Tuesday, September 3, 2013

PERGINYA MAK…إنا لله وإنا إليه راجعون

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

 إنا لله وإنا إليه راجعون

Tanggal 31, bulan 8 tahun 2013, perginya bonda mertua yang dikasihi menghadap Allah yang maha Esa. Ia hari duka bagi kami dan semua ahli keluarga, apatah lagi bagi suami tercinta.

Merdekalah Mak (panggilan kami kepada MIL) dari dugaan kesakitan dunia. Di penghujung usianya MIL sentiasa keluar masuk hospital. Kata kakak ipar ummiross, suci bersih dan cantik sangat wajah Mak setelah selesai dikafankan, subhanallah, moga itulah gambaran keampunan dan rahmat Allah atas kesabarannya menempuh dugaan kesakitan berpanjangan tanpa rungutan.

Malah dalam keadaan terbaring lemah, semasa arwah masih sedar, kami masih dapat mendengar antara jelas dan tidak, lidahnya bergerak2 menyebut2 Allah..Allah..Allah…basah lidahnya dengan zikrullah.

Hari Kemerdekaan seterusnya, pasti tidak lagi sama bagi kami. Meriahnya percikan bunga api hanya akan menggamit memori sedih jauh disudut hati.

Setiap yang hidup pasti akan mati. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosanya dan semoga rohnya ditempatkan disisi orang-orang yang beriman dan bertaqwa. Kami redha…dan akan sentiasa merinduinya. Al Fatihah.

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ ﴿٢٧﴾ ارْجِعِي إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً مَّرْضِيَّةً ﴿٢٨﴾ فَادْخُلِي فِي عِبَادِي ﴿٢٩﴾ وَادْخُلِي جَنَّتِي ٣٠

“Wahai jiwa yang tenang! (27), Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhai-Nya (28). Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba Ku (29), dan masuklah ke dalam syurga Ku (30).” (Al-Fajr 27-30)

36 comments:

dear anies said...

salam takziah buat ummi sekeluarga..
alfatihah...

Kakcik Seroja said...

Innalillahhiwainnnailaihirojiun...

Al Fatihah.

JunAina said...

Al-Fatihah...

Salam takziah buat ummi sekeluarga, kasih sayangnya hingga ke syurga.

Kayu Manis said...

innalillahhiwainna'ilai hirujion
semoga bahagia di sana.

al-Fatihah. amin

asyifamustaffa said...

Al-FAtihah...salam takziah buat akak sekeluarga, moga rohnya ditempatkan dikalangan para mukmin...

yan's cottage said...

takziah...untuk Ummi sekerluarga....moga rohnya bersama orang2 beriman Amin.....

Fiza Rahman said...

Salam takziah & al-fatihah.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

alfatihah...salam takziah untuk ummi sekeluarga

daripada DIA kita dtg kepada-NYA jua kita kembali

NzA said...

Al fatihah, semoga arwah bonda ditmptkan dikalangan org2 beriman. Salam takziah utk ummi skluarga. Masa utk kita pasti akn tiba jua nnti.

Kamsiah yusoff said...

takziah dari saya sekeluarga buat ummi..semoga tabah dgn ujian ALLAH..menjemput ibu mertua pergi..

Kehidupan Makkah said...

Takziah...Al Fatihah.

Aishah said...

Takziah makcik, moga arwah ditempatkan dikalangan org yg beriman..

Acik Erna said...

salam takziah ummi..AlFatihah buat arwah mak mertua ummi

Kakzakie Purvit said...

Innalillahi wainnailaihi rojiuun.. moga roh mak dapat bersama kalangan mereka yg beriman...

Takziah dari kakak buat keluarga ummiross

aliza said...

takziah, semoga rohnya dicucuri rahmat...

Sweet N Pretty said...

Innalillahi wainna ilaihirojiun. Takziah buat ummi sekeluarga. Moga rohnya ditempatkan di kalangan para solihin.

LYAfrina said...

salam takziah buat umi sekeluarga.
smoga roh arwah dicucuri rahmat dariNya. amin

زليخا said...

takziah buat akk

Zaitun said...

Salam takziah semoga rohnya aman disana.

AlFatihah.

Amie said...

Takziah buat Ummie sekeluarga... moga roh MILnya ditempatkan bersama hamba-Nya yang beriman. Kita yang tinggal ini akan menyusul jua... bila masanya, hanya Dia Yang Maha Mengetahui.

Bunda_nora said...

SALAM TAKZIAH UNTUK SEISI KELUARGA...

Unknown said...

takziah... samalah kita...

MulutPayau said...

Salam takziah buat ummi sekeluarga...
Al-Fatihah..

ummiross said...

Terima kasih semua ye atas ucapan takziah dan juga sedekahkan Al Fatihah buat arwah MIL, moga Allah membalasnya dengan pahala berganda.

Azian Elias said...

Alfatihah buat beliau. semoga di tempatkan di kalangan orang yang beriman..

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

slmt pagi ummi

wani singgah rabu :-)

Anonymous said...

salam takziah yer & AL Fatihah...

Sweetamieda. Blo said...

Takziah buat ummiros sekelyarga.
Al fatihah.setiap yghidup pasti akan mati.janji Allah itu pasti

MumMe said...

salam takziah buat ummiross sekeluarga.semoga roh mil ummi dicucuri rahmat Allah.

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

Inalillah.. semoga arwah tenang di sana.. Salam takziah buat ummi dan keluarga..

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam ummiros..

إنا لله وإنا إليه راجعون
cma baru menjengah ke blog akak..
salam takziah buat akak sekeluarga..

alhamdulillah..semoga segala dosanya terampun dan ditempatkan dilkalangan hambanya yg solihin & solehah,,


Wanieys a.k.a IbuQalief said...

slmt pagi ummi

wani singgah khamis

Anonymous said...

salam takziah untuk ummiros sekeluarga. semoga roh mil ummi ditempatkan bersama orang2 soleh & soleha, amin3...

wana7370

mama sara nur @ Cik Nor said...

AL fatihah
Salam takziah dari sy sekeluarga

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

Amen atas doa2 tu

Al Fatihah

ummiross said...

Terima kasih semua atas ucapan takziah, doa dan sedekahkan Al Fatihah buat MIL ummiross. Moga Allah mengurniakan rakan2 semua dengan pahala berganda.