Friday, July 5, 2013

TAJAAN PROGRAM BERBUKA PUASA KEMBOJA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

Mahu rasanya  menghabiskan catatan Trip Eropah 7 buah negara ini secepat mungkin. Ada beberapa siri lagi untuk diabadikan sebagai catatan kenangan. Sebenarnya semangat Ramadhan sudah mula membara. Sebut pasal Ramadhan, ummiross ingin berkongsi sedikit maklumat, moga ada manafaat bersama. Saudara Zikri Fuad yang menerajui TRIP KEKAWAN termasuk Trip Eropah 7 Negara yang kami sertai baru-baru ini, turut terlibat dengan kerja2 kebajikan di Kemboja yang dikenali sebagai Dana Madrasah Kemboja (DMK) Cambodia.

Sempena Ramadhan yang bakal tiba team DMK ada menganjurkan program tajaan  berbuka puasa untuk penduduk  kampung di Kemboja.  Sumbangan ikhlas amat dialu-alukan, dari serendah RM10 sahaja. Dengan kos RM200-RM300 sudah dapat menaja majlis berbuka puasa satu kampung untuk satu hari. Sedikit dari kita, sangat besar nilainya bagi mereka. Semoga sesuap makanan yang mereka nikmati ketika berbuka nanti, menjadi asbab redha Ilahi bila kita ‘kembali menemuiNya nanti’. Jika ada yang sudi, bolehlah bank in ke akaun MAYBANK (DMK RAUDHAH, 5624 0560 4423) atau untuk maklumat lanjut sila ke :

http://infaqkemboja.blogspot.com/ atau ke https://www.facebook.com/DanaMadrasahKemboja

Usaha murni team DMK di Kemboja pernah  mendapat liputan dan disiarkan dalam rancangan Majalah 3 di TV3  Boleh tonton di SINI.

Ummiross share juga video DMK ni, Trip Ramadahn 2012.

11 comments:

NzA said...

InsyaAllah, sedikit sumbangan kita mampu memberi seribu makna buat mrk semua.....

dear anies said...

bagus ni ummi

Sheila Salim said...

Assalamualaikum kak, semoga dimurahkan rezeki mereka2 di negara Kemboja. insyallah ada rezeki lebih, sheila hulur bantuan juga.. selamat menyambut ramadhan al mubarak buat akak sekeluarga :)

Anonymous said...

insyaallah dgn bantuan yg diberikan dpt membantu mrk yg memerlukan..

ummiross said...

@NzA;

Betul tu NzA.
InsyaAllah, sikit2 lama2 jadi bukit, moga menambah keberkatan kepada rezeki kita juga.

ummiross said...

@Khai♥Rin : anies;

Alhamdulillah, boleh juga tolong sebar2kan Anies, moga ramai yang ingin menyumbang.

ummiross said...

@Sheila Salim;

Waalaikumussalam Shiela.

Amin2x, sama2 kita doakan kesejahteraan sesama muslim.
Alhamdulillah..moga Allah memberkati rezeki Shiela juga.

Anonymous said...

in shaa allah sama2lah kita

Anonymous said...

insyaallah wp sedikit skrgnya dpt meringan beban mrk yg memerlukan...selamat beramal..

OKje said...

Baguskan ......masih ada yg suka organise kerja kerja amal ni...Bukan mudah tau!

Salmi said...

Insyaallah. Sama-samalah kita beramal di bulan mulia..