بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.
Salam bertemu kembali, setelah seminggu menyepi. Sepanjang minggu lepas Mrhubby ada urusan kerja di utara dan selatan. Seperti biasa, suri rumah ini sangat excited nak tumpang dua kaki. Lagipun bila nak berjalan jauh, Mrhubby selalu ajak temankan, maklumlah memandu sorang-sorang tentu cukup meletihkan. Berdua kan lebih baik, ada teman bersembang,
Jom jalan-jalan ke Pulau Pinang dan Johor Bahru. Destinasi pertama adalah Pulau Pinang. Malam pertama kami menginap di The Kristal Suites Penang, yang terletak di Bayan Lepas. Apartment ni cukup selesa dan luas. Kalau pergi satu family memang best, tapi bila berdua je, terasa sunyi pula tinggal apartment yang besar ni. Tambahan bila tinggal sorang-sorang bila Mr hubby keluar berseminar.
Jadi malam kedua kami berpindah ke Flamingo Hotel By The Beach, Penang. Memang best menginap di sini, hotel terletak di tepi pantai di batu Ferringhi, view pun cantik. Ummiross ni kurang gemar menonton TV kecuali rancangan tertentu, jadi bila ada beranda yang mengadap laut tu, seronoklah dapat mengisi masa santai sorang-sorang dengan membaca apa-apa yang patut, tenang rasanya sambil ditiup angin laut yang sepoi-sepoi bahasa. Sambil-sambil tu boleh juga mengadap lappy. Kan seronok dapat merehatkan diri sekali-sekala, gantung dulu periuk belanga buat seketika. Kalau mengantuk, tarik je selimut, memang lena tidur dalam sejuk-sejuk tu.
Sehari suntuk Mr Hubby berseminar. Sebelah petang dan malam baru dapat jalan-jalan. Takpe..isteri ‘metalic’ memang sabar menunggu. Pulau Pinang memang dekat dihati kami. Kami pernah tinggal di sana dalam 6 tahun gitu. Masa tu anak-anak ummiross masih kecil lagi. Jadi bila ke sana, ada je tempat-tempat yang nostalgic yang nak dijejaki. Teringin pula nak tengok suasana di sekolah yang ummiross pernah mengajar dahulu, iaitu Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional Balik Pulau. Masa tu ummiross baru grad dari USM, mengajar subjek Kimia bagi pelajar aliran teknik dan subjek Sains bagi pelajar aliran vokasional. Memang jauh berbeza, dah bertukar nama rupanya, dah jadi Kolej Vokasional Balik Pulau. Sekolah ni antara sekolah yang ummiross suka mengajar, anak-anak murid ummiross kat sini semua baik-baik belaka. takde yang terlebih nakal.
Plan kami nak singgah tengok rumah kami di BJ Court Condominium, tapi hari dah malam, tak sedaplah pula mengganggu penyewa. Tengok dari jauh je lah. Lama juga condo kami ni disewa oleh KAMDAR untuk staf mereka. Hanya baru awal tahun ni, bertukar penyewa lain. Alhamdulillah sepanjang disewa oleh KAMDAR, duit sewa bulanan tidak pernah bermasalah. Harap-harap penyewa baru ni pun ok juga.
Gambar Ehsan Mr Google.
Teringat dulu-dulu, selalu bawa anak-anak mandi di kolam yang terletak di tingkat atas sekali. Hasilnya, kedua-dua anak ummiross pandai berenang, ummiross je yang tak pandai-pandai.
Jalan-jalan tentu lagi meriah kalau dapat makan-makan, apatah lagi kalau dapat merasa makanan atau menu masyarakat setempat. Layan je random photos ni ye, sessi jalan-jalan cari makan di Pulau Mutiara.
Singgah makan durian di Balik Pulau, durian balik Pulau dah abih musim, tak kesahlah kan, asalkan durian..
Makan-makan di Queensbay. Ada Laksa Buyong..laksa penang yang dimasak dalam buyong katanya, rojak buah, jagung bakaq…macam-macam ada. Masa duduk Penang dulu, ada laksa Penang di Bayan Baru yang sedap sangat pada selera ummiross, Mrhubby selalu belikan bila balik dari kerja, sekarang entah ada lagi ke tidak.
Pasembor di Padang Kota Lama, Penang (Espalanade), perghhhh!!, berselera, jangan lupa order coconut shake juga.
Nasi kandar haruslah dicari, lauk telur ikan plus sotong, peberet ni!!
Jeruk Madu Pak Ali, sedapnya..krup-krap..krup-krap..dah nak abih dah.
Hari Khamis. selepas makan tengahari, kami bertolak ke Johor. Perjalanan dari utara ke selatan yang jauh memang meletihkan. Nak hilangkan mengantuk, singgah di Hentian R & R Macap, minum kopi di Agro Fama, pekena roti bakar sekali. Lepas minum kopi ni memang terus tak mengantuk sampailah ke Johor, barulah senang co-pilot nak memerhatikan pilot agar tak terlelap.
Sampai di Johor Bahru dalam pukul 10 malam, sebelum check in di Hotel Sri Malaysia, kami singgah makan nasi ayam penyet.
Lama juga Mrhubby keluar, selain dari merasmikan majlis, Mrhubby juga turut serta dalam sessi perbincangan. So pandai-pandailah ummiross makan kat hotel. Malam baru dapat keluar jalan-jalan cari makan. Singgahlah kami kat Restoran Singgah Selalu, Danga Bay. Makan nasi lauk tomyam, brocoli goreng udang ke apa, lupa namanya dan telur dadar, boleh ‘tahan’ juga harganya, tapi takpelah janji sedap.
Sekejap je kami di JB, hari Jumaat pagi dah nak balik ke Putrajaya. Kami singgah breakfast di Medan Selera Larkin, makan Kacang Pool Haji . Olala!!, sedap!.
Nasib baik hari seterusnya dah cuti..Sabtu dan Ahad, dapatlah juga Mrhubby berehat sebelum masuk bekerja semula. Ummiross..hehe, hari-hari boleh rehat.
ps: Semasa di Johor teringat pula kat rakan blogger Kakzakie dan NzA, bilalah dapat jumpa ye, masa mencemburui kita :)
23 comments:
alhamdulillah seronok bila dpt temankan husband..boleh jadikan teman berbual..bila dlm kereta..
sambil tgok alam..boleh isi perut dgn juadah mamak penang tu..wajibkan..
ni baru betul dinamakan JJCM hehehe...siyes ckp, sy lbh bk berjalan dr mkn...bla da keroncong sgt br la nk mkn..tu pon bantai apa yg ada..
@Knor;
Yelah Nor,duduk rumah pun boring juga bila suami takde, jadi ikut je la, tumpang seronok jalan2. Hehe..nasi mamak kat Penang, terbaik!.
@Khai♥Rin : anies;
Anies..ummi jeleeess Anies dapat jalan2 banyak tempat di Penang, tempat posing pun cantik2, ummi tak sempatlah Anies, sempat JJCM je.
ina mmg suka sgt Penang,lagi2 mmg penah dok sana 10 thn.Makanan semua mmg selera tekak ina.Tgk gmbar2 kt blog ummi..terus rasa nak terbang ke Penang kalau la ada sayap hehhe
Wah bestnya UR...tido tido hotel hehe..... Tak pernah gi Penang jalan jalan...lalu adalah... masa nak gi Langkawi.
Gi JB nape tak jumpa Kakzakie...boleh dia temankan UR makan kat hotel hehe
asssalam ummi..suka acik tengok gambar ni..acik dulu masa pi penang..tak pernah tido hotel..tido quaters kawan je..sebab dia ambik quaters tapi tak tinggal disitu..teringin pulak acik nak pergi bila tengok gambar2 yang ummi kongsikan ni
dah lama aiza tak ke penang.. teringin pula nak makan pesembor tu..
Aduhai ummiross... dah tiba Jb siap makan di Singah Selalu dah makan kacang pol haji kenapalah tak call kakak join? Ummiross dah hilang no. tel kakak ke? hihi... lain kain ye kita makan sama-sama:)
Assalamualaikum ummi. Bestnya ummi skali skala honeymoon kan. Penang mmg best esp kt batu feringgi. makanan pun sedap2:) dh lama tak holiday ke sana. tengok foto ummi jd rindu lak...
amboi seronok tu berjalan2 yer !
assalamualaikum ummi,
lihat gamabr2 di penang..terasa rindu sgt
lama sgt tak pi sana tapi makanan tu
kita tak pernah cuba lg...nmpk sedap betui :)
best dpt dok hotel...gantung segala kerja rumah kan...hihi
ni edisi JJCM smbil mengambit kembali nostalgia lama tu ummi...
Bila baca n3 ummi ni nza dpt bygkan suatu hr nnti nza juga akn tinggal brdua dgn suami jerrr...
2lh, bila lama masanya kita dpt brsua kan ummi....faktor masa xmengizinkan kita....
wah.. dari utara ke selatan, jalan2 cari makan.. bestnya jadi peneman suami
isteri metalic,i like.... :)
bila sampai dkt gambar mknn cepat2 roll down sbb tergodaaaaa....hiksss..
semua menarik...
jalan2 cari makan ka ni... perghhhh terliur tgk tau...huhu...
durian balik pulau durian yang terbaik dan paling sedap yang akk pernah makan..
Nasi kandar.. lama tak makan :)
ermmm semuanyer sedap2 makanannyer penang memang the best...
ooo mai penang tak bgtau pun...sampainya hati hehe...
Wahhh bestnya..mmng betul2 jln2 cari makan ni ya ummi...semua mknan tu mmng mnggiurkan...
bestnyer ummi...teman husband sambil2 boleh jalan2 lagi
Post a Comment