Friday, January 20, 2012

YEHAA..CUTI-CUTI MALAYSIA

بسم الله الرحمن الرحيم

Untuk makluman, ummiross akan bercuti mulai 21hb.Januari sehingga 5hb. Februari, 2012.  Serentak dengan itu, urusniga di Salam Borneo jugak akan ‘berehat’ seketika. Urusniaga akan berjalan seperti biasa bermula pada 6hb. Februari 2011. Jika ada sebarang pertanyaan atau order yang nak dibuat, sila tinggalkan email sahaja.

Sehingga bertemu lagi, salam sayang untuk semua… terutama kepada rakan-rakan yang selalu singgah di ‘teratak’ ummiross ini, ila liqa’Smile.

WARNA BARU

بسم الله الرحمن الرحيم

Nampaknya ini adalah order penutup  Batik Sarong Sarawak sebelum ummiross mula bercuti besok.  10 helai semuanya dan satu warna baru menggantikan kod BS10. Stok terbaru warna hijau gelap BS10 digantikan dengan warna hijau lumut.Pada pandangan mata ummi warna ni tersangatlah cantik. Buat sementara ummi letakkan kod BS10A untuk warna hijau lumut ni.

To Ida ;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_0056IMG_0058IMG_0063
Antara pilihan ida dari Banting, Selangor. Warna hijau lumut menggantikan hijau tua corak sama. Stok baru tiada lagi warna hijau tua kod BS10.

IMG_0969[7]IMG_0971[3]IMG_0952[1]
Tiga lagi corak etnik pilihan ida..

Semakan order
Kod          : BS(2,3,6,7,8,10,13,15,18,19)
Pos           :  18hb.Jan,2012
Treking   : CD169810076MY 

Thursday, January 19, 2012

KEPERCAYAAN

بسم الله الرحمن الرحيم

Mel adalah customer lama ummiross. Beliau jarang membuat order tapi setiap kali order, ordernya hampir mencecah RM5 000. Besar nilai ni pada ummiross dan tentu sekali besar jugak nilai ni pada Mel. Tapi memasukkan duit ke dalam akaun orang yang tidak pernah dikenali, tentu memerlukan ‘nilai’ yang jauh lebih besar, saling percaya mempercayai. Dan tentu ianya tidak terhasil dengan sendiri, ia hasil dari pengamatan dan pengalaman. Terima kasih Mel kerana mempercayai ummiross…

Ummiross doakan Mel terus maju dan dimurahkan rezeki, moga diberkati Allah selalu.

To Mel ;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9806IMG_9794IMG_9799IMG_9673DSC_0210bIMG_9693IMG_9600IMG_9621IMG_9615IMG_9625
IMG_9604IMG_9640IMG_9656IMG_9650IMG_9661
Sebahagian dari pilihan Mel, Shah Alam, kain pasang corak etnik Sarawak dan Nusantara.
Order Mel jugak termasuk jugak Batik Sarong Sarawak yang telah di pos pada hari Sabtu. Olehkerana kain-kain pasang ni agak memerlukan masa untuk menguruskannya, ia terpaksa di pos pada hari Isnin.

Semakan order
Kod          :  Pelbagai kod.
Pos           :  16hb.Jan,2012
Treking   :  CD169810028MY,CD169810093MY,CD169810045MY



 



BERCANDA DI TEPIAN PANTAI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam ceria semua..
Hari ni jom ikut ummiross jalan-jalan. Jalan-jalan sampai ‘tersidai’ (pinjam kara-kata khairul  dari gilamodified) dan tersadai…

Sabtu baru ni, ummiross singgah di perkampungan nelayan, Kampung Buntal, kira-kira 30km dari Kuching. Tujuan asalnya nak makan seafood je. Kat sini ada beberapa restoran seafood yang agak besar tapi kebanyakannya di miliki oleh kaum Cina. Tapi MrHubby tau satu kedai Melayu kat situ, jadi ke situlah destinasi kami.

Kami sampai masih agak awal, tukang masaknya belum sampai. Kata tuan punya kedai, isterinya ke pantai mencari kepah. Dia menawarkan diri untuk membawa kami ke pantai, katanya sekarang musim orang mencari Kepah, Goyang dan Ambal, bolehlah nak join sekali.

DSC_0496-tile A
Pantai yang landai…air surut meninggalkan rezeki di dataran pasir yang saujana mata memandang. Jumpa isteri pakcik tadi di pertengahan jalan, katanya tukang masak dah datang, dia nak balik ke kedai. Ditangannya dah ada satu plastik kecil berisi kepah. Kami terus tempah untuk makan tengahari nanti.Sambil sembang-sembang, sempat lagi makcik ni menguis pasir mencari kepah. Ummiross cuba jugak cari, tapi tak reti nak mengesan tempatnya, korek-korek tak dapat. Sudahnya, “Makcik,makcik..pinjam pisau, pinjam kepah sekali ye makcik”…janji posing.

Monday, January 16, 2012

TERSADAI

بسم الله الرحمن الرحيم

Memang hari Sabtu dan Ahad baru ni ummiross agak sibuk. Pagi-pagi lagi menguruskan penghantaran batik sarong Sarawak. Kedua-dua order dari customer lama ummiross, dua-duanya dari Shah Alam, satu belian runcit dan satu lagi belian borong.

Sebelah petang ada tetamu dari Semenanjung datang dan bermalam dirumah. Hari Ahad pulak kami sekeluarga ke Perkampungan Budaya dan ke Kampung Buntal, melihat aktiviti mencari kepah, goyang dan ambal. Malam semalam ummiross mengurus belian borong kain pasang Sarawak pulak sehingga lewat malam. Sudahnya hari ni ummiross ‘tersadai’ keletihan.

To Mel ;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9581IMG_9583
Order dari Mel, BS28 hingga BS100, sepatutnya 73 helai semuanya, tapi BS35 dah takde stok lagi, jadi 72 helai . Sila klik SINI untuk melihat pilihan Mel yang cantik-cantik belaka.

Semakan order
Kod          :  BS28-BS100
Pos           :  14hb.Jan,2012
Treking   :  CD169810062MY,CD106126832MY

To Safura;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_8634
Belian runcit dari regular customer ummiross dari Shah Alam.
Semakan order
Kod          : BS65-2pcs
Pos           :  14hb.Jan,2012
Treking   : RD954552409MY

Thursday, January 12, 2012

BELIAN BORONG KAIN PASANG SARAWAK BARU

بسم الله الرحمن الرحيم

Ada customer lama ummiros yang nak memborong kain pasang untuk jualan hari raya. Jadi ummiross siarkan jugak gambar2 ni untuk memudahkan beliau memilih, tak sempat nak ambik gambar di patung lagi.

Kain pasang yang bercorak alamiah dan berunsur etnik ni, adalah padanan kain bercorak dibahagian kaki dengan kain corak bunga penuh dengan motif bunga yang sama. Corak berkaki ni, cantik dijadikan baju dan dipadankan dengan corak penuh. Jadi anda boleh membeli 2m corak berkaki dan 2m corak penuh. Atau anda boleh membeli 4m terus dari mana2 corak yang anda suka. Tapi kalau anda  berbadan agak besar, bolehlah order mengikut ukuran yang biasa anda guna. Sesuai jugak untuk dibuat kemeja lelaki, terutamanya kain yang bercorak dibahagian kaki sahaja.

Jenis : Batik Sarawak-Kain pasang
Harga: RM79 sepasang-4m

IMG_9434b                         IMG_9436b
      Corak berkaki                                                Corak penuh

 

IMG_9415bIMG_9418bIMG_9416b
                                                      KPH5

 

IMG_9421bIMG_9419b
                                  KPH6


 

IMG_9424bIMG_9423bIMG_9671
         KPH7                                                             bahagian berkaki

 

IMG_9429cIMG_9430IMG_9644
       KPH8                                                                   bahagian berkaki

 

IMG_9641IMG_9630IMG_9635
              KPH9             corak penuh                      corak berkaki

Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960

WARNA MUNGKIN SEDIKIT BERBEZA DISEBABKAN KESAN PENCAHAYAAN

ALL OUT OF STOCK-updated 5.4.2012

BATIK SARAWAK DAN BLOGGER MISTERI

بسم الله الرحمن الرحيم

Alhamdulillah, ni merupakan order kali ke-4 dari rakan blogger yang cantik manis, NzA. Kali pertama, ordernya kain pasang kod KPB. Lepas tu batik sarong Sarawak pulak, bermula dengan 11 helai, order seterusnya 44 helai dan kali ni pulak 21 helai. Nampak gayanya ada bakat berniaga jugak NzA ni, semoga sentiasa murah rezeki. Pesanan ummiross pada NzA, jangan biarkan diri terus diselubungi MISTERI…. nusantara, hikhik!

To NzA;
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

IMG_9504IMG_9508IMG_9509IMG_9507
Antara order dari NzA, 21 helai semuanya..
Semakan order
Kod          : BS6,BS8,BS10,BS11,BA12,BS13,BS20,BS22,BS23,BS24,BS33,
                     BS34,BS35,BS36,BS37,BS53,BS68,BS69,BS73,BS24,BS23
Pos           :  11hb.Jan,2012
Treking   :  CD106127104MY

Wednesday, January 11, 2012

BATIK SARONG SARAWAK PADANAN BARU 1

بسم الله الرحمن الرحيم

Sejak minggu lepas ummiross sibuk dengan kerja-kerja belakang tabir,hehe belakang skrin. Kerja apalagi, ambil gambar kain-kain Batik Sarong Sarawak le, tapi kali ni atas permintaan ramai ummiross matching atau padankan sekali batik sarung tu dengan kain polos. Hari ni ummiross siarkan dua pasang dahulu, sebab gambar-gambar lain nak kena edit dulu, kadang2 nak kena crop jugak sebab banyak benar gangguan kat background gambar tu, maklumlah, ambik gambar pakai gantung2 je kat dinding.

Oklah, jom tengok padanan batik sarong yang cantik menawan ni. Kalau berkenan cepat2 order sebab tahun baru Cina nanti ummiross bercuti lama.

 

IMG_9523IMG_9522IMG_9537IMG_9535IMG_9533IMG_9538
Bagi peminat purple, bolehlah pilih yang ni. Purple gelap ni,warna sebenarnya tersangatlah cantik,kain pulak memang dari best quality.
Untuk kain polos tu, bagi yang berbadan besar, bolehlah request lebih dari 2m, ikut ukuran masing2.Harga sepasang RM65 (2m,2m).

IMG_9054IMG_9055IMG_9057IMG_9115
Batik sarong ni ada 4 lagi warna menawan, kalau ada yang berminat dengan warna-warna ini, bolehlah request untuk ummiross padankan dengan kain polos yang bersesuaian. Cantik kalau dipadanka dengan kain polos mengikut warna designnya samada biru,biru lembut, coklat lembut dan maroon. Sila klik link untuk kod kain2 ni.

 

IMG_9557IMG_9576IMG_9547bIMG_9563IMG_7874IMG_9548b
Yang ni pulak padanan kain polos krim dengan Batik Sarong Ratna Dewi.
Kain Ratna Dewi warna krim ni stoknya sangat terhad, siapa cepat dia dapat.Harga sepasang RM68 (2m,2m).

IMG_7893IMG_7917
Sesuai jugak dipadankan dengan batik Ratna Dewi ni, warna sama tapi corak berbeza. Sila klik  SINI untuk mengetahui kod kain2 ni.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong. Sesiapa yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau sms sahaja ke 016 878 4960.
Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.