Friday, July 15, 2011

LEBAI MALANG

بسم الله الرحمن الرحيم

Baru2 ni ummiross n family ke Saratok, menziarahi anak kenalan yang ditugaskan mengajar di sana. Perjalanan pergi selama lebihkurang 4 jam berjalan lancar. Ketibaan kami dijamu dengan nasi Arab yang lazat, sedap sangat sampai lupa nak tangkap gambar. Thanks cikgu Ameera dan suami, serta anaknya yang comel!

Selepas makan kami dibawa ke Pangkalan Durin, barang2 kraf murah kat sini. Tanpa dirancang sebelumnya, kami terus ke Sibu kerana Mr Hubby nak transfer duit untuk anak sulung di KL. Selesai urusan kami berpatah balik dan singgah solat maghrib di Sarikei. Rasanya dah hampir separuh dari Negeri Sarawak kami jelajahi.

IMG_5291IMG_5294

Dalam keadaan kelam-kabut, kami lupa nak mengisi minyak di Sarikei. Bimbang minyak dah berkurang Mr Hubby mengajak anak saudara singgah di Betong. Kami sampai di Betong dalam pukul 7.30 malam, malangnya stesen minyak dah ditutup. Tak terfikirlah pulak seawal tu ditutup. Harapan kami seterusnya stesen minyak di Seri Aman. Umpama lebai malang, ketika kami sampai lebih kurang pukul 10.45 malam, kami diberitahu penduduk setempat semua stesen minyak dah ditutup.

Perjalanan ke Kuching masih jauh, kata Mr Hubby, minyak mungkin cukup untuk separuh jarak perjalanan sahaja. Jadi nak tak nak, kami mencari hotel untuk bermalam. Hotel pertama yang kami bercadang nak bermalam dah penuh. Nasib baik hotel kedua yang kami singgah masih ada kekosongan. Fuhh!, perjalanan yang jauh, nasib yang kurang baik, badan yang penat, malam tu kami tidur dengan lena dan aman di Seri Aman…

Bila bangun pagi, seronok pulak rasanya, excited pulak nak bersiar2 di sekitar bandar Seri Aman. Pagi2 kami ke tebingan Sungai Batang Lupar, sempat posing2 lagi kat sini.

Hmm ada mirip2 kisah Lebai Malang kan, tapi tetap mimpi indah dan tersenyum bahagia bila pagi menjelma…

 

IMG_5306IMG_5307
Sungai Batang Lupar yang tenang…            Jadual berlaku “BENAK”…

 

IMG_5302. IMG_5304
Sempat melepak dengan pemancing udang galah, kata pakcik ni, banyak jugak udang galah yang dapat dipancing, boleh jual lagi…

 

16 comments:

Amie said...

selamat tengahari ummi,
ini kira berekspedisi sudah ni... sbb ada perkara yg berlaku di lluar jangkaan tapi dpt juga diatasi dgn cara yg bijak...

Adzrien Shoppe said...

suspen juga liza. mujurlah hotel kedua ada kosong.

MumMe said...

alhamdulillah segalanya ok,Ummiross...dpt jln2 lagi...

Sweet N Pretty said...

kalau kena benda mcm ni selalu kita rase malang tp yg pasti ada hikmah di sebalik kejadian, Allah maha mengetahui:)

puanbee said...

benak tu apa ummie ? malang apa mcm nih buleh gak jalan2 mungkin ada hikmah nya ummie

NzA said...

Malang yg untung tu ummi...hi...

gift blm smpai lg ek ummi?? kalau gitu sy pos yg lain lh..mayb dh hilang dlm prjlnan kot...dh 2 minggu nie.....

Ummiross said...

@Amie;
selamat malam Amie..
Yelah Amie, ekspedisi tak terancang,kalau teruskan perjalanan balik,kot tersadai tepi jalan pulak...

Ummiross said...

@Adzrien Shoppe;
Kami memang suspen malam tu, terkejar2, sebab memang tak plan nak bermalam,klu hotel full tido dalam keretalah jawabnya...

Ummiross said...

@MumMe;
Alhamdulillah MumMe, tapi malam tu memang kami menggelabah..

Ummiross said...

@Sweet N Pretty;
Ye betul tu Intan, ni yang dikatakan kita hanya merancang, Tuhan yang menentukan, Alhamdulillah ada hikmahnya..

Ummiross said...

@puanbee;
Bee, benak ni fenomena ombak sungai (tidal bore) di mana air pasang darilaut `pecah’ apabila bertembung dengan pulau dan membentuk ombak yang menghala ke arah sungai, macam dalam gambar yang ada peluncur air tu.
Hehe dah puas menggelabah malam tu, pagi tu baru rasa relax..

Ummiross said...

@NzA;
hi..betul jugak tu, tapi jangan selalu, nanti sakit jantung dibuatnya..

NzA, gift belum sampai, pelik jugak lambat sangat, kalau ada nombor treking boleh ummi tanya pejabat pos.

MOH KEMBARA said...

Assalamualaikum Yong, ni bukan Lebai Malang, tapi Lebai Adventurous namanya. Satu pengajaran utk kita, siapkan bekal dan segala kemungkinan bila bermusafir! Tapi sonok mace perjalanan Yong ni.

Ummiross said...

@MOH KEMBARA;
waalaukumussalam kak Halima,
hik!hik1hik!..sedap pulak bunyi Lebai Adventurous tu kak..
Hmm betul tu, silap haribulan jadi lebai mysterius pulak,hee..,seronok dan penat jugak kak...

ELLYNN'S COLLECTION said...

Sri Ama tu kpg halaman sy.

Ummiross said...

Oh ye ke ellyn,s, lain kali ummi cari ellyn's lah.. hik!