Alhamdulillah semalam ummiross berkesempatan mengikut Mr Hubby ke majlis Perasmian Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ke-54. Majlis diadakan di Dewan Majlis Islam Sarawak dari 11 hingga 15 Rejab 1432 Hijrah bersamaan 13 hingga 17 Jun 2011 Masihi.
Semalam 3 orang peserta memperdengarkan bacaan iaitu peserta dari Perlis, Selangor dan Pulau Pinang. Seronok sebenarnya berada dalam majlis macam ni sambil mendengar alunan bacaan yang menyentuh jiwa.
Kalau tengok senarai peserta, sebahagiannya adalah bekas peserta dari Akademi Al-Quran, antaranya Ahmad Termizi bin Hj Ali mewakili Terengganu, Amirahman bin Abas dari Negeri Sembilan,Azraie bin Abdul Razak dan Suhailah binti Zulkifli,Melaka dan Mohd Shukri bin Ali mewakili Wilayah Persekutuan.
Tema “1 Malaysia 1 Ummah”, ditakrfkan secara holistik melalui rekabentuk konfigurasi dan ruang keseluruhan Astaka, juga mengambil kira imej seni bina Islam pada bangunan Kompleks Islam Sarawak.(hehe..ayat skema dari buku aturcara)
Dirasmikan oleh YAB Perdana Menteri…
Jumpa lagi di dewan Kompleks Islam Sarawak Kuching malam ni, InsyaAllah…
15 comments:
bila tilawah bermula..
itu tandanya dah xlama dah kita nak puasa...
Betul tu Sofya, dah masuk Rejab kan, tak sabar menanti Ramadhan..
Dewan cam kecik jak..
seronok le ada kat sarawak tahun ni
puasa dh semakin hampir
@Adzriel@Liza AB;
hmm alhamdulillah, dapat jugak ummi pegi...
@khairul;
Ye lah khairul, sinonim mengaji ni dgn Ramadahn jugak.
@Chenal;
Besar jugak Chenal, cantik,dewan baru...
thn ni kat sarawak pula ye. seronoknya dpt tengok live:) slalu tengok kt tv je.
@Sweet N Pretty;
Hmm Intan, tahun ni kat sarawak, memang best tengok live ni, suara peserta pun lagi 'terangkat' bila live ni...
Assalamualaikum Yong Ummi,
Tahniah org Sarawak jadi host utk tillawah tahun ni. 2 tahun lepas kat Perak akak dpt gi tengok sbb tak jauh dr rumah Mak.
bestnya ummi dapat pergi ke majlis macam ni.. kami tgk kat tv aje..
Isyarat dh xlama nk puasa tu ummi...bestnya ummi boleh tgk secara dekat camtu...
@Moh Kembara;
Alhamdulillah akak dah berpeluang tengok secara live..
kalau dekat dengan rumah senang skit nak pegi kan,dh kali ke54, ni lah baru ummi dapat tengok secara live sepenuhnya...
@Hanis Azla;
Ye lah Hanis,rugikan kalau tak pegi, bukan selalu dapat peluang macam ni.
@NzA;
Bulan yang ditunggu2, tak sabar rasanya menanti kedatangan Ramadhan kan NzA...
asslammualaikum..wah!cantiknya blog...
Post a Comment