Friday, June 21, 2013

SWITZERLAND YANG MEMPESONA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

26.5.2013

Pagi ni semua peserta dikehendaki berkumpul di Terminal 1, Charles De Gaulles Airport untuk urusan mengambil  kenderaan yang disewa. GPS dan walkie talkie juga disertakan untuk memudahkan perjalanan dan perhubungan. Destinasi kami adalah Lauterbrunnen, Switzerland.

Sebelum perjalanan bermula, ada briefing dulu. Gambar kanan adalah rakan sekereta kami yang menerajui pemanduan kembara kami dengan Hyundai i30.

 

20130526_10492620130526_105753A

 

Memetik kata-kata penganjur Trip Kekawan

Bila travel dengan kereta, THE JOURNEY tu yang mahal, bukan setakat THE DESTINATIONS. “ 

 

Sepanjang perjalanan dari Perancis ke Swiss, bunga kuning yang saujana memandang ini menarik perhatian, sangat-sangat cantik. Nasib baik ada Mr Google yang arif, rupanya ini adalah Rapeseed flower, bijinya bila di crushed akan menghasilkan minyak masak-canola oil, juga digunakan sebagai animal feed dan juga dalam biodiesel. Perancis antara negara terbesar yang mengeluarkan oilseeds.

20130526_115521 DSC_0156

DSC_0117 DSC_0171 - Copy

DSC_0167DSC_0170   Yang ni pula gambar wind turbine, wind power untuk menjana elektrik. Wind turbine ni pun banyak sangat, satu fenomena biasa sepanjang perjalanan.

 

Bila berkereta, kita bebas untuk bergerak sendiri, berhenti dimana yang kita suka jika perlu atau berhenti sekadar untuk mengambil gambar.

DSC_0140 

Ketika berhenti untuk mengisi minyak, kebetulan ada ladang rapeseed dan juga pokok gandum berhampiran. Dapatlah singgah, posing2 kejap.

DSC_0127DSC_0128

DSC_0130DSC_0131

 

Selain lebuhraya, kami juga melalui jalan-jalan di perkampungan-perkampungan kecil. Cuaca yang nyaman, view yang cantik menjadi pelengkap perjalanan (gambar ada ‘kureng’ sikit, snap dari dalam kereta).

DSC_0180DSC_0190DSC_0186DSC_0158

 

Singgah di Zurich sekejap untuk solat di ‘Masjid Zurich’ (hanya terletak dalam bangunan kedai)dan membeli kebab. Boleh baca n3 pasal Zurich yang lebih detail di SINI, semasa kali pertama ummiross ke sana beberapa tahun lepas.

Sudahlah mengalami kesukaran untuk mencari parking, kami juga kesuntukan masa sebab lewat tiba kerana beberapa kali tersasar laluan untuk masuk ke bandar Zurich. Setiba di Zurich hari sudah petang, setelah beberapa kali bertanya, mujurlah ada seorang anak muda, kebetulan beragama Islam pula, dengan rela hati mengajak kami menaiki tram dan menghantar kami ke masjid. Alhamdulillah dapat menunaikan solat dan dapat mengisi perut yang sudah berkeroncong.

   DSC_019320130526_21023420130526_214838 20130526_213420 

 

Kami tiba di kaki pergunungan Swiss agak lewat malam. Alhamdulillah, bila tengok bilik hotel yang cantik dan sangat eco-friendly ni, baru terasa lega. Bestnya dapat merehatkan badan dan melelapkan mata, berselimut tebal dalam suhu yang sangat dingin meskipun tanpa aircond.

    DSC_0195DSC_0196

 

Inilah hotel penginapan kami selama 2 malam, Gasthaus Steinbock, menghadap sungai yang cantik, terletak di Gsteigwiler, hanya 200m dari Wilderswil train station, stesen keretapi ke Lauterbrunnen dan seterusnya ke puncak tertinggi di Eropah, Jungfraujoch.

DSC_0399 - CopyA

 

Pemandangan dari tingkap bilik kami yang sungguh indah.

DSC_0200DSC_0197

 

 

Kawasan parking di depan hotel, jambatan kayu tu untuk menyeberangi sungai.

DSC_0227DSC_0391 - Copy     

 

Ketika tiba malam tadi, memang tak nampak apa, gelap. Bila bangun pagi dan keluar untuk melihat pemandangan sekitar, sungguh terpesona, masyaAllah..cantiknya view, sungai yang bersih airnya, pergunungan yang diliputi salji, pohon subur menghijau dan rumah/hotel dengan senibina kayu, menghasilkan satu pemandangan yang menakjubkan. Syukur kepada Allah SWT kerana memberi peluang kami menjejaki kaki di sini, menikmati keindahan alam ciptaanNya.

DSC_0240ADSC_0241ADSC_0209 - CopyADSC_0215DSC_0219 

 

DSC_0248DSC_0229 DSC_0224DSC_0469 - CopyA  

 

Selepas sarapan, kami akan menaiki train, menuju puncak tertinggi di Eropah, Jungfraujoch. InsyaAllah n3 ni bersambung minggu hadapan, hujung minggu ni rehat dulu. Selamat berhujung minggu semua, ceria2 sokmo ye.

Di puncak gunung, persis  berdiri di awan biru…hehe..intro sikit untuk n3 seterusnya, minggu depan ye. Haish!!!, bila pula mek saleh tu enter frame.

DSC_0329 - CopyA

 

(Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan, tiada yang kekal. Dan di nukil dengan rasa rendah diri agar tidak menjadi duri).

24 comments:

Kakzakie said...

Best!!...
Semua gambar cantik dan memikat mata kakak. Architecture building mereka pun memikatlah ummi. Kakak suka tengok building mereka. Duduk hotel mengadap sungai pun cantik dan bersih nampak nyaman betul.

Seronok itu yg boleh kakak katakan:)

Khai♥Rin : anies said...

cantik nyerrrrrrr mcm dlm poskad!

Acik Erna said...

subhanallah ummi..suka nya acik tengok gambar2 yang ummi kongsikan..cantik2..tak jemu daipandang..berteauh ummi dapat menikmati keindahan didepan mata

Amie said...

Assalamualaikum Ummi,
baru tahu rupa tumbuhan rapesheed untuk buat minyak canola, selama ni hanya tahu guna minyak canola saja terutama untuk buat kek pisang!
Rasa takjub dengan pemandangan di Switzerland, gunungnya macam Gunung Kinabalu pulak... dan Amie pula rasa macam tak puas menjamu mata dengan pemandangan yang Ummi paparkan... he hehehh... agaknya banyak lagi gambar2 yang Ummi simpan sewaktu berkunjung ke Switzerland yang cantik ini.

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam ummiross..

Subahanallah...
memukaunya pandangan..
cma yg baca ni terasa pulak sejuk & nyamanye..

tak dpt pegi.. tgk pic2 akak ni pun dah jadila..

pic yg last dikelilingi awan tu buat cma rasa gayat,, huhuuuu...

❤Kamsiah❤ said...

ummi..rapeseed flower tu..saya teringat filem Mr Bean's Holiday...ada adegan kat tempat tu...
Subhanallah...indah dan cantiknya tak terkata asemua pemandangan...

izan mama mia said...

mmg tak terluah keindahannya...

Bieaz said...

sangat cantik..indah je :)

Tuan Juhaida said...

Salam kenal!subhanallah...cantiknya kejadian Allah.br tau pasal minyak canola tu...padahal guna minyak masak canola oil kat umah.tq share.jatuh cinra sgt pd setiap keping gambar yg dipaparkan.hemput singgah blog sy ye.sweetamieda.blogspot.com

Nora Karim said...

cantiknya semua gambar tu... terpesona tgk air sungai yang jernih tu... subhanallah...

MulutPayau said...

cantiknya..mmng tak jemu manatap gambar2 tu...

p/s..ummi, terima kasih atas kiriman fm tu ya..cantik sangat..

nurbijen said...

Subhanallah, memang cantiknya alam ciptaan Allah...
saya pun suka snap ladang canola kalau berjalan naik train... kuning yg sgt menarik perhatian :)
Suasana kawasan hotel pun bukan main cantik, macam mana la pemandangan di puncak gunung swiss nanti.. sabar menanti :)

hainom OKje said...

Sangat cantik UR scenerynya.... beruntung dapat melancong ke negara orang....
Pengalaman hanya boleh dirasai oleh org yg pergi...okje tumpang tgk je hehe

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong Ummi,

Haa bagus nyongket naik kereta kan, spt kata Ros...boleh singgah dan berhenti bila2 suka. Nice view!

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong,
Waaahhh teringin gak nak jenjalan kat sini. Nanti fikir jap... Terima kasih kongsi gambar!

NzA said...

subhanaAllah...cantik sangat2 ciptaan Allah....brtmbah brkobar2 nk p sana.....

aizamia3 said...

cantik sangat2.. indah sungguh ciptaanNYA..
part sungai tu.. terasa-rasa kesejukannya.. ;)

ummiross said...

Terima kasih semua atas komen yang diberikan, mmmuahhh!!

Si Matatajam said...

Subhanallah....saujana mata memandang yek Ummi..Ladang yg menguning..cantiknya..

Nor Salmi said...

Subhanallah, cantik sungguh pemandangan di sana ya Ummi..

Anonymous said...

Salam....rasanya kita satu rombongan...memang best trip tu. Minta tolong sikit leh...blh kami dptkan copy gambo2 trip tu tak...rmah kami kena banjir baru2 ni...banyak salinan gambo n dlm sd dan camcorder rosak

ummiross said...

@Anonymous:

Waalaikumussalam..

Oh rakan kembara dari Kemaman ke ni? InsyaAllah boleh, nanti email akak ye,akak cuba bagi gambar yang ada dalam simpanan.

Anonymous said...

slm kak ummi..sy ingat nk join trip ni 36 mei nanti..brp RM agak2 sy kena sediakan utk semua ye? hehe..hsband plk takut klau x join travel agency..sy x kisah..semua ok je kan? tq ye

ummiross said...

Waalaikumussalam..

Oh best tu, tapi kos tu kena tanya trip kekawan lah ye, ummi dulu ambik trip masa dia orang offer. Sekarang mungkin dah berbeza.

Sebenarnya seronok pergi macam ni, tak terikat waktu, memang enjoy sangat. Kena kuatkan semangat dan redah je, hihi..don't worry, penganjur ada sekali, nanti akan jumpa setiap peserta kat hotel dan bagi taklimat setiap kali nak mulakan perjalanan.