Ianya bermula dengan surah Al Waqiah. Dek kerana kekerapan membacanya setiap kali selepas solat sunat Dhuha, satu hari ummiross menyedari ummiross telah dapat menghafaz surah ini. Tika pertama kali dapat membacanya dalam solat, bergenang airmata kerana terharu.
Teringat pesanan seorang ustaz, kalau dah pandai baca Al Quran, cuba lah buat hafazan, sekurang2nya untuk surah2 terpilih. Masa tu apa yang difikirkan, manalah mampu nak mengingat lagi. Kunci rumah atau barang pun selalu lupa tempat letaknya, inikan pulak nak menghafaz Quran.
Tapi bertitik tolak dari situ, ummiross mula belajar sikit2 teknik membuat hafazan. Alhamdulillah dalam masa yang agak singkat ummiross sudah dapat menghafaz surah2 seperti Ar Rahman, Al Mulk dan As Sajadah dan An Naba’. Sekarang ummiross sedang dalam proses menghabiskan hafazan bagi juz 30, hanya tinggal beberapa surah je lagi. Kebanyakan surah2 dalam juz ni pun memang sudah dihafaz kerana selalu dibaca dalam solat. Harap2 semuanya dapat dihafaz sebelum Ramadhan nanti, semoga Allah permudahkan.
Disebelah malam pulak ummiross mengambil masa 1 hingga 1jam setengah membaca Al Quran bersama suami, ini penting kerana kita dapat saling memperbetulkan kalau2 ada kesilapan. Belajar hafazan memerlukan komitmen yang tinggi. Banyak masa ditumpukan untuk menghafaz. Kalau tiada kecintaan yang mendalam, tentu sekali ianya sukar dilakukan. Namun ianya tidak mustahil walau kita memulakannya diusia yang agak lewat.
Ummiross petik kata2 seorang hafiz, hanya Allah yang menuliskan al Quran dalam hati kita. Sekiranya kita berjaya menghafaz, itu bukan kerana keupayaan otak kita. Al Quran itu Kalam Allah yang thaqeela(amat berat), tapi dengan rahmat kasih sayang Allah, insyaAllah otak manusia berupaya mengingat.
Entri ini hanyalah sekadar perkongsian pengalaman dan motivasi sesama kita. Seperti yang selalu ummiross katakan, sedikit daya usaha, impaknya besar terhadap amalan kita. Sama2 kita berusaha menambah surah2 hafazan kita sedikit demi sedikit mengikut keupayaan. Semoga Al Quran menjadi ‘CINTA HATI’ kita selama-lamanya…
9 comments:
kalau tak di hafal selalu, takut yg mudah pun boleh terlupa.
ya.. Allah.. tersentuh nya hati dengan nukilan ini.. betul.. bagi kita juga.. memang rasa amat mustahil je zaman sekarng nak menghafal... tapi bila baca bait bait terakhir tu.. buat hati ini tersentuh sangat.. dan rasa macam boleh jugak!
inysAllah.. nak try juga.. nak try dengan surah surah pendek..
terima kasih atas kesedaran ini..
Bantu Untuk Vote Saya! Boleh?
Alhamdulillah...sejuk hati membaca n3 ummi nie..semoga sy dpt mengikut jejak ummi.....InsyaAllah.
nice sharing dear
Assalam Ummi,
tersentuh hatiku, terharu.... hingga menyebabkan kusedar siapa diriku.... di sisi-Mu.
Astagfirullah...,diri makin jarang melaksanakn dhuha dan membaca alQuran..:(.....tQ ummi for da entry...:)
@Adzriel @ Liza AB;
betul tu Liza, kena rajin membaca selalu..
@kella;
Alhamdulillah, niat nak mencuba tu pun dah bagus, moga Allah permudahkan.
Ummi dah vote kella, tp tak tau menjadi ke tidak.Wish u good luck
@NzA;
InsyaAllah NzA, semoga dipermudahkan Allah
@Azwa amani;
thanks azwa...semoga sama2 dapat manafaat.
@amie;
hati yang mudah tersentuh dengan kebaikan adalah rahmat Allah, semoga dipermudahkan Allah.
@aishah;
Alhamdulillah kalau n3 ni jadi penggerak..
boleh mula sikit2, janji istiqomah
alhamdulillah ummi dh dpt hafal byk surah:) dulu pernah pergi seminar cara mudah menghafal Al-Quran anjuran Huffaz Consulting & teknik tu mmg berkesan:)moga Allah permudahkan segalanya buat Ummi
@Sweet N Pretty;
Alhamdulillah Intan, bagus tu Intan, teknik yang bagus banyak dapat membantu. Amin...
Post a Comment