Wednesday, July 3, 2013

FROM GERMAN TO LUXEMBOURG

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

28.5.2013

Selamat tinggal Switzerland, selamat tinggal Pergunungan Alps yang tenang dan nyaman. Gambaran indah akan tetap kekal dalam ingatan. 

“Auf Wiedersehen” Switzerland, Hallo..German!!

Kami menuruni jalan berliku Swiss Alps menuju ke  Metzingen, German. Masih sempat menikmati pemandangan indah sepanjang perjalanan.

DSC_0239 - CopyA

 

Perjalanan sejauh lebih kurang 350 km tidaklah memakan masa terlalu lama. Kami tiba di Outletcity Metzingen agak awal. Ia merupakan antara factory outlet yang terbesar di Eropah.

DSC_0280abc

 

Seperti biasa ummiross lebih banyak ‘membelah’ dari membeli. Sekadar memenuhi pesanan anak-anak untuk mencari kasut Adidas di German.

IMG_7556IMG_7557

DSC_0303DSC_0282

 

Keluar masuk kedai, cuci mata..Selebihnya kami lebih suka menikmati suasana yang bersih, cantik dan nyaman, jalan-jalan sambil posing2. Oleh kerana gambar2 view ni lagi cantik dari gambar tuan punya blog, maka gambar2 tuan punya blog hanya disimpan dalam arkib sahaja, hehe..

DSC_0297 

DSC_0294

DSC_0300 

 

Tidak lama kami di Metzingen. Dah puas shopping pusing sana-sini, kami bertolak  ke Stuttgart- The City of Mercedes Benz and Porsche. Stuttgart sebuah bandar yang cantik di mana budaya, tradisi dan teknologi berjalan seiring.

Hasrat untuk mencari souvenir membawa kami ke sini, Schlossplatz@Palace Square– the central square of Stuttgart yang menjadi tumpuan penduduk tempatan dan juga pelancong. Alhamdulillah ada parking berdekatan dengan kawasan ni, kena berjalan kaki sikit sahaja.

The New Palace/Castle aka "das Neue Schloss"  merupakan bangunan istana yang dibangunkan semula setelah dibom ketika Perang Dunia Kedua. Suatu ketika dulu, istana ini menjadi tempat kediaman raja-raja Württemberg tetapi sekarang tidak lagi.

DSC_0315

 

Taman yang cantik yang meriah dengan pengunjung di Palace Square…

DSC_0314 

 

DSC_0307

 

DSC_0311

 

Juga terdapat Stuttgart State Opera yang merupakan salah satu dari opera house yang terkenal di Eropah.

DSC_0310

 

Laluan menuju Koenigstrasse dari Palace Square.

DSC_0320 

 

Koenigstrasse ni merupakan laluan pejalan kaki dengan deretan kedai di kiri-kanannya. Tempat yang cantik, kedai-kedai dengan pelbagai produk yang menarik dan juga terdapat Tourist Information Center yang cukup membantu. Kami singgah kat Information Center ni untuk bertanya dimana kami boleh membeli souvenir. Mereka menasihatkan kami ke Galleria Kaufhof yang juga berada dideretan kedai di situ.

DSC_0323

DSC_0326

DSC_0327

 

Inilah dia Galleria Kaufhof. Ada sudut yang menjual pelbagai souvenir di dalamnya dan harganya  lebih murah berbanding yang dijual di Information Center tadi.

DSC_0321

 

Kami tinggalkan Galleria, meredah hujan ke tempat parking kereta dan seterusnya ke Astoria Am Urachplatz, Stuttgart, hotel penginapan kami. Beberapa kali juga tersasar sebelum sampai ke tempat yang dituju. Usai solat jamak, ummiross dan Mr hubby berkenduri nasi Briyani Brahim, melayan perut yang sudah berkeroncong, keroncong lagu German pulak tu..

 

29.5.2013

Guten Morgen..!!!
Siang yang panjang, malam yang pendek, rasa macam tak puas tidur. Namun setiap hari tetap teruja dengan pengalaman baru. Seawal pagi kami sudah sampai di Auto & Technik MUSEUM SINSHEIM, Germany. Muzium yang mempamirkan koleksi permotoran dengan koleksi antara yang paling besar di dunia.

“The exhibitions include a genuine CONCORDE from Air France and the Russian Tupolev TU-144, more than 300 classic cars, 200 motorcycles, 40 racing cars, the largest permament formula-1 exhibition in Europe, 60 airplanes, 20 locomotives, and much more.”—Mr Google.

Terdapat ruang pameran terbuka yang kebanyakannya mempamirkan koleksi aeronotik dan lokomotif dan juga indoor space untuk pelbagai lagi koleksi. Untuk masuk ke pameran di bahagian dalam perlu membeli tiket. Kami hanya melihat pameran di ruang terbuka.

DSC_0371DSC_0358DSC_0392DSC_0393 DSC_0382DSC_0381 

    

Dalam perjalanan menuju Luxembourg, kami sempat singgah sekejap di kilang porcelain Villeroy and Boch, jenama porcelain terkemuka di Eropah.

“With over 260 years of history and artistic flare, the house of Villeroy & Boch is recognized as one of the traditional establishments specializing in ceramics, bathroom and wellness fittings as well as fine tableware.”- Mr Google

 20130529_135028

Memang cantik-cantik koleksi pinggan mangkuknya, tapi harganya pun cantik juga..!

DSC_0400 

 

Singgah solat di Pusat Islam Luxembourg. Sempat pula kami berkenalan dengan seorang lelaki Algeria yang kebetulan solat di situ, Muhammad Aiman yang telah lama bermastautin di Luxembourg. Apalagi, kami mengambil peluang untuk bertanya jika ada restoran makanan halal berhampiran.

IMG_7596IMG_7592 

Beliau mengajak kami mengikuti van yang dipandunya. Tak jauh rupanya, dah sampai ke kedai ni. Kedai yang dipunyai oleh Arab Muslim Algeria juga. Sebelum meninggalkan kami, Muhammad Aiman menjemput kami untuk singgah dan makan dirumah beliau selepas beliau habis bekerja petang nanti.

DSC_0405aIMG_7601

Alhamdulillah, dapat makan roasted chicken yang sangat sedap ni. Ketika nak membayar, pekerja kedai memberitahu yang semuanya telah di bayar oleh Muhammad Aiman. Subhanallah..baiknya hati Muhammad Aiman. Dahlah sudi membawa kami ke kedai ni, mempelawa kami ke rumahnya dan belanja kami makan pula, berempat pula tu. Kalau convert duit Malaysia dalam RM100++ juga tu. Sungguh kami terharu dengan keikhlasan insan ini, walau hanya baru kenal sekejap iaitu ketika bersolat di Pusat Islam tadi, tapi layanannya seperti sudah kenal lama. Begitulah ukhwah istimewa yang terjalin di Rumah Allah, penuh keberkatan. Muhammad Aiman insan istimewa. Moga Allah SWT murahkan rezeki Muhammad Aiman dan diberi kesihatan yang baik sentiasa, Aamiin..2x.

IMG_7604IMG_7605

 

Assalamualaikum…mesra mereka menyapa, seorang lagi Muslim yang kami temui di kedai ni.

IMG_7608

 

Buah kurma dan buah Tin yang juga kami beli di kedai ni. Ada banyak produk Muslim dijual disini.

IMG_7611IMG_7612  

   

Sayangnya kami tidak berkesempatan berkunjung ke rumah Muhammad Aiman. Selepas ronda-ronda kat Luxembourg, kami bertolak ke hotel penginapan, Campanile Thionville Yutz dalam 30 minit dari bandar Luxembourg. Keesokan hari kami akan bertolak ke Amsterdam pula.

DSC_0421DSC_0422a

 

(Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan, tiada yang kekal. Dan di nukil dengan rasa rendah diri agar tidak menjadi duri).

34 comments:

Knor said...

cantik pemandangan..dgrnya london susananya sgt bersih di banding malaysia..klaau tinggal mknan tanpa di tutup tidak mengapakan..sebab udaranya sgt bersih..

bkn nak puji..tapi rasanya betul..dan agak sedih dgn malysia..yg mentalitinya payah nak ckp..

❤Kamsiah❤ said...

cantik..bersih...nyamna...segar...semua perkataan yg indah utk mengambarkan pemandangan disana..
pasti tak terlupakan sepanjang hayat...

pinggan mangkuk tu pun cantik2 jugak Ummi..

(bila agaknya boleh menetap wajah tuan punya blog agaknya hehe)

Sweet N Pretty said...

Jauh berjalan luas pandangan. Subhanallah cantik sungguh pemandangan kat sana ummi saujana mata memandang:)

Amie said...

Assalamualaikum Ummiross sayangggg... cantik sangat!!!!! semuanya nampak menarik... mudah-mudahan satu hari nanti Amie pun berkesempatan ke sana... nak dengar secara live orang German bercakap he he ehh

Kakzakie said...

Sebuah catatan indah untuk dikenang. Kakak bagaikan terawang-awang melihat semua paparan gambar yg ummiross captured. Cantik sungguh.

Pastinya kalau beriadah di kawasan taman dia sehari pun tak jemu kakak rasa.

Kesuma Angsana said...

seronoknyer lah , yang membaca pun rasa teruja ni !

inazamri said...

mmg tertarik la ina baca percutian ummiross.rasa nak pegi je..

NzA said...

Subhanallah....cantik sungguh ciptaan ALLAH...hati teringin ke sana...moga ianya menjadi kenyataan....

Acik Erna said...

Seronok acik dapat tumpang tengok gambar yang cantik2 ni
Alhamdulillah ditemukan dengan insan yang pemurah.tak la perut ummi nyanyi lagu keroncong german lagi he he

Nora Karim said...

bersihnya negara orgkan? sejuk je mata memandang... (walaupun tgk gmbr je...)

ibuintan said...

Assalam Ummie... indahnya ciptaanNya, cantiknya gambar2 yg ummie rakamkan


beruntungnya Ummie dapat ke sana bersama tersayang... momen indah untuk dikenang

ummiross said...

@Knor;

Yelah Knor,orang kita kena tingkatkan lagi tahap kebersihan,sepanjang ummi tour eropah ni, tandas dia orang pun sangat bersih.

ummiross said...

@ ❤Kamsiah❤;

Betul Kam, cantik sangat pinggan mangkuk tu, rasa nak angkut semua balik, hehe.
Nanti datang Putrajaya, roger2, boleh jumpa tuan blog Kam.

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

Betul Intan, melihat dengan mata hati, kebesaran Ilahi.

ummiross said...

@Amie;

Waalaikumussalam Amie cayang..

InsyaAllah ummi doakan Amie akan ke sana nanti. Hehe..ummi pun sepatah pun tak faham, speaking manglish je, hik!

ummiross said...

@Kakzakie;
ummi tengah duk bayang berkelah dengan Kakzakie kat taman tu, bawa nasi lemak pandan Kakzakie, hehe..

ummiross said...

@ Kesuma Angsana;

InsyaAllah KA, moga dapat jadi panduan buat rakan2 semua jika ke sana satu hari nanti.

ummiross said...

@inazamri;

ina, pasang impian dulu, insyaAllah nanti boleh join Trip Kekawan.

ummiross said...

@NzA;

InsyaAllah NzA, ummi yakin NzA berpeluang juga ke sana nanti, kita ni memang kaki berjalan kan NzA..

ummiross said...

@Acik Erna;

Hehehe..tu la Amie, kelaparan, macam2 lagu perut berbunyi, hik!

ummiross said...

@Nora Karim;

Yelah Nora, terapi minda kan Nora bila dapat tengok pemandangan cantik, tenang je rasa.

ummiross said...

@ibuintan;

Yelah ibuintan..kenangan terindah, 25th Anniversary, hehe..

Mizz Aiza said...

salam kenal.. jauh perjalanan luas pemandangan.. tak pernah lagi aiza berpeluang melancong ke luar negara sebegini.. cantik sungguh taman di Palace Square tu, nampak ketenangan airnya.. untung kerana bertemu dengan insan yang ikhlas dan baik seperti muhammad aiman, sikap pemurah beliau patut dicontohi oleh rakyat malaysia..

yan's cottage said...

As salam Ummi...

cantik & bersih betul tempat diorang ye...rasa tenang je memandangnya...best lah Ummi...insyaallah satu hari nanti Yan akan pergi & lihat sendiri keindahannya....

hainom OKje said...

Sangat cantik UR....
Tapi makanan tu jugak buat OKje teruja dan tetiba lapar hehe

Bibie Arie said...

Assalammualaikum...kakak ni kakak yg nak beli kuali periuk kat London tu ke?hehe sya bibie.

ummiross said...

@Mizz Aiza;

Salam kenal juga Mizz Aiza, tq ye sudi singgah blog ummi.
Alhmadulillah, sharing is caring, hehe. InsyaAllah ummi doakan MA juga dapat melancong ke luar negara satu hari nanti.

ummiross said...

@yan's cottage;
Wassalam Yan..

InsyaAllah Yan, ummi doakan moga impian Yan tercapai jua nanti.. amin2x

ummiross said...

@hainom OKje;

Hehe..Okje, jamu mata jelah nampaknya, ummi pun masih teringat2 kesedapan ayam panggang tu.

ummiross said...

@Bibie Arie;

Bibie, yang dari Sabah ka?.
Hehehe..ye lah, akak ni memang tak boleh tebgok pinggan mangkuk/alatan dapur, ada je yang berkenan, tapi nak buat camne, susah nak bawa balik.

Nanti akak singgah blog Bibie ye.

Khai♥Rin : anies said...

alangkah best nyer kalu negara kita seindah ni kn ummi

Hanis Azla said...

Subhanallah.. indahnya gambar2 dan cerita2 ummi tu..

Si Matatajam said...

M mmg suka kalau jejalan di negara yg bersih camni..sejuk ja mata memandang...Bertuah Ummi dapat menikmati bumi ciptaan Allah yg mendamaikan

Nor Salmi said...

Sambil menambah pengalaman turut menambah kenalan. Alhamdulillah, di mana-mana pasti ada insan istimewa kan Ummi..