Sunday, August 28, 2011

DENGAN INGATAN TULUS IKHLAS

Salam bertemu kembali buat seketika. Terima kasih pada rakan2 yang masih sudi singgah. Maaflah tak dapat berziarah seperti biasa, ummiross dah pulang ke kampung dan internet problem serta kesibukan menyebabkan ummiross tak dapat bersiaran seperti biasa. N3 ni ummiross guna iphone, tp line DG pun merangkak macam kura-kura.

Untuk makluman urusniaga di Salamborneo ditangguhkan buat seketika bermula dari 24.8.2011 - 5.9.2011. Urusniaga akan berjalan seperti biasa bermula 6.9.2011. Kepada yang menghantar email dan mesej, sila hubungi ummiross semula nanti, takut2 ummiross lupa untuk menghubungi anda kembali.

Dikesempatan ini, ummiross ingin mengucapkan:

SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI
MAAF ZAHIR BATIN

kepada semua sanak saudara dan handai taulan, rakan2 blogger yang semuanya baik2 yang ummiross kasihi, semua customer yang tak jemu2 menyokong bisnes Batik Sarawak dan memberikan ruang untuk bisnes ummiross terus berkembang maju. Semoga
anda semua diberkati dan dirahmati Allah, semoga Ramadhan dan Aidilfiri anda kali ini penuh barakah...Amin!

Tuesday, August 23, 2011

BATIK SARONG SARAWAK DAN RATNA DEWI-TILL WE MEET AGAIN

Alhamdulillah, rasanya setakat ni order yang ummiross dapat uruskan sebelum ummiross start bercuti. Kepada yang lain2, insyaAllah lepas raya nanti kita sambung berurusniaga. Ada beberapa customer baru yang ummiross tak sabar berurusniaga dengan mereka. Sementara tu ummiross harap kajilah market anda, cuba luaskan skop pasaran anda, jangan hadkan  pasaran anda kepada satu kelompok sahaja, dengan ini, bisnes yang ingin anda mulakan akan bertahan lebih lama, insyAllah…

To Farah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_6117IMG_6115
Antara order dari Penang..

Semakan order 
Kod                  : BS6-BS10:5pcs, RDT dan RD:33pcs.
Pos                  : 20.8.2011
Tracking no     : CD 106126228 MY

 

To Nurhidayah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_5656IMG_5645
Order dari Sabah..

Semakan order 
Kod                  : RDTS1
Pos                  : 18.8.2011
Tracking no     : LD13 364 952 0MY

Monday, August 22, 2011

BERBUKA PUASA DAN SOLAT DENGAN IMAM MEKAH

Hari Jumaat baru ni (19.8.2011), ummiross berpeluang mengikut Mr Hubby memenuhi undangan ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Imam Masjidil Haram, Imam Mustafa Fadal Rahman di The Regency, Rajah Court Hotel Kuching. Majlis turut meraikan Warga Tua daripada Rumah Sri Kenangan, Kuching.

Ketibaan Imam Mekah disambut dengan begitu hormat oleh tetamu jemputan. Terkesima jugaklah dapat melihat salah seorang Imam Mekah secara dekat, kebetulan mejanya bersebelahan meja kami.

IMG_6100 IMG_6104 - Copy
Menyambut ketibaan Imam Mustafa Fadal Rahman…

Majlis berbuka bermula dengan menjamah beberapa biji kurma, sedikit kuih-muih dan minuman. Kemudian kami ke dewan sembahyang yang disediakan oleh pihak hotel. Berbunga kesyukuran, solat maghrib kami kali ini diimamkan oleh Imam Mekah. Selepas solat maghrib,barulah kami menikmati hidangan utama. Selepas itu diikuti solat isya’ dan terawih. Keistimewaan Imam Mekah adalah bacaan surah dan doanya yang begitu menyentuh hati. Untuk kesekian kalinya, persis tak mau solat itu berakhir…

Ketika di Mekah, begitu sukar untuk melihat Imam Masjidil Haram secara dekat. Mereka dikawal  ketat setiap kali datang untuk mengimamkan solat. Pada jemaah, mereka lebih dikenali dengan suara dan lenggok bacaan mereka yang memang istimewa. Yang paling terkenal adalah Abdul Rahman Sudais. Tapi yang lain2 pun pasti tidak kurang hebatnya.

IMG_6107 
Kenangan terindah MrHubby…

Mendengar biodata Imam Mustafa Fadal Rahman, memang selayaknya beliau terpilih untuk menjadi Imam Masjidil Haram. Berkelayakan dalam pelbagai cabang ilmu agama, Al Quran dan Hadis.Beliau jugak mengajar bacaan Al Quran pada shift petang di Masjidil Haram. Beliau antara  insan istimewa yang dipilih oleh Allah SWT untuk menjadi Imam bagi berjuta manusia terutama ketika musim haji dan umrah.

Solat Maghrib, Isya’ dan Terawih ummiross dan MrHubby malam tu jugak menjadi begitu istimewa. Ianya sukar dilafazkan dengan kata2…

 

 

Thursday, August 18, 2011

KALAM ALLAH-TERIMA KASIH AYAH IBU.

Semalam ada negeri yang bercuti sempena Nuzul Quran. Terdapat percanggahan pendapat tentang tarikh sebenar, tapi itu bukan isu besar, yang penting kita mengamalkan ajaran yang terkandung didalamnya dan rajin membaca ayat-ayat suci Allah ini.

Entri hari ini adalah ‘tribute’ atau tanda terima kasih yang tak terhingga buat insan2 tersayang yang mengajarkan ummiross mengenali Kalam Allah. Moga kita jugak berupaya mendidik anak2 kita seperti mereka.

Arwah Atuk seorang guru agama yang sangat dihormatil di zamannya. Beliau mempunyai madrasah pengajian sendiri, surau yang terus bersambung ke ibu rumah. Mempunyai ramai anak murid dan di surau itulah segala aktiviti pengajian berlaku. Kata ibu, arwah sangat baik dan berhemah orangnya, lembut pulak tutur katanya.Orang dulu2 sangat menghormati guru mereka,   jika ada rezeki, mereka tidak makan dulu sehingga dijamah oleh gurunya. Kata ibu lagi, beberapa kali dalam seminggu wakil dari pihak Istana (di sebuah negeri) akan datang mengambil Atuk, untuk mengajar kerabat Di Raja di Istana.

Ketika kecil ummiross dan sepupu2 suka bermain2 dan berlari2 di Surau. Ada satu bilik yang bapa saudara ummiross tak pernah benarkan kami masuk. Tapi kerana ingin tahu, pernah jugak beberapa kali ummiross masuk. Rupanya di dalamnya penuh dengan kitab2 yang disusun kemas dalam kotak rotan. Patutlah tak dibenarkan masuk, takut kami merosakkan kitab2 tu. Akhirnya bila arwah Atuk tiada, kitab2 tu disedekahkan kepada Masjid berhampiran.

Ayah kepada Atuk, hee moyang ummiross lah tu, berbangsa Arab, pendakwah dan pedagang yang merantau dengan kapal dan akhirnya bernikah dengan wanita tempatan. Arwah Ayah ummiross mempunyai ciri2 Arab yang ketara. Sayang ummiross sipi2 pun takde, hik!

Oleh kerana membesar dalam persekitaran begitu, arwah Ayah ummiross amat menitik beratkan didikan agama. Sembahyang, puasa dan mengaji amat dipentingkan. Olehkerana didikannya, ummiross tak reti ponteng sembahyang dan puasa walaupun dari zaman budak2 lagi. Ketika sekolah rendah, ummiross dah mula tamat Quran, Bila naik sekolah menengah, Ibu dan arwah Ayah mengupah pulak seorang guru mengaji datang mengajar di rumah. Guru mengaji ni lah yang banyak mengajar ilmu tajwid kepada ummiross. Pernah beliau mencadangkan ummiross dan kakak pergi belajar mengaji berlagu dengan seorang bekas johan Tilawah Al Quran, kerana tertarik dengan kefasihan kami.

Tapi biasalah masa tu baru umur 13,14 tahun, mengaji kerana rutin  bukan dihati. Kadang2 tarik ‘muncung’ jugak bila guru mengaji datang lambat, sebabnya ummiross takut lewat ke sekolah dan ditahan guru disiplin di pintu pagar sekolah. Tapi bila masa berlalu, ummiross bersyukur sangat2 kerana telah dapat menguasai ilmu tajwid ketika usia muda lagi.

Ketika kecil ummiross suka mendengar arwah Ayah mengaji, surah kegemarannya surah Yassin. Seolah masih terdengar jelas suara arwah dari dalam biliknya. Ummiross sangat suka lenggok bacaannya, masih terngiang2. Arwah Ayah meninggal ketika mengerjakan haji bagi kali kedua, ketika melangkah kaki ke sejadah untuk menunaikan solat dan dikebumikan di Mekah. Sejak itu tidak pernah putus-putus ummiross sedekahkan pahala bacaan Quran untuknya, setiap kali selepas solat, kata ustaz sertakan dengan doa, semoga pahala sampai kepadanya. Terima kasih Ayah kerana meletakkan Al Quran di hati ini…

Rasanya ibu paling banyak menggalakkan kami membaca Quran. Berbanding dengan ayah, yang slow and steady, ibu lebih banyak ‘berkeroncong’, bila kami lalai dan lupa. Hari ini Ibu dah berumur 80 tahun lebih, tapi masih rajin mengaji. Lepas solat mengaji, duduk saja2 mengaji, kadang2 sampai terlelap dengan Al Quran di tangan, kadang2 lemah dan tak berdaya dik penyakit kencing manis dan darah tinggi, tapi masih berpuasa dan mengaji. Sungguh ini menjadi motivasi, harap ummiross pun dapat istiqomah begini…

Iman memang tak dapat diwarisi, tetapi didikan dan suasana kita membesar banyak mempengaruhi kehidupan kita kemudian hari. Kalau nak anak rajin sembahyang, kita pun kena rajin sembahyang, kalau nak anak rajin mengaji, kitalah contohnya. Suasana ketika membesar yang di isi dengan pengajian dan ilmu, besar kesannya di hati kita secara tak langsung.

Pesanan ini ummiross pahatkan kemas dihati, “Jangan tinggal solat, rajin2lah membaca Al Quran, fahami ajarannya. Orang yang menjaga solat, membaca dan memahami Al Quran, kebajikan dan kebaikan lain akan menyusul kemudiannya…”

Terima kasih arwah Atuk, arwah Ayah, arwah guru2 mengaji ummiross kerana mewujudkan kecintaan ini sejak lama dulu. Al Fatihah…

Terima kasih Ibu, kerana ‘keroncong2’ itu, daripada paksa menjadi suka dan cinta, CINTA KALAMULLAH.

Monday, August 15, 2011

MAJLIS KHATAM QURAN

Alhamdulillah, semalam telah selamat majlis khatam Al Quran bagi grup tadarrus yang ummiross sertai. Terima kasih tak terhingga kepada ustaz Haji Hashim Man, imam Majid At-Taqwa, Kg Gita, Kuching, kerana sudi memimpin majlis dan bacaan kami, dan atas doa yang amat menyentuh hati. Moga amal yang sedikit dari kami ini diterima Allah jua, moga diberi kekuatan oleh Allah SWT untuk terus membaca dan menghayati Al Quran, Amin..!.

IMG_6088
Menunggu majlis bermula…

IMG_6089 
Majlis bersurai, terima kasih ustaz..

IMG_6083
Cenderahati untuk semua yang menyertai taddrus,
dalamnya ada kurma dan gula2.

Syukur jugak kehadrat Ilahi kerana tadarrus kali ini menemukan ummiross dengan ramai rakan2 baru yang sangat2 meraikan dan baik hati. Moga ukhwah berkekalan wahai sahabat baru ku…

Friday, August 12, 2011

SONY GANTI PLAYSTATION KEPADA PELAJAR MALAYSIA YANG DIROMPAK.

Pelajar Malaysia, Ashraf Haziq yang menjadi mangsa rompakan semasa rusuhan di London mendapat perhatian media antarabangsa. Warganegara Britain turut merasa kesal dengan apa yang berlaku, perbuatan tidak beradab segelintir masyarakat, berpura2 untuk menolong tetapi sebaliknya merompak mangsa yang dalam kesakitan akibat kecederaan rahang selepas diserang perusuh. Harap Ashraf cepat sembuh, take care ye Ashraf.

Ramai yang bersimpati dengan Ashraf dan cuba membantu dengan cara masing2. Terbaru ummiross ada baca berita yang pihak Sony bercadang untuk menggantikan Playstation Portable dan games yang dicuri. Namco Bandai pulak mengumumkan akan memberi beberapa video games untuk Ashraf.

Ada jugak website yang membantu mengumpulkan sumbangan buat Ashraf seperti JustGiving. Setakat ni jumlah terkumpul sebanyak £11,229.23. Boleh jugak klik Let’s Do Something Nice For Ashraf Haziq (+Others), macam sumbangan yang dia orang nak bagi antaranya, gitar, basikal dll. Harap2 mereka ni serius dan tidak pula mengambil kesempatan.

Bila tengok Ashraf ni teringat anak2 ummiross yang sebaya dengannya. Jom kita dengar apa kata Ashraf dalam sidang akhbar. Klik SINI untuk berita sepenuhnya.

Sumber : Youtube n Channel 4 News

A true story from Ashraf, tapi maaflah ye, audio tak jelas…

Sumber: Youtube

Thursday, August 11, 2011

BATIK SARONG SARAWAK-ORDER DAN PENGHANTARAN

 Alhamdulillah, walaupun dah masuk bulan puasa pun masih ada order dari customer. Ummiross menjangkakan bulan puasa ni order kain berkurangan sebab banyak keperluan lain yang perlu di utamakan sempena Ramadhan dan Syawal yang bakal menjelang. Namun masih ada beberapa order yang menunggu untuk di pos, tunggu duit dibank in terlebih dahulu. Ada yang menunggu gaji masuk dulu, ummiross ok je, mana yang booking tu ummiross simpan, janji jangan lama2 sangat ye…

Untuk bulan puasa ni, penghantaran cuma akan dibuat pada hari Sabtu dan Isnin sahaja. Hari Sabtu dan Ahad ummiross akan uruskan order, hari2 lain ummiross ada jadual tersendiri di bulan puasa ni. So untuk memastikan kain dihantar pada Sabtu dan Isnin, pembayaran hendaklah dijelaskan selewat2nya pada hari Jumaat, sebelum 12 tengahari. Terima kasih kepada yang masih sudi berurusniaga dengan ummiross. Selamat menjalani ibadat puasa kepada customer, jugak kepada sahabat2 blogger semua.

To Zauyah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_5850

Semakan order 
Kod                  : BS48-5PCS
Pos                  : 9.8.2011
Tracking no     : CD 151305684 MY

To Kak Faridah;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_5955IMG_5662

Semakan order 
Kod                  : RDT94,RDT1
Pos                  : 6.8.2011
Tracking no     : LD13 304 046 4my

Wednesday, August 10, 2011

PERTEMUAN TERAKHIR

Dua hari lepas ummiross menerima berita sedih. Ayah kepada adik ipar ummiross telah dijemput menghadap Ilahi. Kami sekeluarga memanggilnya Abah. Berita pemergian Abah amat mengejutkan kerana dalam pengetahuan kami, Abah tiada masalah kesihatan yang serius. Ketika pulang ke kampung beberapa bulan lepas untuk menziarahi ibu, kami tidak berkesempatan bertemu Abah. Biasalah dalam perkiraan kita manusia biasa, insyaAllah akan bertemu jugak bila pulang beraya nanti. Namun, takdirnya kami tak akan bertemu Abah lagi…

Setiap kali bertemu saudara atau sahabat handai, kita mungkin tidak pernah terlintas bahawa itu mungkin pertemuan terakhir kita. Teringat suatu ketika dulu, ummiross dan Mr Hubby menghantar anak ke rumah rakannya N. Ketika memberhentikan kereta diseberang jalan, kami terpandang ayah N sedang membasuh kereta, sambil tersenyum kami saling mengangkat tangan sebagai tanda tegur menegur. Tidak pula Mr Hubby turun untuk bersalam memandangkan kami parking agak jauh di seberang jalan dan laluan agak sibuk ketika itu. Lagi pun, seperti biasa kita menganggap insyaAllah nanti akan ada masa untuk bertemu lagi. Tak lama selepas pulang ke Kuching, kami mendengar berita beliau telah pergi untuk selamanya. Tak akan ada pertemuan lagi selepas itu…

Ironinya setiap pertemuan mungkin merupakan salam perpisahan kita, tidak dia, kita. Mungkin selepas ini, kita patut menghargai setiap pertemuan lebih dari biasa.

Al Fatihah buat Abah dan ayah N….

Monday, August 8, 2011

BATIK RATNA GOLD PELBAGAI CORAK BARU

Dah dua tiga hari stok ni sampai tapi tak berkesempatan nak publish. Kali ni memang bermacam-macam design yang ada, nama pun macam2, tapi masih ummiross kategorikan dalam grup Ratna Dewi GOLD. Walaupun banyak design, tapi bagi setiap design hanya ada 4-5 helai sahaja. Ada 33 warna, sila klik Read more  kat bawah tu ye untuk melihat semuanya. Jadi kalau dah tergoda cepat2lah order, jangan sampai ‘terkeciwa…’

 

  -RD62- Pandangan penuh  - OUT OF STOCK                                                                   

DSC_0630IMG_5821IMG_5825

 

RD62                                       RD63                           RD64

IMG_5810IMG_5813IMG_5820

 

RD65                                       RD66                              RD67

IMG_5816IMG_5817IMG_5819

 

                                      -RD68-

IMG_5935IMG_5937

 

                               -RD69-

IMG_5940IMG_5941

 

                                    -RD70-

IMG_5942IMG_5945

 

                                 RD71

IMG_5946IMG_5947

Tuesday, August 2, 2011

RAMADHAN KALI INI

Salam sejahtera, salam bahagia di bulan yang mulia.


Nampaknya jadual kebanyakan kita mungkin berubah sedikit di bulan Ramadhan ni. Ummiross pun begitu, selalunya pagi2 ummiross peruntukkan satu hingga dua jam mengadap lappy, sambil menyiapkan kerja2 rumah. Tapi sejak Isnin baru ni, awal2 pagi ummiross dah keluar bersama rakan. Tahun ni ummiross ubah angin bertadarrus di masjid yang agak jauh dari rumah, so kenalah keluar awal pagi. Pukul 12 tengahari baru sampai rumah pulak. Walau jejak ummiross berkurangan di blog rakan2, anda semua tetap dihati.

Terawih pertama tahun ini mengundang sebak dan airmata. Bersulam bacaan Al Quran yang lemak merdu dari Imam, bagai meruntun jantung hati, berlinangan airmata kesyukuran kerana masih berpeluang menikmati Ramadhan kali ini. Apa yang ummiross sangat syukuri kerana Allah SWT memberi kesihatan yang baik setelah di uji dengan sedikit kesakitan baru2 ini. Betapa besarnya nikmat sihat, ketika kita hendak beramal ibadat. Murahnya airmata untuk membeli kesihatan yang rupanya begitu ‘mahal’. Tiap yang pernah sakit pasti akan memahaminya…

 

Monday, August 1, 2011

AHLAN WASAHLAN RAMADHAN AL MUBARAK

Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak ummiross ucapkan kepada muslimin dan muslimat.

Kepada rakan2 blogger dan fb,customer, sahabat handai dan saudara mara, ummiross mohon kemaafan jika ada salah dan silap, mari kita mulakan Ramadhan dengan bermaaf-maafan, moga puasa dan amal ibadah kita di terima Allah SWT.

SELAMAT ‘BERPESTA’ IBADAH