Sunday, October 30, 2011

VIDEO BLOGGER KEHIDUPAN MAKKAH DALAM KHABAR HAJI ASTRO OASIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Ummiross dan Mr Hubby selalu berkunjung ke blognya, melihat suasana di Mekah dari semasa ke semasa. Ramai peminat blog ni, maklumlah, dapat melihat gambar2 di sekitar Masjidil Haram dan corat-coret kehidupan di Mekah dapat mengubat kerinduan terhadap Tanah Suci Mekah.

Malam ni rakan blogger, Tuan Haji Arshad, tuan punya blog KEHIDUPAN MAKKAH muncul dalam Rancangan Khabar Haji 2011 terbitan Astro Oasis. Tumpang bangga dan seronok sangat dengan kejayaan dan pencapaian anak Malaysia  ni, yang berjaya dalam banyak bidang perniagaan, salah satunya mengusahakan hotel Manazel Al-Waleed di Kota Mekah. So kalau ada sesiapa yang berminat nak menginap di sana bolehlah contact Tuan Haji Arshad nanti ye. Tahniah THA, nak minta kerja dengan tuan haji boleh?, kami nak tinggal di Mekah jugaklah,hehe..

 

Anak ummiross rakam video ni dari rancangan Khabar Haji, kami dedikasikan buat Tuan Haji Arshad sekeluarga di kota suci Makkah…

Saturday, October 29, 2011

VIDEO JARINGAN GOL PIALA MALAYSIA 2011

Negeri Sembilan menjuarai Piala Malaysia 2011, menewaskan Terengganu 2-1. Tahniah Negeri Sembilan, anda hebat, tapi Terengganu pun hebat jugak kan, kan,kan…Nak buat macamana takde rezeki.

Jom kita tengok jaringan gol Terengganu dan jugak jaringan gol Negeri Sembilan dalam Piala Malaysia 2011. Tunggu replay ye, sebab rakam selepas gol dijaringkan, tak tau bila nak gol kan, so tunggu replay baru anak bujang ummiross rakam hehe…

 

Friday, October 28, 2011

SARONG RATNA DEWI GOLD HITAM JADI PILIHAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Minggu ni terasa agak sunyi berblogging. Beberapa rakan blogger yang biasa ziarah menziarahi, senyap tanpa entry untuk beberapa hari, mungkin bercuti lama sempena cuti Deepavali baru2 ni. Namun masih ada beberapa rakan blogger yang masih sudi singgah dan menyapa, terima kasih.

Alhamdulillah, penutup order minggu ni Batik Sarung Ratna Dewi Gold telah selamat ummiross pos ke Sikamat, Negeri Sembilan semalam. Semuanya warna hitam menawan, katanya untuk buat pakaian seragam, semoga selamat sampai. Oklah ummiross nak berehat hujung minggu ni 2 hari, jumpa lagi minggu depan, jangan lupa singgah, ada kain sarong baru yang cantik menawan.

To Suhana;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_7404IMG_7408DSC_0617
Antara order dari Seremban.

Semakan order
Kod                 : RD93-12pcs,RD94-1pcs
Total              :  13pcs
Pos                 : 27.10.2011
Treking no. : cd106126537my

Wednesday, October 26, 2011

RATNA DEWI HITAM DAN PEACH YANG CANTIK

بسم الله الرحمن الرحيم

To Kak Faridah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

DSC_0612IMG_6582

Semakan order
Kod                 : RD94,RD95
Total              : 2pcs
Pos                 : 24.10.2011
Treking no. : RD843351638MY

RANCANGAN KHABAR HAJI 2011 ASTRO OASIS

بسم الله الرحمن الرحيم

Antara program yang ummiross tunggu-tunggu ketika musim haji adalah program Khabar Haji terbitan Astro Oasis. Telah dua malam Rancangan Khabar Haji 2011 ni disiarkan, iaitu bermula pada 24.10.2011 dan akan disiarkan setiap hari jam 10 malam di saluran 106. Seperti tahun-tahun sebelumnya, rancangan ini memang tidak mengecewakan. Masih mengekalkan Haji Nazri Kahar dan Imam Muda Azhar sebagai pengacara, laporan malam ni berkisar di Madinah Al Munawarah. Tumpang excited melihat suasana di Madinah dan Mekah di musim haji ni, mungkin ianya manifestasi  dari rasa rindu yang tak pernah padam, rindu Madinah, rindu Mekah, rindu nak bermunajat di depan Baitullah.

 

IMG_7399
Kegembiraan Tetamu Allah dari pelbagai negara..

Monday, October 24, 2011

SARAWAK SILK EXOTIC ORANG ULU 2

بسم الله الرحمن الرحيم

Jenis kain      : Batik Sarawak Sutera Jacquard(not pure silk) corak Orang Ulu
Ukuran           : 4m ( 2m bercorak penuh, 2m bercorak di kaki)
                             Untuk kod BP14-BP17, kain bahagian kaki bercorak melintang.
                             Untuk kod BP18-BP22, kain bahagian kaki bercorak menegak.
Harga runcit :-RM75 sepasang

 

IMG_7088IMG_7091
                                        BP14

 

IMG_7092IMG_7094
                                        BP15

Friday, October 21, 2011

NEW ARRIVAL KIMONO JAPANESE COTTON

بسم الله الرحمن الرحيم

Sementara menunggu stok baru kain BATIK SARONG RATNA DEWI, kita cuci-cuci mata dulu tengok kain Kimono Japanese Cotton. Cotton corak bunga-bungaan dengan warna2 yang sejuk mata memandang. Kain Kimono Japanese Cotton ni sangat berkualiti, pure cotton dan tebal sedikit daripada cotton biasa, tapi tetap sangat lembut, sejuk dan selesa dipakai. Bila buat baju elok je ‘terletak’ dan kurang kedut.  Semuanya ada 12 warna yang berbeza,so cepat-cepat cuci mata dan order, stok terhad.

Terbuka untuk jualan runcit. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960

Kod: KC1-KC12
Jenis: Kimono Japanese Cotton  
Ukuran : Bidang 45''(approximately)
Harga runcit : RM120 sepasang

IMG_8101IMG_8072IMG_8107
Pandangan penuh KC8

 

IMG_6590  IMG_6591  IMG_6593
             KC1                                KC2                               KC3

Thursday, October 20, 2011

BISNES KECIL-KECILAN BATIK SARONG SARAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Kebanyakan customer ummiross berniaga kecil-kecilan, menjual batik sarong Sarawak atau Ratna Dewi kepada rakan-rakan rapat atau rakan sepejabat. Walaupun kecil-kecilan, mereka mampu menjana pendapatan sendiri. Mereka telah memulakan langkah pertama, anda bila lagi?

To Rahamah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_6759DSC_0612IMG_0961[1]
Antara order dari Shah Alam..

Semakan order
Kod                 : RD94-2pcs,RD68,RD91,RD114,BS9,BS17,BS30,BS33,
                            BS35,BP7a
Total              : 11pcs
Pos                 : 19.10.2011
Treking no. :CD106126585MY

 

To Faridah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_6753IMG_6544

Semakan order
Kod                 : RD117,RD108
Total               : 2pcs
Pos                  : 19.10.2011
Treking no.  :RD843351156MY

Wednesday, October 19, 2011

BATIK SARONG SARAWAK, RATNA DEWI KE N9

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, Batik Sarung Sarawak dan Batik Sarung Ratna Dewi  belian borong dari Nilai ni telah selamat di pos beberapa hari lepas. Terlewat sikit buat N3, sebab ada beberapa order lagi yang perlu diurus. Siapa kata suri rumah tak sibuk kan, hehe sibuk dan buat-buat sibuk…jangan menyibuk sudahlah kan…

To Musalmah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_7234IMG_7237IMG_7238IMG_7239
Antara order dari Negeri Sembilan.

Semakan order
Kod                 : RD68-3pcs,RD3-1pc,RD93-1pc,RD63-1pc,RDT11-2pc,
                           RD112-2pcs,RD106-2pcs,RD117-3pcs,RD93-3pcs,RD107-1pc,
                           BS3-1pcs,BS4-1pc,BS5-2pc,BS47-2pcs.
Total               : 25pcs
Pos                  : 13.10.2011
Tracking no : cd106126608my.

Monday, October 17, 2011

KELAS, TETAMU DAN IKAN PEKASAM

بسم الله الرحمن الرحيم

Seperti biasa hari Sabtu kelas Science of The Quran tetap dihadiri . Antara yang dipelajari  minggu ni, mengenali Ayat Mutashabihat dan Ayat Muhkamat. Nak cerita pun panjang kan, banyak jugak yang dibincang hari tu, maklumlah minggu sebelumnya kelas ditangguhkan, so minggu ni kira silibus digabungkan sekali.

Ummi kongsi kesimpulan yang diberi oleh ustaz, moga-moga lepas ni kalau baca Al Quran, tidak sekadar membaca, sekurang-kurangnya dah ada pengetahuan untuk membezakan ayat-ayat tersebut.  Perkongsian yang sedikit, sedikit tidak mengapa kan, sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit…

Hence in the Quran those ‘ayat’ dealing with ‘halal’ and ‘haram’, punishment, inheritance, promise and threat etc belong to the Muhkamat,
while those concerning the attributes of Allah, the true nature of the resurrection, judgement and life after death etc belong to the Mutashabihat.

Dah dua kali weekend ummiross ada tetamu. Minggu lepas kawan MrHubby datang dari Semenanjung. Minggu ni pulak, anak saudara ummiross yang bekerja di Saratok datang berkursus di Kuching, sejak hari Khamis dan semalam baru pulang. Hujung minggu yang meriah tapi agak padat.

 

IMG_6213
Ikan apa ni? Ikan pekasam ni buah tangan anak saudara ummiross dari Saratok (lebihkurang 4 jam perjalanan ke Kuching).

 

IMG_6211
Setelah dimasak. Kalau nak diet, lauk ni tolak tepi ye. Jemputlah makan, ummiross dah sediakan nasi tambah..Open-mouthed smile

 

 

Wednesday, October 12, 2011

JAPANESE COTTON POLKADOT

Dah lama ummiross tak update stok kain cotton. Kali ni semuanya polkadot dari jenis Japanese cotton bermutu tinggi.  Ada hitam menawan, ada warna yang meriah2. Cotton polkadot ni banyak jenis, harga bergantung kepada material cotton tu sendiri. Yang ummiross publish ni memang berkualiti tinggi, kalau nak yang murah pun ada tapi tentu sekali kainnya tak sama. So kali ni tengok yang ni dululah. Ada 18 warna semuanya dari CT1-CT18.

Terbuka untuk jualan runcit. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960

Kod: CT1 dan CT2
Jenis:Japanese Cotton (viscose) 
Ukuran : Bidang 60''(approximately)
Harga runcit : RM99 sepasang (3.5m-belum berjahit)

 

  IMG_67831_thumb5IMG_6792_thumb6
                                      -CT1-

 

IMG_7228_thumb8IMG_7223_thumb9
                                         -CT2-

REZEKI DARI ALLAH

بسم الله الرحمن الرحيم

Anda pernah solat sunat Dhuha. Atau ia sudah menjadi amalan anda setiap hari?. Kalau belum, cubalah. Mulakan hari siang anda dengan sesuatu yang sangat di sukai Allah dan RasulNya. Hari anda menjadi lebih tenang, indah dan penuh barakah. Ia jugak membuka pintu rezeki.

'’Sesiapa yang menjaga (mengekali) sembahyang sunat Dhuha, nescaya diampunkan baginya dosa, sekalipun dosa-dosanya seperti buih di lautan”. (HR: Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Tuesday, October 11, 2011

BATIK SARUNG RATNA DEWI HITAM MENAWAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Mencari batik sarung atau batik sarong? Mencari pemborong batik sarung Ratna Dewi atau pemborong batik sarong Ratna Dewi? Hik!, pening kan, takpe janji akhirnya anda ketemu Salamborneo, dan anda boleh membuat belian borong atau pun belian runcit batik Sarawak, batik sarong Sarawak atau pun batik sarong Ratna Dewi. InsyaAllah anda tidak akan terkecewa, batik sarong Ratna Dewi kami sentiasa menampilkan bunga dan design terbaru di pasaran.

Dua-tiga hari ni ummiross sibuk menyemak stok, mengambil gambar dan menguruskan order pelanggan. Ada stok baru batik sarong Ratna Dewi, warna hitam menawan. Ada restock jugak, sebab warna hitam ni memang favourite. Hujung tahun ni banyak stok yang dah kehabisan dan kalau ada berbaki pun tak banyak lagi. So sapa-sapa yang berminat cepat2lah ye, order jangan tak order. Sila klik Read More untuk lihat semua design…..

IMG_6750IMG_6753IMG_6651
New arrival                         -RD117-out of stock  

Monday, October 10, 2011

MENABUNG 30 SEN AKHIRNYA KE MEKAH

Mereka insan istimewa. Mereka antara yang terpilih menjadi tetamu Allah. Bukan sedikit ranjau dan duri, tetapi mereka punya tekad. Walau susah, walau diuji, dihati terpahat cita-cita untuk menunaikan haji.

Terharu sungguh menonton rancangan ‘’Sampai Seru” di TV Al Hijrah malam semalam. Rancangan yang memaparkan jerit-perih hamba Allah yang sentiasa berusaha dan menyimpan hasrat untuk menunaikan rukun Islam kelima.

IMG_7164
En.Mail dari Simunjan, Sarawak:

Thursday, October 6, 2011

BELIAN BORONG BATIK SARUNG RATNA DEWI DAN BATIK SARUNG SARAWAK

بسم الله الرحمن الرحيم

Cuaca kat Kuching 2-3 hari ni agak tak menentu, kadang2 panas sangat, kadang2 hujan, walau tak lebat tapi berpanjangan. Hari ni mendung dari pagi. Perubahan cuaca kadang2 boleh mempengaruhi kesihatan. Mula2 MrHubby yang tak berapa sihat, sejak semalam ummi pulak terasa tak sedap badan. Dalam tak sihat, dapat jugak ummi menguruskan belian borong dari pelanggan. Pilihannya sungguh pelbagai, dari Batik Lepas, batik sarong atau batik sarung Ratna Dewi, batik sarong atau batik sarung Sarawak dan kain pasang corak etnik Orang Ulu, kod KPB, semuanya cantik2 menawan.

Untuk Batik Lepas pulak, beliau meminta ummi carikan padanannya sekali, kain kosong yang warna lembut menawan dan dari kain berkualiti. Semoga pilihan batik sarong dan kain pasang dari customer ummiross ni mendapat sambutan yang menggalakkan. Jom cuci-cuci mata tengok belian borong dari Putrajaya. Ummi nak berehat dulu…

To Jocinta;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_6670IMG_6673IMG_6667

IMG_6675IMG_6682IMG_6684

Saturday, October 1, 2011

BORONG BATIK SARUNG SARAWAK DAN BATIK SARUNG RATNA DEWI

بسم الله الرحمن الرحيم

Hari ini bermula dengan indah. Pagi-pagi sudah berada di IIC untuk menghadiri Kelas Science Of The Quran yang ditangguhkan semenjak puasa lalu. Sessi pertama, bermula dengan tafsir Surah Al-Lahab(Al-Masad), diikuti pengajian hadith, hari ni perbincangan tentang Hadith Maudhu’ atau hadith palsu. Ia pengisian rohani . Umpama pokok yang disiram, sejuk dan menenangkan.

Sejak Khamis dan Jumaat, sibuk dengan beberapa urusan termasuk menguruskan stok dan belian borong Batik Sarong Sarawak dan Batik Sarong Ratna Dewi. Alhamdulillah, semalam order dari Perak telah selamat di pos. Semoga selamat sampai dan dimurahkan rezeki…

To Laila;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

DSC_0228DSC_0241

DSC_0235DSC_0238

DSC_0232DSC_0233

DSC_0244DSC_0245

DSC_0247DSC_0262

Antara order dari Perak…

Semakan order
Kod      : RD1,RD3,RD23,RD27,RD38.RD43,RD62.RD67,RD72,RD92,RD95,RD33-3PCS,RD63-3PCS,RD68-3PCS,RD71-1PC,RD91-4PCS,RD92-4PCS ,RDT1-1, RDT3-1  - TOTAL =31 PCS
Kod BS:   ( 3, 12, 21, 22, 23, 24, 25, 26, 27,33, 34, 35, 36, 37, 43, 44, 45, 47, 48, 49, 50, 51)-TOTAL = 21PCS
Pos       : 2.10.2011
Tracking no  : CD106126545MY, CD106126568MY

Terima kasih jugak kepada rakan blogger puanbee, pilihan biru yang menawan.

To puanbee;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_5538_thumb6 
Semakan order
Kod                  : RDT9
Pos                  : 19.9.2011
Tracking no  :no treking RD843350694MY