Sunday, February 28, 2010

Selamat Hari Lahir Anakku

Hari ini sekali lagi ummiross meraikan hari lahir insan yang ummiross sayangi, anak bongsu ummiross yang sedang menginjak usia remaja. Meskipun tidak dapat bersama meraikannya, salam kasih sayang dari ummi, ayah dan abang buat adik di Semenanjung.  Masih jauh perjalanan adik, ummi titipkan nasihat ini agar menjadi pedoman dan perisai dalam mengharungi hari-hari mendatang. Selamat hari lahir adik..


Nasihat Luqman kepada anaknya, tersebut didalam Al-Quran, surah Luqman ayat 13-19 yang ertinya sebagai berikut :

1. Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, dikala sedang memberinya nasihat, (katanya) : Hai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, kerana sesungguhnya syirik itu adalah suatu penganiayaan yang besar.

2. Dan kami wajibkan manusia (taat) kepada ibubapa, ibunya yang telah mengandungkannya (dengan menderita) lemah bertambah lemah dan berhenti menyusukannya dalam masa dua tahun (kami perintahkan): "Hendaklah engkau bersyukur kepada Ku dan kepada ibubapa mu, kepada Ku lah tempat kembali.

3. Dan jika keduanya memaksamu supaya engkau mempersekutukan Aku (dengan sesuatu) tanpa ada pengetahuanmu padanya, tapi gantilah keduanya dengan baik dalam (urusan) dunia, turutlah jalan orang yang kembalimu, maka Aku akan mengabarkan kepadamu segala apa yang telah kamu kerjakan.

4. Hai anakku! "Sesungguhnya jika ada (amal-amal) itu sebesar biji sawi (sekalipun), biar adanya didalam batu, atau di langit, ataupun di bumi, nescaya Allah akan tunjukkan (memperlihatkannya).Sesungguhnya Allah maha halus lagi maha mengetahui".

5. Hai anakku! "Dirikanlah solat dan suruhlah (manusia) berbuat kebajikan dan laranglah dari perbuatan yang mungkar dan sabarlah atas sesuatu (musibah) yang menimpamu.Sesungguhnya yang demikian itu adalah dari urusan-urusan yang dipastikan (Allah).

6. Dan janganlah engkau memalingkan pipimu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan dimuka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang yang sombong dan membanggakan diri.


7. Dan berlakulah sederhana dalam berjalan dan rendahkanlah suaramu (dalam berbicara) sesungguhnya seburuk-buruknya suara ialah suara keldai.

Nasihat Luqman kepada anaknya selain yang bertemu didalam Al-quran surat Luqman dari ayat 13-19, juga tersebut didalam beberapa kitab. Diantaranya tersebut didalam "Tafsir Ruhul Ma'ani", jilid ke 21, halaman 83, dan kitab "Hidayatullah Mursyidin" oleh Guru Besar Syekh Ali Mahfuz yang ertinya sebagai berikut :

1. Hai anakku! ketahuilah sesungguhnya dunia laksana lautan yang dalam, banyak manusia yang karam kedalamnya.Kalau engkau ingin selamat, supaya jangan karam, layarilah dia dengan sampan yang bernama taqwa, isinya ialah iman dan layarnya ialah tawakal kepada Allah.

2. Orang-orang yang selalu menyediakan dirinya untuk menerima nasihat maka dirinya akan mendapat penjagaan dari Allah, orang yang biasa dirinya insaf dan sabar kerana menerima nasihat orang lain, tandanya orang itu akan sentiasa menerima kemuliaan dari Allah, berasa hina diri dalam beribadat dan bertaat kepada Allah ta'ala akan menimbulkan rasa lebih dekat kepada Allah dan lebih menghindarkan diri kepada maksiat.

3. Marahnya orang tua dalam mendidik anaknya, tak ubahnya seperti baja bagi tanam-tanaman.

4. Hai anakku! Jauhkanlah dirimu dari berhutang sesungguhnya berhutang itu menjadikan dirimu hina diwaktu siang dan gelisah diwaktu malam.

5. Hai anakku! Selalulah berharap kepada Allah harapan-harapan yang hasilnya tidak akan membawa engkau untuk menderhakai Allah, takutlah kepada Allah dengan sebenar takut yang bisa melepaskan engkau dari sifat berputus asa terhadap rahmat  Allah.

6. Seorang pendusta lekas hilang air mukanya (tak dipercayai orang) dan seorang yang sudah rosak akhlaknya akan banyak mengelamun terhadap yang salah-salah, memindahkan batu yang besar lagi berat dari tempatnya ke tempat yang lain, lebih mudah daripada memberi pengertian kepada orang yang tidak mahu mengerti.

7. Hai anakku! Engkau sudah merasakan bagaimana beratnya membawa batu yang besar, besi yang berat dan lain-lain yang sangat beratnya, tapi akan lebih berat lagi dari itu, bila mempunyai tetangga yang jahat, engkau telah merasakan bermacam-macam kepahitan tapi akan terasa lebih pahit lagi bila hidup dalam keadaan fakir dan miskin.

8. Hai anakku! Engkau jauhilah bersifat dusta, sebab berdusta itu enak sekali mengerjakannya, seperti enaknya memakan daging burung, sedikit saja berdusta, akibatnya tetap akan memberi bahaya.

9. Hai anakku! Kalau bertemu dua kejadian, antara menjenguk orang mati dengan menghadiri pesta kahwin maka pergilah menjenguk orang mati, sebab akan mengingati diri pulang kekampung akhirat, sedang menghadiri pesta kahwin hanya mengingati diri kepada kesenangan duniawi saja.

10. Hai anakku! Janganlah engkau makan sampai kenyang yang berlebih-lebihan.Sesungguhnya memberikan makanan yang engkau makan sampai kenyang berlebih-lebihan itu kepada seekor anjing adalah lebih baik daripada engkau memakannya.

11. Hai anakku! Janganlah engkau terus menerus menelan kerana manisnya sesuatu, dan jangan pula lekas engkau muntahkan kerana pahitnya.(Yang manis itu biasanya mendatangkan penyakit,sedangkan yang pahit biasa menjadi ubat)

12. Makanlah makananmu bersama-sama dengan orang-orang yang bertaqwa kepada Allah,rundingkanlah urusanmu kepada alim ulama' (dengan cara minta nasihat kepadanya)

13. Bukanlah baik namanya, bila engkau selalu mempelajari segala macam ilmu yang belum engkau ketahui, sedang ilmu yang telah diperolehi belum lagi engkau amalkan. Hal seperti ini tak ubahnya dengan perbuatan seseorang yang mencari kayu api, setelah dikumpulkan,lalu dipikulnya, tapi dia tak kuat membawanya , kemudian dia tambah lagi.

14. Hai anakku! Kalau engkau ingin hendak mengambil seseorang menjadi teman, maka ujilah dia lebih dahulu dengan cara membuat dia marah, kalau dia di waktu marahnya masih memberikan keinsafan (kesedaran) kepada engkau, maka bolehlah dia dijadikan teman, kalau tidak begitu, maka hendaklah engkau berhati-hati.

15. Hendaklah selalu tutur katamu baik dan wajahmu manis, engkau akan lebih disukai orang lebih disukainya dari orang-orang yang sudah pernah memberikan pemberian yang mahal-mahal.

16. Hai anakku! Kalau engkau berteman, tempatkanlah dirimu sebagai orang yang tidak mengharapkan sesuatu daripadanya, dan pasti dia akan selalu mengharapkanmu.

17. Hai anakku! Jadikanlah dirimu dalam segala tindak tandukmu, seperti orang yang tidak mengharapkan pujian seseorang dan tidak pula menimbulkan celaan orang.Dirinya bekerja kelihatan letih, tapi manusia selalu memandangnya dengan tenang.

18. Hai anakku! Usahakanlah jangan sampai keluar dan mulutmu kata-kata kasar, sesungguhnya engkau akan selamat bila engkau bersifat pendiam.Kalau akan berbicara juga, bicaralah yang akan mendatangkan manfaat kepada orang lain.

19. Hai anakku! Janganlah engkau condong ke dunia ini dan janganlah hatimu repot (sibuk ) kerana dunia saja, kerana engkau dijadikan Allah bukanlah untuk dunia. Tidak adalah makhluk yang dijadikan Allah, lebih hina daripada orang yang telah terpedaya oleh dunia.

20. Hai anakku! Janganlah engkau ketawa kalau bukan kerana sesuatu yang mencengangkan (menggelikan), janganlah engkau berjalan tanpa ada tujuan yang tertentu, janganlah engkau menanyakan sesuatu yang tidak berguna bagimu, janganlah mensia-siakan hartamu, sedangkan harta orang lain engkau pelihara, kerana sesungguhnya yang menjadi hartamu ialah yang engkau usahakan, sedang harta orang lain itu belum tentu menjadi milikmu.

21. Hai anakku! Siapa yang penyayang tentu akan disayangi orang pula, siapa yang tidak pandai menahan lidahnya berkata yang buruk tentu dia akan menyesal akhirnya.

22. Hai anakku! Bergaul rapatlah dengan alim-ulama', diam dan dengarlah baik-baik segala nasihatnya, sesungguhnya hati akan hidup dengan adanya cahaya hikmah (ilmu pengetahuan) sebagaimana tanah biar subur kerana air hujan, janganlah engkau membantah mereka, tentu mereka akan marah kepadanya.

23. Engkau ambillah harta benda dunia ini sekadar keperluan dan nafkahkanlah yang selebihnya untuk keperluan di akhirat nantinya,jangan engkau tendang kehidupan dunia ini seluruhnya, engkau akan menjadi pengemis yang akan menambah berat tanggungjawab orang lain. Janganlah engkau berteman dengan orang bodoh dan janganlah pula dengan orang yang bermuka dua (tidak berpendirian)
 

Friday, February 26, 2010

Muhammad Rasulullah Nabi Junjungan

Salawat dan salam buat Nabi Muhammad, Rasulullah SAW yang amat kita kasihi. Hari ni buat kesekian kalinya kita kembali menyambut hari kelahiran baginda. Besarnya pengorbanan baginda tidak terkira demi menegakkan agama Islam tercinta. Lalu bagaimanakah kita meneruskan perjuangan ini , bagaimana pula menunjukkan kasih sayang sejati, bagaimanakah manifestasinya.

Kata ustaz ummiross, kalau sayangkan baginda banyakkan bersalawat, amalkan sunnah-sunnahnya, bersungguh-sungguh mengamalkan ajaran Islam dan tinggalkan kemungkaran serta teruskan kerja-kerja dakwah dalam kapasiti yang kita mampu walau pun sedikit. Dan yang paling penting jangan tinggalkan solat,kerana solat itu tiang agama. Gambar yang dihantar oleh sahabat ummiross ini mungkin sedikit-sebanyak dapat menyentuh hati kita bahawa kasih sayang kita pada Allah dan Rasulnya boleh di manifestasikan dimana-mana,  kitakan hambaNya....

















     
                                                                                                               






                                                                                          

                                                     


































Wednesday, February 24, 2010

Rindu seorang sahabat

Apa rasanya bila dapat menjejaki sahabat lama? Bukan setahun dua, bukan juga belasan tahun, tapi dah masuk puluhan tahun kami tidak bertemu, Kali terakhir kami berhubung ketika ummiross sedang bersiap-siap nak naik pelamin, dia menelefon ummiross dari Australia, nak ucap tahniah atas sampainya jodoh ummiross. Kami tak dapat bersembang lama, kerana ketika itu pengantin lelaki dah tiba, ummiross pun dah berdebar separuh mati. Diam tak diam rupanya peristiwa tu dah 22 tahun berlalu...

Beberapa hari lalu ummiross melahirkan kerinduan pada sahabat yang seorang ini. Anak bujang ummiross yang kebetulan sedang chattig di facebook terus membuat carian, alangkah excitednya ummiross melihat gambar yang terpampang, tersenyum manis berlatarbelakangkan salji memutih. Antara percaya dengan tidak, selepas beberapa kali bertukar soalan di chat box, inilah sahabat yang ummiross cari2 selama ni.     

Lama kami berchatting...terawang-awang ummiross, gembira sungguh, sekejap senyum sekejap sengih. Nostalgia lalu yang hanya kami dapat fahami, persahabatan zaman remaja yang penuh warna-warni, persahabatan tanpa syarat, tanpa kepentingan. Perjuangan kami hanyalah untuk mendapatkan segulung diploma atau ijazah. Pernah jugak kami bergurau pasal jodoh dulu,katanya tiap orang ada jodohnya, cuma belum jumpa kuncinya.

Entah bila dapat bersua muka. Dia kini jauh di perantauan, di South West,London. Dia dah temui kuncinya, jodohnya orang putih.....


-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Beg hasil kraf dari Serian, Sarawak


                               RM 35
                                                                                                                   RM 35

Harga tidak termasuk kos penghantaran

Monday, February 22, 2010

Nyamannya Waterfront di waktu pagi

Haa,hari ni ummiross bawak u all jalan2 kat Waterfront pulak ya. Waterfront ni merupakan tempat tumpuan pelancong dari dalam dan luar negara.  Ketika cuti sekolah suasana lebih meriah lagi,ramai sekali pelancong dari Semenanjung berkunjung ke sini. Di seberang jalan terletak Main Bazaar yang menjual pelbagai barangan dan souvenir.

Apapun Ummiross sangat sukakan suasana tenang dan damai di awal pagi disini, jalan-jalan sambil menghirup udara segar, nyamannya...




                                                                            
                                                               

 

                                                                                                                       

Kalau nak membeli kek lapis,naik je bot ni ke seberang sana,lepas tu jalan kaki sikit,anda akan sampai ke kilang kek lapis Dayang ......,ramai selebriti dah ke sini...

 
 
 
 
 
Selamat membeli-belah di bazaar, jangan lupa tawar menawar



NAK BELI PERABUT JATI?

Kata orang harga perabot jati di Sarawak ni lebih murah,ramai kawan2 dr Semenanjung yang bertugas di sini bila nak balik semenanjung terus borong perabot2 ni. Perabot yang ummiros pamerkan ni halus buatannya,gred A gitu. Kalu berkenan sila order...

Coffee table profil 4 x 4 feet,4 glass top & 8 drawer : RM 1950


Coffee table with 1 big drawer : RM 1550


Daybed bunga 3 panel : RM 2550



Daybed Hongkong 2 drawers : RM 2750



Transportation :-
Kuala Lumpur : RM 250\cbm ( door to door )
Outside Kuala Lumpur : RM 450\cbm (door to door )





Thursday, February 18, 2010

Hujan vs Panas

Bandaraya Kuching telah beberapa hari dibasahi hujan. Semenjak CNY,hujan masih berterusan,sekejap berhenti,sekejap hujan. Bila hujan segala pergerakan rasa terbatas,kain-kain yang dijemur pun tak kering-kering. Kadang-kadang hati rasa sayu memandang ke luar tingkap yang suram.

Tiba-tiba hati terpana melihat berita di Tv tentang kemarau di beberapa negeri di Semenanjung,Sayu hati melihat orang ramai menunggu kedatangan lori air,baldi-baldi dan segala jenis bekas sedia untuk di isi,pasti suatu penantian yang menyeksakan,semoga kemarau cepat berlalu.

Terdetik rasa kesal dalam hati,mengapa keluh kesah tika hujan bertandang?...




                                 Masa seakan terhenti seketika........                        
 
 
 
 
---------------------------------------------------------------------------------------------------------------
 
Jika berkenan sila order
 
 
 

                                                              
             Batik Sarung Sarawak : Harga dari RM 16 - RM 25
 
   

Tuesday, February 16, 2010

Jom Beli Beg

Beg ni dianyam dari rami plastik,dihasilkan oleh penduduk tempatan,anyamannya kemas n cantik sekali.Kegunaannya?...suka hatilah,nak isi mekap ke,telekung ke,botol susu ke,beg serbagunalah katakan.
Kalau berkenan,bolehlah order...






Deskripsi : Warna putih,bertutup sebelah atas
Harga : RM 35



Deskripsi : Warna merah,tidak bertutup
Harga      : RM 35


Koa Penghantaran Semenanjung Malaysia : RM 8\kg

Jom jalan-jalan ke Serian

Ari tok (hari ni) cuti Tahun Baru Cina,bandaraya Kuching lengang jak,tak meriah macam biasa,banyak kedai tutup.Ummiross n family nak pegi Serian,cari sayur-sayuran kampung yang segar n apa-apa yang patut sambil jalan-jalan makan angin.Jom kita tengok-tengok suasana Pasar Serian.....




                                           Laa banyak jugak gerai yang tutup....



 
Aa tu sabut buah petola yang telah dikeringkan,bagus buat sental daki tu
 
 
 
 

Cekapnya auntie ni menganyam,beg serbaguna ni dibuat dari rami plastik yang khusus


  
Ni lah sebahagian hasil kerjatangan auntie tadi,cantikkan!