Friday, June 24, 2011

BILA KASIH SAYANG DI UJI

Sakit adalah ujian, bukan sahaja untuk diri sendiri, tapi jugak untuk orang2 tersayang disekeliling kita. Beberapa bulan dulu, ummiross terbaca di fb rakan lama, ‘dia ibuku, tapi kini dia sedang sakit….’. Terasa sayu sangat hati ini, ringkas je tulisannya, tapi ummiross dapat rasakan kesedihan dan keresahan yang ditanggung oleh si anak  kerana ibunya akan menghadapi satu pembedahan besar.

Beberapa hari lalu, ketika mendapatkan rawatan susulan di pusat rawatan, ummiross terpandang sepasang suami isteri yang telah lanjut usia. Si isteri berkerusi roda, manakala suaminya kelihatan masih sihat walaupun nampak agak lemah dimakan usia. Ketika menunggu giliran, si isteri memanggil nama suami kerana ingin menunaikan ‘hajat’. Diangkatnya si isteri ke tandas duduk untuk pesakit,kemudian bila selesai diangkat kembali ke kerusi roda. Dengan kudrat yang bersisa dia melayani isterinya dengan penuh kesabaran.

Mendengar orang sakit, simpati…, persis kita tak akan sakit. Tapi sakit boleh datang secara tiba2. Bila ummiros sakit, untuk beberapa hari ummiross tak dapat menjalankan rutin biasa, dinasihatkan banyak berehat.  Tentu sekali menggusarkan orang2 tersayang. Setiap pagi selepas solat subuh, Mr hubby membawa sebuah dulang ke tingkat atas. Di dalamnya ada semangkuk sarapan pagi yang ringkas, quaker oat, atau telur separuh masak, secawan milo, segelas air sejuk dan segelas air suam untuk membancuh ubat.

“Abang doakan ‘ummi’ setiap kali lepas solat”, ummiross buat muka sedih, “… bahkan setiap kali sujud”, jawab Mr hubby. Terharunya…

Rajin pulak Mr hubby memasak untuk makan malam. Dari seringkas sardin masak merah sehinggalah secanggih sphagetti carbonara. Berselera jugak ummiross makan walaupun sakit, maklumlah makan berhidang.

Ummiross kata “sedap abang masak”. Mr hubby tanya “tau tak kenapa sedap?”, ummiross tak sempat jawab sebab makanan penuh dalam mulut. Kata  Mr hubby, “sebab  ia di masak dengan penuh kasih sayang…”.

Untuk Mr hubby, ini adalah entry kasih sayang….luv u so much!

10 comments:

Hanis Azla said...

sgt manis entry ni ummi.. Alhamdulillah ummi mempunyai suami yang penyanyang dan bertanggungjawab seperti itu.. semoga kasih sayang antara ummi dan suami berterusan hingga ke hujung nyawa..

Sweet N Pretty said...

ummi touchingnya n3 ni, bergenang airmata. Syukur alhamdulillah bila umur meningkat rasa kasih makin bertambah sbb ada yg bila dh berusia bertukar pula citarasa. moga ummi & family perolehi sakinah, mawaddah warahmah:)

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

hubby mengikut sunah nabi SAW
Alhamdulillah
itu untungnya mengikuti majlis ilmu

saya doakan agar ummi cepat sembuh, supaya dapat beribadat dgn sempurna

Wassalam

Izan Ishak said...

sayunya izan baca entry ni ummi... terbayang bila izan dah tua nanti, bagaimana pula nasib izan. harap2 dijauhkan dari segala penyakit serius...

so sweet bila mr hubby ummiross masak dgn penuh kasih sayang...

puanbee said...

alaa romantiknya ummie.. moga ummie siaht dan bahagia selalu bee pun nanti dah tua2 sikit kalau lah di beri dugaan sakit apa2 nk suami jaga bee setakat ni tk de lagi dia masak2 kat rumah ni ..

ummiross said...

@Hanis Azla;
Thanks Hanis..
Alhamdulillah, harap2 begitulah, amin2x.

@Sweet N Pretty;
Terima kasih Intan atas doa2, amin2x.

@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali..
Alhamdulillah, majlis ilmu melembutkan hati.
Terima kasih atas doa, amin2x.

@Izan Ishak;
Ye lah izan, harap2 takdelah penyakit yang serius.
hehe sekali sekala masak ok jugak.

@puanbee;
terima kasih bee atas doa,amin2x.InsyaAllah kalau perlu mesti suami bee tolong.

Adzriel @ Liza AB said...

muahhh... love u too. terharu ummiross..

Ummiross said...

@Adzriel@Liza AB;
hehe thanks Liza, cayang dia..

NzA said...

romantiknya suami ummi...Alhamdulillah....

ummiross said...

hehe nak kata romantik, tidak jugak NzA, kadang2 je...hik!