Tuesday, May 6, 2014

KEMBARA TURKI-ISTANBUL DAY 2

بســــــــم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

ISTANBUL (1.4.2014)

Sarapan pagi di hotel. Inilah tipikal breakfast hampir di setiap hotel yang kami menginap. Roti, beberapa jenis cheese, jam, telur rebus, yogurt, salad dan pemanis mulut seperti kek atau biskut

Ini pilihan ummiross, sekeping roti yang lembut didalam dan rangup sangat diluar, 2 potongan kecil simit(roti yang ada bijan tu) dimakan dengan cheese dan jem, sebiji telur rebus, dan semangkuk kecil yogurt dimakan dengan madu. Haha..kuat makan kan. Kenalah makan banyak sikit, hari ni nak ronda-ronda banyak tempat, nak menyeberang jambatan dan meredah lautan.

 IMG_0629

 

Selepas sarapan, kami menaiki tram ke Eminonu. Sampai di Eminonu kami menyeberang jalan menuju ke Selat Bosphorus dan terus ke kaunter untuk membeli tiket untuk Bosphorus Cruise..

Ada banyak agen yang menawarkan khidmat Bosphorus cruise ni, tapi berdasarkan beberapa info, kami memilih syarikat Sehir Hatlari untuk Bosphorus short cruise selama 2 jam dengan bayaran hanya 10 Lira seorang.

DSC_0002_Fotor_Fotor 

 

GALATA BRIDGE & KARAKOY

Oleh kerana ‘short cruise’ akan bermula pada pukul 1 tengahari, maka kami mengambil keputusan untuk jalan-jalan ke melawat Galata Tower terlebih dahulu. Kami memilih untuk berjalan kaki sahaja melalui Galata Bridge ke Karakoy

Bila melihat pemandangan atas jambatan ni, teringat rakan blogger MOH KEMBARA yang selalu berkongsi gambar dari Turki. Terima kasih juga kat Kak Halima atas tips yang dikongsi sebelum kami bertolak ke Istanbul.

DSC_0040_Fotor
Kaki pancing diatas Galata Bridge. Banyak juga ikan mereka dapat tu. Dari jauh dah kelihatan Galata Tower.

Pemandangan Selat Bosphorus dengan laut membiru memang cukup mengujakan untuk diabadikan dari atas Galata Bridge.

DSC_0037_Fotor
Pemandangan  daratan sebelah Eminonu dari atas Galata Bridge.

 

DSC_0042_Fotor
Pemandangan Karakoy dari atas Galata Bridge.

 

Setiba di Karakoy, kami menyusuri lorong untuk sampai ke Galata Tower. Jalan kat sini, macam mendaki bukit, tapi memang seronok sambil melihat suasana. Ada banyak kedai-kedai souvenir sepanjang kiri-kanan jalan, memang meriah.DSC_0108_Fotor

 

KAMONDO STAIRS

Camondo Stairs atau Kamondo Merdivenleri dalam bahasa Turki yang kami lalui sebelum sampai ke Galata Tower. Ia dikatakan istimewa  kerana mempunyai struktur binaan hexagonal yang unik. Kalau nak tau lebih lanjut, klik je link tu ye,hihi..malas pula cerita panjang-panjang.

DSC_0073_Fotor DSC_0071_Fotor

 

GALATA TOWER(GALATA KULESI)

Galata Tower ni pada awalnya adalah ’Tower of Christ’, dibina pada tahun 1348. Pada tahun 1717 telah digunakan sepenuhnya oleh Empayar Ottoman pula

DSC_0106_FotorDSC_0105_Fotor

 

Terletak di ‘Old Pera district’(Beyoglu) dan dibuka setiap hari untuk lawatan, dari jam 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran dikenakan jika ingin naik ke ‘observation deck’. Kalau setakat nak posing kat bawah tu percuma je. Kalau tak silap ada sembilan tingkat, mula-mula boleh naik lif tapi 2 tingkat teratas tu kena naik tangga, tangga macam kat dalam gambar ni, jenuh juga memanjat!

DSC_0094_Fotor

 

Kat atas ni ada restoran. Dari restoran ni ada pintu-pintu keluar  ke ‘observation deck’.DSC_0091_Fotor

 

Dari ketinggian 66.9 meter (219 ft), sebahagian besar panorama Istanbul dan Selat Bosphorus dapat dilihat dengan jelas dari tower ini.Ummiross gayat!!, keluar kejap je, rasa nak merangkak masuk ke dalam restoran balik, :(.

DSC_0082_Fotor DSC_0089_Fotor

 

Turun dari Galata Tower, kami mengambil peluang melihat suasana sekitar, menyelusuri lorong tanpa sebarang kekangan waktu. Bila teringat saat begini memang terasa best sangat pergi sendiri, boleh santai-santai  dan tidak terikat dengan jadual.

Cuba nenas Turki pula, manis!

DSC_0107_Fotor

 

Jus delima, diekstrak dari buah yang segar, sedap dan berkhasiat!. Mr hubby memang peminat buah delima, mana-mana jumpa ni mesti nak beli.

 DSC_0066 DSC_0067

 

Di sebelah Karakoy ni memang terkenal dengan seafood. Harganya sangat berpatutan. Ada banyak kedai makan yang menawarkan menu berasakan seafood di sepanjang pelabuhan Karakoy ni. Kita boleh juga memilih ikan segar dan minta dimasakkan, menunya simple je, tapi sedap.

DSC_0056

 

‘Balik Ekmek’. Sedaplah, ikannya sangat segar dan terasa manis aslinya.

DSC_0058 DSC_0059 DSC_0064DSC_0063

 

Lepas makan, ambil gambar dulu. Ni pemandangan Eminonu di zoom dari Karakoy. Seronok pula memerhatikan burung-burung yang banyak berterbangan.

DSC_0054_Fotor

DSC_0119_Fotor  

DSC_0121_Fotor

 

Model tak berbayar..hehe.DSC_0128DSC_0129

 

Selepas makan kami kembali semula ke Eminonu. Cruise tour kami pun dah nak bertolak, kira sedang eloklah kami tiba. 

Istanbul hanya satu-satunya bandar di dunia yang terletak diantara dua benua iaitu benua Eropah dan benua Asia yang dipisahkan oleh Selat Bosphorus. Percutian yang singkat tentu tidak memungkinkan kita menjelajah semua tempat. tetapi dengan menyertai Bosphorus cruise ni memungkinkan kita untuk melihat kedua-dua  bahagian Istanbul secara menyeluruh walaupun tidak terperinci..

DSC_0160_Fotor

 

Bila laut dan darat bergabung dalam satu pandangan mata, hasilnya tentulah cantik kan. Ianya sukar diucapkan dengan kata-kata. Tetapi apakan daya, ia juga  tidak terakam dengan bagus oleh lensa kamera kerana bila ferryboat makin jauh ke tengah, jaraknya makin jauh dari daratan. Mana-mana yang dapat di zoom tu, adalah sekeping dua gambar.

Jadi kami mengambil keputusan untuk menikmati keindahan selat Bosphorus dan pemandangan diantara dua benua dengan lebih santai. Keindahannya tidak terakam dengan kamera tetapi terakam indah diminda.

DSC_0136_Fotor

DSC_0148_Fotor 

 DSC_0202_Fotor

 

Selesai Bosphorus cruise, kami singgah makan di restoran di bawah Galata Bridge. Terdapat banyak restoran yang menyajikan menu seafood terutamanya pelbagai jenis ikan. Harga kat sini memang mahal berbanding di Karakoy tadi, tapi sekali-sekala apa salahnya. Sekurang-kurangnya merasa juga makan ditempat yang selalu diperkatakan bila kami membaca review tentang Turki.

Kali pertama merasa ikan Hamsi. Selalu baca kat blog Kak Halima, bila tengok menu ikan ni, terus je order. Kalau kat Terengganu ikan celup tepung ni. tapi ikan ni kecik2 je,rangup diluar, lembut didalam, sedap!. Bilalah dapat makan lagi ni ye…

IMG_0618 IMG_0619 IMG_0620 IMG_0621

Selesai makan kami pulang ke hotel. Selepas menunaikan solat jamak, kami berehat panjang.

Malam baru kami keluar balik. Makanan kat Turki ni sedap-sedap semuanya, tu yang bersemangat je nak makan.  Hehe..kuat makan kan ummiross, bukan apa, bila cuaca sejuk ni, cepat pula laparnya.

Lamahcun…

20140331_212228_Fotor20140331_211733_Fotor 

Yang ini ingat..Kunafe. Olala rasanya sedap juga, tapi mak aiii, manisnya!.

 20140331_214141_Fotor

Wassalam.

KEMBARA TURKI- ISTANBUL DAY 1

22 comments:

Kesuma Angsana said...

wah mmg menarik lah kat sini kak !

Knor said...

alhamdulillah dpt jalan2 kan ummi..nikmat mana nak kita dustakan.

ummi adalah org yng sgt bertuah dpt keliling dunia..dpt melihat suasana yg indah dpt rasa masakkan yg enak2..alhamdulillah.

dpt tgok gambar2 yg ummi kongsikan dah cukup bersyukur.alhamdulillah..tq ummi

Petak Bunga said...

tgok org mancing tu..

kalu tmpat kita ni..ada berani nak makan ikan sungai tgah bandar..? sedih..huhu

Nieda ramly said...

bersyukur dapat melihat kejadian allah yg indah.

Kakzakie said...

Adui-adui-adui... bestnya. Walau banyak juga dapat dirakam di kamera tapi kakak percaya banyak lagi yg terakam diminda dan sanubari - apa lagi pergi ala-ala berhoneymoon:)

Itu yg makan selera tak sudah ye Ummiross. Eleh kakak tahu kalau tak abis mesti en abe yg tolong habiskan:)

Ummiross perasan tak telur ayam kat sana negara-negara sana putih macam telur itik cuma size dia aje kecik...

Khai♥Rin : anies said...

10 lira tu bersamaan brape rm ummi?

slps menyeberang selat bosphorus tu, jauh lg x nk msk ke greece o bulgaria?

MumMe said...

beberapa hari lepas mumme sekeluarga ada tgk kisah pengembaraan ke turki per square feet...tgk diorg makan sandwich ikan tu dijual dr atas kapal...mmg teringat ummiross...

Ratu Hatiku said...

As salam..lama nya x jenguk blok akak...
Seronoknya..tgk makanan mst sdp2 belaka.... :)

lieyalatif said...

subhanallah....cantik2 nye view....untung akak dpt berjalan ke negara org...dpt tgk negara luar...tgk budaya mereka....pengalaman yg tak ternilai tu.....

kunafa tu pemes kan kak...ramai ckp sedap...tingin nak try...

Acik Erna said...

Terima kasih ummi kongsi gambar yang cantik2

Aimaniman Ezaiza said...

Bestnya dpt melancong, pengalaman maha berharga tuh...

Tihara said...

seronoknya turki ni banyak tempat menarik kan :)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.ummiros..
subhanallah...
cantik2 gambarnya..
sukaa cma tgk..sambil baca..rasa mcm ada kt dlm cerita.. hehehe..

Amie said...

Selamat pagi Ummi sayaaaangg...
banyak berjalan, luas pemandangan, banyaklah juga dapat merasa hidangan di tempat orang he hehhee.

Kakzakie said...

Kalau boleh macam nak makan lagi makanan dan resepi di sana kan Ummiross. Kakak baca lagi tengok lagi hari ini macam teringin pulak hihi...

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

Subhanallah.. indahnya.. jadi terkenang2 bila membaca kisah dan perkongsian gambar dr ummi.. keindahan yang susah untuk dilupakan.. saya pun ada makan ikan hamsi tu.. tp yang dibeli di gerai di tepi2 jalan.. baunya yang semerbak membuat selera membuak2 he..he.. Alhamdulillah sedap.. tapi ikan yang kat tempat seafood tu tak kena dgn selera saya..

Shaiful Zaidi said...

Assalamualaikum Umi..apa khabar? ..Seronoknya dpt berkunjung ke sana.

Sweet N Pretty said...

Assalamualaikum ummi. Tumpang happy tgk foto ummi. Mimpi dulu pegi sana hehe moga jd realiti:)

BUNDA a.k.a KN said...

Assalam...
memang nampak keunikkannya kamondo stairs tu...macam bentuk 8 pun ada...
Jus delima tu...bestnya diperah terus ..freshnya...

Puan Kutu said...

Ya Allah memang cantik sungguh permandangan..maknanan kt sana mmg terkenal pun sedap2..dengar org kata la sbb tak pernah smp lagi..umtung ummiross berpeluang kesana

Qaseh Vee said...

suka baca blog travel ni sbb nilah ... banyak gambar2 yg menarik dikongsi .

NzA said...

xjemu2 nza menatap gmbar2 tu satu persatu2.....semuanya amat2 menarik....suka sgt n3 tentang travel nie...
Uniknya ikan hamsi tu...nmpk mcm segar je ikan2 tu ...mesti sedapkan bila dicelup dgn tepung...sesuai dgn selera org pntai timur......