Tuesday, February 26, 2013

KUARTERS KERAJAAN PUTRAJAYA AKHIRNYA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sejak dari hujung minggu lepas ummiross menyepi diri, tanpa entry. Dalam diam banyak urusan yang terpaksa diselesaikan, urusan bisnes dan juga urusan keluarga. Kepala ni pun dah dua hari berdenyut,nyut..nyut,,nyut, makan ubat, tahanlah sekejap. Takpelah kan sakit sikit-sikit, baru terasa nikmatnya sihat. Lagipun dah terlalu banyak nikmat yang Allah kurniakan, lalu jika diuji dengan sedikit kesakitan atau kerumitan atau kesusahan, pasti terasa malu untuk  berkeluh kesah. Moga Allah memberi kesembuhan yang cepat, kesihatan yang baik bukan sahaja untuk kelangsungan aktiviti harian, tapi juga untuk terus istiqomah dalam beramal ibadat.

Dalam sakit kepala, sempat juga ronda-ronda ke Putrajaya petang semalam. Bukan apa, bersemangat nak survey kuarters kerajaan yang ditawarkan kepada Mr Hubby. Nilah rumah yang ditawarkan untuk diduduki, lot tepi, luas kawasannya. Memang semasa baru berpindah kami ada memohon kuarters tapi semuanya dah penuh. Mungkin pada awal tahun begini, ada kakitangan yang berpindah dan sebagainya, jadi adalah kekosongan.

 

IMG_6439

Persekitaran yang hijau dan damai. Lokasi yang sangat dekat dengan tempat kerja Mr Hubby dan anak bujang sulung juga, anak bujang bongsu pun boleh je menggunakan kemudahan ERL transit di Putrajaya Sentral untuk ke pejabat. Tak jauh dari Masjid Putra yang indah. Sewa pun lebih murah dari rumah yang diduduki sekarang. Hmmm banyak yang positif….kami sedang mempertimbangkannya.

IMG_6441

 

Ni pula FM dari rakan blogger yang selalu dekat dihati. Terima kasih banyak-banyak NzA, atas ingatan, cantik FM dari Vietnam ni, sape2 yang berminat nak ke melancong ke Vietnam, bolehlah ‘godeh2’ blog NzA ye, banyak info tentang percutian di Vietnam, berdasarkan pengalaman percutiannya sendiri. To NzA, salam sayang sokmo dari ummi..!

IMG_6445

Ok..nanti kita sembang-sembang lagi ye. Wassalam.

Thursday, February 21, 2013

SENJAKALA SENJA KERA

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Semenjak dari kecil dah biasa dengar nama Bukit Malawati ni, sinonim dengan tempat melihat anak bulan. Selalu teruja bila diumum tarikh melihat anak bulan, maknanya dah nak puasa dan kemudian seronok pula untuk beraya. Dah tua-tua baru berkesempatan menjejak kaki ke sini. Haish!!, nostalgia betul, bila dah jejak kaki ke sini, tak sabar-sabar pula rasanya nak tunggu Ramadhan datang lagi (ps; tentu sekali nak berpuasa tak perlu tunggu Ramadhan, puasa sunat elok diamalkan, tapi keseronokan dan keistimewaan puasa Ramadhan pasti lebih terasa).

DSC_1152
Memang cantik view atas bukit ni, dah ramai yang tulis.

Jadi kita layan jelah aksi-aksi kera yang mesra di sana, dari lensa kamera ummiross yang tak seberapa…

DSC_1076
Hehe..kebetulan, sidia ni menyambut kedatangan kami.

 

DSC_1058
Monung je jang!

 

DSC_1122
Ahaks!, cari kutu ke bang?


DSC_1103
Heroin: “Majuk ni, cepatlah pujuk.” Hero: “Ada aku kesah!”.

 

KASIH SAYANG.

Kasih ibu kera, kasih bapa kera, kasih anak kera, touching kan…

DSC_1106DSC_1102DSC_1134DSC_1130DSC_1140

DSC_1146
Ala tomei-tomei...!

 

SENJA KERA

DSC_1052abDSC_1066DSC_1051
Hohooo…takmo, takmo..takmo jadi macam senja kera, melangup dan berlalu lagi satu hari dengan sia-sia. Kami tinggalkan Bukit Malawati ketika senja mula bertandang. Alhamdulillah sempat solat maghrib di Masjid Jamek Sultan Ibrahim Kuala Selangor yang tersergam indah. Melancong..melancong jugak, jangan sampai melencong.

InsyaAllah, nama Bukit Malawati akan kedengaran lagi menjelang Ramadhan nanti. Moga panjang umur kita semua….aamiin!.

Tuesday, February 19, 2013

SEMUANYA CANTIK LUV IT

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

NzA :“Bungkusan dah sampai….Semuanya cantik2!”.
Nurbestari : “Brg dh terima, luv it... Tq”.
Ayu Azlida : “ …kain dah sampai, ingat nak order lagi kain tu..”

Beginilah  antara respon positif yang biasa ummiross terima, cumanya ummiross jarang berkongsi di entry. Alhamdulillah, seronok rasanya bila pelanggan berpuashati dengan kain sarong dan batik Sarawak yang di beli. Malah ada yang repeat order berkali-kali. Terima kasih semua ye, ummiross hargai sokongan anda. Moga Allah sentiasa memberkati kita semua.

Kepada semua customer yang ummiross kasihi…
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

Ruzalina-Kelantan
Kod: KPH-3 pasang
Pos : 18hb.Feb,2013
Treking :ED370769218MY

Nor Anitah-Selangor
Kod: BS-11pcs
Pos : 15hb.Feb,2013
Treking :CD190071204MY

Ayu Azlida-Selangor
Kod: KPH- 1pasang, Primisima-1pcs
Pos : 15hb.Feb,2013
Treking :EM380869119MY

Alexander-Kota Kinabalu
Kod: KPH-6 pasang
Pos : 6hb.Feb,2013
Treking :CD192016585MY

Nurbestari-Pahang
Kod: KPH-2 pasang
Pos : 5hb.Feb,2013
Treking :EM370765304MY

Thursday, February 14, 2013

SEMANGAT STRAWBERRY

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Apakhabar semua, mesti seronok bercuti kan, kalau tak ke mana-mana, santai-santai dirumah pun ok juga. Ummiross n family pula memilih untuk bercuti ke Cameron Highland. Dah lama sangat tak ke sana, yang terakhir ketika ummiross menghadiri sessi persediaan bagi Kursus Keusahawanan Untuk Kakitangan Awam yang ingin bersara awal anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dengan kerjasama Kementerian Pendidikan dan lain2 jabatan kerajaan. Kursus persedian dan suai kenal ni berjalan selama seminggu di CH dan kemudian untuk tempoh lebih kurang 2 bulan lagi dijalankan disalah sebuah hotel di Kelang.

Jadinya CH sangat terkesan dihati bukan hanya kerana tempatnya cantik dan nyaman tapi disinilah permulaan ummiross dan rakan2 dari pelbagai jabatan diperkenal dengan dunia perniagaan. Selain dari latihan fizikal, kami juga perlu melalui beberapa aktiviti dan ujian bertulis. Ada ujian bertujuan untuk mengukur sejauh mana sikap atau ciri-ciri keusahawan yang sedia wujud dalam diri seseorang, Lagi banyak skor yang diperolehi, makin tinggilah ciri-ciri keusahawanan dan makin tinggilah kebarangkalian untuk berjaya bila menceburkan diri dalam dunia perniagaan. Sebab tulah agaknya, ada orang yang kelulusannya biasa2 je atau tiada background bisnes pun, tapi masih mampu menjadi usahawan berjaya.

Bila diuji, ada yang mendapat markah yang tinggi, ada yang mendapat markah dibawah 50, yang dikira sebagai sangat rendah untuk menghadapi selok belok dunia perniagaan. Minat sahaja tidak mencukupi, tapi jika dilatih dan ingin belajar, tak mustahil sesiapa pun boleh berjaya, itulah kata2 semangat dari fasilitator kami. Tak sangka juga skor ummiross 80++, hehe..mungkin menyerap semangat dari Strawberry yang merah menyala.

DSC_1298New York Cheese Cake. Dah lama tak buat cheese cake, balik dari CH baru ni, bersemangat pula nak buat kek. Kek takde kena-mengena dengan perisa strawberry, tapi strwaberry yang merah menyala tu menjadi inspirasi..
DSC_1314

 

DSC_1292
Makan2 sambil mengimbau kenangan. Limau  dan strawberry yang dibeli di CH, limau tu sangat manis, strawberry..terpaksa ‘dimaniskan’ dengan coklat, baru ummphh!!!.

 

DSC_1252

DSC_1261
Bharat Tea Plantations. CH tetap cantik dan sejuk mata memandang, tapi rasanya dah tak sesejuk dulu. Best juga menikmati teh panas dan scones di Bharat tea shop, sambil menikamati pemandangan lembah teh yang menghijau serta dihembus angin sepoi2 bahasa…

 

DSC_1234

DSC_1235
Ramainya memilih CH sebagai destinasi percutian, jalan jammed, strawberry pun dah tak banyak untuk dipetik.

 

IMG_6328
Aiskrim strawberry yang sedap, di Taman Agro Al-Mashoor, Kampung Taman Sedia, Cameron Highland.

DSC_1230
Cantik tersusun, teringin juga nak buat macam ni, tapi tak mau pohon berduri…

 

DSC_1227

 

DSC_1226
Tergoda..pokok-pokok cenonit ni yang jadi pilihan, tak taulah selama mana mampu bertahan, ummiross kalau bab bercucuk tanam ni bukan komited sangat, risau juga sebab selalu je berjalan ke sana-sini , nanti pokok2 mati kekeringan.

Nanti kita cerita-cerita lagi ye..wassalam.

Thursday, February 7, 2013

SELAMAT PAGI CIKGU

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

SK BAWANG TIAN, MATU SARAWAK.

“Terima kasih banyak2 untuk perkhidmatan yang bagus. InsyaAllah kalau ada lagi yang berkenan, kita jumpa lagilah ye’, mesej yang menyejukkan hati dari salah seorang customer ummiross. Bukan kerana puji-pujian tetapi yang lebih penting perasaan seronok berurusan dengan cikgu Mas yang tak banyak kerenah.

Ada kisah di sebalik mesej yang dihantar. Kain-kain diorder oleh cikgu Mas, untuk uniform guru-guru di sekolahnya, sekolah pula terletak agak jauh dari Kuching. Oleh kerana kainnya dalam kuantiti yang banyak, kalau menggunakan pos, tentulah kosnya agak tinggi. Cikgu Mas minta kerjasama agar dapat dihantar dengan bas.

Oleh kerana tak pernah menggunakan bas untuk penghantaran batik Sarawak, ummiross pun risau juga, nilai kain pun ribu-riban, kalau hilang, boleh ‘termonung den’ 2-3 hari. Tapi demi pelanggan, ummiross usahakan juga, minta tolong seseorang hantarkan ke terminal bas dan tawakkal, moga Allah permudahkan, semoga barang selamat sampai. Alhamdulillah, menjelang maghrib, cikgu Mas memaklumkan kain dah sampai, baru lega rasanya. Salam sayang buat semua warga SK Bawang Tian, Matu, Sarawak. Anda jauh tapi dekat dihati.


SK PUSAT LAWAS, SARAWAK

Penghargaan juga buat cikgu Yatie, yang menguruskan order Kain Pasang Sarawak aka Batik Sarawak untuk uniform guru-guru sekolahnya di Lawas. Kain dah selamat dipos semalam, semoga selamat sampai. Terima kasih kepada warga SK Pusat Lawas, semoga segak bergaya dengan batik Sarawak dari Salamborneo.

Rakan blogger kesayangan ummiross, NzA pun kembali memborong Batik Sarong Sarawak, walaupun telah shopping sampai lebam di Vietnam baru-baru ni.  SK Parit Kasan, Johor antara sekolah yang terawal menggunakan Batik Sarong Sarawak sebagai uniform untuk staf mereka. Terima kasih banyak2 ye NzA & warga SK Parit Kasan, sayang sokmo…mmmuahh!!!

Perkenalkan lagi sorang regular customer ummiross,Cikgu Nor Anitah. Sangat cool orangnya, sangat mudah berurusan dengannya, kadang-kadang ummiross pulak menjadi serba-salah. Hehe..thank you Nor for being very supportive. Apa khabar semua warga SMK Bagan Terap?, semoga ceria sokmo.

Kepada semua customer yang ummiross kasihi…
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

Norhayati(Lawas)
Kod: KPH-227m
Pos : 6hb.Feb,2013
Treking :CD192016568MY

Norhayati(Lawas)
Kod: RD-8pcs
Pos : 6hb.Feb,2013
Treking :CD191622107MY

NzA(Johor)
Kod: BS-17pcs
Pos : 5hb.Feb,2013
Treking :CD192016537MY

NzA
Kod: BS-5pcs
Pos : 5hb.Feb,2013
Treking :CD191696453MY

Zainaf(Shah Alam)
Kod: KPH-2psg, RD-2pcs
Pos : 5hb.Feb,2013
Treking :CD191694347MY

Zainaf
Kod: KPH-8psg, BS-8pcs
Pos : 4hb.Feb,2013
Treking :CD190071371MY

Nor Anitah(Selangor)
Kod: KPH-32.5m
Pos : 4hb.Feb,2013
Treking :CD190071411MY

Nor Anitah
Kod: KPH-32.5m
Pos : 4hb.Feb,2013
Treking :CD190071411MY

Wahida(Port Dickson)
Kod: KPH- 2 pasang
Pos : 4hb.Feb,2013
Treking :EM380861044MY

Mas(SK Bawang Tian, Matu)
Kod: KPH-169.5m
Pos : 2hb.Feb,2013
Treking: Penghantaran by bus.

Wednesday, February 6, 2013

CENDOL BAKAR KUALA SELANGOR

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Cendol yang di bakar, cendol kepunyaan En. Bakar atau gula Melaka yang dibakar?. Tentu yang menarik perhatian cendol bakar ni pada perkataan ‘bakar’nya tu. Begitulah ‘branding’ memainkan peranan penting. Ia boleh menarik ramai orang.

IMG_6229-tile
Kereta berderet menunggu giliran masuk, ada RELA yang bertugas mengawal lalu lintas lagi. Drive through nya mengalahkan KFC..hebat juga orang Melayu berniaga kalau kena caranya. Perniagaan yang nampaknya kecil, tapi pulangannya ummiross percaya tentu besar.

Friday, February 1, 2013

TEMUDUGA DAN TAWARAN JAWATAN DARI PETRONAS

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Sekadar berkongsi kegembiraan. Ia juga catatan kenangan untuk kami sekeluarga. Beberapa hari lepas ada perkhabaran gembira buat kami. Alhamdullilah, Alhamdullilah, Alhamdullilah anak bujang bongsu ummiross telah mendapat tawaran bekerja dari Petronas.

Dan kegembiraan kami juga berganda sebab tempat bekerjanya nanti juga di Kuala Lumpur. Jadinya dapatlah ‘si adik’ ni tinggal bersama kami lagi, lengkaplah sekeluarga di KL ni. Bukannya apa, masa anak2 meningkat remaja, kami suami isteri berada di Sarawak, sedangkan anak2 belajar di Semenanjung. Dah tinggal jauh2, jaranglah kami dapat meluangkan masa bersama, nak selalu pergi balik kenalah naik ‘belon’, kosnya pun bukan murah. Kena banyak sabar walaupun selalu rindukan anak-anak. Jarak yang jauh pun satu ujian juga kan. Akhirnya dapat juga kami sekeluarga tinggal sebumbung kembali, sekurang2nya untuk beberapa ketika sebelum anak2 memulakan hidup berkeluarga. Begitulah Allah menggantikan sedikit ujian dengan kegembiraan kan..Alhamdulillah.

Nampaknya selesai sudah musim ‘bertanam anggur’ yang tidak berbuah. Alhamdulillah, tidaklah lama sangat menunggu untuk dipanggil bekerja, lebihkurang 2 bulan setengah setelah konvokesyennya pada penghujung bulan Oktober tahun lepas, entrynya di SINI. Sebagai penerima biasiswa Petronas, memang kena tunggu dalam tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan untuk ditawarkan dengan jawatan yang sesuai jika ada kekosongan, itupun kena lulus temuduga dulu semasa nak tamat pengajian. Sekiranya dalam tempoh 6 bulan tiada  tawaran, baru dibenarkan apply kerja dengan syarikat lain, tapi biasiswa tajaan tu kenalah dibayar balik. Jadi bila dapat tawaran ni syukur sangat, tak payahlah nak bayar balik biasiswa tu.

Ummiross cerita sedikit pasal temuduga ni ye, sebagai panduan adik2 yang masih belajar, sebabnya selepas entry konvokesyen tu, ada yang sms bertanya ummiross pasal scholar Petronas ni.Dalam kes anak ummiross ni, beliau dipanggil interview untuk kali kedua (interview kali pertama tu kira  semua wajib) setelah di shortlisted, dalam 8 orang gitu. Masa interview ni Mr hubby cuti , ummiross pun ikut sekali. Masa dia interview tu, kami suami isteri duk lepak2 kat KLCC, makan2 dulu.

Dalam beberapa minggu,dia diberitahu terpilih untuk jawatan tu tapi kena buat pemeriksaan kesihatan dulu kat Prince Court Medical Centre. Hari Selasa pihak Petronas telefon, offer letter untuk jawatan tu dah dikeluarkan, kena datang ambik kat Petronas Twin Tower KLCC. Jadi hari Rabu baru ni kami ke KLCC lagi, Alhamdulillah, bila dah dapat surat tu baru lega rasanya.

Interview kali kedua ni tak lama sangat berbanding interview pertama. Masa interview pertama tu, kami pergi pagi, sebab kena lapur diri dulu,interviewnya sebelah petang. Lama jugalah kami suami isteri menunggu, dah puas cuci mata kat KLCC,kami ke Masjid As Syakirin, sempat solat zohor berjemaah di Masjid As Syakirin, sempat juga solat hajat dan berdoa agar Allah permudahkan anak kami menghadapi sessi interview dan seterusnya menganugerahkan yang terbaik untuknya. Rezeki Allah yang tentukan kan.., jadi kenalah banyak2 berdoa.

Oklah panjang pulak ummiross membebel. Jom luangkan sedikit masa tengok video ni. Video ni dibuat untuk salah satu assigment subjek tahun akhir,  hasil kerja anak bujang bongsu dan rakan-rakannya, dirakam menggunakan iphone 4s anak umiross tu. Anak ummiross tak berlakon, kerja2 belakang tabir je.Katanya lecturer pun suka video ni. The do's and don'ts during an interview, gelak2 juga, tapi boleh jadi panduan juga sedikit sebanyak buat adik2 diluar sana ketika menghadapi temuduga nanti.