Sunday, December 11, 2011

BUKAN SEKADAR GERHANA

بسم الله الرحمن الرحيم

Usai solat sunat gerhana dan bacaan khutbah di  Masjid At Taqwa ummiross mendongak ke langit, mencari2 dimanakah wajah bulan. Ia sudah tidak kelihatan lagi, mungkin hanya sedikit cahaya berbalam dalam kegelapan langit. Terasa diri ini sangat kerdil, berdiri dibumi yang terapung sebagai sebahagian sistem cakerawala, dan ketika itu mungkin saat2nya dimana matahari, bumi dan bulan berada dalam satu garis lurus, bumi ditengah2 dan bayang2 bumi melitupi bulan, maka lenyaplah bulan buat seketika dari pandangan. Itulah tanda2 kebesaran Allah. Setiap pergerakan atau apa saja yang berlaku adalah mengikut aturannya, tidak terlewat atau pun tercepat walau sesaat. Lihatlah dengan matahati, ianya lebih terkesan dihati.

bulan7bulan8bulan12
Gambar ini diambil oleh anak ummiross ketika bulan sudah mulai keluar dari lindungan bayang2 bumi, Alhamdulillah beransur2 langit cerah, lega melihat bulan bercahaya kembali sehingga jelas kelihatan awan di sekelilingnya. Ada sedikit kerinduan dihati, inilah antara topik yang ummiross gemar ketika mengajar dahulu. Semoga ia jugak masih terkesan dihati anak2 murid ku. Bersyukurlah…!

Firman Allah Subhanahu Wata’ala dalam Surah Ibrahim ayat 33:

سَخَّرَ لَكُمُ الشَّمْسَ وَالْقَمَرَ دَائِبَيْنِ ۖ وَسَخَّرَ لَكُمُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ

“Dan Dia juga yang menjadikan matahari dan bulan sentiasa beredar untuk kepentingan kemudahan kamu dan yang menjadikan malam dan siang bagi faedah hidup kamu.”

14 comments:

Anastasyea Aida said...

tanda2 kebesaran Allah ..

Amie said...

Selamat pagi Ummi,
melihat tanda kebesaran Allah... membuat kita sentiasa memikirkan kekuasaan-Nya.

Sweet N Pretty said...

subhanallah. tunggu jugak malam tu tapi tak nampak, lindung dek awan:( tapi pernah dapat snap bbrp tahun lepas:)

KhaiRin said...

sy terlepas nk tgk gerhana sbb terlalu mengantuk lps maghrib..rugi nyer

sori baru sempat nk menjengah!

ummiross said...

@Anastasyea Aida;
Hmm betul tu Anastasyea, Allah yang mengatur segalanya.

ummiross said...

@Amie;
Selamat tengahari Amie..
Allahuakbar, betul tu Amie, itulah antara tanda2 kekuasaanNya

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Ye lah Intan,kat sini pun agak berawan Intan,masa bulan nak keluar tu dah mula nampak jelas, dapatlah snap sikit2.

ummiross said...

@KhaiRin;
Mesti banyak kerja sekarang ni kan..letih tu.

Hmm lama tak nampak jejak KhiRin, rindulah.

khairul said...

sy ada kt tapak autoshow masa gerhana berlaku

ummiross said...

@Khairul;
Tentu pandangan lebih jelas kan dari kawasan lapang..

puanbee said...

oh cantik bulan gerhana , baru nampak jelas disini

ummiross said...

@puanbee;
Hmm anak ummi yang ambik gambar ni bee,taklah profesional sangat hehe..tapi, oklah untuk kenangan kan.

NzA said...

xsmpt tgk la..masa tu nza masih kt kg....

ummiross said...

@NzA;
Takpe NzA tengok kat sini je, hik!