Friday, September 13, 2013

MAKANAN HALAL DI PARIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Semalam ummiross ada menerima sms dari seseorang, yang membaca blog ummiross tentang percutian kami di Eropah dan beliau ingin bertanyakan sedikit info berkenaan penginapan di Paris dan London. Ini bukan kali pertama ummiross menerima sms atau email berkaitan percutian ummiross. Alhamdulillah, kiranya entry yang dibuat dapat dimanafaatkan sebagai panduan oleh orang lain juga..sharing is caring.

Jadi hari ni ummiross nak bercerita sikit tentang penginapan dan makanan halal di Paris berdasarkan pengalaman kami. Kali pertama, ummiross dan MrHubby bersama dua rakan kami, juga suami isteri ke Paris, penginapan kami ialah di Mercure Suffren Eiffel Tower. Hotel ni berdekatan dengan Eiffel Tower dan juga dengan kebanyakan tourist attraction yang lain. Kami pergi pada musim sejuk 2010, sewa hotel masa tu satu malam dalam RM250. oklah kan, kat Malaysia pun lebih kurang macam ni juga hotel rate kan. Tapi semasa nak pergi pada tahun ni, 2013, bila check secara online, harganya dah berganda-ganda, mungkin disebabkan dah masuk musim panas.

Inilah penginapan kami ketika di Paris 2011, walking distance je ke Eiffel Tower.

211120103885  201120103808 

 

Eiffel Tower pada waktu malam, gambar diambil dari hadapan hotel penginapan kami, guna kamera telefon je. Jalan kaki tak sampai 5 minit rasanya. Nak ulang alik posing depan Eiffel Tower sampai lebam pun boleh, hehe..

211120103861

 

Kalau nak river cruise pun dekat juga, boleh lihat tourist attraction dan bangunan bersejarah yang terdapat disepanjang Sungai Seine.

 211120103920

 

Cumanya kat area hotel ni sukar nak jumpa makanan halal. Biasalah bila berjalan oversea, kenalah bawa bekal makanan apa yang patut, tak seronok berjalan kalau perut lapar. Kat hotel ni takde disediakan cerek, jadi nak masak maggi ke, nasi Brahim ke, kenalah bawa heater atau periuk kecik. Masa pegi dulu, ummiross minta air panas kat hotel je. Dah perut Melayu, tak jumpa nasi tak senang kan, kami buat rombongan Che Kiah je, share naik teksi, jalan-jalan cari makan. Ni makanan morocco kalau tak silap, kedai Muslim yang terletak beberapa lorong belakang berhampiran pusat beli belah Galleries La Fayette. Atau boleh ke Paris Mosque walaupun makanannya agak mahal. Tapi kalau ummiross pergi lagi, rasanya kami dah tau nak dapatkan makanan lebih murah dan banyak pilihan di kawasan muslim, berhampiran hotel Pantin, naik train pun boleh dari stesen berdekatan Mercure ni.

221120104019

 

Penginapan di bajet hotel Pantin semasa kali kedua kami pergi, 2013. Kalau ikut ejaan bunyinya Pantin, tapi “oghang Peghancis” sebut bunyinya lebih kurang- Panton. Walaupun bajet hotel, ianya cukup selesa. Train station dekat je, gambar disebelah kanan, laluan ke Train station berhampiran, mudah untuk ke Eiiffel Tower, La Valle Factory Oulet atau Disneyland. Masa beli tiket, boleh tanya penjual tiket, minta peta, kat sana dia orang siap sediakan peta dan tandakan stesen yang patut kita berhenti untuk ke destinasi, memang cekap!. IMG_7477  IMG_7470

 

Yang paling best, hotel ni berhampiran penempatan Muslim. Kena berjalan sedikit ke depan, dalam 10-15 minit, nanti jumpalah banyak kedai-kedai makanan Muslim, nak kebab ke, nasi Arab ke atau nak dessert seperti Crepe dan lain-lain, semua ada, macam-macam ada..

Ni kedai Algeria, sangat friendly, siap posing lagi, yang hensem tu anak tauke kedai, hehe..

IMG_7716

 

Dalam kedai pun nak bergambar juga, oklah..snap je.

IMG_7714

 

Daging ayam dan lamb yang diperap dengan pelbagai rempah ratus, pilih mana yang nak, nanti dia masakkan , fresh from the pan@oven.

IMG_7711

 

Makan panas-panas dengan nasi putih, yeaahh jumpa nasi putih kat Paris, tentu ‘gumbira’ perut kita kan hihi..Tamak pula tu, campur chicken & lamb, semua nak rasa, memang berbaloi.

IMG_7710

 

Yang ni jual kebab, kami beli kat sini untuk makan malam, tapau. Dapat beli crepe juga, kiranya crepe ni dessert yang femes juga kat Paris ni.

IMG_7751

 

Seberang jalan ni, juga masih ada banyak kedai-kedai Muslim(Musolman) yang menjual produk halal seperti daging, ayam dan lain-lain.  Jadi, insyaAllah, kalau info dah cukup, tak lapar berada di bumi Paris, orang Islam ramai di sini, bawa duit je banyak sikit, jalan-jalan lagi meriah jika perut kenyang, gendang gendut tali kecapi..

IMG_7753

Boleh baca catatan perjalanan kami 2011 di sini: Trip Eropah, Paris dan London.

24 comments:

dear anies said...

ummi, kalu da jenjalan ke negara org ni, time tu la tingat kedai mamak la, warung nasi lemak tepi jln la.. beul x? hehehe

ummiross said...

@Khai♥Rin : anies;

Betul3x, boleh mimpi roti canai dan nasi lemak lagi Anies, hikhik!

Amie said...

Nampaknya Paris masih kekal dalam ingatan ye Ummi... lancar je Ummi tulis tentang selok belok tempat makan di sana. Tq for sharing Ummi cayangggg... nak juga ke Paris, nak cari minyak wangi & nak beli2 di pasar lambaknya.

OKje said...

Kalau ikutkan harga hotel tu standard PD jekan UR hehe...
Seronoknya dapat berjalankan UR....OKje tumpang seronok hepi tengok gambar2 UR ni...kira mcm pergi jugaklah hehe

Kamsiah yusoff said...

sebenarnya...saya mengidam..nak tgk gambar tuan blog ni hehe..dah lama kenal..dah bersms..tp tak pernah tau mcm mana orgnya..:)

Cik Rose said...

wah, seronok ye dapat ke sana.. melihat negara orang pulak.. banyak info ummiross bagi ni.. berguna bagi yang mencari2 :)

Kakzakie Purvit said...

Sekali pergi dah tahu masuk kali kedua lagilah tak ada masalah. Cuma syukurnya sekarang di mana-mana umat Islam ada di mukabumi Allah ini. Tinggal kita kena usaha lebih sikit macam kata Ummiross kena bawalah duit lebih sikit...

lizz said...

waahhh bestnyer pi saner..teringin sangat nak pi.. bila tengok kenkawan pi seronok nengok gambar2 pun cantik...

sib baik ader nasikan...ok la lauk pun best tu...

☾SHiemaCMa786☾ said...

salam ummiross..
cantiknya gambar2 tu..

huhu..teringin sekali nk ke kota london & paris ni..

buleh la rujuk entri ni kalo nk cari makanan halal kat sana.. ;)

Unknown said...

paris...wait ..kite jumpa dlm mimpi..ehe...wah seronok bc pengalaman ummi

Kayu Manis said...

mimpi pun rasanya tak sampai ke paris

rostina76 said...

salam ummi….tq for the info….kot2 nak p paris blh ikut guideline ummi ni ;)

MumMe said...

minta2 dpt aura ummiross, dpt g paris... :)

Sweet N Pretty said...

Assalamualaikum ummi. Byk manfaatnya perkongsian ummi. Kot2 nk pegi nanti blh la refer kt ummi. Bila la gamaknya tu ya:D berangan je la dulu...kalau parit perak dh sampai la

Mizz Aiza said...

menariknya percutian.. aiza tak pernah bercuti luar negara lagi.. senang juga la nak dapat makanan halal di paris ya.. tapi perut aiza pun mesti nak kena cari nasi juga..

ibuintan said...

kuatnya ingatan Ummi, masih lancar dan jelas penerangannya

lain kali boleh post semula ni kalau ada yg bertanya lagi...

Wanieys a.k.a IbuQalief said...

bestnyerrr ummi dh sampai paris...wani ni dlm mimpi pn lom tentu lg bleh sampai hihihi

Zaitun said...

In Shaa Allah jika ada rezeki boleh buat panduan tip dari ummiross...tq for sharing.

Sweetamieda. Blo said...

Salam ummi.bestnya dpt jalan2 kenal negara org.tq for the info.mana tau one day dpt gi paris...boleh jdkan entry ni sebagai rujukan

Bunda_nora said...

kebab tu nampak macam rendang jer...

Anonymous said...

wah bestnyer.. tq share cerita yer

shuhada said...

assalamualaikum ummiros,

saya nak mintak tolong ummiros whastapp ke number saya nama hotel di Pantin, Paris yang ummiros duduk ni...

sebab dalam booking.com banyak banyak..yang mana satu yang dekat dengan halal food mcm hotel ummiros ni hehehhe.

shuhada +60139128113

terima kasih ummiros...

Shazana said...

Salam, Saya pun berminat dgn nama penuh hotel ini.

Akmal said...

Perkongsian yang menarik... membuatkan saya lapar :)