Rakan sepejabat Mr Hubby baru sahaja bersara. Setelah 20 tahun mencurah bakti di Bumi Kenyalang, akhirnya bersiap sedia untuk pulang ke Malaya. Isterinya jugak rakan ummiross, menjalin persahabatan ketika sama2 menghadiri kelas mengaji Al Quran. Semalam kami menjemput mereka sekeluarga datang ke rumah. Ada sedikit majlis makan-makan sebelum mengucapkan salam perpisahan pada 1 Oktober nanti, entah bila dapat berjumpa lagi. Dua puluh tahun di Kuching bukannya waktu yang singkat, tempat yang mulanya terasa asing, mungkin sudah menjadi seperti kampung halaman sendiri. Kampung halaman sendiri pulak mungkin menjadi agak asing dalam tempoh yang begitu panjang ditinggalkan. Semoga Abang Zul, Kak Wan, anak, menantu dan dua orang cucunya yang comel akan menjalani hidup yang aman bahagia di Semenanjung nanti. Semoga cepat menyesuaikan diri, semoga mendapat jiran yang baik-baik belaka, semoga berbahagia disamping saudara mara.
Ummiross masak nasi minyak, lauknya korma ayam dan ayam masak merah madu. Abang Zul kata sedap, tambah sampai 3 kali, hehe harap betul2 sedap ni Abang Zul. Yang ni ummiross masak cair sikit sebab nak banyakkan kuah, tapi bila ummiross panaskan balik untuk pekatkan lagi, rasanya lagi sedap. Resepi korma ayam ni memang istimewa dan ada kelainan, resepi chef terkenal seantero dunia. Masih ingat kawan ummiross dan suaminya yang tinggal di London. Mereka berdua diberi kepercayaan oleh chef ni untuk membangunkan website beliau. Nanti ummiross kenalkan website tu, kawan ummiross sedang dalam proses memasukkan beberapa resepi dari buku terbaru beliau.
Ni pemanis mulut kegemaran ummiross. Selalu orang guna gula Melaka, tapi kat Sarawak ni terkenal dengan gula Apong, jadi ummiross gantikan dengan gula apung. Gula apung ni memang sedap dan wangi, tapi kena tengok jugak, kalau dapat yang betul-betul pure memang ‘terangkat’. Sago tu ummiross campurkan putih dan pink, tuangkan santan dan gula apung yang telah dimasak bersama sedikit air. Nyaman bah!, sejuk je tekak…
Selain dari blog rakan blogger, The Story of Amie’s Little Kitchen, satu lagi website bertema masak memasak yang ummiross sangat suka ‘melepak’ adalah Bisous A Toi, dah lama ummiross jadi silent reader blog ni, siap letak kat bloglist lagi. Ummiross sangat suka mencuci mata melihat berbagai dessert yang lazat2 kat sini. Gambar2nya pun cantik2. Melihat air tangan Rima ni, memang ummiross tabik spring, berbakat dan teliti sungguh hasil masakannya. ‘Pinoy Salad Fruit’ ni ummiross ambik resepinya dari blog beliau. Thanks Rima kerana berkongsi resepi yang sedap2 dan ringkas dengan pembaca blog. Terus terang cakap, Pinoy Fruit Salad ni tersangatlah sedapnya, kawan ummiross pun siap tanya resepi, katanya sedap sangat. Kalau nak resepi dessert yang sedap-sedap, samada yang ringkas atau yang canggih2 , singgahlah kat Bisous A Toi ye…