Thursday, October 31, 2013

CERITA KETIKA MENYEPI

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Hari ni kita flashback ye, corat-coret sepanjang dua minggu ummiross menyepi diri. Sepi di blog tapi tidak di alam nyata :).

Hehe..baru nak cerita pasal Hari Raya Haji hari tu. Ni dibelakang rumah kenalan, kami join buat qurban kat sini. Selesai membahagikan daging qurban, balik rumah mak, masak-masak sikit, lepas makan-makan, petang raya pertama tu juga kami terus balik ke KL.

IMG_8921

 

Biasalah balik kampung, dapatlah merasa buah dari kebun. Duku ni dari kebun FIL, manis bersari!.

IMG_8849

 

Bawa pulang juga sedikit daging qurban, bahagian tulang-temulang ni. Masak asam pedas tulang lembu, digandingkan dengan telur masin dan bendi goreng, olala..!!!

  IMG_8893-tilea

 

Ingatkan dah tak dapat menghadiri kelas Bahasa Arab Al Furqan minggu tu, tapi disebabkan kami terpaksa balik awal ke KL, dapatlah juga menghadirinya, Alhamdulillah.IMG_8926

 

Terbang ke Sabah bah!!!. Pagi keesokan harinya kami suami isteri ke Sabah, menginap di hotel Promenade, complete dan cantik susun atur biliknya.

  IMG_8850-tilea  

 

Sarapan pagi di hotel..

IMG_8882-tilea

 

Suami berseminar, ummiross santai-santai kat bilik penginapan, waa..bahagianya jadi isteri kan, suami cari rezeki, kita tumpang sekaki, hehe…tapi tambang sendiri tanggung tau, bukan gomen tanggung, yang Mrhubby je ditanggung gomen. Tengahari, berehat dibilik, order pizza je, sambil makan tarik selimut, santai2 menonton TV, kebetulan hari Jumaat, banyak program keagamaan di siarkan, dapatlah menonton dengan tenang, lupakan seketika saat-saat memasak, menjemur kain, mengemas rumah.

IMG_8870 

 

Kalau ke Sabah, tak cari seafood tak sah. Makan malam yang menyelerakan, ketam, udang dan sotong bakar dengan sambal pedas menyengat, sampai sekarang teringat-ingat!

IMG_8874-tilea

 

Pasar kraf tangan dekat Pasar Filipina, sekadar lalu, jeling-jeling, pandang-pandang. Mutiara yang beli semasa pergi dulu-dulu pun masih belum buat apa-apa lagi. Pergi kali ni, cuma berehat kat bilik je. Kalau boring duk kat bilik, boleh je jalan-jalan dan cuci mata kat Parkson, walking distance je dari Hotel Promenade ni. Boleh baca pengalaman kami ketika ke Sabah tahun lepas di SINI.

IMG_8880 

 

Balik dari Sabah hari Sabtu, hari Isnin ada reunion, dengan rakan dari Kuching dan rakan yang pernah tinggal di Kuching. Makan-makan dan sembang-sembang kat Secret Recipe, Alamanda.

IMG_8910-tilea

 

Hujung minggu..balik kampung pula, menolong FIL mengosong dan mengemas kedai. Memang dah lama FIL bercadang nak ‘bersara’,..orang berniaga pun nak bersara juga kan. Beberapa minggu selepas pemergian MIL, ada cubaan meragut FIL ketika nak buka kedai seawal 6.30 pagi. Peragut tu bermotosikal, tapi FIL sempat juga melawan dan berteriak minta tolong, akhirnya peragut tu cabut lari, Alhamdulillah FIL tak apa-apa.

Mrhubby carikan penyewa untuk FIL dengan menghubungi beberapa syarikat besar. Kami cuba ikhtiarkan yang terbaik untuk FIL agar beliau dapat bersara dengan income yang selesa. Alhamdulillah, Allah permudahkan, bagus juga respon yang kami terima. InsyaAllah, nanti dalam masa beberapa minggu PHD(Pizza Hut Delivery) akan menyewa disitu. Moga selepas ni, FIL dapat terus istiqomah dalam beramal ibadat.

   IMG_8912

Oklah nanti kita gebang-gebang lagi ye,wassalam.

Monday, October 28, 2013

MASA DAN KPH SIRI 11

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Masa bukan sekadar mencemburui, malah masa kadang-kadang persis berlari. Lelah juga mengejar masa, memenuhi sebahagian impian, manakala sebahagian lagi terabai dik kesuntukan masa. Ataukah masa yang mengejar kita?..sehingga satu ketika, kita tidak bisa  ‘melangkah’ lagi.

Nanti ummiross kongsikan cerita sepanjang ‘berlari mengejar masa’. Maaf jua kepada pelanggan, kerana order tidak dapat diurus sepanjang ummiross bercuti. Maaf juga kepada kenalan kerana tidak sempat membuat kunjungan.

 

KAIN PASANG ETNIK ATAU BATIK SARAWAK SIRI 11
Hari ni kita masuk kedai dulu setelah lebih 2 minggu ummiross tidak bersiaran. Batik Sarawak corak Orang Ulu ni cantik sangat, warna-warna segar yang sungguh menawan. Boleh beli kain bercorak Orang Ulu sahaja atau boleh juga beli yang dah siap matching.Tampil menawan dengan gaya etnik warisan tradisi zaman-berzaman.

JENIS: BATIK SARAWAK/KAIN PASANG ETNIK
MATERIAL: POLYESTER
HARGA: RM89 SEPASANG-4M.

 

                   KPH88                                         KPH88A-Padanan coklat gold

IMG_8905 IMG_8898a

 

                           KPH89                                 KPH89A-Padanan purple pink

IMG_8903 IMG_8900a

 

 

                            KPH90                                   KPH90A-Padanan maroon.

IMG_8904 IMG_8901a

 

 

                       KPH91                                    KPH91A-Padanan purple lembut.

IMG_8906 IMG_8899a

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SECARA KECIL-KECILAN.
Kepada yang berminat sila hubungi:
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016-8784 960
(WARNA GAMBAR MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN)

Friday, October 11, 2013

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Hari ni ummiross tak berapa sihat, demam. Sorrylah ye tak menjengah blog kawan-kawan hari ni. Malam ni pun dah nak balik kampung. Sebelum balik beraya bersama Bunda tercinta dan saudara mara, ummiross nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger, rakan-rakan fb, pelanggan-pelanggan dan pengunjung setia Salamborneo. Selamat menjalani ibadah Qurban, moga amalan kita semua diterima Allah SWT.

Firman Allah yang bermaksud:

“Sesungguhnya Kami (Allah) telah memberi engkau (ya Muhammad) akan kebajikan yang banyak. Oleh itu dirikanlah solat kerana Tuhanmu ( pada Hari Raya Haji) dan sembelihlah (binatang) korbanmu (sebagai ibadah dan mensyukuri nikmat Tuhanmu).” (Surah al-Kauthar : ayat 1-2)

InsyaAllah, kita berjumpa lagi selepas Raya Haji nanti. Berhati-hati dijalanraya ye.

Wassalam

Thursday, October 10, 2013

BELAJAR BAHASA ARAB AL FURQAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Dah lama ummiross teringin nak sertai kelas  Pendidikan Bahasa Arab Al Furqan. Selalu dengar ustaz Nasarudin Hasim aka Ustaz Nasa memberi penerangan tentang kelas mempelajari Bahasa Arab untuk memahami Al Quran dengan kaedah yang lebih mudah di Radio Ikim. Alhamdulillah, akhirnya kelas di adakan di Putrajaya, bertempat di Auditorium Masjid Putra, Putrajaya, bermula semalam 9hb.10,2013.

Gambar di bawah, Ustaz Nasa ketika Sesi Pra-dengar sistem bahasa arab Pendidikan Bahasa Arab Al-Furqan minggu lepas. Hehe..sorry le gambar jarak jauh, curi-curi pula ambil gambar tu, tak nampak rupa Ustaz Nasa pun kan. Menurut Ustaz Nasa belajar menggunakan sistem Al Furqan ni lebih santai, tanpa hafalan, tanpa banyak menulis, tanpa kerja rumah, belajar happy-happy je dah boleh faham Quran, insyaAllah.

IMG_8753

Untuk yang pertama kali join , bayaran RM250 dikenakan, iaitu RM100 untuk pendaftaran dan RM150 yuran bulanan. Yuran pendaftran RM100 tu sekali je bayar. Tempoh pembelajaran selama 10 bulan, diadakan setiap hari Rabu, 8.00-10.00 malam. Oleh kerana kami mendaftar suami isteri, ummiross dapat diskaun lagi, yuran bulanan untuk ummiross hanya RM100, less RM50.

IMG_8754

Alhamdulillah..malam semalam bermulalah kelas pertama kami. Ramai yang menyertainya, hampir penuh juga auditorium tu, tak kira usia, meriah beramai-ramai menuntut ilmu...life long education. Ustaz yang mengajar kelas kami bukan Ustaz Nasa tapi Ustaz Esa, baik orangnya. Ummiross pun dah beberapa kali menyertai kelas bahasa Arab tapi bukan Pendidikan Al Furqan ni. Nak bercakap bahasa Arab tu tak fasihlah, tapi dah boleh tahu makna ayat Al Quran sikit-sikit. Harap-harap lepas ni, dapat memahaminya dengan lebih baik lagi.

IMG_8839

Seperti kata Ustaz Nasa, “alangkah indahnya apabila bait-bait Qalam Allah dapat dihayati dan seterusnya diamalkan sebagai pedoman dan panduan di dalam kehidupan seharian.
Ya Allah, kurniakan kami kekuatan, kesabaran dan istiqomah dalam memahami ayat-ayatMu. Amin Ya Robbal 'Alamin”

Tuesday, October 8, 2013

RATNA DEWI GOLD LINE SIRI 5 DAN CUTI RAYA HAJI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Beberapa hari lagi dah nak cuti sempena Hari Raya Haji. InsyaAllah Jumaat malam ummiross balik kampung. Nampaknya bulan ni banyak bercuti. Penat menjelajah dari utara ke selatan belum habis lagi rasanya, namun hati tetap teruja untuk pulang ke kampung halaman.

Beberapa hari ni pula sangat seronok dapat menonton rancangan Salam Baitullah di TV1. Sungguh..rancangan ini sangat-sangat mengimbau kenangan. Rasa rindu pada Tanah Suci Mekah dan Madinah.bagai terubat seketika. Kenangan menunaikan haji pada tahun 2005 akan terpahat sebagai kenangan terindah selagi nyawa dikandung badan.

Sebelum bercuti, harap-harap ummiross dapat selesaikan semua tempahan Batik Sarawak. Ada beberapa email dan sms yang ummiross terima untuk order borong Batik Sarong Sarawak dan Batik Ratna Dewi Gold Line. Ummiross tampilkan satu lagi paten yang menawan batik kod RD ni untuk tatapan pembeli. Jika ada yang berkenan dan ingin masukkan dalam order, sila email atau sms kod yang dikehendaki.

 

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT DAN DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SECARA KECIL-KECILAN.

Kepada yang berminat sila hubungi:

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016-8784 960

(WARNA KAIN MUNGKIN SEDIKIT  BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN)

Jenis:Ratna Dewi Gold Line.
Material : Cotton
Ukuran : +-( 2m-belum berjahit)
Harga runcit : RM28 sehelai
Saranan : Sesuai bukan sahaja untuk sarung, tapi boleh juga dibuat baju atau kain yang dipadankan dengan baju kurung atau blouse dan lain-lain.

ps: Gambar kiri, kain semasa berlipat nak menunjukkan ada kaki dibahagian bawahnya, gambar kanan, kain yang sama, dipamerkan dipatung untuk menunjukkan bunga keseluruhannya. Kain ni sesuai untuk buat sarong, atau boleh juga dijahit jadi kain untuk dipadankan dengan baju atau boleh juga dijadikan baju kurung, blouse dan dipadankan dengan kain kosong, pendek kata semua sesuai mengikut kreativiti..

                                                                  RD250
IMG_8773 IMG_8820

 

                                                                     RD251
IMG_8772IMG_8770

 

                                                            RD252-out of stock
IMG_8784IMG_8786

 

                                                                      RD253
 IMG_8785IMG_8795

 

                                                                    RD254
IMG_8799IMG_8804

 

                                                                       RD255
IMG_8800 IMG_8809

 

Tips penjagaan:-
-Jika mahu gold line tahan lama, cucian tangan sahaja, cucian lembut, tak perlu sental.
-Semasa nak buat baju atau kain, besarkan sedikit ukuran (sedkit sahaja ye) sebab setiap kain cotton sebagus manapun akan mengalami sedikit pengecutan.

Monday, October 7, 2013

KUIH KOCI PULUT HITAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

Ummiross kan suka sangat kuih koci pulut hitam. Satu hari tu, nampak kawan pos kat fb, order dari rakan fb juga. Apalagi terus add sebab nak order juga, hehe..bab-bab order ni cepat je.

Sekali bila dah makan, memang sedap sangat, terus order lagi untuk minggu berikutnya. Ni plan nak order lagi ni, hihi..begitulah kan kalau dah jumpa dengan kuih yang memang memenuhi selera kita.

 DSC_0394

Kalau yang minat memasak tu bolehlah cuba cari resepi kuih koci pulut hitam ni kan, cuba buat sendiri. InsyaAllah jika mood rajin datang nak cuba juga buat sendiri, tapi ketika mood ‘M’ berleluasa ni, ummiross orderlah dulu, lagipun memang sedap hasil air tangan rakan ummiross ni, bila makan rasa nak lagi,lagi dan lagi.

 DSC_0385 (2)

Bagi sesiap yang berminat nak order, bolehlah add rakan fb ummiross ni ye. Macam-macam kuih yang ada, semuanya sedap-sedap belaka.

Friday, October 4, 2013

PISANG KARAMEL BERKEJU

بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Entry ringkas hari Jumaat. Jom kita main masak-masak. Caramelized banana with cheese, haha..namanya glamer betul, sira pisang je kot nama Melayu nya, lepas tu tabur keju. Dessert paling mudah dibuat tapi sangat sedap dimakan. Rasanya semua orang tahu buat, tapi dah takde modal nak menulis hari ni, ummi share jelah apa yang patut. Selalunya bila puasa hari Isnin dan Khamis, ummiross suka buat dessert yang ringkas-ringkas je.Lepas Isya’, makan berjemaah anak-beranak.

Sambil masak lauk-pauk tu boleh buat ni, kejap je masak. Cairkan marjerin/butter dalam non stick pan. Kalau ada minyak zaitun, boleh juga tambah sikit, lagi berkhasiat. Masukkan pisang, ummiross suka masukkan besar macam tu, sebab nanti bila dah masak, isinya masih pejal. Taburkan brown sugar atas pisang tu, gula tak perlu banyak sebab pisang tu bila caramelized akan jadi manis semulajadi, tunggu kejap lepas tu balikkan pisang, tabur lagi brown sugar, tunggu caramelized, boleh angkat. Tak perlu lama, nanti tak sedap rasa pisang tu. Kalau nak harum boleh masukkan sikit esen vanilla masa memasak tadi.

IMG_8742

 

Letak dalam pinggan, parutkan cheese keatasnya. Ummiross guna cheddar cheese.Taraaa..!, dah boleh makan. Ini yang basic je, kalau nak lagi meletop boleh guna whipping cream dan tabur buah-buahan yang dipotong kecil-kecil. Ikut selera dan kreativiti masing-masing. Tapi pada ummiross, yang ni pun dah sedap sangat, lemak manis bercheesy lagi. Jemput makan..say cheese!!

IMG_8744

Selamat berhujung minggu, moga ceria sokmo :)

Thursday, October 3, 2013

DAFTAR SUDAAAH!

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Alhamdulillah, dua hari lepas perniagaan secara online ummiross telah selamat didaftar. Macamana cara nak daftar perniagaan secara online ni? Senang sangat rupanya prosedur untuk mendaftar perniagaan/bisnes online ni, dalam setengah jam dah siap. Bisnes online pun sekarang kena daftar juga dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Dolu-dolu dolu..memang ummiross tak tau.., sekarang-sekarang, sekarang..memang dah tau, hehe..kalau dah tahu, kenalah daftar, biar jadi peniaga berjiwa tegar seperti Tegar.

Bagi yang tinggal di sekitar Putrajaya, pendaftaran boleh dibuat di Kaunter Khidmat Pengguna , Aras G, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Pengguna, Persiaran Perdana, Precint 2, Putrajaya.

Borang pendaftaran boleh didapati di kaunter, dah selesai isi borang tu, serahkan balik untuk disemak, jangan lupa sertakan sekali satu salinan kad pengenalan. Selepas disemak, kita akan diberi nombor giliran.

Semalam semasa ummiross pergi ke sana, orang memang tak ramai. Sekejap je menunggu, terus dipanggil ke kaunter untuk pembayaran. Ummiross buat lesen perniaagaan ni untuk tempoh setahun dulu, jadi cajnya RM40 sahaja, nanti boleh je renew bila perlu,. Selepas pembayaran dibuat, lesen diproses dan terus dapat pada masa tu juga. Alhamdulillah bila ada lesen ni senanglah lagi nak berurusniaga terutama dengan jabatan kerajaan nanti.

 IMG_8751aIMG_8750a 

Sekadar perkongsian, moga ada yang mendapat manafaatnya.
Ceria-ceria sokmo..wassalam.

Wednesday, October 2, 2013

DARI ALLAH JUA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang.

Baru berkesempatan untuk membuat n3 penghargaan pelanggan untuk order online sepanjang bulan September. Alhamdulillah, atas rezeki yang tidak putus-putus yang dikurniakan oleh Allah SWT.

A054

“Sesungguhnya inilah rezeki Kami kepada kamu yang tidak habis-habisnya.”
(Sod 38:54).

Moga perkongsian doa diatas bermanafaat. Sama-sama kita amalkan, semoga Allah SWT sentiasa melimpahkan rezeki yang berkat buat kita semua, termasuklah rezeki diberi kesihatan yang baik, mempunyai ibu bapa yang penyayang yang menjaga amanah Allah, anak-anak yang soleh dan solehah, pasangan yang sentiasa membimbing ke arah kebaikan dan saudara serta sahabat yang sentiasa disisi ketika susah dan senang. Moga Allah SWT memberikan kita  ‘rezeki’ yang terbaik yang tidak habis-habisnya.

Ummiross ingin merakamkan ucapan terima kasih dengan rasa penuh kasih buat semua pelanggan Salamborneo atas order borong dan juga order runcit.Terima kasih kepada PIBG SMA Daerah Batang Padang, Perak kerana sudi membeli Batik Sarawak dari kami untuk dijadikan uniform mereka. Terima kasih Syira dari Bangi yang sudi datang ke rumah dan memborong Batik Ratna Dewi, seronok dapat berkenalan.

Terima kasih NzA, rakan blogger yang dah berkali-kali memborong Batik Sarong Sarawak dari ummiross. Laris betul NzA menjual, macam pisang goreng panas, baca entry nya di SINI.Terima kasih Acik Erna yang juga sudah beberapa kali membeli Batik Ratna Dewi dan Batik Sarawak juga. Terima kasih Lin, rakan blogger juga, sudi order kain dari kami. Terima kasih Zu, rakan fb yang selalu juga order Kain Pasang Sarawak. Terima kasih Safura, regular customer ummiross yang sangat setia sejak 3 tahun lepas. Terima kasih Farah, dua kali order Batik Sarawak corak Pua dalam tempoh seminggu. Terima kasih Rahayu kerana sudi order lagi kain pasang etnik dari kami. Tak lupa terima kasih Azwiyah, Suyanti, Nahla dan Noraini.

Nak ucap terima kasih juga kepada rakan-rakan blogger yang selalu singgah di Salamborneo. Tak perlu rasa segan jika tidak membeli. Singgahlah sentiasa, kita membina silaturrahim.

Boleh dikatakan hampir 98 peratus pelanggan Salamborneo adalah mereka yang ummiross tidak kenali pada awalnya. Bertemu Salamborneo hasil carian Google untuk mencari Batik Sarong Sarawak atau Batik Sarawak. Terima kasih semua atas kepercayaan.

Terima kasih daun Keladi
Lain kali order lagi

Syira : Selangor 
Kod      :  RD
Pos      :  27.9.2013 

Azwiah  : Selangor
Kod      :  BS
Pos      :  26.9.2013
Treking:  EF06054035MY

Rahayu : Melaka
Kod      :  KPH
Pos      :  26.9.2013
Treking:  EF060540440MY

Sapina : Negeri Sembilan 
Kod      :  BS
Pos      :  23.9.2013
Treking:  EF060540475MY

Farah : Kedah 
Kod      :  BS
Pos      :  23.9.2013
Treking:  EF060540507MY

Suyanti : Putrajaya 
Kod      :  RD
Pos      :  19.9.2013
Treking:  EF635387480MY

PIBG SMA Daerah Batang Padang: Perak
Kod      :  KPH
Pos      :  16.9.2013
Treking:  EM635387502MY

Farah : Sabah 
Kod      :  BS
Pos      :  16.9.2013
Treking:  EM635387493MY

Lin        : KL 
Kod      :  RDS
Pos      :  11.9.2013
Treking:  EF011927881MY

NzA      : Johor
Kod      :  BS
Pos      :  9.9.2013
Treking:  CD192018569MY

Safurah : Selangor 
Kod      :  BS
Pos      :  9.9.2013
Treking:  EM635387533MY

Nahla   : Putrajaya
Kod      :  RDS
Pos      :  9.9.2013
Treking:  EM635387405MY

Zubaidah : Perak 
Kod      :  BS
Pos      :  9.9.2013
Treking:  EM635387462MY

Noraini :  KL
Kod      :  BS
Pos      :  19.9.2013
Treking:  EF058592409MY