Sunday, March 6, 2011

UNIVERSITIMU, UNIVERSITIKU

Sebaik sahaja anak melangkah ke balai berlepas, hati telah telah mula terasa sunyi. Kehadiran anak-anak memang menceriakan suasana. Apa2 aktiviti jadi meriah, begitulah Allah jadikan indahnya kehidupan berkeluarga...

Masing-masing ada tanggungjawab. Anak-anak meneruskan pengajian, perjalanan masih panjang, segulung ijazah demi masa depan.

Ummiross pun ada banyak perancangan untuk dilaksanakan. Kelas bahasa Arab di Islamic Information Center, Kuching akan disambung semula tak lama lagi. Begitu jugak kelas tafsir Al Quran. Jugak membuat hafazan bersama suami setakat yang termampu. Itulah 'universiti' ummiross sekarang, 'ijazahnya' redha Allah subhanahuwata'ala, sebahagian kecil usaha untuk menghadapi 'Hari yang besar' nanti , hari yang dijanjikan, moga diterima segala amalan.


25 comments:

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

moga Allah mempermudahkan segala usaha, tercapai segala cita2 dlm kerahmatanNya

Wassalam

ummiross said...

@Rozali;

Waalaikumussalam Rozali

Terima kasih, doakan agar Allah memberi kekuatan kepada ummiross, moga istiqomah...

Sham said...

universiti terbayek tu...moga mendapt berkat n lulus dengan cemerlang...!

cemomoi said...

moga Allah rahmati usaha yag penuh redha Allah tu

ummiross said...

@Sham;

Begitu lah Sham, kadang keutamaan berubah bersama meningkatnya usia
Ummiross pun mengharapkan begitu, amin.

ummiross said...

@cemomoi;

Terima kasih cemomoi atas doa,moga Allah makbulkan, amin.

Hanis Azla said...

semoga ummi dan keluarga mendapat kejayaan cemerlang di universti pendidikan dan universiti kehidupan dunia dan akhirat..

AngahSayang2314 said...

semoga ummi & keluarga mendapat kejayaan cemerlang...aminnn

Sweet N Pretty said...

alahmadulillah kak diberi kesempatan untuk menimba ilmu ukhrawi. sesungguhnya itu sebaik2 bekalan untuk kita bertemuNya nanti. Moga dipermudahkan segala urusan. Doakan agar saya berkesempatan mcm akak ye:)

Sweet N Pretty said...

typo : alhamdulillah

Adzriel AB said...

Seronoknya ummiross...

ummiross said...

@Hanis Azla;

Amin, moga diperkenan doa Hanis, kebaikan untuk Hanis jua

ummiross said...

@AngahSayang2314;

Amin, alhamdulillah ramai yang mendoakan, kebaikan untuk Angah jugak

ummiross said...

@Sweet N Pretty;

Alhamdulillah Intan, Tuhan beri kelapangan masa sekarang, ummi cuba guna sebaik mungkin, insyaAllah Intan kita sama2 mendoakan.

ummiross said...

@Adzriel AB;

Alhamdulillah,begitulah ummi mengisi masa lapang sekarang, rasa nak berlari mengejar masa, banyaknya yang nak dibuat

my name is Yana said...

Alhamdulillah...semoga Allah memberkati ummiross sekeluarga...

MumMe said...

semoga mumme juga akan ada dpt peluang yg sama mcm Ummiross nanti...

ummiross said...

@MumMe;

InsyaAllah MumMe, klu ada niat, akan dipermudahkan Allah...

ummiross said...

@My name is Yana;

Hi Yana,My name is Ummiross hehe..

Alhamdulillah, semoga Allah jugak memberkati keluarga Yana..

Izan Ishak said...

seronoknya izan baca n3 ummiross kali ni. dpt izan bayangkan kalau anak2 dah besar nnti, izan pun nak ikut jejak ummi jugaklah...

ummiross said...

@Izan Ishak;

Hmm ummi dulu2 pun macam izan jugak,anak dua2 lelaki, setahun sorang, seronok tengok anak kecik ni, nostalgia.
InsyaAllah izan,kalau ada niat macam tu, insyaAllah di permudahkan.

Adzriel AB said...

nak jugakkkk...

ummiross said...

@Adzriel;

InsyaAllah, moga di makbulkan hajat

MOH KEMBARA said...

Salam Yong Ummi, semoga bersabar dgn perpisahan dgn anak2...akak selalu berpisah dgn suami, jumpa paling lama pun 2 bulan dlm setahun. Wah...sambung belajar lagi, sonok dengar!

ummiross said...

@MOH KEMBARA;

Salam kak

Terima kasih singgah blog ummi,
InsyaAllah kak, ummi belajar dari ketabahan akak, nampak tenang menjalani kehidupan di Turki walaupun suami jarang ada bersama. Alhamdulillah kak, diberi kelapangan masa, belajar skit2.