Saturday, July 6, 2013

JUARA TILAWAH AL QURAN PERINGKAT ANTARABANGSA KALI KE 55

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..`

Alhamdulillah selesai sudah Majlis Tilawah Al Quran Peringkat Kebangsaan kali ke 55, 2013. Keputusan pun sudah diumumkan. Alhamdulillah, lumayan juga hadiah yang di terima oleh pemenang pada tahun ini terutama bagi Johan Qari dan Johan Qariah. Tahniah kepada semua pemenang.

Johan Qari :  Mr Dasrizal Bin Marah Nainin, dari Indonesia.
Markah : 93.26%
Hadiah : Wang tunai RM40 000, Jongkong emas bernilai RM70 000, cenderamata dan sijil penyertaan.

 IMG_7855

Naib Juara Qari : Mr. Mohammad Mashmoul, dari Iran.
Markah : 92.35%
Hadiah: Wang tunai RM25 000, cenderahati dan sijil penyertaan.

IMG_7853

Tempat Ketiga Qari : Mr.Anuar Bin Hasin
Markah : 89.55%
Hadiah : Wang tunai RM20 000, cenderamata dan sijil penyertaan.

IMG_7850

Johan Qariah : Mrs, Hajar Boussaq, dar Morocco.
Markah : 91.27%
Hadiah : Wang tunai RM40 000, Jongkong emas bernilai RM70 000, cenderamata dan sijil penyertaan.

IMG_7859

Naib Johan : Mrs. Hamizah Bt. Jalaludin, dari Malaysia.
Markah : 88.08%
Hadiah: Wang tunai RM25 000, cenderahati dan sijil penyertaan.

IMG_7857

Tempat Ketiga : Mrs. Natipa Binti Manasiya.
Markah: 87.67%
Hadiah : Wang tunai RM20 000, cenderahati dan sijil penyertaan.

IMG_7856

 

Juara Qari,  Mr Dasrizal Bin Marah Nainin  memperdengarkan bacaan setelah diumumkan sebagai pemenang.

IMG_7864IMG_7867

Sama-sama memperbanyakkan membaca Al Quran dan bertadabbur terutama dibulan Ramadhan yang mulia nanti.

13 comments:

MumMe said...

mumme sempat lihat persembahan sebelum pengumuman keputusan tilawah...masyaAllah...merdu betul gabungan suara qari2 tu.x lupa nak wish ummiross sekeluarga selamat menyambut ramadhan...

ummiross said...

@MumMe;

Ye lah MumMe, tak puas dengar kan.
Terima kasih MumMe, selamat menyambut Ramadhan juga buat MumMe sekeluarga, selamat berpesta amal ibadat.

Bieaz said...

Alhamdulilah...takniah buat pemenang :)
suara Qari merdu sangat2 sampai saya tak kelip2 mata tengok hihi

Mizz Aiza said...

tahniah kepada juara.. mak aiza dengar dari mula sampai tamat..

NzA said...

Alhamdulillah..mereka semua layak krn punya suara yang amat merdu....TAHNIAH kepada yg berjaya.

MulutPayau said...

Tahniah kpda yg berjaya....

Zaitun said...

Tahniah kepada pemenang.Memang lumayan hadiah yang diberikan pada tahun ini.

Kakzakie said...

Kakak tengok juga Ummiross. Masa tu kakak di kampung. Yg paling kakak suka masa para Qari membuat persembahan nasyid 'ala baladi. macam seronok je walau masing-masing dari lain negara boleh pulak ngam. Masa bilalah mereka berlatih kan..

Syukur jugalah qari dan qariah kita kira ok lagi walau tempat ke 2 & 3.

Acik Erna said...

assalam ummi..bersyukur negara kita tempat kedua dan ketiga..
dulu Qari tu..acik biasa tengol di Akedemi AlQuran..mungkin badan dia dah berisi sedikit tu yang nampak macam tak berapa nak panjang nafas dia

Knor said...

alhamdulillah..tempat ke 2 dan ke 3.

hainom OKje said...

Baru tau UR Malaysia adalah jugak dapat tempat hehe...punyalah tak mengikuti! Terukkn Okje ni!

Khai♥Rin : anies said...

yg juara tu mmg bkn calang2 qari dan qariah.tahniah utk depa

Si Matatajam said...

Alhamdulillah..tahniah buat pemenang...Malaysia masih mengukir nama dipersada dunia