Monday, April 28, 2014

KEMBARA TURKI-ISTANBUL

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

ISTANBUL-DAY 1

“Kota Constantinople pasti akan ditawan oleh seorang pemimpin, dialah sebaik-baik pemimpin & tenteranya sebaik-sebaik tentera”.[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335].

Sebaik-baik pemimpin yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu, akhirnya terjawab hampir 800 tahun kemudian. Diusia semuda 21 tahun, Sultan Muhammad II berjaya menakluk kota gah Constantinople. Baginda menukar namanya kepada Islambol yang bermaksud ‘Islam keseluruhan’, kini dikenali sebagai Istanbul. Baginda diberi gelaran “Al Fatih”, "Pembuka yang besar", seperti surah Al Fatihah al-fath" (الفاتح)   bermaksud surah pembukaan atau “Pembuka yang besar’.

Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Solat Jumaat pertama diadakan di sini dimana beliau sendiri menjadi imamnya. Terbukti baginda adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adala sebaik-baik tentera. Dikatakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Manakala Sultan Muhammad Al Fatih terbukti paling hebat diantara mereka, kerana baginda sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajjud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia. Mendengar dan membaca kisah Sultan Muhammad Al Fatih dan juga kegemilangan pemerintahan Ottoman membuatkan kembara kami di bumi Turki bermula dengan penuh pesona.

Kami berlepas ke Istanbul pada 31hb.Mac,2014 pukul 12.30 malam menaiki penerbangan MAS dan tiba di Istanbul lebih kurang pada pukul 6.15 pada tarikh yang sama. Tiket penerbangan telah dibeli beberapa bulan lebih awal ketika Mas mengadakan promosi. Kami hanya pergi berdua, ummiross dan suami, berkembara cara kami.

Dari Istanbul Ataturk Airport kami menaiki train ke hotel penginapan kami di Sirkeci. Dari stesen ini, hanya perlu berjalan kaki ke hotel. Hotel Emin ini kami booking melalui booking.com berdasarkan review tentang kedudukannya yang  hanya ‘walking distance’ untuk ke beberapa tempat yang menjadi tarikan utama pelancong seperti Gulhane Park, Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi Palace dan Basilica Cistern. Dengan kadar sewa RM130 semalam, juga harga offer yang dapat kami grab, penginapan di hotel ini sangat berbaloi. Walaupun biliknya agak kecil, tapi cukuplah sekadar untuk kami merehatkan badan setelah berjalan seharian.

 DSC_0004

Juga ada masjid berdekatan, hanya diseberang jalan, Karaki Huseyin Celebi Camii. Jika kebetulan berada di hotel, Mrhubby akan meluangkan masa untuk solat berjemaah disitu.

20140402_195243
Sempat bergambar kenangan bersama imam selepas solat maghrib.

Setelah check-in dan bersarapan, kami keluar menuju ke Gulhane Park, tak jauh dari hotel ni. Ini laluan kami, menyusuri deretan kedai sepanjang laluan keretapi.

DSC_0013

 

Pintu masuk ke Gulhane Park..dah namanya taman, percuma je ye.DSC_0016 

Pada penghujung Mac dan sepanjang April, merupakan masa yang sesuai untuk bunga terutamanya tulip berkembang mekar. Istanbul bagai kota dalam taman, dimana-mana sudut yang sesuai, ditanam dengan bunga tulip,Tulip Festival sudah bermula. Di katakan sejak April 2006, pihak berkuasa di Istanbul telah menanam jutaan tulip sehingga mencecah 13 juta pada tahun 2013.

Udara sejuk dan nyaman, bunga-bunga indah saujana mata memandang, tenang rasanya sepetang di Gulhane Park.

DSC_0034

DSC_0069

DSC_0070 

DSC_0055

DSC_0108

 DSC_0030

DSC_0156

Berbagai warna tulip yang sempat dirakam oleh lensa kamera.

DSC_0157DSC_0074DSC_0072 

 

Penat berjalan, singgah  sekejap di Tea Garden dengan view Selat Bhosporus yang memukau pandangan.

DSC_0160

 

Pertama kali pekena cay, teh Turki..suka!!!

DSC_0169 

 

Selat Bosphorus yang membiru, selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan Asia, juga menghubungkan Laut Marmara dan Laut Hitam. Sepanjang tepian selat ini padat dengan penduduk dan salah satu kotanya adalah Istanbul.

DSC_0191 

DSC_0192

DSC_0189 

 

Sesudah membasahkan tekak dengan cay panas dan bersantai di tepian Selat Bosphorus, kami berjalan menuju pula ke destinasi seterusnya, Masjid Sultan Ahmed atau Sultanahmet Camii.

Masjid dengan 6 menara yang menggabungkan elemen Byzantin dari Hagia Sophia dengan seni bina Islam tradisional mula dibina antara tahun 1609-1616 dan arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaannya adalah Sedefhar Mehmet Aga, arkitek diraja yang juga merupakan anak murid kepada arkitek termasyhur-Sinan.

 

DSC_0231

DSC_0261

.DSC_0244DSC_0296  DSC_0236

Juga dikenali sebagai Blue Mosque disebabkan tile berwarna biru yang mendominasi hiasan pada dinding bahagian dalamnya.

DSC_0263 

 

Masjid indah dengan persekitaran cantik, bunga-bunga tulip menghiasi sebahagian besar taman, cuaca pula nyaman, siapalah tidak terpesona berada di sini.

DSC_0868 

DSC_0866

DSC_0220 

DSC_0869

DSC_0872

 

Street vendors di sekitar Blue Mosque. Kehadiran mereka bukan sekadar memberi peluang untuk pelancong merasa makanan tempatan tetapi juga turut menceriakan suasana.

DSC_0284

 

Jangan lupa merasa Dondurma, aiskrim Turki. Kena get ready supaya tak terkejut bila dimain-mainkan oleh sipenjual sebelum aiskrim sampai ke tangan. 

DSC_0292

 

Udara petang semakin sejuk, tekak semakin kering, secawan Salep panas dengan taburan cinnamon sangat nyaman terasa.

DSC_0280

 

Untungnya hotel dekat, malam pun masih sempat ‘menembak’, sambil jalan-jalan cari makan sempat lagi tangkap gambar sekeping dua.

DSC_0131

DSC_0129

Hari pertama di Turki sudah sangat mengujakan…

19 comments:

Knor said...

assalamualaikum ummi..syukur nikmat yg Allah beri pad ummi dan suami..dpt menjejakkan kaki di bumi Al-Fateh.

nor teruja lihat foto2 ni semua..

cantik dn indah pemandangan..

❤Kamsiah❤ said...

ummi...berbulan madu lagi ya..:)
ramai kawan2 kat luar negara postkan gambar bunga tulip kat blog mereka...cantik..!!

MumMe said...

masyaAllah cantiknya bunga2 tulip tu,biru air lautnya mmg cantik,ummiross...boleh merasa mcm mknn turki yek ummiross...

Kakzakie said...

N3 pertama dah buat kakak huhhh bestnya ummiross. Tulip yg warna-warni tu buat kakak rasa macam nak golek-golek style hindustan hihi...

Blue mosque one of attracted destination kat sana kan. Satu dunia tahu. Memang cantik. Untung ummiross dah jejak sini.

NzA said...

subhannallah....cantiknya ciptaan Allah....

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

ALLAHUAKBAR.. indahnya bumi Istanbul.. gambar2 yang ummi kongsikan mengamit rindu.. seronoknya ummi dapat kembara sendiri bersama suami.. bila ikut pakej, pergerakan agak terhad.. terasa terkejar2 dgn jadual yang sedia ada..

Khai♥Rin : anies said...

bla tgk bunga2 tulip tu, tetiba tingat kt lecturer. dia penah kata, kalau x krn saintis islam yg kacuk kn bunga tu hingga menjadi tulip, negara Belanda yg ada skrg pasti x berbangga dgn bunga tu...

Sweet N Pretty said...

Assalamualaikum ummi. Subhanallah cantiknya turki...dream place gak ni sbb negara yg disempadani eropah n asia barat...budaya berbagai:)

♥ Cmª shIemª ♥ said...

Salam K.Ummiros..

istanbul aku datang..!!!
hihi..ya allah ..seronoknya... sambil baca entry sambil tgk pic..rasa mcm betul2 ada kat situ..

cantik sangat2..'' ^^

Kakzakie said...

Aduh Ummiross mana ni sambungannya. Kakak dah baca 3 kali tau hihi.. Taklah kakak tipu baca sekali aje tapi tengok gambar yg berkali-kali..

Cantik kan:)

BUNDA a.k.a KN said...

Memang cantik..tu baru tengok gambar...kalu berada disana lagi lah teruja kan...

nhhas said...

Assalamualaikumw wbt...

Ummi... Bestnya sampai rasa nak nangis... errr, sebab kena tinggal... hehehehe....

p/s: Jumpa tak Fawwaz? hehehe...
rindu nyer nak borak2 ngan ummi...

juls julie said...

Salam Ziarah..

Subhanallah..kacak aieeeeeeeeee gambar2 kat sinun... blm ada rejeki mok raon jaoh2...

nasib jak jemat tok balit Kch..jadi la..asal kuar dari Putrajaya tok..hahahah :p

sud@is said...

subhanalllah...tak tekata..

Ratu Hatiku said...

subhannallah....cantiknya....

Acik Erna said...

Subhanallah..terujanya acik dapat tengok gambar yang cantik2 ni..terima kasih ummi

kakyon said...

Subhanaalah..cantik pemandangan disama.tengok gambr yg umirose letak buat akak teruja nk kesana..

Anonymous said...

Cantiknya pemandangan di sana..bisness ummi dah maju ya dapatlah melancong untuk jangkamasa yang lama.bila lg nak stat bisness batik ni?

Puan Kutu said...

cantiknya..bunga tulip,masjid permandangan dari foto dh cukup mengujakan,tak tergambar dengan kata2 klu dpt tgk live