Thursday, August 30, 2012

PESONA DARI PESONA DEWI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang, salam bertemu kembali..

Rasa macam lama je ummiross bercuti dan bersunyi-sunyian. Bila nak mula berblog balik, mak aiii..jadi macam malas je pulak, hehe..tu lah lain kali jangan cuti lama-lama, cuti lama-lama…, nanti  diambil orang mood melayang.

Kerja-kerja ‘belakang tabir’ tak pernah habis. Lepas sibuk beraya, sekarang ni sibuk pulak mengambil gambar kain-kain batik sarung, ambil masa juga nak siapkannya. Ada beberapa design baru yang sangat-sangat cantik. Tapi ummiross publish secara berperingkatlah ye. Kali ni kain Pesona Dewi dulu, kain ni macam kain Ratna Dewi yang ummiross jual sebelum ni. Memang cantik dan ada gold line lagi. Nanti akan menyusul kain Batik Sarong Sarawak corak terkini pulak. Pelan-pelanlah ye, ummiross sedang menjana mood untuk berblog kembali, hehe..pendapatan nak kena jana juga kan!.

Dah banyak pertanyaan yang masuk, jadi mulai hari ni order dibuka semula. Jom cuci-cuci mata, kalau berkenan cepat-cepat order, stok terhad, jangan sampai ‘terkeciwa…’

(ps: Padanan dengan baju dibawah hanya contoh sahaja, ummiross jual batik Sarong je ye)

 

IMG_3507IMG_3433IMG_3512
                                                PD1
                                        

IMG_3376IMG_3539IMG_3493
                                                   PD2

 

IMG_3516IMG_3400IMG_3391
                                               PD3


 

IMG_3486IMG_3541IMG_3557
                                                    PD4

 

IMG_3497IMG_3367IMG_3501
                                                 PD5

Deskripsi
Jenis Kain : Cotton
Ukuran      : 2m belum berjahit (approximately)
Harga        : RM25 sehelai
Saranan     : Sangat sesuai dipadankan dengan kurung,blouse dll

TERBUKA UNTUK JUALAN RUNCIT. DISKAUN HEBAT UNTUK YANG INGIN BERNIAGA KAIN BATIK SECARA KECIL-KECILAN.

Sesiapa yang berminat sila hubungi;

ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016-8784 960

Thursday, August 16, 2012

SELAMAT HARI RAYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang, salam Aidilfitri..

      DSC_0227abc
 Gambar ni dirakam ketika ummiross dan suami pulang dari solat isya’ di Masjid Nabawi baru-baru ini. Dengan kemahiran yang terhad ummiross jadikan ia sebagai e-kad raya untuk rakan-rakan tersayang. Semoga ia terkesan dihati..

Ummiross fikir, mulai esok sudah ada rakan-rakan yang akan berangkat pulang ke kampung. Berhati-hati dijalanraya ye, semoga perjalanan diberkati Allah, selamat pergi dan selamat kembali.

Dikesempatan ini, ummiross sekeluarga mengucapkan selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakan-rakan blogger tersayang. Tak lupa juga kepada rakan-rakan fb yang dikasihi. Teristimewa juga buat semua pelanggan-pelanggan ummiross yang amat ummiross hargai.

Ummiross mohon kemaafan kepada semua jika ada salah dan silap. Semoga bergembira dihari raya bersama insan-insan tersayang. Bersyukur kepadaNYa kerana masih berkesempatan bersama mereka. Hargai setiap detik dengan pujia-pujian kepadaNya jua.

Sehingga kita bertemu lagi selepas raya nanti, insyaAllah.. jaga diri selalu, salam sayang buat semua.

Monday, August 13, 2012

BRONZE MEDAL SEDEX

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sekadar berkongsi kegembiraan…

IMG_1082IMG_1088
Tersenyum ‘gumbira’ anak bujang ummiross. Final Year Projectnya terpilih untuk dipamerkan dalam SEDEX (Science Engineering Design Exhibition) yang berlangsung di UTP(Universiti Teknologi Petronas) pada 8 dan 9hb Ogos baru-baru ni dan berjaya mendapat Bronze Medal dalam kategori Business Information System.
Kata anak ummiross projectnya simple je, tapi dah rezeki kan, Alhamdulillah. Tiap yang datang adalah anugerah Allah, lalu kepadaNya lah selayaknya segala puji-pujian. Terima kasih Allah.

Friday, August 10, 2012

KAD RAYA DARI DIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Ummiross masih dalam mood berhibernasi, ala2 menyepi diri gitu buat seketika. Rasa sedih dan sayu pun ada juga kan, Ramadhan dah dipenghujungnya. Belum berakhir, tapi sudah terasa rindu-rinduan. Semoga Allah memberi kekuatan kepada kita untuk beramal ibadat dengan sesungguh dan seikhlas hati, moga ‘bertemu’ Lailatul Qadar, malam yang lebih baik dari seribu bulan. Moga terus istiqomah walaupun Ramadhan berlalu pergi, moga akan bertemu lagi.

Hari ni rasa teruja nak buat n3. Sebab nak ucap terima kasih. Sebab masih ada yang ingat dan sayang, hehe. Semalam ummiross terima kad raya cum bookmark yang cantik, kiriman rakan blogger yang jauh tapi dekat je rasanya dihati. Selamat Hari Raya Aidil Fitri juga buat NzA sekeluarga.

IMG_3299IMG_3295
Sejuk hati tengok gambar keluarga bahagia ni, 4fn 1mf-family. Semoga terus berbahagia dengan rahmat kasih sayang Allah SWT. Terima kasih NzA, sayang NzA ketat2, muahh,muahh, muahh!!! beribu-ribu lemon.

Yang ni pulak penghargaan untuk pelanggan, terima kasih kerana masih sudi membuat order walaupun ummiross tidak online untuk tempoh yang agak lama. Kerja dibelakang tabir tetap berjalan juga, Alhamdulillah, rezeki kurnian Allah SWT. So sesiapa yang berminat berniaga batik Sarawak/Batik Borneo, Batik Ratna Dewi dll, bolehlah menghubungi ummiross. InsyaAllah lepas raya nanti, banyak kain batik sarong cantik2, memang meletop!. Stok dah ada, tunggu lepas rayalah ummiross publish ye.

170720126893007201271130072012712IMG_3304
Coming soon!!, hehe promo dulu..

Kepada customer berikut;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

To Anita;
Kod: BS-20pcs
Pos : 9hb.Ogos,2012
Treking :CD17504426MY

To Nor Anitah;
Kod: BS-10pcs
Pos : 9hb.Ogos, 2012
Treking :CD175044201MY

To Rina;
Kod: KPH23-4m
Pos : 9hb.Ogos, 2012
Treking :EM134891318MY

To Zainal;
Kod: (KPH11, KPH16, KPH23, KPH25-20 pasang)
Pos : 3hb.Ogos, 2012
Treking: EM124646785MY

Wednesday, August 1, 2012

UMRAH AWAL RAMADAN: SUDAIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang, salam bertemu kembali…

Ummiross fikir ianya anugerah Allah. Suaranya, bacaannya..bersatu menjadi aura yang sangat mengesankan. Malah ummiross yakin jutaan manusia mengimpikan untuk bersolat bersama beliau bila ke Masjidil Haram.

Indahnya saat ini, ia sangat-sangat melekat dihati. Alhamdulillah,Ummiross dan suami antara insan kerdil yang turut hadir di sini. Terima kasih Allah kerana menjemput kami. Pasti setiap kali, rindu datang lagi..

Sedikit mengenai Sheikh Abdul Rahman Sudais;
At the age of 12, Al Sudais memorized the Holy Quran, and studied in the 'Al Muthana Bin Harith' Elementary School and was graduated in 1979 with a grade of excellent in ' Riyadh scientific Institution'.Sheikh AL Sudais is known for the particularity of his voice and for his emotional recitation of the Quran in accordance with Tajweed. In 2005, he received the prize of the  ‘Islamic Personality Of the year' in the 9th annual Dubai International Holy Quran Award. (Sumber:
The Holy Quran: Online Quran Recitation)

PS: Ummiross dan suami selamat kembali pada hari Rabu lepas. Terharu dengan komen dan doa2 dari rakan2 semua. Ummiross doakan,doakan, doakan agar Allah membalas kalian semua dengan kebaikan berganda dan dimakbulkan setiap permohonan. Ummiross sedang mencari mood berblogging, rasanya dah jatuh tahap zero. Bagaimanapun ummiross masih menguruskan order dan penghantaran kain ‘di belakang tabir’. Jadi kepada yang berminat, sila email atau sms sahaja ye.