Friday, June 28, 2013

MEREKA INSAN ISTIMEWA

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Bila bermusafir, bukan sahaja kita dapat melihat negara orang tetapi juga dapat bertemu ramai orang. Antara yang ramai tu, kadang-kadang ada yang menjadi sangat istimewa dalam ingatan, bukan kerana kecantikan ataupun kekacakan tetapi kerana akhlak istimewa yang ditunjukkan.

Semasa Trip 7 buah negara Eropah baru-baru ni, ummiross temui ramai insan-insan istimewa tetapi ada beberapa orang yang hingga kehari ini, masih melekat dihati kami suami isteri.

Dalam penerbangan ke Perancis, disebelah Mr Hubby, seorang lelaki Perancis, pertengahan usia. Rancak juga beliau berbual dengan Mr hubby. Rupanya beliau seorang businessman, sering juga berulang alik ke Indonesia untuk urusan perniagaan. Beliau turut bercerita di Perancis ramai orang Muslim dan tidak susah nak mendapatkan makanan halal. Dan beliau sendiri bukan Islam tetapi ada kawan-kawan beragama Islam.

Ketika bersedia hendak menunaikan solat subuh, kebetulan seorang pramugara melintas berhampiran tempat duduk kami, jadi MrHubby bertanyakan arah kiblat sebab selalunya mereka tidak keberatan untuk memberitahu dengan merujuk kepada pilot, begitulah berdasarkan pengalaman, bukan susah pun.

Kami menunggu tetapi selepas beberapa ketika pramugara tadi tidak juga muncul. Lelaki Perancis tadi mencuit Mrhubby dan menunjukkan skrin pada belakang kerusi, suprisingly dia menunjukkan kedudukan Mekah, seolah memberitahu arah kiblat untuk kami bersolat. Subhanallah, tabarakallah, beliau bukanlah seorang Islam tetapi lebih prihatin berbanding dengan yang Islam. Beliau menghulurkan bantuan yang nampaknya macam kecil tapi sangat besar bagi kami yang ingin menunaikan perintah Allah SWT di awan biru. Bantuan dari bukan Muslim yang membuatkan kami terharu.

Sebenarnya kami pernah menggunakan skrin ni untuk mengetahui kedudukan Mekah semasa bermusafir satu ketika dulu, tapi hari tu kami terlupa pasal skrin ni, maklumlah bukan selalu pun bermusafir.

Nilah skrin yang memang ada kat belakang kerusi penumpang kan. So just ‘touch’ flight info, nanti akan ada location indicator, ‘touch’ lagi location indicator, nanti akan keluar nama negara-negara, cari je Mecca, ‘touch’ lagi akan keluar lah kompas yang menunjukkan arah Mekah.

20130604_144758  20130604_144822

20130604_144939 20130604_145009

Alhamdulillah..Allah temukan kami dengan insan istimewa. InsyaAllah nanti ummiross kongsikan lagi beberapa situasi yang menemukan kami dengan insan-insan yang baik pekertinya. Yang pasti jadi ingatan dihati ini, jaga hak Allah dimana jua, insyaAllah..Allah akan permudahkan urusan kita. Segala puji-pujian hanya untuk Allah SWT.

44 comments:

Khai♥Rin : anies said...

serono bla ketemu org seperti ni..rs jurang antara kita x de langsung..

Aziela said...

Subhanallah. Cantik sungguh pekerti lelaki tu. Indahnya kita beragama Islam sehingga kita menerima bantuan seikhlas itu.

Nana Liena said...

Allah.. orang non Muslim pun tahu itu.. huhu.. tapi itu normal rasanya..sebab mereka lebih tertarik pada keindahan Islam sendiri..kita yang sah2 Islam..entah..banyak lagi benda yg tak tahu.. :)

NzA said...

Terharu sgt2 ummi baca n3 nie...biasanya org non muslim n berbangsa asing lebih perihatin dan peka pd prsekitaran..mrk lebih menghormati kita n sgt2 menghargai sahabat...semua tu dari pengalaman sendiri......

Jemarisuri said...

sebetulnya kita tidak blh melihat pd mata kasar sbb apa yg ditemui kadang2 kita jumpa org bkn islam lbh menghormati kita drp org islam itu sendiri..atas pengalaman js ^^

Kesuma Angsana said...

pengalaman berharga dalm hidup ye, jumpa orng istimewa dari segi budi pekertinyer even berbeza agama kan

aizamia3 said...

kadang-kadang kita sangka orang yang kita tak harapkan boleh membantu kita.. ;)

yan's cottage said...

salam Ummi....

bila kenegara orang jumpa pula orang2 sebegini mesti best kan rasa macam nak pergi lagi kan...?

Zaitun said...

Subhanallah...pekerti orang yang bukan beragama Islam...indah untuk dikenang.

hainom OKje said...

Apabila ada niat baik untuk dilunaskan pasti bantuan Allah akan membantukan UR

nurbijen said...

Alhamdulillah, pertolongan pula datangnya dari insan yg belum Islam...
saya dapat info baru hari ni... masa datang UK hari tu naik flight malam, so sempat solat subuh kat Amsterdam... mana tahu, kot2 lepas ni kena solat masa salam flight, info ummiros ni sgt saya hargai :)

MumMe said...

semoga lelaki tu mendapat petunjuk Allah...tokohnya dah ada...

ummiross said...

@Khai♥Rin : anies;

Betul tu Anies..kira baik hatinya kan.

ummiross said...

@Aziela;

Yelah Ziela, baik sungguh pekerti beliau.

ummiross said...

@Nana Liena;

Alhamdulillah, mungkin dia dah biasa berkawan dengan Muslim jadi tahu yang solat perlu mengadap kiblat.

ummiross said...

@NzA;

Betul tu NzA, NzA pun ramai kawan2 bukan Muslim kan,dan sangat rapat dengan NzA, pernah baca kat blog NzA.

ummiross said...

@Jemarisuri;

Alhamdulillah, ada yang baik akhlaknya dan sangat kita hargai kebaikan mereka.

ummiross said...

@Kesuma Angsana;

Yelah KA, tak sangka dia terfikir nak membantu.

ummiross said...

@aizamia3;

Betul tu aizamia3,Alhamdulillah.

ummiross said...

@yan's cottage;

Wassalam Yan..
Baru seronok berjalan kan bila bertemu orang yang baik hati.

ummiross said...

@Zaitun;

Yelah Zai, baik pekertinya, tentu sekali akan sentiasa dikenang.

ummiross said...

@hainom OKje;

Setuju tu Okje, semuanya dengan pertolongan Allah SWT.

ummiross said...

@nurbijen;

Alhamdulillah, tu yang buat kami terharu tu Nur.
Alhamdulillah, syukur kalau info ini menberi manafaat kepada Nur dan yang lain juga.

ummiross said...

@MumMe;

Amin..2x, ummi pun doakan yang sama, moga beliau mendapat hidayah.

Amie said...

Cantiknya budi pekerti bussinesman tu ye Ummi... memang benar Ummi, secara tidak langsung kita dapat melihat kebesaran Allah... itulah hikmahnya dijadikannya manusia dari pelbagai suku & bangsa untuk saling kenal-mengenal...(senikata nasyid dulu-dulu hehehe)

Kakzakie said...

Biar dimana pun kita kalau hati bersih tak kira siapa pun dia pasti Allah berikan kebaikan ummi. Lihatlah walau dia bukan Muslim tapi hatinya baik (moga satu hari dia dapat hidayah mana tahu kan).

Syukurlah dipermudahkan ummi dan hubby..

khairul hassan said...

pertolongan Allah sentiasa ada kan

Bieaz said...

subhanaALLAH...dipertemukan insan yang baik hati mesti sayu hati terus kan ummi.

Bie baca pun rasa tersentuh lagi2 tahu pasal agama kita.

Nora Karim said...

Subhanallah... Allah permudahkan urusan ummi dengan bantuan org bukan Islam... perkongsian ini membuatkan kita semua berfikir akan hikmah pertemuan ummi dan dia... moga insan itu mendapat hidayah utk memeluk agama Islam...

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam ummiross..

allahurabbi...terharunya..
alhamdulillah...biarpun berbeza agama, mereka ttp ingin menolong..mmg istimewa insan2 ni :)

❤Kamsiah❤ said...

betul Ummi..kdg2 bantuan yg sekecil itu,besar maknanya pada kita yg memerlukan...

Ratu Hatiku said...

Subhannallah.... terharunya.. Semoga satu hari insan itu terpilih mendapat hidayah dariNya untuk memeluk Islam..sape tau kan Ummi kuasa Allah... :)

izan mama mia said...

mereka lebih prihatin...subhanallah

lizz said...

terharukan biler ader yang prihatin dan sudi menolong kiter...bertuah rasa bila bertemu dengan orang yang mulia hatinyer...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

assalamualaikum ummi..lama sungguh wani xsinggah sini..rindu ummi....hope ummi baik2 jer yer....

mmg istimewa sungguh insan2 ni

JunAina said...

Umiross pengalaman ni, manalah tahu ada rezeki nak jalan2 makan angin jugak tak adalah terkial2 nanti. Sekurang2nya dah ada info sikit.

Kakzakie said...

ummi.. kakak sesaja dtg menjenguk kot ada cerita baru hihi... moga ummi sihat:)

Kesuma Angsana said...

singgah dtg ari ni.. N3 terimakasih utk akak yer http://kesumaangsana.blogspot.com/2013/07/apa-ondon-tu-umi-tq-ummi-ross.html

Maria Firdz said...

Moga beliau diberi hidayah Allah...

Knor said...

salam.

singgah sini..ehsan Kesuma Angsana...

hainom OKje said...

Singgah malam sini UR!

mama_ka0ri said...

semoga Allah memberi hidayah kepada lelaki perancis itu ummi..besar pahalanya kalau dia berada di dlam agama kita..mempermudahkan urusan org lain..huhu..

ummiross said...

Terima kasih semua ye atas komen, mmuaahhh!!!.

Si Matatajam said...

Bantuan yg sangat bermanfaat dan tak ternilai kan Ummi