rezeki ummiross di sini. Ianya bermula dengan beberapa helai batik sarong yang ummiross letakkan gambarnya di dalam blog. Ketika itu gambarnya pun tidak berapa cantik, walaupun kain masih dari kualiti yang sama. Sila klik LINK ni jika ingin melihat. Walaupun baru tapi permintaannya terus ada. Ummiross telah mula menerima order sedikit demi sedikit. Ummiross masih ingat salah seorang pelanggan awal ummiross adalah Safurah dari Shah Alam dan hingga kini dia masih menjadi regular customer ummiross. Terima kasih safurah.Terima kasih semua pelanggan ummiross dari seluruh pelusuk tanahair. Semoga Allah memberkati anda semua…

Bagaikan tidak percaya, bisnes online batik sarong sarawak ummiross boleh berkembang hingga ke tahap ini. Alhamdulillah setiap minggu ada order yang masuk, malah sekurang2nya tiga order setiap minggu, dan biasanya adalah belian borong. Bila begini, keyakinan supplier pun semakin bertambah. Setiap kali kain baru sampai, maka supplier cepat-cepat memaklumkan kepada ummiross.

Malah mereka sanggup menyimpan stok tertentu semata-mata untuk Salamborneo. Mereka jugak sanggup memberikan kain-kain baru untuk dibawa pulang ke rumah dan diambil gambar. Bila situasi begini, ummiross tidak perlu menyimpan stok yang banyak. Ummiross hanya memilih mana-mana yang ummiross rasa akan menjadi ‘hot item’, malah kain ini dapat ditukar jika tiada permintaan. Alhamdulillah, Allah temukan ummiross dengan orang baik-baik. Ye mereka sangat baik, terima kasih semuanya, moga Allah menambahkan rezeki kalian.

Tidak lupa terima kasih rakan-rakan blogger terutamanya yang selalu singgah disini. Ini menjadikan Salamborneo tidak keseorangan. Walaupun blog ummiross ni blog ‘separa’(sebahagian bisnes, sebahagian lagi celoteh yang tak seberapa), mereka masih tetap singgah menjenguk. Tak perlulah ummiross sebut satu persatu. Ummiross yakin mereka tahu siapa mereka, sayang you all semua, muahhh,muahh!!!. Semoga diberkati Allah semuanya.

Setiap detik yang kita lalui adalah ketentuan dari Allah SWT. Ummiross bersyukur sangat-sangat kerana Allah mengaturkan hidup yang indah di bumi Sarawak ini. Ummiross berdoa agar Allah permudahkan urusan kami di tempat baru. Selamat tinggal Bumi Kenyalang…

PS: Next entrylah ye ummiross bagi tau kemana kami berpindah. Untuk seketika salamborneo akan berhenti berurusniaga, mungkin seminggu dua. Ummiross pun masih memikirkan hala tujunya bagaimana. Jika masih ada yang ingin membeli, order dibuka sehingga rabu depan sahaja. Jadi cepat-cepatlah kerana selepas ini anda mungkin sukar untuk mendapatkan bekalan batik Sarawak, batik sarung Sarawak, batik Ratna Dewi dan kain pasang etnik, corak terkini, kualiti terbaek!!!.

BELIAN BATIK SARONG DAN KAIN PASANG ETNIK

بسم الله الرحمن الرحيم

To Salmiah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0703IMG_0706IMG_0708
Order dari Johor.
Semakan order
Kod        : KPU3,BSM9,P08
Pos         : 8hb.Mac,2012
Treking : CD106127210MY

To Amelia;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_1045120620101518120620101525
Order dari Petaling Jaya.
Semakan order
Kod : BS18-2pcs,BS19-2pcs.
Pos : 8hb.Mac,2012
Treking : CD106127197MY

To Nur Azeyah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_6819IMG_7607IMG_7610
Order dari Negeri Sembilan
Semakan order
Kod : RD91,RD93.
Pos : 8hb.Mac,2012
Treking : CD106127206MY

Thursday, March 8, 2012

SAYANG SARAWAK HYE-HYE,BYE-BYE

بسم الله الرحمن الرحيم

                                           Sayang Sarawak sungainya panjang
                                           Hendak ku dayung perahu ku sempit
                                           Hendak ku tinggal terasa sayang
                                           Hendak ku kekal terasa perit
                                          

                                           Bumi kenyalang  sungainya tenang
                                           Banyak kapal berlabuh di jeti
                                           Tidak terdaki tebingnya tinggi
                                           Hendakku pulang bukan kepalang
                                           Hendak ku tinggal tak sampai dihati
                                           Tiba masa terpaksa ku pergi..

                           

DSC_0166

Wednesday, March 7, 2012

YANG CANTIK DARI LADYSIRNA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, semoga ceria selalu..

Ummiross seperti biasa, ceria sokmo bermain dengan batik-batik sarong Sarawak dan menguruskan order pelanggan. Tambah ceria lagi dua hari lepas ummiross menerima souvenir yang dihantar oleh rakan blogger, Ladysirna, sebab berjaya menjawab teka-teki diblognya. Rezeki ummiross, patutlah gatal je tapak tangan nak menjawab walaupun baru pertama kali singgah.

IMG_0690IMG_0693
Cantik dan wangi, ummiross suka, terima kasih Ladysirna dari My motherhood journey..

dabai
Ni lah yang ummiross teka hari tu. Sape mbiak Serawak, angkat tangan, mun sik dapat jawab, malu  ooo…hehe.

Sementara tu, terima kasih kepada semua pelanggan ummiross di bawah ni. Semoga kain yang di pos selamat sampai, semoga dimurahkan rezeki selalu..

To Safurah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9891IMG_9952IMG_9600
Order dari Shah Alam ..
Semakan order
Kod        : BS103-2pcs,KPF3-2pcs
Pos         : 5hb.Mac,2012
Treking : RD921878969MY

To Hirawati;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0507IMG_0516
Order dari Penang ..
Semakan order
Kod        : RD153
Pos         : 5hb.Mac,2012
Treking : RD921878972MY

To Salmiah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_7893IMG_9061IMG_0246
Order dari Johor..
Semakan order
Kod        : RD 125,BS 110,BS 96
Pos         : 5hb.Mac,2012
Treking : RD921878907MY

Monday, March 5, 2012

BATIK SARONG RATNA DEWI GOLD 2012

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera..ceria-ceria selalu.

Yeaahhh!!!, stok baru lagi.. Batik Sarong Ratna Dewi Gold stok terbaru 2012. Semuanya cantik-cantik belaka. Ada 24 helai yang dipaparkan di sini, sila klik Read more untuk melihat kesemuanya. Stok adalah terhad, sekiranya berminat, cepat-cepat hubungi ummiross, jangan sampai nanti ‘terkeciwa!’

 

IMG_0511IMG_0507IMG_0516
                    Pandangan penuh RD153- Memang cantik sangat!

IMG_0467IMG_0468IMG_0466
                                                                 -RD153-

 

IMG_0765IMG_0766
                                                         -RD154-

 

IMG_0746IMG_0480
                                                     -RD155-

 

IMG_0748IMG_0475
                                                   -RD156-