Hari Rabu dan Khamis minggu lepas cuti Hari Gawai kat Sarawak. Mr Hubby ambik cuti hari Jumaat, so dapatlah cuti 5 hari. Hari Rabu tu ingat nak cuti2 Sarawak, tapi bila bangun pagi, ummiross rasa pening dan bila lihat siling semuanya nampak berpusing2, even masa baca tahiyyat pun ummiross nampak sejadah seakan-akan berombak-ombak. Panik, pagi tu terus pergi klinik, kena inject satu jarum. Balik makan ubat dan hari tu hampir sepanjang hari ummiross tidur.
Esoknya dah ok sikit, continue dengan plan sebelum tu. Telefon hotel Damai Beach Resort, hotel dah penuh, tapi chalet still available, ada offer lagi RM240 semalam (hehe offer ke apa?). Kata Mr Hubby kita rehat2 kat situ, kebetulan anak bongsu ummiross pun ada balik untuk internship selama 7 bulan di Kuching, alhamdulillah.
Damai Beach Resort ni terletak kat Santubong, anggaran 35km dari Kuching. Ramai pelancong asing suka ke sini termasuk orang Arab jugak. Jom jalan2 Sarawak…
Yang bestnya, ummiross dapat chalet yang paling dekat dengan pantai,
gambar ni diambil dari beranda je, ada pondok dan bangku depan tu,
bolehlah lepak2 sambil makan2…
Pantai landai berlatarbelakang Gunung Santubong…
Suasana awal pagi yang damai di Damai Beach…
Sarapan pagi yang memang best!
So apalagi, datang jak Sarawak…
16 comments:
salam Ummi Ross..cantiknya pantai santubong..bila la atie nk sampai lak nie...
@azatiesayang;
Wassalam azatie, datanglah makan angin, nanti kita lepak2 kat pantai tu ye...
bestnye main air kat pantai...selamat bersantai Ummiross...
@MumMe;
Tu lah MumMe, jumpa air terus hilang sakit...hehe.
mmg cantik tempat tu ummi..masa p srwak dulu sy smpat singgah kt pantai nie ttp xsmpt nk mandi...........
cantik pantainya.. ini yg buat lg teringin nak ke sarawak ni..
harap ummi dah sihat sepenuhnya:)
wah bestnya damai beach resort tu. mmg suka klu dpt pegi ke pantai, sungguh menenangkan perasaan sambil menikmati alam ciptaan Tuhan.
take care
Cam nyaman jak kuih lam gambar last ya, kedak croissant jak
@NzA;
Ooh dah pernah datang ye NzA,cantikkan,xpe lain kali datang boleh mandi-manda kat situ..
@Hanis Azla;
Datanglah Hanis, nanti kita berkelah kat situ hee..
@Sweet N Pretty;
Alhamdulillah dah ok skit, thanks Intan. Ye lah sekali sekala berehat kat pantai ni best jugak..
@ZoOL;
Hmm ZoOl, memang nyaman gilak...hee
chantek + chomell sgt pantai tu.... ^_^ teringin jugak nak pegi sana....
@eclipsesweet;
hmm cantikkan, nanti datang makan angin ke sini ye..
Wow! Watta splendid view!!
seronoknya jalan2
seronoknya pantai nya ummi... ni yg lagi teruja nak jln2 pi sarawak ni~
@Liyana Zahim;
Thank you Liyana...
@Puanbee2;
Seronok bee jalan2 ni, tp balik letih sangat
@Izan Ishak;
Memang seronok izan, datanglah jalan2 sini...
Assalamualaikum Yong Ummi, sonoknya dia. Seafood kat Sarawak meriah tak cam kat KK?
Post a Comment