Showing posts with label PRODUK DR NABISAR. Show all posts
Showing posts with label PRODUK DR NABISAR. Show all posts

Monday, October 8, 2012

PRODUK DR NABISAR

بسم الله الرحمن الرحيم

(Makluman: Ummiross bercuti 2-3 hari, ke Kuching pagi ini. Sila email atau sms untuk sebarang pertanyaan dan pesanan Batik Sarawak di Salamborneo.)

----------------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross mula mengenali pengacara Juara Resepi Seri Kulai, Sakinah, ketika beliau menelefon untuk memaklumkan blog ummiross terpilih untuk Segmen Blog Pilihan dalam rancangan Apa kata Wanita, TV1. Kemudian bila ummiross pulang ke Semenanjung, beliau berkunjung ke rumah untuk menyerahkan CD dan berkenal-kenalan dengan lebih dekat.

6c82237c0ed411e280ff22000a1e8acc_7
Ini kunjungan kali kedua Sakinah ketika bulan Syawal baru ni, datang beraya.  Baik orangnya, dah mesra macam anak-beranak. Gambar blur2 skit, instagram, hehe..ummiross yang selalu malu-malu kucing..

Cantik kulit Sakinah ni, halus mulus tanpa jerawat. Sembang punya sembang, sempat jugalah beliau memperkenalkan produk penjagaan kulit Dr Nabisar, formulasi eksklusif saintis Malaysia, Dr Nabisar Mustan, PhD Cambridge University, UK.

IMG_3599

Ianya menggabungkan kebaikan bahan botani dan sains terkini, tanpa hidrokinon dan lain-lain bahan terlarang. Produk ini dipasarkan oleh Zamzarina, pengacara AKW TV1 dan Sakinah adalah salah seorang pengedarnya. Jadi kalau produk yang bagus macam ni, tak salah rasanya ummiross tolong promote, mungkin jadi info yang berguna bagi yang memerlukan, apatah lagi bagi yang mempunyai kulit bermasalah seperti berjerawat dan berjeragat.

IMG_3583
Set Permulaan, khas untuk kulit berjeragat, juga sesuai untuk semua jenis kulit.(RM39.90)


IMG_3584
Set Percubaan Jerawat, membersih dan membuang kotoran dengan lembut dan mencerahkan kulit.(RM39.90)


 

IMG_3586aIMG_3595
Terdapat juga Pencuci muka(RM49.90), serum anti penuaan(RM79.90), skrub(RM49.90), toner(RM49.90), krim pelembap(RM69.90), sunblock(59.90), lightening essence/esen pencerah(RM79.90), eye cream(RM69.90) dan krim rawatan jerawat(RM49.90) dalam saiz besar.

Esen Pencerah: Sesuai untuk semua jenis kulit, terutama yang berjeragat
*Ekstrak vitamin C dan berbagai tumbuhan terpilih untuk mencerahkan kulit secara berkesan.
*Membantu menghilangkan tompokan hitam dan jeragat pada kulit.
*Bahan aktif untuk melindungi dan mengekalkan keremajaan kulit dan naik seri wajah.
*Mengekalkan kelembapan kulit
*Menegangkan kulit wajah

Krim Rawatan Jerawat: Untuk kulit berjerawat
*Meggunakan ramuan semulajadi yang amat mujarab didalam mengatasi masalah jerawat
*Mencegah keradangan dan membunuh bakteria yang menyebabkan jerawat
*Membantu menghilangkan parut jerawat.

Serum Rejuvenasi: Kulit matang dan lesu
*Kandungan aktif tumbuhan memperbaharui kolagen dan elastin kulit anda
*Membina kolagen dan kekenyalan kulit untuk tampil lebih muda
*Menambah dan mengekalkan kelembapan kulit muka

Pencuci Muka: Semua jenis kulit, khas untuk kulit berjeragat
*Membersih dan membuang kotoran dengan lembut
*Membuang mekap dilapisan epidermis
*Menjaga lapisan pelindung kulit
*Membekalkan kulit dengan nutrisi seperti vitamin dan antioksidan
*Melembutkan kulit anda
*Menjadikan kulit anda cerah

Kulit anda berhak mendapat yang terbaik. Jika ada yang berminat, bolehlah menghubungi ummiross dan ummiross akan panjangkan order anda kepada rakan ummiross ni, Sakinah.

ummiross@gmail.com ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960