Monday, March 21, 2011

NAK TENGOK ORANG UTAN JUGAK

Hari Jumaat baru ni, kawan ummiross datang ke Sarawak bersama rombongan sekolah.
Tapi jadual pakej yang dia ambik ni kelam kabut sikit, jadual lawatan yang tidak kemas dan diubah sesuka hati serta tempat penginapan yang kurang memuaskan. Dah datang Sarawak, ahli rombongan memang nak pergi ke tempat pemuliharaan Orang Utan. Pihak pakej kata susah nak ke sana.
 

Kawan ummiross dan suaminya telefon ummiross. Ummiross kata apa pulak susah, tak jauh
pun. Kalau pergi kena waktunya, memang dapat tengok Orang Utan tu, yang penting pergi
waktu jadual makan mereka, sekali pagi dan sekali lagi sebelah petang. Khabarnya selepas sedikit ‘konfrontasi’ dari beberapa orang guru, pihak pakej bersetuju menyusun semula jadual.

Ummiross sempat jumpa kawan ummiross disebelah petang tu, nak bagi kek lapis yang ummiross tempah dari kenalan sebagai ole2 dari Kuching.   Katanya puas hati dapat tengok Orang Utan, bukan anak-anak je yang seronok, dengan mak ayah sekali seronok. Ye lah kan, bukan senang nak tengok Orang Utan secara live, bergayut turun dari hutan borneo, budak-budak memang suka ni…

Alhamdulillah, walaupun tempoh lawatannya pendek, kawan ummiross dan rombongan dapat menziarah tempat-tempat yang memang menjadi tumpuan pelancong di Kuching. Begitulah pentingnya perbincangan dan pengurusan masa…

0407200903304072009028

 

8 comments:

my name is Yana said...

gitulah if dh sampai mesti ade yg nk gi tgok lagi2 if dh dekat sgt tu,rugi kan if tk pergi dh la dtg jauh2

ummiross said...

@my name is Yana;

Betul tu Yana, entah bila dapat datang lagi pun kita tak tau kan...

Rozali said...

Assalamualaikum Ummiross

kalau saya pergi sana, ummi tolong bawa, boleh kannn

Wassalam

ummiross said...

@Rozali;

Waalaikumussalam Rozali

Jadi ke datang? boleh2 no problem, dekat je dengan rumah ummi tu, tapi make sure hari Sabtu atau Ahad, senang nak bawak berjalan.

Puanbee said...

uih rajin ummie jalan2 bila lah nak sampai kucing ni :)

ummiross said...

@Puanbee;

Dah tinggal berdua bee, hujung minggu berjalan lah. Datanglah bee, nanti boleh jumpa

Sham said...

hujung tahun ni insyallah kamek mau ke sarawak...

ummiross said...

@Sham;

Welcome Sham, jom meriahkan lagi Sarawak..