Hari kedua ada pakej sightseeing, kami dikehendaki berkumpul di depan pejabat travel agency. Olehkerana bimbang terlewat kami ambik keputusan naik teksi je pagi tu. Yang seronoknya pemandu teksi tu orang Vietnam, punyalah dia suka dapat bertemu orang Malaysia. Katanya dia terhutang budi dengan Malaysia, Malaysia baik sebab bagi dia peluang kedua untuk hidup. Rupa-rupanya beliau adalah bekas pelarian Vietnam dan pernah duduk di Pulau Bidong selama beberapa tahun sebelum ditempatkan di Perancis. Sedih dan gerun pun ada mendengar cerita ada saudara dan rakannya terbunuh dan dibunuh pun ada semasa cuba melarikan diri dari negaranya. Dari raut wajah dan percakapannnya, ummiross dapat rasakan betapa bersyukurnya dia kerana selamat sampai dan mendapat perlindungan di Pulau Bidong suatu ketika dulu.
Inilah Mr.Nguyen, siap posing dengan Mr.Hubby Ling2. Cepat pulak kami sampai, office belum buka hehe.. Mr Nguyen tak bagi turun,dia suruh kami duduk dalam kereta dulu sebab dekat luar masa tu sejuk sangat, katanya dia tak caj apa2, siap tunjukkan dia dah stop kan meter. Rasanya dia tak puas lagi bersembang, amat teruja tentang Malaysia.
Menaiki bas untuk sightseeing.
Memang unik Paris ni, ummiross suka sangat tengok rekabentuk bangunannya, classicc and yet so class, tapi tak banyak gambar yang dapat di rakam dari atas bas.
Selepas sighgtseeing dengan bas, river cruise pulak, termasuk pakej ni, ini yang paling best.
Penerangan diberi dalam beberapa bahasa...
Gambar2 yang diambil sepanjang menyusuri sungai. Layan je lah ye gambar2 ni, yang diambil dari dalam bot bercermin, klu kurang memuaskan jangan betulkan laptop anda. Akhirnya naik Eiffel Tower lagi sekali,dah masuk pakej naiklah jugak,tu lah semalam tak sabar2 nak naik...
Sempatlah jugak merakam suasana dikaki Eiffel Tower ni, hujan rintik2 tapi tetap meriah...
NEXT- AN EVENING IN PARIS
17 comments:
mcm best leh g paris..huhuhu
Assalamualaikum Ummiross
saya suka n3 ni
banyak gambar
(nak sampai ke sana tak tahu bila lagi)
Wassalam
@blackrosehunter;
Terima kasih singgah blog ummiross
Best...nanti kita pegi sama2 ye
@Rozali;
Waalaikumussalam Rozali
Terima kasih. AirAsia dah ada flight terus ke Paris sekarang, boleh lah grab peluang tu. Lagi pun Rozali ada kawan PDKM kat Paris kan...
salam
Eiffel tower :)
bestnyer ...nak pegi tapi tak mampu
MY RECENT POST : Plectranthus rotundifolius (Poiret) Sprengel - APA TU ?
@Peri PiA
Salam kembali, singgah lagi
@Princess MOMOY;
InsyAllah satu hari nanti...
wow bestnyer entah bila la angah dapat gi...
jom la kita tukar link apa2 pun angah 4llow dulu yer...
cantek betul .. nampak nyaman jer..
@AngahSayang2314;
InsyaAllah Angah...
Tq follow ummi.Ummi pun dah follow angah and add ur link...Tq
@Elly & Emmy:
Hmm ye lah kan, sejuk mata memandang..
best nye pergi paris! ^___^
@wunny;
Hi,wunny...nanti pegi ye
jomlah datang london lagi lepas tu ke Amsterdam or Spain pulak....
@rosilabreeds
hahaha jangan menggoda, memang impianku besar, nanti termimpi2 plk nk ke sana,InsyaAllah,nanti tabung ayam penyek penuh dulu ye. Anyway thanks,rindu kat u all.
Post a Comment