Wednesday, April 23, 2014

BERTEMU KEMBALI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ceria, salam bertemu kembali..

Tersangat rindu-rinduan kepada rakan-rakan blogger semua terutama yang selalu singgah dan bertegur sapa di sini. Bila lama tak berblog, banyak ketinggalan cerita dan berita. InsyaAllah lepas ni, boleh mula blogwalking lagi.

Ummiross dah 2 hari balik dari bercuti. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar. Masa berjalan tak ingat penat, bila balik baru terasa. Dah beberapa malam tak dapat tidur, siang pula mengantuk sangat, mungkin disebabkan perubahan masa, maklumlah hampir 20 hari berkelana di bumi yang berbeza waktu siang dan malamnya dengan kita.

Bila balik pula, baru dapat check whatsapp, email. Aduyai nak terduduk rasanya sebab banyak sangat, hampir beratus berbalas mesej, tak tau nak mula yang mana dulu. Pelan-pelan kayuh ye, ummiross akan uruskan order satu persatu.

InsyaAllah, nanti ummiross kongsikan pengalaman berkembara di 3 buah negara. Tiada apa yang nak dibanggakan, sekadar berkongsi pengalaman, ummiross yakin setiap perkongsian ada manafaatnya, tidak bermanafaat pada kita mungkin bermanafaat kepada orang lain, insyaAllah. Minat manusia ni berbeza-beza, raikan perbezaan. Berlapang dada dan terima seadanya, sharing is caring :).

Salam kasih sayang.

17 comments:

Khai♥Rin : anies said...

welcome back ummi!
uiii lama u hmpr 3 mggu tu ;-)

❤Kamsiah❤ said...

rehat2 dulu ya ummi...kemas2 kain baju dulu..kemas2 rumah dulu...
saya tunggu gambar2 cantik di 3 negara tu..

Knor said...

alhamdulillah selamat kembali..

pelan2 ye ummi..
menunggu je ceritanya..

:: idzwa :: said...

take care!

Kakzakie said...

Rinduuuu hihi..
Tak apa kayuh dgn jejeri ketuk keyboard aje kali ini ummiross. Kaki tak payah menapak. Bagi kaki rehat. Badan letih barng dulu. Kalak tunggu cerita menjelajah 20hari tu..

JunAina said...

Balik bercuti patutnya fresh ye Ummi tapi lain pulak jadinya, masa jalan2 seronok bila dah sampai rumah baru rasa letih.

Ati Masrif said...

assalam ummi,

lama betul ummi ke obesi
mesti masih terkenang2 kan :)

selamat kembali ke malaysia ummi

♥ Cmª shIemª ♥ said...

salam k.ummi ros..

selamat kembali yer..

hihi..tak pe.. pelan2 tau...
chaiyok2.. ^_^

nhhas said...

Assalamualaikum wbt....

Ummiiiii... rindu nya... kat ummi....

Bosphorus pleaseeee.... heheheeee

Shin Chan Comel said...

jet lag...kena amik masa jugak tu nak adapt balik ke waktu sini kan. but still it was a great experience kan melancong ke 3 Negara tu...cant wait to read your experience:)

New Entry "Percutian Ke Perth, Western Australia - Day 1 (Perth International Terminal)"

Hanis Azla said...

As-salam ummi..

Alhamdulillah.. ummi dah selamat pulang.. berehat dan bertenang dulu ummi.. kemudian baru settlekan semua urusan satu persatu.. semoga segala urusan ummi dipermudahkan.. tak sabar nak dengar kisah pengembaraan ummi.. semoga kita sama2 dapat manfaatnya.. insyaALLAH.. take care ummi!

Amie said...

Nak kira ada berapa tahi lalat di kaki Ummi... he hehehe orang kata kuat jalan tu.

Kesuma Angsana said...

wah seronok bercuti yer, takpe rehat2 kan diri dulu lepas tu baru citer2 yer ..

NzA said...

seronoknyaaaaaaa.....lamanya ummi melancong. mesti byk gambar menarik n cerita yg best...xsabar nk tungguuuuuuu.....

MumMe said...

mumme suka baca kisah pengembaraan org lain...ambik berkat...insyaAllah satu hari nanti rezeki kita pulak...semoga cepat sembuh jetleg nya ummiross...

Kakzakie said...

Hmm... masih rehatkan badan ke Ummiross. Atau tengah susun gambar. Tak sabar kakak nak tengok tau:)

Kesuma Angsana said...

singgah tgk pic2 lagi... jeles tgk tulips tu kak !