بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Selepas sarapan pagi, kami terus check out dari hotel penginapan. Oleh kerana pada sebelah malam nanti kami akan bertolak ke Capadoccia, jadi hari ini kami harus bermula awal agar dapat ke beberapa tempat lagi di Istanbul. Kami tinggalkan luggage di local travel agent yang menguruskan perjalanan kami ke Capadoccia, barulah senang nak berlenggang-lenggok ke sana ke mari nanti.
Itinari hari agak santai, yeayyy!!!!..shopping time my dear...
GRAND BAZAAR
The Grand Bazaar in Istanbul is one of the largest and oldest covered markets in the world, with 61 covered streets and over 3,000 shops which attract between 250,000 and 400,000 visitors daily-Wikipedia.
Kami menaiki tram ke Grand Bazaar. Suasana masih agak lengang namun para peniaga nampaknya begitu teruja dengan kedatangan kami, atau kami yang begitu teruja melihat pelbagai barangan yang ada.
Jalan-jalan cuci mata tapi tidak cuci poket. Memikirkan perjalanan kami yang masih panjang, kami tidak membeli banyak barang. Tak larat nak membawa banyak barang ke sana-ke mari. Sepulang dari Venice nanti, kami akan terbang ke Istabul kembali, mungkin masa tu bolehlah nak membeli-belah sakan, hari ni kita ‘aim’ dulu mana-mana yang patut.
Ke Old Bazar juga.
YENI CAMII
The Yeni Cami, meaning New Mosque; originally named the Valide Sultan Mosque (Turkish: Valide Sultan Camii) and later New Valide Sultan Mosque (Turkish: Yeni Valide Sultan Camii) after its partial reconstruction and completion between 1660 and 1665; is an Ottoman imperial mosque located in the Eminönü quarter of Istanbul, Turkey. It is situated on the Golden Horn, at the southern end of the Galata Bridge, and is one of the famous architectural landmarks of Istanbul-Wikipedia
Naik tram ke Eminonu pulak. Kali ni singgah kat New Mosque pulak.
Penat juga menjelajah Grand Bazaar sebelum ni. Kami berehat seketika di dalam masjid sambil mengambil peluang menunaikan solat sunat Dhuha dan membaca Al Quran buat seketika.
SPICE BAZAAR.
The Spice Bazaar in Istanbul, Turkey is one of the largest bazaars in the city. Located in the Eminönü quarter of the Fatih district, it is the second largest covered shopping complex after the Grand Bazaar-Wikipedia.
Spice Bazaar ni dekat je dengan New Mosque ni.
Inilah bazaar yang ummiross paling suka, lebih suka berbanding Grand Bazaar.
Turkish Delights
Rempah-ratus dan pelbagai jenis teh…
Ummiross memang teruja sangat kat Spice Bazaar ni, semua rempah nak beli.
Pelbagai jenis kacang..
All about cheese..
Mr Cheese yang murah dengan senyuman…rasa nak angkut semua cheese tuu.
Mr Cheese yang macho bergaya. Hah..tengok pisau kat tangan tu, nak beli ke tak nak beli, jangan main-main!!
Nak sucuk, nak ikan pun ada..
KADIKOY
Kadikoy, a former Greek colony, is one of the oldest settlements in Istanbul. Although not much remains of its past, Kadikoy provides a glimpse into the “real” Istanbul of today. Home to more than half a million inhabitants, this jewel on the Asian side of Istanbul somehow still manages to be both lively and laid back at the same time-Mr Google.
Dah letih berjalan, nak cari makan pula. Kami menaiki Galata Bridge menuju ke Karakoy, nak makan seafood lagi.
Dari sini kami dah rancang untuk menjejakkan kaki ke bahagian Asia Istanbul. Selepas acara makan-makan dan makan angin kat Karakoy, kami menaiki feri dari Karakoy ke Kadikoy.
Dah sampai di pelabuhan Kadikoy. Bolehlah pekena secawan cay dulu jika mahu, pemandangan dari cafe ni cantik.
Yang penting cari tempat-tempat untuk posing..
Kadikoy Ataturk Statue..
Seperti biasa, bunga tulip dimana-mana..
Street’s Life..
Waa Mr hubby suka ni, walaupun tak faham tapi masih tetap terhibur..
Posing yang ceria dari Turkish Boy..dipijak je alat muzik mereka tu untuk posing.
Simit ni pun ada di mana-mana.
Next entry- ke Capadoccia.
KEMBARA TURKI – ISTANBUL DAY 1
KEMBARA TURKI -ISTANBUL DAY 2
KEMBARA TURKI-ISTANBUL DAY 3