Tuesday, July 9, 2013

AMSTERDAM DAN BRUGGE BELGIUM

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

31.5.2013

Hari kedua di Amsterdam. Holland memang negara yang cantik dan unik. Namun terfikir juga kenapa negara ini begitu ‘terbuka’. Di sini pengambilan soft drugs bukanlah satu kesalahan, industri seks pula adalah legal dan berlesen. Ungkapan “Good girls go to heaven, bad girls go to Amsterdam”, cukup sinonim untuk menggambarkan toleransi negara ini terhadap industri pelancongan seks. Namun pilihan di tangan kita, betulkan niat, moga aktiviti melancong juga menjadi ibadah. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan.

Pagi ni aktiviti bebas sebelum bertolak ke Brugge, Belgium. Kami mengambil peluang untuk ronda-ronda sekitar bandar Amsterdam. Destinasi pertama, Madamme Tussaud Wax Museum yang terletak di pusat bandar.

Morning walk, jalan-jalan menikmati suasana pagi, kalau boleh nak juga berbasikal macam tu, Berbasikal adalah pemandangan biasa di sini.

DSC_0885a

 

Looking good on their bikes…”cycling with style”

DSC_0886

                      DSC_0979a

 

Macam-macam rupa basikal ada..

DSC_0974

 

Beberapa kali juga bertanya, sebelum sampai ke train station yang dicari.

Sambil2 tu snap gambar juga, sambil menyelam sambil minum air.

DSC_0884

 

Taraa.. jejaka Malaya dah dalam train, on the way to Madamme Tussaud Wax Museum akhirnya.

DSC_0890a

 

Turun kat sini, ramai pelancong, semua duk sibuk ambil gambar. Senibina bangunannya klasik dan unik.

DSC_0891  DSC_0897

 

Tram ni beberapa kali juga mengejutkan kami, dekat sangat berselisih dengan tempat kami berdiri.

DSC_0896a

 

Dah sampai, beratur seketika untuk membeli tiket.

DSC_0906 

 

Biasalah kalau dah masuk, ambil je lah gambar. Ummiross ni lebih suka tengok pemandangan alam yang cantik dari tengok patung lilin depa ni. Tapi dah sampai, singgahlah juga kan. Madamme Tussaud Wax Museum di London rasanya lagi best dan banyak koleksi berbanding yang ini. Boleh lihat di entry kami di SINI semasa kali pertama ke London.

DSC_0966  DSC_0949DSC_0935DSC_0917DSC_0965a DSC_0970

 

Keluar dari sini, kami ke shopping complex berdekatan dan juga turun naik train, jalan-jalan cari apa yang patut.

DSC_0977  DSC_0989

 

Singgah di Masjid Zaandam lagi hari ni. Singgah solat dan makan2. Alhamdulillah, sepanjang perjalanan di Eropah ni, mudah pula menemui makanan halal. Paling mudah, singgahlah kat masjid, disamping dapat solat, insyaAllah ada tempat makan halal samada di kawasan masjid atau kawasan berdekatan, sebab biasanya masjid dibina dikawasan penempatan Islam.

Jemaah baru selesai menunaikan solat Jumaat. Rasa seronok dan syukur melihat orang Islam begini, walaupun tidak ramai tetapi tetap menjaga tuntutan agama.

20130531_142356

 

Selepas solat kami bertolak ke Brugge, Belgium. Kami tiba di Brugge lewat petang. Seronok dapat bertemu gang Trip Kekawan yang telah sampai terlebih dahulu. Sembang kejap sebelum membawa haluan masing2, bersiar-siar di sekitar Brugge.

  DSC_0037DSC_0013  DSC_0042

DSC_0043    DSC_0082 DSC_0102  

 

Brugge, bandar kecil yang cantik dan bersih. Boleh boating ala-ala venice gitu. Sayangnya ketika kami tiba semuanya dah tutup.

DSC_0079DSC_0062DSC_0081

 

Brugge terkenal dengan handmade lace yang bermutu tinggi. Memang cantik-cantik!!!!.

DSC_0053DSC_0098DSC_0100DSC_0087

 

Dah puas pusing kedai, kami bertolak ke penginapan, Hotel Ibis Budget Centrum Station, tak jauh dari sini. Cantik dan moden hotel ni, walau bilik tak besar tapi selesa.

DSC_0111 DSC_0115

Selamat beradu. Esoknya kena bangun awal pagi, untuk ke Calais, menaiki feri ke Dover, UK.

10 comments:

yan's cottage said...

salam di ambang ramadhan Ummi....

wow...patung2 lilin tu macam betul je kan...cantik2....

OKje said...

Emmm....dah namanya pun bukan negara Islamkan UR.... Industri sex bagi mereka memang biasa...

Sweet N Pretty said...

suka sbb boleh berbasikal tak jam & krg pencemaran udara

Anonymous said...

wah mmg menarik bila berbasikal mcm ni lah !

Kakzakie Purvit said...

Betul kata ummiross terpulang kepada diri sendiri bila dalam musafir. Kalau niat yg baik bahkah salah satu doa yg paling mujarab ketika bermusafir.

Cantiklah tempat-tempat tu.

MumMe said...

menarik basikal yg ada trailer di depan tu,lebih selamat mungkin...selalu trailer di belakang...

dear anies said...

alahai...cantik nyer negara org ni...tempat2 menarik pon byk...mmg x ckp seminggu ye kalu tawaf kt sn ;-)

Hanis Azla said...

Salam ummi..

baru sempat membaca lagi cerita2 perjalanan ummi.. seronoknya.. terima kasih atas perkongsian.. boleh juga memasang impian dan angan2.. ;)

Si Matatajam said...

Baru M tau keterbukaan Holland sampai tahap tu..hmmmm.. Mesti bersih udara kat situ sb kurang kenderaan bermotor..

Salmi said...

Sampai ke tahap itu keterbukaan mereka ya. Baru tahu.. Apa-apapun, bak kata Ummi semuanya terpulang kepada diri sendiri.