بسم الله الرحمن الرحيم
Salam sejahtera, salam kasih sayang..
Alhamdulillah, dua order borong dan satu order runcit menjadi penutup tirai penghantaran Batik Sarong Sarawak, Kain Ratna Dewi, Kain Pasang Etnik atau Batik Sarawak untuk tahun 2012.
Salah satu belian borong datangnya dari Sabah, Kain pasang Sarawak untuk dijadikan uniform guru-guru disalah sebuah sekolah di Kota Kinabalu. Moga bertambah cerialah guru-guru dengan seragam baru. Terima kasih cikgu.
Order borong seterusnya dari Negeri Sembilan untuk tujuan berniaga kain pasang secara kecil-kecilan. Ummiross berdoa setulus hati moga perniagaan kecil-kecilan ini mendapat sambutan yang menggalakkan dan akan terus berkembang maju.
Ummiross juga gembira dengan belian runcit dari regular customer ummiross dari Shah Alam. Beliau antara pelanggan terawal Salam Borneo dan terus kekal membuat belian dari semasa ke semasa. Order pertamanya dalam bulan Jun, 2010 dan terus kekal hingga berakhirnya tahun 2012. Moga kita akan terus berurusniaga ye Safurah, insyaAllah. Moga Allah murahkan rezeki.
InsyaAllah penghantaran seterusnya akan bermula pada tahun 2013, hehe..bunyinya macam lambat lagi kan. Esok kita bakal menyambut kedatangan tahun baru. Sambutlah dengan berhemah dan dengan cara yang diredhai Allah.
Ummiross pun menanti usia bertambah setahun lagi, moga Allah terus memberi rahmatNya untuk terus bernafas dimuka bumi ini, insyaAllah.
Alhamdulillah..terima kasih Allah, dengan segala nikmatMu yang tak putus-putus, jika tidak kerana kasih sayang Mu, siapalah kami.
SELAMAT TAHUN BARU 2013. MOGA DIBERKATI ALLAH SELALU.
Sebahagian dari order pelanggan.
Kepada semua pelanggan yang dikasihi..
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…
Safurah-Shah Alam
Kod: RD(Ratna Dewi)
Pos : 29hb.12,2012
Treking : EM373567838MY
Roslinah-Sabah
Kod: KPH-Kain pasang etnik
Pos : 24hb.12,2012
Treking : CD190073179MY
Aliza- Negeri Sembilan
Kod: KPH-Kain pasang etnik
Pos : 24hb.12,2012
Treking : Em373562901My