Tuesday, April 30, 2013

KAIN PASANG ETNIK SARAWAK TERBARU SIRI 8

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Yeaaahhh!!, kain pasang baru lagi, Batik Sarawak yang cun melecun. Ada 3 design semuanya, setiap design ada 5 warna. Hari ni umiross publish satu design je dulu ye, yang dua design lagi masih dalam proses mengambil gambar.

Untuk KPH73-KPH77, kain ni bercorak di bahagian kaki, corak abstrak berunsurkan flora dan fauna, manakala badan kainnya pula ada corak halus etnik Orang Ulu. Kombinasi tona warnanya sangat menawan menjadikan  warnanya sangat unik dan cantik.

Untuk gambar pada patung dibawah, sengaja ummiross tukarkan kedudukan kaki kain, ada gambar kaki kainnya di bawah, ada gambar kaki kainnya disebelah atas. Jadi bila nak buat baju nanti, pandai-pandailah ikut kreativiti sendiri ye, tepuk dada tanya selera. Jika berkenan cepat-cepatlah order ye, terutama bagi yang berminat untuk membuat uniform sekolah atau jabatan, hubungi ummiross segera, stok terhad, nanti terkecewa.

Sebelum terlupa,sedikit teguran kepada yang berkenaan, Ummiross dapati ada yang ‘mencuri’ gambar kain-kain disini dan menggunakan di website/fb mereka untuk tujuan perniagaan. Malah pada sesetengah gambar watermark Salamborneo masih terpampang. Bagi ummiross ia perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab. Ingatlah setiap perbuatan kita walau sekecil mana, ada catatannya di sisi Allah SWT. Ummiross tidak dapat menghalang, tapi akal budi tuan empunya diri lah yang sepatutnya membuat pertimbangan. Tanyalah hati, tidak rasa bersalahkan memanipulasikan hak milik orang untuk menjana pendapatan.

PS; Kepada rakan-rakan blogger yang ummiross hormati, boleh tak kongsi macamana cara nak buat supaya orang tak dapat copy gambar2 ni dengan right click. Ummi tak berapa reti sangat benda-benda macam ni.

 

                                                                        KPH73

  DSC_1890 DSC_1898

                                                                       KPH73

DSC_1896DSC_1892

 

 

                                                                    KPH74

DSC_1911   DSC_1910

 

 

                                                              KPH75

 DSC_1871 DSC_1869  

 

 

 

                                                           KPH76

 DSC_1912 DSC_1915

 

 

                                                              KPH77

  DSC_1934DSC_1917 

 

 

               KPH73                                         KPH74                                          KPH75

DSC_1938 DSC_1941 DSC_1925

 

 

                           KPH76                                      KPH77

DSC_1923 DSC_1936

 

Jenis : Kain Pasang Sarawak/Batik Sarawak
Material: Japan Polyester(best quality)
Harga Runcit: RM89 sepasang-4m
Boleh juga dibeli mengikut ukuran yang dikehendaki.

Terbuka untuk jualan runcit dan borong.Kepada yang berminat sila hubungi :-
ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016 878 4960.

Warna mungkin sedikit berbeza disebabkan kesan pencahayaan.

Friday, April 26, 2013

MURTABAK AL RIZKI SEGAMAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Jumaat penuh barakah..

Hari ni kita ‘singgah’ Segamat sekejap ye. Hehe…ini cerita10 hari lalu, masa ummiross ikut Mr Hubby ke Segamat hari tu, baru sempat buat entry hari ni. Ummiross tak sempat ke mana pun, cuma duduk lepak2 je masa suami meeting, nasib baik meeting 2 jam je, tu pun boringnya menunggu, apakan daya, ikut juga sebab risau Mr Hubby ni mengantuk bila memandu sorang-sorang untuk perjalanan jauh, isteri “metallic’ lah katakan, sabau je menunggu.

So masa nak balik tu, haruslah singgah makan2 kan. Check kat Foursquare kot2 ada yang bagi tip tempat makan sedap2, tapi takde pula. Lepas tu Google, jumpalah satu blog yang cerita pasal tempat makan best di Segamat ni. Terima kasih CCT.blogspot. Begitulah kan sedikit perkongsian, dapat juga memberi manafaat kepada orang lain.

Sempat singgah kat k Restoran Al Rizki, Taman Yayasan Segamat ni, pekena Murtabak, besar gedabak saiznya, order sebiji makan berdua, hehe..bukan kedekut tau, kalau order dua confirm tak abih…sharing is caring.

20130416_171807 

Adik ni friendly betul, ok je bila minta izin nak ambil gambar. Tengoklah murtabak  besar gedabak tu, lumayan intinya, bersalut telur pula kat luar. Kalau nak tau rasanya kenalah cari kedai ni bila ke Segamat ye.

 IMG_6935

 

Cicah dengan bawang dan timun bersos, ada juga kuah kari. Sedaaap!.

IMG_6927 

Ada cerita disebalik tabir sebenarnya. Masa buat pembayaran hari tu, kami tak perasan tauke restoran tidak mengira bayaran murtabak yang kami take away sekali. Bila dalam kereta, kami duk kira2, takkan murah sangat. Memang gelabah betul lah, duit orang, walaupun 5 sen kenalah bayar kan!. Nak patah balik dah jauh pulak tu.

Mulanya Mr Hubby nak minta kawannya di Segamat tolong pergi bayarkan. Tapi bila masuk ofis, rupanya MrHubby kena pergi lagi ke Johor atas urusan kerja seminggu kemudian. Jadi semalam kami singgah lagi di Segamat, jumpa tauke ni, bayar balik harga murtabak yang tidak dikira hari tu, RM12, baru lega rasanya. Kakak ni pula baik sangat orangnya, siap sembang2 pula dengan kami selepas tu.

 IMG_6996

 

Kami singgah juga kat kedai Cendol Segamat ni, tak jauh dari kedai murtabak tadi. Sedap juga, tapi ummiross masih terkenangkan cendol bakar di Kuala Selangor.

 IMG_6936

Kejap lagi kami akan bertolak ke Melaka. Mr Hubby berkursus di sana, 2 hari. InsyaAllah esok anak2 join sekali. Sementara Mr hubby berkursus, dapatlah ummiross dengan anak-anak jalan2 makan angin dan jalan2 cari makan di Melaka pula. Sape ye gang blogger kat Melaka?, bolehlah suggest  tempat makan best2 kat sana pula.

Last but not least, terima kasih banyak buat sahabat maya, JemariSuri yang mengirimkan penanda buku ni. Cantik sungguh penanda buku yang dibuat sendiri oleh JS ni.  Thank you JS, mmmuahhh2x!!!.

IMG_6997 

Selamat berhujung minggu. Semoga ceria2 sokmo bersama keluarga tercinta.

Wednesday, April 24, 2013

WW : HOLIDAY MOOD

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

 

lavender-farm-tree

Picture - credit to  Mr Google :  Lavender Farm In France.

Friday, April 19, 2013

PREVENTION IS BETTER THAN CURE

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Salam Jumaat yang penuh barakah. Breakfast apa hari ni? Pernah ambik apa-apa supplement? Ummiross percaya ramai dari kalangan kita pernah mengambil supplement, tinggal lagi samada ia menjadi amalan rutin atau hangat-hangat tahi ayam  je .

Ummiross ni rasanya masuk kategori kedua tu.Kadang-kadang ambil supplement kerana merasakan ia satu keperluan, kadang-kadang mungkin juga terpengaruh dengan iklan. Bermula dengan semangat membara, lama-lama makin reda, adakalanya merudum terus.

Lately ni ummiross cuba InnerShine ni. Kandungan utama pati jus delima, diperkaya dengan micro-algae extract dan micro collagen..bunyi macam iklanlah pulak!. Sedap juga bila diminum sejuk. Untuk kesihatan kulit ni, biar awet muda jangan awet cerewet!

DSC_1668

 

Cherry Avtive baru sampai 2 hari lepas. Order online dengan sahabat lama ummiross. Dulu ummi ada cerita pasal Cherry Active ni kat N3 di SINI. Dulu-dulu dah pernah makan CA ni, lepas tu lama ummiross berhenti. Sekarang nak start baliklah sebab bila bangun tidur, sendi-sendi dah mula terasa ketat, takut juga simptom ahtritis ke apa, prevention is better than cure kan. Kalau nak tau lebih lanjut tentang CA ni, bolehlah LIKE di fb Cherryactive Asia kepunyaan sahabat ummiross dan suaminya.

DSC_1675 

 

Dari dulu ummiross memang suka dengan produk Shaklee. Vitamin C ni ummiross beli yang ada 300 tablets, untuk kegunaan sekeluarga. Juga order online.

DSC_1672

 

Shaklee lagi…!. Protect your heart with Omegaguard 

DSC_1673

 

Yang penting setiap kali nak beli vitamin, ummiross akan cari yang ada tanda halal.

Firman Allah yang bermaksud:

Dan makanlah makanan yang halal lagi baik dari apa yang Allah telah rezekikan kepadamu, dan bertakwalah kepada Allah yang kamu beriman kepada-Nya.

(Al Maidah: Ayat 88)

DSC_1679

Semuanya ikhtiar je kan, jaga pemakanan.Banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kunci kepada segalanya adalah berdoa, semoga Allah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua untuk terus beramal ibadat kepadaNya.

Selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta, ceria-ceria sokmo!. Jumpa lagi minggu depan ye, insyaAllah.

Tuesday, April 16, 2013

PAYPAL OH PAYPAL

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Semasa di Sarawak, kerapkali juga ummiross mendapat  order batik sarong Sarawak dan juga kain pasang corak etnik aka Batik Sarawak dari luar negara terutama dari Indonesia dan Singapura tetapi tidak dapat ummiross penuhi kerana merasa agak sukar untuk menguruskan cara pembayaran. Nak guna Western Union tak tau caranya. Cara menggunakan Paypal pun tak tau juga. Bila tak tau, mulalah terasa susah, dan malaslah nak terima order.

Minggu lepas terima order dari Singapura lagi. Ni lah baru pertama kali ummiross terima pembayaran melalui Paypal. Alhamdulillah, bila anak-anak dah duduk sekali urusan pembayaran menjadi lebih mudah. Guna akaun paypal anak bujang bongsu ummiross, kejap je prosedurnya, tak susah pun, hehe..ummiross je yang ‘allergik’ sikit bab-bab ni sebab tak pernah buat. Kain pun dah selamat sampai semalam. Terima kasih  buat customer ummiross dari Singapura, salam sayang, salam ukhwah merentas Selat Teberau.

Terima kasih juga atas pembelian borong untuk uniform guru-guru disalah sebuah sekolah di Pulau Pinang. Order ni merupakan order tambahan selepas pembelian borong kali pertama. Juga terima kasih atas order borong customer baru dari Kelantan. Tak lupa kepada semua customer yang membuat belian runcit, sokongan anda amat-amat ummiross hargai. Semoga semuanya berpuashati.

Pagi ni ummiross akan bertolak ke Segamat, ikut suami ada meeting di sana. Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik, ma’assalamah, ila lliqa’..

Kepada semua customer yang ummiross hormati…
Terima kasih daun keladi
Lain kali order lagi…

Antara pilihan dari pelanggan…

IMG_6602_thumb14 DSC_0731_thumb4 DSC_1389a_thumb[18]

Norhana - Singapura
Kod: KPH- 3 pasang
Pos : 10.4.2013
Treking : EE940877277MY

Yan - Selangor
Kod: KPH- 1pasang
Pos : 10.4.2013
Treking : EM425177565MY

Zakiah - Johor
Kod: BB- 1pc
Pos : 8.4.2013
Treking :EM334282860MY

Zakiah - Johor
Kod: BS- 1pc
Pos : 8.4.2013
Treking :EM425177572MY

Zubaidah - Kedah
Kod: KPH- 11.5m
Pos : 8.4.2013
Treking :EM425177574MY

Sally - Johor
Kod: KPH- 1pasang
Pos : 5.4.2013
Treking :EM431771288MY

Sarwani - Kelantan
Kod: RD-1pc, KPH- 20 pasang,
Pos : 5.4.2013
Treking :CD191465066MY, CD165223945MY

Farhana  - Pulau Pinang
Kod: KPH- 76.5m
Pos : 2.4.2013
Treking :EM425177588MY, EM344282771MY

Friday, April 12, 2013

AL HABIB ALI ZAENAL ABIDIN

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Pertama kali  Habib Ali Zaenal Abidin diperkenalkan di radio IKIM, tertarik dengan cara beliau berceramah. Beliau juga dikatakan ada salasilah keturunan Rasulullah SAW (dengar dari radio IKIM juga). Kami memang menyimpan hasrat untuk menghadiri majlis ilmu beliau. Peluang datang apabila beliau dijemput untuk memberi ceramah di Kuliah Maghrib Perdana bertempat di Masjid As Salam, Puchong, Mac lalu.

Wajah tenang dan perawakan orang baik-baik, sejuk mata memandang. Teratur tutur katanya dalam  menyampaikan ceramah dan isi ceramahnya pula sangat berkualiti.

20130313_204400 

Ummiross kongsikan sedikit intipati ceramah Habib Ali Zaenal Abidin yang sempat ummiross catat dalam iphone, maaflah kalau ayatnya tak sempurna,maklumlah catatan ringkaslah katakan. Apapun moga mendapat manafaat bersama.

“Agama terbahagi kepada 3 bahagian iaitu Akidah, Syariah dan Ibadah. Ramai yang menitik beratkan ibadah tetapi tidak menitik beratkan akhlak. Islam sangat mementingkan akhlak yang baik sehinggakan Rasulullah yang banyak beramal  ibadah tetapi Allah tidak memuji Rasulullah kerana ibadahnya tetapi kerana akhlaknya.

Akhlak mesti menghiasi ibadah. Baiknya akhlak dapat mengangkat darjat orang yang tidak banyak beramal, tapi buruknya akhlak boleh merendahkan darjat walaupun banyak beramal.

Orang yang muflis di hari perhitungan adalah orang yang membawa ganjaran pahala ibadah yang banyak akan tetapi buruk akhlaknya , seperti tidak menjaga mulut, sering menyakiti atau memaki hamun , termasuk juga makian di laman sosial seperti facebook (makian tanpa sempadan-dosa tanpa sempadan), tidak menjaga tangan dan lain-lain.

Orang yang dizalimi akan menuntut ganjaran darinya. Sekiranya sudah tidak cukup pahala, akan diberikan pula dosa orang dizalimi kepadanya, jadilah orang yang buruk akhlak golongan yang datang dengan pahala, kembali dengan dosa. Begitulah, jangan sampai akhlak yang buruk menghapuskan pahala ibadah.

Di mana nak bermulanya akhlak? Tentulah  di rumah.

Sabda Rasulullah SAW,

“Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya; dan aku adalah yang terbaik dari kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak tahu budi.” (Riwayat Abu ‘Asakir)

Allah SWT berfirman:

يأيها الذين ءامنوا قوا أنفسكم وأهليكم نارًا وقودها الناس والحجارة,

"Wahai orang-orang beriman! Jagalah diri kamu dan ahli keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu" [Surah al-Tahrim, ayat 6].

Ikuti akhlak Rasulullah Sifat Baginda tidak memberatkan, menolong meringankan kerja-kerja rumah, tidak menyakiti hati ahli keluarga, tidak memandang rendah, selalu menghargai masakan isteri, menjaga hati isteri, menghibur hati  isteri, namun jika berlaku  sesuatu yang melanggar syarak Rasulullah akan bertegas.

Manakala kepada para sahabat Rasulullah selalu tersenyum. Setiap kali bertemu sahabat, baginda yang memulakan salam dengan senyuman. Baginda tidak melepaskan tangan ketika berjabat salam selagi sahabat tidak melepaskan.

Al-Ahzab, ayat 21;

Maksudnya: Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu orang yang sentiasa mengharapkan (keredhaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat,serta dia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang).'

 

Berselawat sebelum ceramah bermula.

20130313_201926

 

Maklumat ni pula ummiross dapat dari post yang di share di fb Imam Muda 3. Hari ni hari ulangtahun kelahiran Al-Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid, 12hb.April 2013. Sanah Helwa Habib Ali Zaenal Abidin Al-Hamid. Moga Allah panjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan kekuatan untuk terus berdakwah menegakkan agama Allah SWT.

559758_448284281920468_1100946593_n                                     Gambar Ehsan Mr google-30 Minit Ustaz Don.

Ustaz Don dan Habib Ali Zainal Abidin. Nanti jika berkesempatan, ummiross share pula kuliah dhuha bersama Ustaz Don di Masjid Al Hasanah, Bangi bulan Mac lalu..

Bagi yang berminat, boleh baca biodata Habib Ali Zainal Abdin Al Hamid di SINI.

Selamat berhujung minggu dengan keluarga tercinta..Wassalam.

Wednesday, April 10, 2013

RATNA DEWI GOLD LINE ON SALE

بسم الله الرحمن الرحيم

Salam sejahtera, salam kasih sayang..

Yeaahhh!!!, hanya 7 set sahaja, harga borong dengan hanya belian  5 dan 6 helai. Harga biasa RM28 sehelai. Hanya dengan belian 5 atau 6 helai seperti set yang telah ditetapkan dibawah anda layak mendapat harga serendah RM20 sehelai iaitu untuk set 5 helai harganya RM100 satu set dan untuk 6 helai harganya RM120 satu set. Set yang sangat sesuai bagi yang ingin memulakan perniagaan batik sarong secara kecil-kecilan. Atau boleh juga berpakat dengan kawan-kawan, sama-sama untung, dapat harga semurah harga borong ni…sepakat membawa berkat!

Kepada yang berminat sila hubungi;

ummiross@gmail.com atau ‘sms sahaja’ ke 016-8784 960

Jenis                : Batik Sarong RATNA DEWI GOLD LINE
Material            : Cotton
Ukuran             : 2m-belum berjahit
Saranan     : Sesuai bukan sahaja untuk sarung, tapi boleh juga dibuat baju atau kain yang dipadankan dengan baju kurung atau blouse polos dan lain2.

 

SET 1

DSC_1653 

DSC_1616DSC_1673 DSC_1588 DSC_1580DSC_1615 

 

SET 2

DSC_1636  

DSC_1608 DSC_1599

DSC_1616DSC_1671

   DSC_1681

 

SET 3

DSC_1644

DSC_1568DSC_1588

DSC_1615DSC_1616 

  DSC_1585DSC_1645

 

SET 4

DSC_1628

DSC_1669 DSC_1588

DSC_1599  DSC_1629

DSC_1588 DSC_1580

 

SET 5

DSC_1626

DSC_1580 DSC_1588 DSC_1675 DSC_1616 DSC_1576 DSC_1568

 

 SET 6

DSC_1604

DSC_1678 DSC_1576

DSC_1608 DSC_1588

 DSC_1615 DSC_1616

 

 SET 7

DSC_1571

DSC_1568 DSC_1576

DSC_1580 DSC_1599

DSC_1588 DSC_1594

  ps: Harga tak termasuk postage.