Friday, December 30, 2011

KG TELAGA AIR DAN UDANG GERAGAU

بسم الله الرحمن الرحيم

Pertama kali ummiross melihat keindahan Kampung Telaga Air Waterfront dalam rancangan Menu Alam, TV Al Hijrah. Jaraknya lebih kurang 40km dari Kuching, tapi tak pernah pulak ummiross ke sana. Khabarnya lokasi ni memang menjadi kegemaran untuk fotografi. Jadi ini adalah antara destinasi percutian jarak dekat kami, semasa cuti hujung minggu dan Krismas baru2 ni.

DSC_0229
Taklah susah untuk sampai ke sini, tapi ummiross pakai GPS jugak. Pagi lagi kami dah sampai sini, udara pagi masih terasa sejuk, sejuk jugak mata memandang kehijauan dan sungai yang tenang.

DSC_0226DSC_0213
Pemandangan dari jeti yang cantik. Ada gerai2 kecil menjual makanan di sekitar jeti. Anda boleh bentangkan tikar dan makan2 dibawah pokok2 besar yang redup.

DSC_0140
Pertemuan antara sungai dan laut, tawar dan masin. Sebelah sini sungai..yang sayup mata memandang antara pohon2 hijau tu terus ke laut.

DSC_0153
DSC_0148
Kampung Telaga Air ni merupakan perkampungan nelayan Melayu. Sayangnya sekarang dah masuk musim hujan, nelayan tidak ke laut, ombak besar.Tak dapatlah merasa hasil tangkapan di sini..

DSC_0156DSC_0176
Jeti jugak untuk kemudahan penduduk sekitar berulang-alik.

DSC_0209DSC_0227 b
Ada taman permainan dan kedai makan. Kalau dah penat posing bolehlah menjamu selera kat sini. Harga memang berpatutan.

DSC_0186
Hari itu cuaca sangat baik, langit cerah. Tapi selepas hari itu, hujan mula mencurah sehingga sesetengah tempat di Sarawak dilanda banjir.

DSC_0224
Anak2 Kampung Telaga Air yang riang, mereka begitu teruja melihat kami posing sana-sini. Sangat seronok bila dipelawa bergambar sama..

DSC_0190DSC_0178
Udang geragau yang baru diangkat naik. Pelantar kayu sebelah sana dipasang pukat untuk udang ni.

DSC_0202
Lama jugak makcik ni membersihkan udang ni, membuang kotoran daun2 yang terperangkap sama, dibawah terik matahari. Kata anak ummiross, “susah jugak nak cari rezeki ye ummi.” Kata ummi, “tau takpe…!”. Udang ni dijual RM4 sekilo. Ummiross bagitau MrHubby belilah 3kg, makcik tu terkejut!, “nak buat apa banyak2”, katanya. Akhirnya kami beli 2 kilo setengah, hehe kurang setengah kilo je. Takpe lah, rasanya RM4 tu murah sangat berbanding kerja dan usaha yang mereka lakukan..

DSC_0214
Jemput2 udang geragau yang sangat enak dan rangup. Ada beberapa tupperware kecik lagi udang geragau ni dalam peti sejuk. Nak masak apalagi ek? Atau ada sapa2 yang nak udang yang kecik molek dan manis ni, sila angkat tangan!

19 comments:

Sofya said...

best la dapat udang segar...

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

rugi saya tak pergi tu hari...kena pergi sekali lagi nampaknya.....he he

poskan jemput2 tu....

Wassalam

ummiross said...

@Sofya;
Sofya, baru je sampai tu, manis sangat rasanya..

ummiross said...

@Atuk;
Waalaikumussalam Atuk;

Atuk,ummi pun tak pernah pergi sebelum ni,cantik tempatnya. Hehe memang kena datang lagi sekali ni Atuk,kena datang rumah ummi jugak makan jemput2, hik!

Sweet N Pretty said...

Wah bestnya, damai di hati kalau duduk2 santai kat tmpt camtu. tengok cucur udang yg best tu..sib baik dh lunch:D

ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Betul tu Intan..sekali sekala santai dengan family ditempat yang cantik2 viewnya memang best. Hehe cucur simple versi ummi tu Intan...campak2 je.

Unknown said...

sungguh mendamaikan la Umi

Amie said...

Assalam Ummi,
ooo...cucur udang geragau, Amie tak pernah buat... nanti boleh cuba sebab di sini pun memang banyak udang geragau tapi tak pernah beli sebab tak terfikir nak masak apa...

ummiross said...

@khairul;
Mai la bercuti kat sarawak pulak..buat autoshow kat sini pulak.

ummiross said...

Wassalam Amie;
Ummi pun makcik tu yang bagitau, memang sedaplah Amie, udang tu masih segar, jemput2 tu pun rangup. Kalau air tangan Amie, lagilah best! Nanti ummi datang makan kat rumah Amie pulak ye, hehe..

NzA said...

cantik tmpt tu..pernah smpai 1x kt situ .....

ummiross said...

@NzA;
Ooh NzA dah pernah pergi ke situ ye,nanti datanglah lagi, kita pegi lagi sekali hehe..

ROZILA said...

Salam ummiross,

Pernah pergi Sarawak,waterfront saja..
sini belum sampai lagi,nanti pergi sekali lagi mesti singgah....
Harap ummiross bagi cadangan tempat makan yg best2...sebab hari tu pergi tak jumpa nasi putih,hari2 makan nasi goreng.

dia org cakap ada satu tempat(dlm mall)tapi tak jumpa....
Memang Sarawak bersih,sehinggakan tiada gerai tepi jalan.

Ros said...

Salam Ummiross,

Bestnya....permandangan dia cantik dan damai sungguh rasanya....satu hari nanti kalau ada rezeki teringin jugak la kak Ros nak kesana...

ummiross said...

@Rozila;
Wassalam Rozila..
Tempat ni agak jauh sikit dari Kuching, masih ramai pelancong yang tak tau, kalau datang lagi bolehlah ke sana.
Hehe...ada banyak kedai jual nasi putih, yang famous kat sini nasi ayam penyet, nanti datang lagi ye, kita makan sama2..
Pada pemerhatian ummi pun, Sarawak memang bersih...

ummiross said...

@Ros;
Wassalam Ros...

Memang cantik Ros, datanglah..boleh berkenalan nanti.

MumMe said...

mumme angkat 2 tangan!hi hi...mumme suka berangan tepi laut...dgn anginnya...fuh...

ummiross said...

@MumMe;
ummi nampak mumMe angkat tangan ni hikhik!
Angan2 kadang menjadi kenyataan, jangan segan2 berangan ye MumMe, tepi laut lagi best.

Anonymous said...

meh la ke CH..Galeri BiGDee Magic Potions Taman Royal Lily, Tanah Rata