Thursday, June 30, 2011

SESUNGGUHNYA SOLATKU, HIDUPKU DAN MATIKU…

                               gambar solat
                               Sumber Foto:Mr Google

Sempena semangat Israk Mikraj ni, ummiross nak berkongsi sikit kata2 ustaz dalam satu ceramah agama. Sekali dengar memang lucu,mengundang senyum dan tawa dari audience tapi kata2 yang ringkas ni sangat2 mengesankan…kalau kita mahu berubah. Usaha yang sedikit, insyaAllah besar impaknya pada amalan seharian kita, apatah lagi solat kita. Sama2 kita perbaiki diri…

“ Ramai daripada kita yang kualiti amalannya tak berubah dari kecik sampai tua. Banyak amalan yang kita buat adalah yang kita pelajari semasa kecik2 dulu atau yang kita belajar semasa sekolah rendah dulu, takde penambahbaikan atau peningkatan.

Kalau sekolah rendah dulu dalam solat selepas Al Fatihah baca surah 3 Qul..,sampai sekarang pun baca yang tu jugak.

Kalau dulu tak tahu makna setiap bacaan dalam solat, sampai sekarang pun tak tahu2 jugak.

Kalau dulu hafaz beberapa surah, sampai sekarang pun tak bertambah surah yang dihafaz, malah lebih parah lagi, masa kecik2, lagi banyak yang dihafaz berbanding sekarang, banyak surah2 yang dihafaz hilang dengan bertambahnya usia”.

RENUNG2KAN DAN SELAMAT BERAMAL…!

8 comments:

NzA said...

betul tu ummi......trkdg benda2 camni kita ambil ringan....semoga diri ini brubah mengikut peningkatan usia.....insyaAllah.

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

Insyaallah
pasang niat sekarang nak berubah

Wassalam

ummiross said...

@NzA;
InsyaAllah NzA, begitulah hendaknya.

ummiross said...

@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali...

Betul tu, kalau ada niat nak meningkatkan kualiti amalan kita, insyaAllah dipermudahkan Allah.

Wassalam

Andrik McVean said...

hi there, i have just followed your blog..i hope you can follow me back..u have a nice blog here..
i will be waiting for you on my blog...see u there..cheers

Hanis Azla said...

thanks ummi utk perkongsian ini.. semoga ada perubahan yg positif dalam diri kita utk memperbaiki diri, iman dan amal kepada yg lebih baik lagi..

ummiross said...

@Andrik McVean;
Hi Andrik...
I already followed your blog a few weeks ago.
Thanks and do come again.

ummiross said...

@Hanis Azla;
Betul tu Hanis, sama2lah kita berusaha memperelok amalan kita dari masa ke semasa