Monday, April 28, 2014

KEMBARA TURKI-ISTANBUL

 بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang…

ISTANBUL-DAY 1

“Kota Constantinople pasti akan ditawan oleh seorang pemimpin, dialah sebaik-baik pemimpin & tenteranya sebaik-sebaik tentera”.[H.R. Ahmad bin Hanbal Al-Musnad 4/335].

Sebaik-baik pemimpin yang dimaksudkan oleh Rasulullah itu, akhirnya terjawab hampir 800 tahun kemudian. Diusia semuda 21 tahun, Sultan Muhammad II berjaya menakluk kota gah Constantinople. Baginda menukar namanya kepada Islambol yang bermaksud ‘Islam keseluruhan’, kini dikenali sebagai Istanbul. Baginda diberi gelaran “Al Fatih”, "Pembuka yang besar", seperti surah Al Fatihah al-fath" (الفاتح)   bermaksud surah pembukaan atau “Pembuka yang besar’.

Gereja Besar St Sophies ditukar kepada Masjid Aya Sofiya. Solat Jumaat pertama diadakan di sini dimana beliau sendiri menjadi imamnya. Terbukti baginda adalah sebaik-baik pemimpin dan tenteranya adala sebaik-baik tentera. Dikatakan bahawa para tentera Sultan Muhammad Al Fatih tidak pernah meninggalkan solat wajib sejak baligh dan separuh dari mereka tidak pernah meninggalkan solat rawatib sejak baligh. Manakala Sultan Muhammad Al Fatih terbukti paling hebat diantara mereka, kerana baginda sahaja yang tidak pernah meninggalkan solat wajib, tahajjud & rawatib sejak baligh hinggalah ke saat baginda meninggal dunia. Mendengar dan membaca kisah Sultan Muhammad Al Fatih dan juga kegemilangan pemerintahan Ottoman membuatkan kembara kami di bumi Turki bermula dengan penuh pesona.

Kami berlepas ke Istanbul pada 31hb.Mac,2014 pukul 12.30 malam menaiki penerbangan MAS dan tiba di Istanbul lebih kurang pada pukul 6.15 pada tarikh yang sama. Tiket penerbangan telah dibeli beberapa bulan lebih awal ketika Mas mengadakan promosi. Kami hanya pergi berdua, ummiross dan suami, berkembara cara kami.

Dari Istanbul Ataturk Airport kami menaiki train ke hotel penginapan kami di Sirkeci. Dari stesen ini, hanya perlu berjalan kaki ke hotel. Hotel Emin ini kami booking melalui booking.com berdasarkan review tentang kedudukannya yang  hanya ‘walking distance’ untuk ke beberapa tempat yang menjadi tarikan utama pelancong seperti Gulhane Park, Blue Mosque, Hagia Sophia, Topkapi Palace dan Basilica Cistern. Dengan kadar sewa RM130 semalam, juga harga offer yang dapat kami grab, penginapan di hotel ini sangat berbaloi. Walaupun biliknya agak kecil, tapi cukuplah sekadar untuk kami merehatkan badan setelah berjalan seharian.

 DSC_0004

Juga ada masjid berdekatan, hanya diseberang jalan, Karaki Huseyin Celebi Camii. Jika kebetulan berada di hotel, Mrhubby akan meluangkan masa untuk solat berjemaah disitu.

20140402_195243
Sempat bergambar kenangan bersama imam selepas solat maghrib.

Setelah check-in dan bersarapan, kami keluar menuju ke Gulhane Park, tak jauh dari hotel ni. Ini laluan kami, menyusuri deretan kedai sepanjang laluan keretapi.

DSC_0013

 

Pintu masuk ke Gulhane Park..dah namanya taman, percuma je ye.DSC_0016 

Pada penghujung Mac dan sepanjang April, merupakan masa yang sesuai untuk bunga terutamanya tulip berkembang mekar. Istanbul bagai kota dalam taman, dimana-mana sudut yang sesuai, ditanam dengan bunga tulip,Tulip Festival sudah bermula. Di katakan sejak April 2006, pihak berkuasa di Istanbul telah menanam jutaan tulip sehingga mencecah 13 juta pada tahun 2013.

Udara sejuk dan nyaman, bunga-bunga indah saujana mata memandang, tenang rasanya sepetang di Gulhane Park.

DSC_0034

DSC_0069

DSC_0070 

DSC_0055

DSC_0108

 DSC_0030

DSC_0156

Berbagai warna tulip yang sempat dirakam oleh lensa kamera.

DSC_0157DSC_0074DSC_0072 

 

Penat berjalan, singgah  sekejap di Tea Garden dengan view Selat Bhosporus yang memukau pandangan.

DSC_0160

 

Pertama kali pekena cay, teh Turki..suka!!!

DSC_0169 

 

Selat Bosphorus yang membiru, selat yang memisahkan Turki bahagian Eropah dan Asia, juga menghubungkan Laut Marmara dan Laut Hitam. Sepanjang tepian selat ini padat dengan penduduk dan salah satu kotanya adalah Istanbul.

DSC_0191 

DSC_0192

DSC_0189 

 

Sesudah membasahkan tekak dengan cay panas dan bersantai di tepian Selat Bosphorus, kami berjalan menuju pula ke destinasi seterusnya, Masjid Sultan Ahmed atau Sultanahmet Camii.

Masjid dengan 6 menara yang menggabungkan elemen Byzantin dari Hagia Sophia dengan seni bina Islam tradisional mula dibina antara tahun 1609-1616 dan arkitek yang bertanggungjawab dalam pembinaannya adalah Sedefhar Mehmet Aga, arkitek diraja yang juga merupakan anak murid kepada arkitek termasyhur-Sinan.

 

DSC_0231

DSC_0261

.DSC_0244DSC_0296  DSC_0236

Juga dikenali sebagai Blue Mosque disebabkan tile berwarna biru yang mendominasi hiasan pada dinding bahagian dalamnya.

DSC_0263 

 

Masjid indah dengan persekitaran cantik, bunga-bunga tulip menghiasi sebahagian besar taman, cuaca pula nyaman, siapalah tidak terpesona berada di sini.

DSC_0868 

DSC_0866

DSC_0220 

DSC_0869

DSC_0872

 

Street vendors di sekitar Blue Mosque. Kehadiran mereka bukan sekadar memberi peluang untuk pelancong merasa makanan tempatan tetapi juga turut menceriakan suasana.

DSC_0284

 

Jangan lupa merasa Dondurma, aiskrim Turki. Kena get ready supaya tak terkejut bila dimain-mainkan oleh sipenjual sebelum aiskrim sampai ke tangan. 

DSC_0292

 

Udara petang semakin sejuk, tekak semakin kering, secawan Salep panas dengan taburan cinnamon sangat nyaman terasa.

DSC_0280

 

Untungnya hotel dekat, malam pun masih sempat ‘menembak’, sambil jalan-jalan cari makan sempat lagi tangkap gambar sekeping dua.

DSC_0131

DSC_0129

Hari pertama di Turki sudah sangat mengujakan…

Wednesday, April 23, 2014

BERTEMU KEMBALI

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam ceria, salam bertemu kembali..

Tersangat rindu-rinduan kepada rakan-rakan blogger semua terutama yang selalu singgah dan bertegur sapa di sini. Bila lama tak berblog, banyak ketinggalan cerita dan berita. InsyaAllah lepas ni, boleh mula blogwalking lagi.

Ummiross dah 2 hari balik dari bercuti. Alhamdulillah semuanya selamat dan berjalan lancar. Masa berjalan tak ingat penat, bila balik baru terasa. Dah beberapa malam tak dapat tidur, siang pula mengantuk sangat, mungkin disebabkan perubahan masa, maklumlah hampir 20 hari berkelana di bumi yang berbeza waktu siang dan malamnya dengan kita.

Bila balik pula, baru dapat check whatsapp, email. Aduyai nak terduduk rasanya sebab banyak sangat, hampir beratus berbalas mesej, tak tau nak mula yang mana dulu. Pelan-pelan kayuh ye, ummiross akan uruskan order satu persatu.

InsyaAllah, nanti ummiross kongsikan pengalaman berkembara di 3 buah negara. Tiada apa yang nak dibanggakan, sekadar berkongsi pengalaman, ummiross yakin setiap perkongsian ada manafaatnya, tidak bermanafaat pada kita mungkin bermanafaat kepada orang lain, insyaAllah. Minat manusia ni berbeza-beza, raikan perbezaan. Berlapang dada dan terima seadanya, sharing is caring :).

Salam kasih sayang.

Monday, April 7, 2014

SALAM DARI TURKI

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

 DSC_0352
@Gulhane Park, Istanbul.

Ummiross dan suami sudah seminggu berkembara di bumi Turki, bermula dari Istanbul, kemudian ke Cappadocia, Antalya dan esok akan ke Pamukkale. Kami akan menjelajah beberapa tempat lagi di Turki sebelum berangkat ke Greece dan Itali. Bila berkembara, tentu sekali kami mengalami kesukaran untuk online disebabkan kekangan waktu dan juga ketiadaan line internet. Hari ni sempat menghadap lappy sekejap menggunakan wi-fi hotel.

Sementara dapat online ni, ummiross mengambil kesempatan untuk memaklumkan kepada semua pelanggan dan bakal pelanggan bahawa semua urusniaga Batik Sarawak di Salamborneo.blogspot.com dan di fb ditangguhkan buat seketika. InsyaAllah kami akan kembali beroperasi pada penghujung bulan April nanti. Ummiross mohon kemaafan kerana tidak dapat membalas email, whatsapp dan lain-lain. Segala kesulitan amat dikesali.

Kepada rakan-rakan blogger, doakan kembara kami diberkati dan dipermudahkan oleh Allah SWT. InsyaAllah bila kembali nanti, kita akan bertemu dan bertamu kembali di alam cyber.  Moga Allah juga melindungi kalian semua..doa dari kami, musafir di bumi Turki.