Monday, May 14, 2012

ME, MOH AND KAHVALTI, WALLA!!!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sudah lama bertegur sapa di alam maya. Sudah kerap kali juga menerima souvenir. Ummiross pun teringin juga nak bertemu mata, berkenal mesra dengan lebih dekat dengan wajah di sebalik MOH KEMBARA. Olehkerana ummiross bercadang nak menghantar sovenir juga, maka janji untuk bertemu pun dimeterai(hehe..perkataan ni pulak yang terlintas). MOH KEMBARA menjemput kami suami isteri berkahvalti di rumahnya pada hari Ahad semalam.

IMG_1936
Kembara makanan Turki menjadi realiti, kembara bumi Turki belum lagi, hik!. Selama ni duk tengok kat blog je kan, dapatlan sarapan ala-ala Turki. Pizza yang so marbeles!, sedap beb!!. Istimewanya guna sucuk yang kak Helime bawa balik dari Turki. Sape2 yang belum pernah.tengok sucuk,boleh tengok kat SINI, sucuk bersaiz XXXL. Sucuk tu macam sosej rupanya, tapi ada rasa masam2 yang membuatkan rasanya memang meletop!!!

 

IMG_1934
Buah zaitun dengan sayuran tempatan dan telur, kombinasi berkhasiat ni,
bagus untuk diet. Kak Helime slim ooo..jeles ummi!


IMG_1938
Tapaz, nampak tak ada cheese asli dari Turki kat bawah tu, yang ni pun best jugak. Ummiross makan je, kalau malu-malu rugi pulak kan, nanti balik menyesal.

 

IMG_1937
Jem buah tin, makan dengan roti, dapatlah merasa jem homemade suri rumah Turki.

 

IMG_1945
Puding hazelnut bercoklat,walla!!..walla!!, Sedapnya, lembut berkrim. Hiasan hazelnut  dari ladang Mr T di Kampung Deredebi.

 

IMG_1979
Ada souvenir lagi, tuala kecil, ummiross suka jahitan yang kat tepi tu, cantik betul. Rantai tu pulak hasil kraf tangan Kak Helime, ada bakat ni,banyak lagi yang lain-lain yang ummiross tengok cantik-cantik sangat.

Pertemuan singkat yang penuh kemesraan, rasa macam dah kenal lama. Selesa dan tak kekok bersembang dengan Kak Helime.Ada gambar kami posing berdua, tapi malu-malu kucing pulak ummiross nak letak kat blog,hik!.

Terima kasih Kak Helime. Terima kasih dari kami suami isteri. Sepagi dengan hidangan lazat dan kemesraan akan sentiasa dalam ingatan kami…


18 comments:

NzA said...

seronoknya dpt brsua mata dgn rakan alam maya...agaknya bila kita pula dpt brsua kan ummi.....

jemarisuri said...

bestnye mcm2 ada kan...ada yg tak pernah rasa pun..hehe..

ummiross said...

@NzA;

Ye lah NzA, kadang2 tak sangka boleh berjumpa kan.
NzA, kalau datang KL contact lah ummi, mana tau berkesempatan bertemu mata. Kalu ke johor, ummi akan cari NzA pula, insyaAllah.

ummiross said...

@jemarisuri;

Betul js, ada yang baru pertama kali ummi rasa, macam sucuk,jem dan cheese homemade tu,best!

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Ummi,

Cantik2 gambar dr kamera Ummi. Lawor pulak rante tu!

ummiross said...

Wassalam kak..

Hantam saja kak ambik gambo tu kak, tak professional, tapi sebab hidangan tu memang cantik, colourful, jadi gambar pun tumpang cantik hehe..

Kak..rante tu memang lawor, tu yang ummi berkenan sejak tengok kat blog akak hari tu..Tq ye kak.

KhaiRin : anies said...

eh, apsal tetiba meleh je air liur ni?

p/s sy g bangi kejap je..ada la dlm 1/2 jam pastu rushing blk kg..

ummiross said...

@KhaiRin:anies;

hehe..jemput le makan sekali,hik!

Takpe Anies ,lain kali kita roger2 ye.

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

atuk dapat rasa lemaknya hazelnut drp ladang Mr T....tapi lebih enak kalau dengan puding bercoklat
uwaaaaaaa.....he he....

Deru Ombak said...

Assalamualaikum Ummi..

Sungguh menyelerakan.. :)

ummiross said...

@Atuk;

Waalaikumussalam Atuk..

Atuk pun dapat hazelnut tu kan, hadiah sebab dapat jawab teka teki dengan excellent,hehe. Puding tu memang best Atuk,masih terasa kesedapannya ni, yum,yum...

ummiross said...

@Deru Ombak;

Waalaikumussalam Kakya..

Sungguh menyelerakan dan sungguh berselera pula ummi makan, hehe..

puanbee said...

sedapnya bila nak dpt makan cam gini..

Hanis Azla said...

Alhamdulillah.. seronoknya ummi dapat bertemu dengan kak helime.. dapat makan juadah turki lagi.. klu letak gamabr ummi berdua tentu lagi best nak tgk.. he..he..

ummiross said...

@puan bee;

Rezeki kan bee, kita tak tau..insyaAllah mana tahu sampai ke Turki bee nanti..

ummiross said...

@Hansi Azla;

Hanis, kabarnya akan ke Turki dan seterusnya umrah.Singgah di Turki tu bolehlah menjamu selera juadah di sana,balik nanti boleh lah share gambar2 makanan best2 gak sana.
Selamat mengerjakan umrah, selamat pergi, selamat kembali, semoga mendapat umrah yang mabrur..

Kazman / Sue said...

peerghh... sedapnyaa...

Aishah Jahirah said...

wah tak pergi turki pun dpt makan masakan turki....tgk pun menyelerakan,makan lagilah sedap...