بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.
(NOTA: Ada Batik Sarong Sarawak corak pua terbaru lagi, ummiross masukkan sekali dalam entry ni ye, kod 071 dan kod 072)
Corak Pua terbaru dari Salamborneo.
Sebelum ummiross bercuti hari tu, ummiross ada menerima email bertanyakan tentang Kain Pua. Pua yang dipakai oleh artis Fazura. Malah ada juga yang sms bertanyakan kain yang sama.
Ummiross ni memang lama sangat dah tak mengikuti perkembangan artis, memang tak taulah pula kain macamana yang digayakan oleh Fazura. Jadi customer email dan mms gambar. Ni antara gambar yang dihantar kepada ummiross. Dalam gambar tu, Sofea Jane menggayakan kain bercorak pua juga, dijadikan kain, matching dengan baju polos, Fazura pula gunakan kain pua untuk buat baju dan matching dengan kain polos.
Ada juga customer yang minta ummiross tolong carikan kain pua untuk hiasan macam gambar disebelah kanan tu, yang coraknya seakan sama dengan corak yang dipakai oleh Fazura tu, tapi ummiross tak jual kain pua tu, cuma jual Batik Sarong Sarawak dan kain pasang atau Batik Sarawak sahaja. Maaf banyak2 tak dapat tolong carikan..
Walaupun takde kain pua macam Fazura tu, hari ni ummiross nak share kain Batik sarong Sarawak dengan corak Pua dan corak Orang Ulu terbaru, memang kacak2 semuanya. Selamat mencuci mata, kalau berkenan cepat2 order, jangan sampai berputih mata. Sila tinggalkan email atau sms ye.
CORAK PUA ABSTRAK
BS066A BS066B BS066C
BS066D BS066E
BS071A-BROWN
BS071B-BIRU
BS071C-MAROON
BS071D-PURPLE + OREN
BS071E-HITAM
BS072A-TURQOISE
BS072B-PURPLE
BS072C-MAROON
BS072D-PURPLE
BS072E-COKLAT OREN
CORAK PUA ORIGINAL
BS069A BS069B BS069C
BS069D BS069E
CORAK ORANG ULU
BS070A BS070B BS070C
BS070D BS070E
BS067A BS067B BS067C
BS067D BS067E
BS068A BS068B BS068C
BS068D BS068E
Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960
Jenis : Cotton spun (lembut)
Ukuran : 2m (belum berjahit)
Harga runcit : RM28
Harga borong : Sila hubungi ummiross.
Saranan : -Sesuai dipadankan dengan baju kurung polos atau blouse atau dibuat blouse, baju kurung dll dan dipadankan dengan kain kosong.
WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN ATAU SKRIN ANDA.
SILA KLIK OLDER POST DI BAWAH SETIAP ENTRI UNTUK LEBIH PILIHAN.
29 comments:
sgt2 cun la ummi... mmg xde jual dlm jenis 4m yek?
wah cantik2 tu !
@Khai♥Rin : anies;
Anies, batik sarong ni memang siap berpotong 2m, takde yang 4m terus, kalau customer nak sepasang kenalah bli 2pcs.
@Kesuma Angsana;
Thank you KA..
cantik semuanya...murah pulak tu...
Assalam ummi..cantikny
Assalam Ummi....
terkesima sekejap tengok kain2 tu...memang cantik sangat....
ummi igt tak kain yg saya beli dulu...kain tu mmg lebar,kan...anak2 saya memula sampai tu,siap dok main2..lilit2 mcm kain sari lagi...
bila hantar ke tailor,saya cakap nak buat kain selisih tepi..zip sebelah kiri...
bila dah siap..kain tu dipotong..sempit sgt jadinya..nak melangkah pun tak puas..dah jadi mcm kain duyung pulak..kecik dan sempit bahagian bawah..
Salam Syawal Ummiross
Artis pakai apa pun cantik
UR....hati masih belum tertawan lagi...hehe...satu hari nanti belum tahu!
Cantik2 semuanya...
mumme suka sgt pua abstrak tu...semua warna pun cantik...terasa nak buat jubah dress tailor pula x de...nanti roger2 ummiross.
apa yg mampu dikatakan : cun + gojes + menawan......
cantik coraknya.. :D
Assalamualaikum Ummiross
Selamat menyambut Hari Kemerdekaan ke 56
apa artis pakai semuanya lawa...
comel2...
kain2 tu semua lukisan tangan ke Ummi? ada macam batik terengganu? corak abstrak memang kita suka, kadang npk cam ala abstrak lukisan gua gitu. huhuhuhu
Assalamualaikum ummi
maaf lm xsinggah sini
wah cantik2 la
Salam ummi
Mmg cantik2 semuanya!
Oh... nama corak ni Pua barulah kakak tahu ummiross. Itulah kakak nama kain pun tak tahu cuma tahu cantik aje hihi..
Assalam Umi...cantik2 belaka kain2 tu..
Terima kasih semua atas komen2 yang ditinggalkan sepanjang ummi bercuti.
@MumMe..memang cantik buat jubah dress MumMe, nt roger2 ye.
@Kamsiah..ye Kam, kain tu memang lebar, ukuran 2m sangat2 cukup untuk buat baju atau kain. Sayangnya tailor tu mungkin potong kain terlalu tirus kebawah menyebabkannya jadi sempit.
@RedRose..kain tu printed, xsama batik Terengganu RR.
Salam Umiross..
oo corak pua namenye.. cma ade sehelai baju krung mcm ni..tapi bukan corak pua.. seakan-akan je..
mmg kacak2 kain2 ni.. :)
Ummi bs 072a turqoise ye..acik nak ummu.ummi bai harga dengan pos ye.tima kasih ummi
@♥ Cmª shIemª ♥;
Wassalam Cma..
Ye Cma, ada nama corak2 tu, corak berasaskan etnik di Sarawak. Terima kasih.
@Acik Erna;
Ok2 Acik..boleh, nanti ummi pm kat fb Acik ye, Tq Acik.
Masih available ke?
Masih available ke?sy nk buat seluar
@Yu-ri,Zara;
InsyaAllah kebanyakannya masih ada. Emailatau sms je kod yang nak ye. tq
Post a Comment