Thursday, September 19, 2013

UK KAMI DATANG

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Jom hari ni kita jalan-jalan ke United Kingdom. Hari tu catatan perjalanan kami terhenti di Brugge. UK adalah destinasi terakhir kami dalam Trip Eropah 7 Buah Negara, sebelum berangkat semula ke Perancis.

 1hb-3hb Jun, 2013

Seawal 6 pagi, kami mula bergerak secara berkonvoi menuju ke Calais (perjalanan 1 jam dari Brugge) untuk menaiki feri ke UK. Cuaca awal pagi yang sejuk membuatkan kami menggigil walaupun sudah berbaju tebal. Kami tiba di Calais Seaport lebih kurang pukul 7 pagi dan suasana masih lengang. Tiket feri telah diurus oleh pihak Trip Kekawan. Tak lama menunggu, kami mula melalui proses imigresen dan kastam.

20130601_062510 

 

Feri bertolak pukul 7.45 pagi dan perjalanan mengambil masa lebih kurang 90 minit. Sambil merenung laut yang luas terbentang, bolehlah membuka bekalan dan menghirup secawan kopi, atau boleh juga cuci mata atau cuci poket membeli souvenir di kedai dalam feri.

IMG_770820130601_075836

 

Setiba di Dover Seaport kami terus ke Folkestone, perkampungan nelayan British. Pemandangan yang cantik di sini, tentu sekali ingin diabadikan dalam album pengembaraan kami di bumi Eropah.

DSC_0148  

DSC_0132

DSC_0174

DSC_0155 

DSC_0182

DSC_0167 

 DSC_0158

Rumah yang cantik dengan view yang cantik, aset yang tinggi nilainya. Kami tinggalkan Folkestone menuju ke Ashford Factory Outlet.

DSC_0195 

 

Ashford Factory Outlet antara factory outlet yang terbesar di UK. Sepanjang jelajah Europe, sudah beberapa factory outlet yang kami singgah, tapi ummiross paling suka yang ni, lebih banyak pilihan. Yang paling best, lepak-lepak kat kedai pinggan mangkuk, kalau boleh dengan periuk belanga sekali nak angkut balik.

DSC_0212DSC_0201 

 

Berdekatan FO ni ada ASDA Supermarket, jalan kaki je pun boleh. ASDA ni terkenal sebagai pasaraya yang menjual  macam-macam barang dengan harga murah termasuk  pelbagai jenis coklat..

20130601_11482720130601_123204

 

Dah puas pusing kedai, akhirnya kami check in di Hotel Travelodge Dartford, 1 jam perjalanan dari Ashford. Lega rasanya dapat merehatkan badan setelah dari awal pagi penuh dengan aktiviti. Selepas solat jamak dan menjamu selera dengan nasi “Brahim”, kami beradu tanpa mimpi, sebab sebahagian mimpi dah jadi nyata : )

Bangun pagi-pagi..terus cari rezeki, hehe..makan dulu, biar bertenaga. Hari ni nak ke London pula. Kami naik train berdekatan hotel. Sampai di stesen yang dituju (ummiross lupa lah pulak nak catat nama stesen ni), kami jalan kaki untuk cari  ‘bus stop’ bagi bas HOP ON HOP OFF, sambil-sambil jalan, sambil posing, merakam kenangan. Musim panas baru bermula, berseri dengan bunga-bunga.

DSC_0226

DSC_0227

 

Akhirnya jumpa juga tempat nya, terus beli tiket untuk  London Sightseeing termasuk river cruise dengan petugas yang pakai topi tu.

DSC_0236  

 

Banyak sangat gambar-gambar yang sempat diambil, ummiross pun confuse nak pilih mana satu, nama-nama tempat tu pun ada yang dah lupa. Layan je lah ye mana-mana yang ada ni ye.

Semasa menaiki bas ni, pemandu pelancong tu dengan ramah mesra menegur, “Are you from Malaysia”. Waa familiar betul dia dengan orang Malaysia….

20130602_112922

 

Eye of London

DSC_0312  

 

 Marble Arch.

 DSC_0645

 DSC_0647

 

London Bridge

London Bridge is falling down,
Falling down, falling down.
London Bridge is falling down,
My fair lady…

DSC_0248

Masih tegak menjadi mercu tanda the city of London.

DSC_0254 

 

London Street

Hop off..singgah shopping, meneroka beberapa ‘street’ terkenal di London seperti Regent Street, Oxford Street dan lain-lain.

 DSC_0660

DSC_0667 

DSC_0666

 

Thames River

River cruise pula..menikmati pemandangan sepanjang Sungai Thames.

20130602_105026

DSC_0411

20130602_105037 

DSC_0408 

DSC_0339 

DSC_0346

DSC_0390 

DSC_0375 

DSC_0457

 

Dah puas ‘berkayuh’ , naik bas semula. Kali ni pusing-pusing lagi melihat kemeriahan Kota London. Singgah dibeberapa tempat lagi yang menjadi tarikan pelancong seperti Buckingham Palace dan Trafalgar Square.

Buckingham Palace

20130602_124345DSC_0584DSC_0624   

 

Trafalgar Square

Sayangnya kami tak dapat masuk bergambar secara dekat. Kawalan ketat sebab majlis oleh Jewish Leadership council.

DSC_0668

 

Berjalan..berjalan juga, solat nak kena jaga. Kami singgah ke London Central Mosque untuk solat. Tentu sekali untuk makan-makan juga.

DSC_0683 20130602_174855

 

Makan nasi Arab di cafe masjid. Perut lapar, jadi kesedapannya memang berganda.

DSC_0687

 

Di sini juga ummiross bertemu sahabat lama ummiross yang dah lama bermastautin di London. Purse dan uncang dibawah ni dibuat sendiri olehnya untuk dihadiahkan kepada ummiross. Cantik kan..macam yang dibeli dikedai.Material cottonnya juga sangat cantik.
Thank you so much Ila..insyaAllah panjang umur, murah rezeki kita jumpa lagi.

IMG_8398

Kami pulang ke hotel menjelang senja. Pagi esoknya, kami bergerak pula ke Dover Ferry Terminal untuk ke Calais. Dari Calais terus ke Paris, check in hotel dulu. Kami akan tidur satu malam lagi di Paris sebelum berangkat pulang keesokan harinya. Musim panas, siangnya panjang, jadi kami masih boleh menjelajah Kota Paris sehari lagi.

DSC_0733  

4hb.Jun,2013, dengan barang yang sarat dalam bonet kereta, sebab beg yang dibawa sudah beranak pinak, kami bergerak ke Terminal 1, CDG Airport Paris, memulangkan kereta yang disewa dan pada pukul 12 tengahari, kami selamat berangkat pulang ke Malaysia.

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana melindungi kami sepanjang perjalanan yang panjang. Terima kasih kepada Trip Kekawan kerana menyediakan program percutian yang menarik ini., Terima kasih kepada Ina dan Kazman, rakan sekereta, terutama Kazman yang menerajui pemanduan beribu kilometer menjelajah bumi Eropah dengan jayanya.

(Semua entry adalah sekadar catatan pengalaman, perkongsian nikmat Tuhan yang dipinjamkan. Dan dinukil dengan rasa rendah diri, agar tidak menjadi duri). 

Boleh baca pengalaman pertama kami di London yang lebih menarik  pada tahun 2010 di SINI.

31 comments:

dear anies said...

kejap nyer ddk kt london... siyes pic2 tu sgt2 cantik...salah 1 wishlist sy, menjejakkan kaki ke sini. bila? x tau lg ;-)

NM03 said...

bestnyer ummi... kalu saya dapat sampai sini, kompem 5sd card tak cukup amek gambar. hehehe

JunAina said...

Berkongsi pengalaman agar menjadi pedoman buat kawan2 yang lain ummi. Kalau ada rezeki Aina pun teringinnn nak pergi...

Kayu Manis said...

beruntung dpt jejakkan kaki ketempat org..byk pengalaman luas pandangan,byk juga ilmu yg ditimba..

rezeki namanya tu..alhamdulillah

Anonymous said...

seronok betul, tq berkongsi yer

Zaitun said...

Mengimbau kenangan lama semasa kak Zai ke UK dulu.Memang best sangat percutiannya.

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wah ummi bestnyerrr...wani ntah bila nk smpai sana

Mizz Aiza said...

sangat menarik.. cantik semua gambar.. rasa teringin nak ke sana juga..

mila said...

wah untungnya..boleh berjalan serata negara.

NzA said...

Teringin sgt nk jejak kaki kt sana ttp xtaulh bila tuh...

Kamsiah yusoff said...

ummi...sangat la cantik pemandangan kat semua tempat tu..

atuk said...

Assalamualaikum Ummiross

saya rasa saya ikut serta dalam percutian itu... he he

lizz said...

waa bestnyer...pemandangan kat sini cantik & damai.....suka tengok bunga purple tu...cantik sangat

MumMe said...

ye lah ummiross...terasa mcm dah pegi UK...thanks for sharing the experience... :)

☾SHiemaCMa786☾ said...

Salam Ummiross..

Huhuhu..seronoknya..
puas hati dpt tgk gambar walaupun tak berkesempatan nk jejak sana lg..

kagumm... :)

lieyalatif said...

seronoknye kak....bile tahun laa lieya nak sampai sini....dpt tgk pic akak n bace cite akak punjadi laaa...terubat gak keiginan nak cuti2 ke overse....

hepi weekend ummiross & family...have a nice weekend...

Unknown said...

sgt cantik...saya suka tgk laut tuuu

Unknown said...

bestnyalah boleh jln2 negara orang kan...

blogwalking
jemput singgah blog saya plak dan bertukar2 link

http://superstorevitaminhebat.blogspot.com/

Kakzakie Purvit said...

Amboi ummiross siap menyanyi lagi ye di London Bridge tu. Dah sampai istana buckingham tak jumpa putera-puterinya ke Ummiross hihi... masa tu cucu baru belum lahir kan masih dlm perut kan... kalau tak tengah meriah:)

kakrose said...

bestnya dpt cuti2 eropah.pemandangan sangat cantik. percutian dlm wishlist akk ni..

MulutPayau said...

Wahh bestnya ummi...tak dapat pergi, tengok gambr2 ni pun dah ok..Thnks ummi berkongsi...

lizz said...

singgah sini terasa macam pi uk sekali ...damai sungguh pemandangannyer,,,bestnyer

OKje said...

UR... banyak sangat cerita dan gambar sampai tak terkomen okje hehe....
Apa pun mmg seronok dpt melancongkan UR....ini juga satu ibadah UR... berkongsi keindahan ciptaan tuhan di bumi asing...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

wani singgah ahad yer ummi

Amie said...

Dari zaman tadika lagi dah diajar nyanyi lagi London Bridge, tapi tak sampai2 lagi ke sana ha ha ahah... memang UK nampak sangat cantik, bersih!

mama sara nur @ Cik Nor said...

Assalam Ummiros
Seronoknya, tgk pic2 yg menarik gini melonjak jiwa raga sy nk kesana
Bestnya dpt tgk keindahan tmpt org kan Ummi

Unknown said...

wahh UK betol rupanya..ingtkan ulu kelang td..haha.. bestnye dpt ke sana.. ;)

wakgelas said...

sonoknyerr gi UK kanns.,UHuu

inazamri said...

syok layan gambar2 ummi di Uk.cantik pemandangan semua

Anonymous said...

Salam Mah.... sekejap aje kita jumpa ye. next time datang duduk dengan kita yw kita ronda ronda free and easy.... cepat penuh kan tabung tu lagi...

ummiross said...

Terima kasih semua atas komen2.

@Ila..insyaAllah, ada rezeki pergi lagi, next time tak nak sightseeing dah, pegi petik buah ke, beli pinggan mangkuk ke, hehe..