Kalaulah hidup ini diibaratkan sebuah drama, maka tepat jam 12 malam ini kita telah berjaya menamatkan drama bersiri 365 episod berkisar pada kisah hidup kita sendiri. Ceritera yang penuh warna-warni, suka,duka,tawa gembira dan kadang-kadang terluka. Tidak sama antara kita. Segalanya telah diatur dengan sempurna oleh Dia yang satu.Yang pasti, kisah hidup kita lebih realistik berbanding drama bersiri Alisa di TV3...huhuhuuu.
Gambar Mr.Google
Enggak mau hidup segawat si Alisa ni...
Selamat tahun baru 2011, jadikan detik pertama malam ini sebagai tahun untuk memperbaiki diri, bukan untuk merosakkan diri. Permulaan yang baik akan dilimpahi keberkatan. Siri baru akan bermula, perjalanan masih panjang, apalagi yang lebih diharapkan selain dari rahmat Tuhan.
Gambar Mr.Google
Ya Allah jemputlah kami suami isteri menjadi tetamu Mu
lagi pada tahun ini.Tolong amin kan ye...
HAPPY BIRTHDAY TO ME,HAPPY BIRTHDAY TO UMMIROSS Maka yang mana satu di antara nikmat-nikmat Tuhan kamu, yang kamu hendak dustakan? SELAMAT TAHUN BARU SEMUA
HAPPY BIRTHDAY TO ME.....
PS: Lagu birthday tu hanya sah dinyanyikan tepat 12 malam ye, Happy New Year,Happy New Me hehe...
Ummiross tutup episod 2010 ummiross dengan ayat dari surah Ar-Rahmaan yang sentiasa menyentuh hati ini :
Ar-Rahmaan